Wednesday 23 May 2012

luahan hati seorang pengajar...

assalamualaikum,

seorang pegawai audit sedang meneliti fail seorang pensyarah dan bertanyakan pelbagai soalan, lagaknya seperti seorang pegawai penyiasat... alhamdulillah, pensyarah tersebut berjaya menjawab semua soalan dengan kompiden... kemudia satu soalan yang membuatkan pensyarah tersebut tersentap;

'kalau saya kira kedatangan pelajar ni kurang daripada 80%. kenapa Tuan/Puan X (terpaksa dirahsiakan nama dan jantina atas faktor2 keselamatan dan kesejahteraan umum) tak halang pelajar ni daripada amik final exam?'

'eh, ye ke? saya ni sebenarnya jarang nak suka-suka halang student dari amik final exam. lagipun, student ni bila saya tanya ngan dia, dia cakap sakit. saya tanya jugak ngan dia, ada surat Dr tak? pastu dia cakap, saya ni sakit perempuan... camana nak ada surat Dr. so, saya pun taknaklah bar dia, sebabnya dia ada alasan yang saya kira, kukuh jugaklah...'

'tak bolehlah macam tu. Tuan/Puan X kenelah ikut peraturan. Dah cek ke btol atau tidak dia sakit? kengkadang ni, depa jadikan alasan jek tak datang... Tuan/Puan X cuba cek kelas2 dia yang lain... tgk macam mana. macam puasa jugaklah, alasan paling glamer tak posa, sebab uzur... bla... bla.... bla...' (kene brainwash)

bila sahabat aku ni menceritakan kisah dia kene intebiu ngan pegawai audit, teringat sorg kawan aku suatu ketika dahulu. nama, uni tempat dia mengajar serta subjek yang dia ajar, biarlah menjadi rahsia.

disebabkan pelajar dia ni selalu sangat tak datang kelas tanpa memberikan sebarang surat atau alasan yang munasabah dan juga munasarawak, maka dia amik keputusan untuk halang pelajar tersebut.

bila pelajar ni dapat jek slip exam, maka dia terus ke pejabat hal ehwal akademik (HEA) mengadu tentang nasibnya... sahabat aku ni kata, taktau apa alasan yang diberikan oleh pelajar yang kene halang ni kepada pegawai yang menguruskan HEA ni. tak lama kemudian, sahabat aku ni mendapat panggilan daripada pegawai tersebut. pegawai tersebut menyarankan agar menarik balik pelajar halangan menduduki peperiksaan akhir pelajar tersebut. kemudian, sahabat aku ini pun menulis surat tarik balik halangan pelajar tersebut.

seminggu selepas itu, sahabat aku ini pun mendapat surat daripada pihak pentadbiran uni. antara isi kandungan surat tersebut mengatakan bahawa sahabat aku ini cuai dalam menjalankan tugas sebagai sorang akademik, kerana telah tersilap menghalang pelajar yang tak sepatutnya. surat tersebut, telah dimasukkan dalam fail peribadi.

tengok? baiknya hati sahabat aku ni, sampai terpaksa mengotorkan nama sendiri atas sebab kasihan kan student tersebut? tapi, student tu, takde pulak nak ucapkan terima kasih ke, apa ke... tau2, mengutuk pensyarah.

benar, aku tak nafikan ada segelintir pensyarah yang terlalu skima. tapi depa jugak manusia. kebanyakkan sahabat2 aku yang menjadi pensyarah, semuanya bagi peluang kat students. takdelah yang sesuka sesuki hati nak buat 'onar' kat student. janganlah salahkan pensyarah jek kalau kita sendiri yang taknak bagitau apa masalah kita sebab apa tak datang. pensyarah jugak berusaha jugak nak tau apa masalah students, macam sorg sahabat aku ni, siap tepon, tak angkat, msg, tanya kat kengkwn dia... pastu baru amik keputusan halang dari exam... aku pun habaq ngan dia, at least hang dah usaha mencari dia... tapi, dia kesian jugak kat student ni... kang, kalau tak halang, sat g, pegawai audit datang, nak jawab apa, ye dok????

terbaca satu post student kat FB. marah betul dia kat pensyarah sebab pensyarah dok perli2 dia depan students yang lain... btol... aku tak nafikan bahawa pensyarah tersebut telah memalukan student tu. cuma aku tak berapa berkenan bila dia kata, dia ada haluan n cita2 dia sendiri, jadinya, paper tu dia rasakan dia tak perlu nak amik dan tak perlu nak datang kelas semata2 nak grad.... erm... no komen... cuma bagi pendapat aku, jangan terlalu sombong sangat... sebab kita taktau apa akan jadi masa depan kita.

teringat seorang bekas pelajar aku, amat2 tak suka amik stats. katanya, dia bukan nak guna pun bila keje nanti. bila dia cakap camtu, aku cuma leh bagitau dia,

'saya nak buat macam mana... bukan saya yang tetapkan apa yang awak kene amik... apa yang perlu... so, nak tak nak, awak kene habiskan jugaklah... dah itu peraturannya... saya bukan taknak tolong, tapi kalau awak sendiri yang takmo datang kelas, tak buat segala assignment yang disuruh, saya nak bagi markah macam mana. tak fairlah kepada student2 yang lain.... '

mujurlah dia buat apa yang aku suruh buat. dan akhirnya, lulus jugak setelah tiga kali amik... bila try kontek dia balik tanya keje kat mana... ni jawapan dia...

'KAT JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA..'

'eh, bukan tak suka stat ke???????' tanya aku gelak2....

tuanpunyablog: hampir ke penghujung semester... lepas ni, lehlah aku (BERANGAN) mengarang paper2 tuk submit kat jurnal kan????

Tuesday 22 May 2012

biarkanlah mereka itu...

assalamualaikum,

sempena menunggu orang memanggil untuk COPPA dan ISO ni, aku melapangkan diri sebentar untuk menulis.... tengah banyak idea eloklah kita menulis kan....

janji aku pada SV nak setelkan dua paper, tak tersetel2 lagi... teringat pada cerita seorang member, kawan kepada member ni bila dah habis phd, sv dia suruh dia buat paper tuk submit kat jurnal... then, bila dah submit, ada part yang kene betulkan. disebabkan dia dah setel semua, n keje2 melambak lebih2 lagi bila dia dah balik mengajar, maka, selamba rockiah jek dia suh sv dia buat sendiri.. maybe dia ada sebab sendiri kenapa dia taknak buat. mana tau kene tekan n kene perah betul2 dengan sv... n sv yang banyak dapat nama....

macam sorg kawan aku kat brunel, asal present jek, dapat anugerah... asal present jek, dapat anugerah... tapi sv yang dapat berebut nak dapat nama.... bukan lupa diri, tapi aku sebagai pemerhati selama 3 tahun setengah aku tgk dia suffer camana, sebab tu aku berani cakap sv yang banyak 'menumpang' dengan dia...

ha, kalau aku buat macam tu, mau kene sumpah jadi batu oleh sv aku... dahlah banyak benda dah dia tolong... asal ada masalah, aku ngadu, dia tolong... dari mula masuk, sampailah dah hantar correction... sebab tu, aku 'sedaya upaya', diulang, 'sedaya upaya' setelkan dua paper tuk dia... kalaulah ada gajet yang boleh baca pikiran aku ni, kemudian terus tulis, kan bagus... sebab dalam pikiran ni, banyak sungguh idea nak buat... tapi, bila on laptop jek, dok atas meja jek, aku terus jadi hilang pokus... erm... banyak idea tuk menulis blog...

nway, dua tiga hari lepas ada seseorang jumpa ngan aku... daripada borak-borak biasa, sehinggalah masalah2 yang kecik2... aku tertarik nak cerita pasal masalah dia dengan salah seorang kawan yang pernah dia kenal suatu masa dulu... tapi dihubungkan melalui FB. dia cakap;

'pelik jugak dia ni bang... bila saya tanya soklan, trylah post soklan tu kat dia... tak reply pun...'

'dia tak aktif kot...'

'tak aktif menda... selalu jek tgk status dia timbui... kengkadang saya komen jugak kat status dia tu... dengan harapan dia akan balas... tapi, takdak pun....'

'ke mmg sifat dia mmg tak reply komen orang. yelah, ada jugak orang camtu kan... macam wife abg, kengkadang status dia, abg yang tulis... pastu, bila kwn2 dia reply, opkos takkan berjawab... kengkadang tu, kalau pun wife abg yang tulis, dia cuma bukak sat2 jek.,.. pastu, sebuk anak yang sulung tu tgk utube lah, ottromen lah, thomas lah... takdan nak reply... bukan sebab sombong ke apa...'

'erm... tahlah... tapi bila tgk status dia, ada jugak dia reply kwn2 dia... kengkadang tu, terasa macam saya ni, teruk sangat. dia tu bolehlah dikatakan alim jugak... maybe saya ni, tak seperti dia. sebab tu dia taknak layan sangat saya. maklumlah, saya ni, bukan 'minyak wangi'... sebab tu, dia taknak kawan, takut bau yang mungkin 'busuk' akan melekat pada dia... tertanya2 jugak saya, ada hutang ke saya ngan dia, maybe saya lupa ke, apa ke...'

'tak tanya ngan dia?'

'erm... banyak kali saya post, tak pernah dia nak endahkan... entah, naik malas dah nak tanya... rasa macam nak remove jek dia dari frenlist... '

'erm... isk, takyahlah buat camtu... buat apa kita pendek pikiran... camnilah... abg rasa, better (nama budak tu) terus jek komen, post, doa, atau apa2 sahaja yang boleh membuka hati dia balik... kalau dia tak appreciate, biarkan jek... janji kita dah tunaikan tanggungjwab kita sebagai seorang muslim... tipulah abg kata kalau abg jadi (nama budak tu), abg tak amik ati... kita ni manusia... abg pun, dok wish besday orang panjang berjela, tapi orang kata ucapan samalah, copy n paste lah, sama jek macam tahun lepas lah, tak ikhlas lah... kengkadang terasa jugak, apa bezanya dengan orang yang wish happy birthday setiap tahun... cpy n paste jugak kan??? tapi tu dulu lah... la ni, lantak p lah depa nak kata apa... janji kita ingat kat depa... so, samalah macam (nama budak itu)... biarlah dia abaikan kita, janji kita tak pernah lupa akan dia... manusia, biasalah... nak buat camana kan...'

tuanpunyablog: hajat di hati nak bergurau, tapi tak sangka pulak orang tersentap dengan gurauan kita... itulah tajamnya lidah itu daripada mata pedang...

Sunday 20 May 2012

pahit akan manis jua akhirnya... cheeewaaaaaahhhhh!!!!

assalamualaikum,

yang pertamanya, nak mintak maaf atas post aku tang lepas... bukan ingin mengundang kesedihan korang... bukan juga nak mengadu nasib... dan bukan juga nak meminta simpati... saja jek bercerita... kalau kita boleh bercerita yang best2, yang seronok2 dalam blog, takkan takleh nak cerita pasal kesedihan kan... sejak hari jumaat ritu, aku dah tekad... dapat tak dapat tukar, aku akan abadikannya dalam blog... samalah macam aku viva dulu... major correction ke, minor correction ke... tetap aku akan abadikan dalam blog... perjalanan hidupku... kurang2, leh merancakkan blog tulisan aku yang tahapaapa ni...

sebut pasal correction ni kan (cliche sangat blog aku kan... suka buat cerita berangkai), masa tu kan aku ada kisahkan pasal pemeriksa dalaman yang agak strict... cerita lanjut disini... sebab katanya, ada sekali jek peluang tuk aku hantar... lepas tu, kalau tak memenuhi kehendak list of correction tu, dia cakap, dia terpaksa failed kan aku... sebenarnya, 3 hari sebelum aku balik, aku dah setelkan correction aku... n aku decide nak jumpa dia sebelum aku balik malaysia. masa jumpa dialah, dia kata, kalau nak submit, submit. kalau tak cukup 'perisa', dia akan failed kan aku... dia pun taknak jadi macam pingpong game, pi mai... pi mai... antar correction. dia nak sekali jek.. sebab tu dia suh buat betul2...

disebabkan amaran dia tu, aku tak jadi hantar sebelum balik hari tu. email sv aku mengadu nasib (biasalah aku, masalah jek sokmo)... tapi sv aku yang baik hati tu kata, tunggu dia balik, lepas tu hantar kat dia... nanti dia hantarkan kat pemeriksa dalaman.

akhir bulan Mac aritu, sebelum start cuti Easter, atas pertolongan salah seorang member aku yang masih berada di sana, dia tolong printkan, dia tolong binding kan dan dia jugak yang tolong hantarkan (terima kasih banyak2 abg bat, semoga abg bat dipermudahkan untuk mendapat PhD nanti), akhirnya, aku berjaya hantar juga. nak pastikan bahawa sv aku dah hantar, aku cuma email dia jek tanya dah terima belum thesis aku tu...

selama hampir dua minggu lebih aku tertanya tentang result... habis seantero dunia aku cerita masalah aku... huh!!! teruk sungguh aku ni... padahal takde menda pun... yelah kan, maybe org kata takde menda, tapi tulah... kengkdang rasa takut jugak...

dek kerana tak tahan menunggu, aku try email admin tanya pasal final result. tunggu seminggu, tak dapat jugak berita. email pulak graduate school, seminggu, pun senyap jugak. email pulak sv, tanya... ha, sv aku ni mmg sangat baik... lepas SEJAM aku email dia, terus dia reply kata dia akan tanya ngan pemeriksa dalaman dulu. tak lama lepas tu, dia kata, pemeriksa dah setelkan benda ni sebulan yang lalu (maknanya, dapat2 correction ngna tesis aku tu, terus dia hantar kat graduate skul). aku tanya pasal final result sebenarnya, tapi dia tak jwab soalan aku... cuma dia kata, don't forget to come to your convo....

aku masih curious jugak bila tak dapat surat or confirmation yang aku betul2 dah lulus. sv aku pun, cuma bagi hint macam tu. aku still tak puas hati. seminggu menunggu surat daripada graduate school, tak sampai2 suratnya, aku dapat email kata depa nak terminate segala akaun aku kat brunel tu. makin kuatlah perasaan tak sedap hati aku. aku kol admin skul, tanya apa final keputusan aku tu. dia terima atau tidak. lepas tu, dia suh aku kol student center. kol student center, dia cakap surat dah di hantar 26 april yang lalu. la ni, dah dekat dua minggu, aku still tak dapat lagi... mujurlah dia kata dia akan email salinan surat tu... sebab aku cakap, majikan nak tau final result (padahal aku nak setelkan cepat2 pasal phd ni... penat nak tunggu)...

dan inilah suratnya...



alhamdulillah, syukur atas segala kurniaan Allah yang Maha Kuasa. terima kasih jugak buat isteri tercinta, ibu2 bapa, adik beradik, sahabat2, teman2, rakan2, murid2 yang sentiasa mendoakan aku sehingga dipermudahkan segala urusan...

orang lain, ada yang sampai 2 3 kali hantar correction kat pemeriksa, masih lagi pemeriksa tak puas hati... aku? sekali jek hantar, terus puas hati... syukur sangat dapat pemeriksa yang baik hati. tak baik kan aku dok kata dia skimarimarashidi sangat... sebenranya, ada bagus jugak dia suh aku cek balik masa aku hantar sebelum aku nak balik ke malaysia ritu. bila cek2 balik satu2, memang banyak kesilapan. banyak jugak aku tak ubah... bak kata UK's, pahit akan manis akhirnya... dugaan yang Allah bagi tu, sebenarnya ada hikmah kemanisan yang Allah nak bagi... cuma masa jek menentukan...

KAN???????

tuanpunyablog: sedang mengarang ayat-ayat kasihan ni... mintak2 terbukalah hati dorg ni...

Saturday 19 May 2012

bersabarlah sayang...



assalamualaikum kekasih hatiku,

semoga berada dalam keadaan sehat walafiat selalu bersama iman3 kita...

baru sahaja selepas melihat maklumat egtukar... kalau nak tau, sejak semalam abg dok cek... sejak pukul 5 petang semalam. manalah tau, kot2 depa bukak sistem tu cepat kan... yelah, teringat masa tahun 2007, masa zah apply KPLI... patutnya sistem tuk cek kemasukan KPLI tu dibuka esoknya, tapi alhamdulillah... petang tu abg dah boleh cek...

erm... malam tadi, pukul 12.30, tahan mata, semata2 nak cek permohonan zah tuk tukar dapat ke tak. tapi, tak dibuka lagi... takpelah kata abg, maybe esok pukul 8 pagi baru dia bukak kot. kemudian, terbangun pukul 3:30 pagi... mujurlah masa tu, laptop berada atas kerusi, sebelah katil... try jugak cek dengan mata separuh terbuka... masih tak bukak lagi sistem tu...

pagi ni, selepas solat subuh... try cek sekali lagi... tapi, bila keputusan memihak kepada TIDAK DILULUSKAN, hampir hancur dan kecewa jugak hati ini... masa tu, terus terdiam.. tak terkata apa2... abg terus msg zah... maapkan abg ganggu zah pepagi buta...

tapi, kesedihan tu, takdelah macam orang putus cinta, frust menonggeng sampai nak bunuh diri... masih rasional lagi... abg selalu memikirkan, kita merancang, Allah juga merancang... sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik... takpe, kita kene yakin bahawa ini perancangan Allah yang terbaik buat kita. mungkin kita tak nampak baik sekarang, pasti suatu hari nanti akan nampak akan kebaikan nya nanti...

Zah,

ingat tak dulu masa zah apply KPLI yang mode latihan dalam kelas tu? mmg kita berdua yakin yang zah akan dapat p temuduga tu... sebab zah ada pengalaman jadi cikgu selama 2 tahun... dan kebetulan, dengar cerita, KPM mmg nak sangat guru pemulihan... tunggu punya tunggu, tak sampai2 suratnya... suatu ketika, hati abg terdetik nak tgk surat kat pigeonhole students kat Kolej EON. alangkah sedinya, bila terlihat surat panggilan temuduga zah ada dalam tu. sepatutnya, dipejabat, sebab surat felo2 semuanya masuk pejabat. maybe masa tu, depa tak tgk masa nak agih2kan surat... bila tengok tarikh temuduga tu, dah terlewat hampir dua minggu. kebetulan tarikh temuduga tu sama tarikh dengan jangkaan kelahiran anak sulung kita.

Gugur air mata zah kesedihan. abg cadangkan kat zah suh kol JPN, tanya kot2 ada tarikh lain yang boleh zah p. malangnya, pegawai tu cakap, semua temuduga dah dibuat. maknanya, zah takde peluang lagi tuk ditemuduga. kene apply untuk tahun depan lah pulak...

kesian dekat zah. tapi, kesedihan tu, takdelah lama sangat... sebab, tak lama lepas tu ilham lahir. zah pun dah lupa pasal intebiu cikgu tu... tapi dalam tengah pantang tu, abg isi jugak untuk apply KPLI zah dengan tidak menaruh harapan yang terlalu tinggi. alhamdulillah, daripada amik MTEST, intebiu... semuanya zah lepas.

ingat lagi masa abg tgk keputusan temuduga untuk KPLI tu, abg takdelah mengharap sangat. tapi, alhamdulillah... dapat jugak... tulah, hikmahnya zah terlepas intebiu untuk KPLI Mode dalam kelas (apatah nama singkatnya, lupa dah)... kalaulah ditakdirkan zah dapat intebiu tu, n dapat KPLI mode dalam kelas tu,

- zah mungkin akan duduk diceruk2 kedah... yang mana, susah kita nak berhubung. tambah pulak ilham dah lahir masa tu... jenuh jugak kan... dengan famili kita berdua jauh berada di selangor... yelah, dalam borg permohonan tu, mmg dah diberitahu yang cikgu yang dapat mode tu akan dihantar ke sekolah2 dipedalaman...

- lepas tu, abg pulak dapat offer p UK. lagilah jenuh zah nak jaga bebudak. nak apply cuti pun takleh, sebab zah mmg terikat selama tiga tahun... tak boleh mintak keluar...

- lepas tu, zah takleh ikut p london ngan abg...

- bila zah tak p london, tak mungkin kita leh dapat kembar izzah ngan iffah

- dan abg pun tak mungkin leh habiskan study abg... sv abg pun mungkin akan melenting asik2 balik.. asik2 balik... teringat masa dia warning abg 6 bulan pertama dah nak balik malaysia... padahal, takde progress lagi....

zah,

bila pk2 balik... abg yakin... Allah merencanakan yang lebih baik untuk kita sekeluarga... cuma kita tak dapat lihat sekarang... bila kita pandang belakang pada kehidupan2 kita yang lalu, setiap kesedihan yang kita lalu, pasti kita akan mengucapkan syukur pada Allah kerana telah mengurniakan kesedihan pada kita suatu masa dulu...

InsyaAllah, bila Allah merasakan itulah waktu terbaik untuk kita kembali bersama, DIA akan aturkan untuk kita... jangan sedih2 k... salam peluk cium untuk iman3 kita... tetiba jadi sebak...

yang sentiasa menyayangi dan mendoakan iman3 dan dirimu,

-abang-

Friday 18 May 2012

perihal pelajar2 ku...

assalamualaikum,

dah 18 haribulan rini. esok, 19... hari yang ditunggu2... risau jugak, sebab takut tak dapat kan... nway, dah berusaha, kalau mmg itu yang terbaik, so, nak buat camana kan...

nway, lama tak menulis... saja jek lah nak menulis... entri kali ni, dikhususkan untuk pelajar2 sistem dinamik aku tu... huh... really appreciated apa yang dorg dah buat... sangat2 terharu...

sejak aku mula mengajar, ni lah pestaim student wat birthday surprise untuk aku (maybe sebab sem ni yang depa abis bulan 6, sebab sem satu mula bulan 9 kan.. sebelum ni, final exam pun bulan 4 habis dah)... terkejut jugak, sebab masa hari 14 haribulan tu, depa baru jek habis presentation. hati aku pulak, macam nak marah2 jek... mana taknya, sebab orang present kat depan, depa dok bercakap kat belakang... jenuh nak tegur... last2, aku biarkan jek... tapi tulah, aku bukan suka sangat marah2 kat student. karang kelas jadi tak best...

sebut pasal marah2 ni kan (dan2 teringat kisah lama kan??? cliche sungguh blog aku ni... cerita ceriti, tetiba teringat something... chet!!!!!), tetiba teringat masa aku jadi student dulu... that was the first time (sepanjang aku menjadi student) aku kene marah kaw2 punya dengan pensyarah... kalau aku sorg jek takpe... ni siap kene marah lagi depan student yang seramai lebih 60 orang. sangat2 memalukan....

apa sebabnya? yelah, salah aku jugak. mana taknya... aku ni menjawab bila pensyarah tu tanya... dia tanya aku satu soklan, yang aku kira, sebenarnya boleh jek jwab, tapi disebabkan masa tu baru masuk kelas, malam pulak tu... maka terkeluar jawapan,

'entah... tak tau nak jawab...'

sangat kurang ajar kan??? no wonder lah pensyarah tu melenting kaw2 punya... siap kata n hampir2 nak baling duster kat aku,

'I aim u!!!!!!'

semenjak dari tu, pensyarah tu tak pernah lagi marah2... soklan pun tak pernah ditanya lagi dalam kelas. aku pulak, jarang sekali pandang muka dia masa dia mengajar. bukan sebab marah ngan dia, tapi sebab aku malu sangat dengan dia... nway, masa present final projek yang paling simple aku rasa, ok jek dia... agaknya, dah maapkan aku kot...

sebab tulah aku tak suka sangat marah ngan student... lagi2, bila aku tanya soklan, n then depa tak dapat jawab... bila nak marah jek, teringat kat masa aku dulu. once dah marah, rasanya, macam tak best dah nak mengajar... tapi tulah kan, kita ni manusia... ada hati dan perasaan. tipulah aku kalau aku kata yang aku tak pernah marah kat students...

ada sekali tu, masa aku mengajar maths. kene pulak masa mengajar tu mentor (pensyarah senior tuk nilai aku, ala, macam cikgu pektikum lah, pensyarah masuk kelas) aku masuk. sedang aku mengajar, adalah dua tiga orang pelajar yang duduk didepan sekali dok tergelak gelak... masa tu, walaupun hati tengah panas, tapi tahan jugaklah. sebab masa tu mentor aku ada. kengkadang, tengah2 penerangan tu, aku pandang2 jugak depa ni... tapi, makin galak pulak depa gelak2... walaupun tak kuat, tapi, rasa tercabar jugaklah.... lepas jek mentor aku tu keluar (bila aku start buat latihan tuk student), maka aku terus jadi singa. dalam keadaan aku yang boleh buat lawak, tetiba jadi macam singa lapar...

'saya tau... saya ni cakap english macam orang putih cakap melayu. tergagap2... grammer berterabur. tapi, janganlah sampai menghina saya dengan tergelak2, terkekek2,... duduk depan pulak tu. mentor saya kat belakang... awak langsung takde respect ngan saya....'

lebih kuranglah dialognya (mana nak ingat kan... peristiwa lama)...

masa tu, biasalah, bila kita marah, maka, setan pun simbah minyak lagi. mujurlah kelas masa tu dah nak habis. habis jek aku luahkan perasaan, terus aku keluar. kemudian, tak lama lepas tu, ada tiga orang datang bilik aku... dorg mintak maaf ngan aku sebab tergelak2 masa aku tengah mengajar. erm... alhamdulillah..., ada manner lagi... syukur sangat depa sedar... sejuk balik hati aku... aku sendiri tak pernah nak mintak maaf dengan pensyarah yang marah aku dulu... segan jugak nak jumpa, walaupun bangunan dia dengan bangunan aku sebelah jek... teringin jugak nak mintak maaf atas keterlanjuran mulut aku tu...

credit to one of my student, azira yasmin...

nway, balik kepada surprise yang student buat aku 14 may ritu. sebenarnya, aku rasa macam bersalah pulak ngan dorg. tah, rasa macam terhutang budi pulak. sebab tu aku sebenarnya tak pernah berharap untuk orang adakan apa2 birthday ke, anniversary ke... sebabnya, aku taknak depa bersusah payah dengan sebab aku... lagi2, student ni... sat g, bila bagi markah sikit, rasa bersalah pulak...

even dengan zah pun, aku buat request supaya takyah beli apa2 hadiah... aku tak nak... bagi aku, cukuplah dengan kehadiran dia dan anak2 dalam hidup aku... hadiah paling berharga dan tak ternilai (bukan bernilai yek... tu dah membawa maksud lain tu)... samalah macam student, cukup sahaja depa paham apa yang aku ajar n boleh apply. kalau depa tak boleh buat n paham, terasa aku bukanlah guru terbaik... tak pandai ajar... sian kat dorg, sebab jadi tikus putih aku... sebab subjek sistem dinamik ni, aku pun baru belajar bila buat phd. baru ditwarkan pulak sem ni... so, banyak kekurangan lagi... maafkan saya wahai student2 ku...

ingatkan gabungkan kelas n tak buat kelas hari ahad tu (13 may), akan terlepaslah daripada surprise party, cake or what so ever lah... rupanya, depa buat jugak... sebab tu muka kat atas tu, lain macam sikit. macam tak percaya pun ada... sebab tu keluar gigi arnab tu...

tuanpunyablog: selamat hari lahir buat ayahku (9 haribulan), aku (13 haribulan), ibuku (18 haribulan) dan adikku ajan (23 haribulan)... semuanya dalam bulan May... oh ya, selamat hari guru jugak....