salam....
setiap perkara tu pasti akan ada hikmahnya... erm... alhamdulillah, tak lama jugaklah aku nak jumpa hikmah disebalik kejadian yang menimpa aku bertimpa2 ni... kengkadang tu, rasa macam give up jek... yelah, bayangkan kete aku baru jek beli minggu lepas, kemudian minggu ni, takleh start pulak. mmg genaplah seminggu aku pakai. taktaulah kenapa... maybe silap aku sebab aku tak gunakan alarm untuk aktifkan mobiliser (
kengkadang terlalu sekuriti ni, mmg memenatkan dan menyusahkan... huhuhu) tu... kengkadang tu terpikir jugak, maybe inilah dugaan aku dalam phd. orang lain maybe dengan masalah sv nya, masalah ngan kesihatannya (
ada yang kene kanser terus bila wat phd, kagum btol aku, tetap teruskan jugak), ada pulak yang masalah ngan nak kutip data... aku???? masalah ngan duit.... bayangkan, dalam masa seminggu jek, dekat 2k aku ilang macam tu jek... macam tabur tepi jalan... erm... well, org kata, no pain, no gain... u got some, u lose some, dan paling mudah org kata, sabar, setiap perkara ada hikmahnya... cuma datangnya lambat atau cepat sahaja... kronologi keretaku yang rosak bermula semalam;
Hari Khamis;
9.00pg : bangun awal kol 730 pagi. sebab ada appoiment ngan Dr Aisha, dia mintak tolong untuk transcribe information from paper to document (
ayat Dr Tillal masa antar email mintak tolong daripada aku ngan khaleed, student bawah SV yang sama). aku dok pikirlah camalah keje tu... payah ke, senang ke, atau camana... bila start kete, takleh... start lagi sekali tak leh gak. tgk pulak manual, cuba buat apa yang disuruh, takleh jugak... dekat setengah jam, sebab takut lambat sgt, naik bus ajek p skul. nak wat camana... sampai kat pejabat Dr Aisha tu, kol 10 tepat. terus cari bilik dia. tapi dia tak mai lagi. aku p tunggu depan bilik DR Tillal. lambat sgt, aku antar sms kat Dr Aisha tu... tak sehatlah pulak, tak mai opis... aiyak... aku bukan main tergesa2 p skul, sampaikan terpaksa lari 300m berhalangan semata2 nak kejo bas, sampai2 dia tak mai... tunggu pulak Dr Tillal mai, untuk bagi keje tu kat kami. sampai Dr Tillal, dia pun bagi kami keje tu... erm... istilah baru rupanya... very2 high standard term... transcribing paper to computer, rupanya data entry... saja jek bagi kompius... masa isi tu, ya Allah, payahnya nak baca tulisan dorg... macm cacing kerawit (
alah, macamlah tulisan ko tu lawa sangat!!!!)... jenuh kami nak baca... bukan kami jek takleh baca, Dr Tillal pun takleh baca... sib kata lagi, this person don't know how to write!!!
1245ptg: balik terus amik bus. malas dah masuk opis. la ni pk kan kete jek. sib baiklah tersadai kat umah jek. kalau kat tengah jalan, jenuh gak. tepon abang beib, mintak dia tgk2kan... godek2, takleh gak. aku tepon pulak abang sofi, godek2 immobiliser tu, tak leh gak, sebab aku takde kunci nak de-activate benda tu... so, dia suggest aku kol mobile mechanic. p tempat dia, dia takde pulak... so, esok baru mai... petang tu, terpaksalah abang sofi amik kami sekeluarga untuk ke rumahnya... sian btol... betul2 menyusahkan orang aku ni.... huhuhuhu
Jumaat:
9.00pg: aku tepon omputeh tulen tu. huh!!! payah btol nak paham cakapnya... laju btol... sampaikan aku terpaksa cakap, can u talk slowly, coz i'm not english person... barulah dia slowkan cakapnya... masalah aku pulak, aku nak bagi direction ke rumah aku... aiyak... napalah dia takde tomtom, kalau ada, senang sikit... aku bagi jek direction, as long as dia paham... mula2 nak mintak abang sofi amik dia, tunjukkan jalan, tapi, bila aku cuba terangkan jugak biarpun gagapnya tahap melampau, dia bleh tangkap dah aku kat mana... alhamdulillah, sib baik... kalau tak kene susahkan org lagi
(tak abiskan menyusahkan orang... huhuhu). aku dok tunggu dalam kete sementara tunggu dia sampai... dia sampai, godek2, suspect ada benda tak betul, p beli kat kedai, cuba start, takleh jugak... cek lagi... godek2 lagi... suspect benda tak betul, p kedai beli lain... takleh jugak start, so cuba matikan immobiliser... takleh jugak... terpaksa panggil kawan dia... tapi katanya lambat sikitlah... so, bila tanya rega, berapa kene (
takleh btolkan kene bayar jugak... erm... nak wat camana... semua kene duit kan... ), pastu dia kira2, barang2 yang dia tukar tadi, satu lebih kurang 20pounds... mahal btol!!!! padahal kecikjek bendanya... taktau apa yang dia tukar... aku ni bab kete2 mmg fail.. pandai bawak jek... huhuhu... so, jumlah yang aku kene bayar termasuk labour charges, 85pounds... kopak lagi duit aku... aku bayar 50pounds jek dulu, duit cash takde... so, nanti aku bagi lagi bila dia mai ngan member dia tu betolkan lagi... sib baik dia kata boleh btolkan, tapi kene guna kmputer... ikut jelah apa yang dia kata... dia expert kan... sat g, takut gak kene marah sebab menunjuk pandai (
pernah aku bagitau mekanik apa yang mungkin rosak, pastu mekanik tempelak aku balik.... ni nak btolkan ke tak ni????? kalau tak nak bawak balik ajeeeeee!!!!! katanya dalam slange jowo... ingat sampai sekarang woooo...huhuhu).
200ptg: aku p skul. ada banyak benda aku nak setelkan, termasuk tolong bookingkan travelodge tuk org baru yang akan sampai sept ni. lepas setel buat semua benda tu, pomen tu kol aku, kata kete dah bleh jalan dah... la tu jugak aku cakap alhamdulillah (
dah terbiasa kan... lantaklah, bukan dia paham pun apa aku cakap), n then, aku cakap aku akan ke kedai dia sebab aku kat uni sekarang ni... so, dia kata, dia akan pegang kunci aku... aku tanya jugak, ada additional charges, so, dia kata kene tambah 45pounds, tambahan sebab panggil member dia p kat kete aku tu... so, kalau ikut keseluruhan, terbang camtu jek 130pounds... buta2 ilang... dugaan kan... nak wat camana... janji aku masih leh guna balik kete tu... sayang btol, sebab baru jek pakai... pastu barang2 kat dalam tu semuanya masih elok lagi... kalau scrap pun, berapa sgtlah aku boleh dapat... takpelah... nak wat camana kan...
330ptg: setel semua keje, aku ke west drayton, ke kedai pomen tu. turun dari bus, aku singgah kedai filipina, taktaulah kenapa kaki aku melangkah ke situ... auntie kat situ pun peramah jugak... sib melambai2 lagi bila aku masuk... pastu, TERtengok iklan kat luar tu... teringat kak ina, katanya, dia tgk iklan umah tuk disewa tu kat situlah... so, bila tgk, ada 2 iklan kat situ... satu share house, satu lagi 2beds ground floor flat.... tgk rega kat situ, 850pounds... aku try jugak tanya ngan auntie kat situ, agak2 org tu leh bagi kurang tak. pastu dia kata, takpe... dia akan phonekan tanya... baru jek nak kol, tetiba tuan punya iklan tu masuk kedai... pe lagi, terus lah aku tanya... kat area mana umahnya... rupanya, tak jauh dari umah aku sekrang... kira satu jalanlah... dia suh tgk dulu umahnya, baru leh bincang berapa boleh kurang... aku cakap, aku akan datang petang ni tgk umah tu...
4.30ptg: setelkan bayaran lebihan pomen tu, aku balik naik bus. lama dah tak naik bus... lompat2 bus pulak tu... sampai umah, terus aku cari kawasan umah yang tadi... alhamdulillah, jumpa pun... bila masuk umah dia, waaaaahhhhhh... ana taa'jub lah... manyak taa'jub... cantik... sangat cantik... so, bila bincang2, dia tanya aku, berapa aku nak letak... aku bab2 bargain ni, bukan reti sgt. so, aku main letak jek, aku cakap 775, if possible... pastu dia kata, dia sebenarnya banyak kene bayar, even umah tu pun tak abis bayar, dia taknak jual, eventhough dia nak ke kanada for good, sebab tak dapat banyak... lagipun, dia ada jugak tunjukkan aku yang agent2 nilai umah dia kalau sewa lebih kurang 975pounds... so, dia letak 800... aku agak dah... aku setuju terus.. daripada aku susah payah cari umah ngan ejen.... insyaAllah, aku mampu bayar sewa umah tu. lagipun, semua dah tersedia. termasuklah dengan BT line gan sky. so, aku takyah buat banyak keje sgt. senang deal ngan tuan rumah terus. cuma lepas ni, sebab dia ke kanada, aku taktaulah camana... hopefully, semuanya oklah... katanya dah tukar banyak benda dah dalam umah tu, since dia nak sewakan... so, aku percaya lah ngan dia... dengan dia senang sikit nak bawak bincang, maybe sebab sesama asia kan, aku malaysia, dia filipina... even aku kata nak bayar deposit separuh2, pun dia tak kisah... saja aku menduga, tgk dia ok ke tak... padahal, tak plan pun nak bayar separuh2, sama jek elaun yang masuk kan... huhuhu... before balik tu, as a hold fees, aku bagilah dulu 50pounds, sebab time tu, tu jelah yang ada dalam wallet aku... lebih dah bayar pomen tadi... tapi alhamdulillah, dia pun tak kisah, nak bagi berapa pun hold fees tu... bagus btol...
alhamdulillah, nilah hikmah yang aku dapat daripada kete rosak tu... kalau tak rosak, takdelah aku p west drayton, takdelah aku masuk kedai filipina tu, takdelah aku ternampak iklan tu, takdelah aku dapat umah tu... dan kalaulah tak rosak kete tu, rasanya, aku masih lagi mencari umah2 untuk disewa... alhamdulillah.... pahit akan manis jua akhirnya, bak kata UK's.... la ni masih terbayang lagi umah tu... lepas ni, aku tak rasa ralat lagilah nak ajak orang datang umah aku lagi, tak rasa bersalah lagilah kalau org nak tumpang umah aku dan yang pasti, umah ni, sesuka hati aku nak buat... harapan n doa aku, agar2 jiran2 sekeliling, baik... takde sebuk2 nak tegur, bising lah, itulah, inilah... amiiiinnnn..... huh!!! rasa tak sabar nak pindah awal ogos ni... selamat tinggal minah kerek yang berada dibawah telapak kakiku ini....
tuanpunyablog:
nak buat BBQ ahad ni, macam tahun lepas, harap2 cuaca mengizinkan... alhamdulillah, takde konflik lagi tahun ni... ramai yang tolong aku... alhamdulillah... syukur atas kurniaan Nya...