Thursday 20 May 2010

scan lagi...

salam...

semalam g scan sekali lagi... minggu ke 18.

setiap kali nak scan, mesti aku jadi berdebar2... pastu bila cik sonogeraper tu tunjukkan ada heartbeat, barulah lega hati aku... alhamdulillah masih panjang umur anak2 kami... sebab tu selalu aku tanya ngan zah, baby ada gerak tak? belah mana yang gerak? banyak ke geraknya? bila zah kata ada gerak, alhamdulillah... yelah risau kan...

lagi2 terlebih risau bila salah seorang adik kami (adik junior satu kolej EON UUM dulu) kehilangan anaknya yang dalam kandungan... lebih kurg 8 bulan dalam kandungan dah... due to abnormal kromosom lepas buat scan 4d. takziah buat dia sekeluarga, sedih bila kami baca gambar kat profile dia... tapi yang aku kagum, semangat, serta hati dia sangat2 tabah... kalaulah jadi kat aku, taktaulah camana... teringat masa kakak aku yang sulung, kehilangan anaknya ketika masih dalam perut, 9 bulan, sebab terlilit tali pusat... gambar kat profile dia semalam, mengingatkan kepada anak kakak, merangkap anak sedara kami yang pertama... seboleh mungkin aku tahan air mata aku untuk tidak di alirkan depan kakak aku (arahan daripada mak aku), tetap mengalir jugak... hati aku kan berbunga2... sensitip... huhuhuhu.... apapun, doa kami agar adik kami sorg tu, sentiasa tabah dan berhati waja... amiiiinnnnn....

nway... lari topik plak aku (eh... bukan selalu ke tajuk ngan isi ko sentiasa berbeza ke jep????)... sebenarnya nak cerita pasal scan semalam... alhamdulillah... insyaAllah kembar kami merupakan kembar pompuan... paling sonot, zahlah... sebab dia mmg ngidam pompuan... dah ada sorg lelaki... aku pulak, takdelah kisah sgt pun... lelaki ke, pompuan ke... sama jek... cumanya, kunun2 nak break the recordlah... kalau dapat kembar lelaki or sepasang, kira aku lain sikitlah daripada group kembar kat fsk tu (campur aku, kira ada 5 org staflah yang ada anak kembar dan semuanya lahir pompuan)... tak lahir pun lagi... excited je lebih... risau jugak kengkadang... ingat dulu masa memula tau zah ngandung anak pes, aku dok bajet anak pompuan (nak jadi ahli nujum tak bertauliah berdasarkan tarikh conceive) tapi dalam hati nak anak lelaki... so, bila dapat tau gender tu dalam bulan ke lima, lelaki... terus aku suka... yang ni pulak, aku dok bajet lelaki... tapi dalam hati, dok pk, kalau dapat pompuan bagus jugak... completelah jugak... complete hidup keluarga aku, complete sebelah keluarga zah (cucu mak 7 lelaki 7 pompuan), dan complete keluarga belah aku (cucu mak ayah 4 lelaki, 4 pompuan)... tup.. tup... pompuan... alhamdulillah.... nampaknya, lepas ni (kalau panjang umur), kene bajet lain daripada apa yang aku nak lah nampaknya.... ihiks....

sebenarnya, aku pun tak berani nak kata pasti lagi... yelah, manalah tau pandangan sonogeraper tu tak berapa clear lagi kan... macam uri lah... memula scan masa 12 minggu, katanya, 1 uri, dua karung (monochrionic, diamnioatic (salah eja jgn marah, malas nak tgk kamus)... udahnya, aku kene bwak zah jumpa Dr selalu... tapi, bila tgk repot scan semalam, terus jadi dua uri, dua karung (dichrionic, diamniotic)... tapi bagus jugak bila tau ada dua uri ni... sebabnya, kemungkinan untuk berlaku twin-to-twin transfussion syndrome (TTTS, twin satu mnyedekahkan darah miliknya kepada twin yang lagi satu, akibatnya, sorg kurg darah, sorg lagi terlebih darah), insyaAllah takkan berlaku... yelah, dah lain2 plasenta, n sambung tali pusat jugak tak berlaku... cumanya, taktau samada twin tu seiras atau tak... sebabnya, kalau masa conceive, telur yang dah bersenyawa tu terbelah antara hari pertama hingga ketiga, maka, akan terbentuk plasenta baby tu tersendiri... so, la ni, taktaulah samada seiras atau tak... tapi bagi kami, tak kisahlah... janji babynya sehat2 belaka.... yang bestnya, perkembangan fetus twin lagi cepat daripada yang single... dari segi panjang, ukur lilit kepala, panjang kaki etc... so, apa yang aku boleh buat kesimpulan, kejadian Allah amat amat amat cantik... sebabnya... kan kebanyakkan baby twin akan lahir cepat daripada waktu yang sepatutnya... so, maybe dengan cepatnya perkembangan baby tu, bila dia lahir kurg bulan, potensi untuk hidup, amat tinggi compare dengan yang lahir sebagai single baby. in fact, after 24wks (lepas minggu kritikal), kira kalau lahir, chances baby twins tuk survive amat tinggi... bilangan hari dalam perut after 24wks, berkadar secara exponential dengan survival chances (ada paham tak???)... cantik kan ciptaan Allah itu... subhanallah...

terer kan aku mendescribe pasal twin ni??? boleh jadi pakar sakit puan (specialist dalam multiple pregnancies)...

sebenarnya dok baca artikel2 kat cni, http://www.babycentre.co.uk/ (kene bagitau, sat g, aku kene saman, jenuh aku nak bayar). banyak jugaklah input yang aku dapat dari sini... so, bila baca tu, bolehlah nambah pengetahuan sikit yang dah mmg sikit jek ni... takyah mintak ngan nurse...

ramai jugak yang mintak nak tgk gambar baby kembar camana... semalam aku try mintak jugak, tapi dia kata, dia takleh nak amik gambar sekali dua dalam satu frame... kene amik satu2... so, tak dapeklah kami nak nulung kasi tgk camana baby kembar tu (in fact, masa dia scan tu, aku pun takleh nak gambarkan camana... sebab aku pun blur bila tgk skrin tu... cuma dia tunjuk, sorang tertelentang, sorg lagi tertiarap)...

tapi takpe... sebagai menghargai pertanyaan rakan2 yang perihatin tu, aku cilok gambar ni daripada website kat atas tu... boleh jugak digunakan sebagai panduan untuk tgk baby kembar camana...



*ni gambar ketika berumur 20 menggu... kalau ikutkan yang ni, memasing ada plasenta.. bezanya, kembar ni, satu belakang, satu lagu depan... hat kembar kami, setakat semalam, sebagaimana yang diterangkan oleh cik sonogeraper tu, satu bawah sebelah kiri, satu lagi, atas kanan...

terlebih excited plak aku ni... hopefully semuanya akan selamatla... amiiiinnnn...

tuanpunyablog: lupa nak habaq... pasal kes ritu... alhamdulillah... takde pepe pun melanda kami... mekaseh atas doa semua...

Friday 14 May 2010

sambungan entri kat bwah ni...

salam...

sambung entri sebelum ni... tadi nak kene cepat coz nak kejo solat jemaat...

yang sebenar2nya, aku takdelah nak marah sangat ngan staf2 kat kenek brunel ngan spital tu... cuma geram plak, bila dia marah, n letakkan semua kesalahan kat bahu aku... aku admit salah aku...

dan aku admit jugak dorg buat camtu, tuk kebaikan kami jugak... btol... tapi sikap terlalu berhati2 dorg sebenarnya, akan merosakkan perasaan org lain jugak akhirnya (cam bahasa dalam buku sastera lak)... org tak sakit, jadi sakit pulak jadinya... maksud aku, bila manusia hanya berpandukan pada manusia, maka jadilah kelamkabut yang sepatutnya tak jadi... sebab tu aku kata kechoh je lebih...

amik contoh yang ni... katakan amik darah tu cek samada anak dalam perut tu ada sindrom down atau tak... hanya based pada sampel darah kita, panjang fetus dalam perut plus air ketuban... cek2, kuarlah result... bila high risk, terus suh buat ujian seterusnya... bila buat check thoroughly, takde pun sebenarnya sindrom down tu... kalut je lebih... aku paham dotrg berhati2, tapi sebab based pada experiences org lain, atau research org lain, bukan based pada kehendak Ilahi, maka, org yang tak sakit pun jadi macam sakit...

erm... tahlah... ikut jelah rentak dorg kat cni... sat g, aku melawan payah jugak... dahlah nak bersalin sini... huhuhuhu

bila citer ngan kak mai, dia kata, biasalah... org cni nak elakkan kita dari saman dia... so, dia akan suh jugak kita admit tu salah kita... takdelah dorg kene saman... haiyaaaa.... takdelah aku sampai nak saman dorg... insyaAllah, aku percaya setiap yang berlaku tu, ada hikmahnya... cuma tak nampak je lagi...

teringat satu cerita omputeh... sebab si B tak cegah si A daripada memandu dalam keadaan mabuk, si A boleh saman si B... padahal si B yang patah kaki sebab si A yang bawak kete dalam keadaan mabuk... boleh menang pulak kes tu...ada jugak manusia yang macam tu dalam dunia ni kan... nilah undang2 ciptaan manusia.... pepe, semuanya bergantung pada manusia... huh!!!

tuanpunyablog: macam aku plak menambah perisa dalam cerita aku tu ek... padahal, takde pepelah sangat punggggg... saja bikin havoc...

kechoh jek lebih...

salam...

lama dah nulis, sejak dari semalam lagi, bila aku dipanjang Allah akan umur aku... tapi, disebabkan nak reply hampir seratus ucapan besday yang datang kat dinding pesbuk aku, maka aku delaykan dulu... yang penting, ucapan serta ingatan rakan2 perlu disudahkan terlebih dahulu... yelah, hati peminat kenelah jaga kan.... (hatttttttttuuuuuuuiiiiiiihhhhhhh!!!!!! boleh blah!!!!!)...

nway, semalam juga aku dikejutkan (takdelah terkejut sangat pun, normallah kan) dengan berita salah seorg kawan aku yang menghantar anaknya ke zah disahkan terkena cikencop (saja jek letak cikencop)... biarlah aku namakan rakan aku tu sebagai A. bila si A sms zah kata tak jadi nak antar anaknya ke umha kami, sebab maybe kene cikencop, kami pun takdelah kesah sangat... tapi, sebagai langkah berjaga2, si A dah buatkan appomen tuk kami jumpa ngan GP, atau dalam kata lain, dokter kat brunel medical center... bagus btol adik kami yang sorg ni... sungguh prihatin... alhamdulillah....

kemudian, dalam kol 2 lebih, aku dapat panggilan dari GP kata suh p hospital buat blood check, nak kene tgk darah zah ada antibodi tuk melawan cikencop tu ke tak... before ni zah mmg dah kene, so aku cakaplah camtu... tapi dia kata, adviseable tu p jugak blood check tu... aku tanya boleh tak buat esok, coz esok ada appomen pun ngan kene tuk anesthetic (banyak tol appomen nya, 50% bagus, 50% tensen, sebab memacam dalam pikiran)... tapi dia kata, p buat rini jugak, sebab lagi cepat dapat tau, lagi bagus (dia cakap english ye, bukan bm... ni nak memudahkan aku dari penceritaan)... aku cukup pasti, dia kata, samada p kat maternity clinik kat hillingdon hospital, atau ke bahagian pathology (dalam bodoh2 aku dalam BI, aku paham jugak apa yang dia cakap k..)...

dalam kol 2 aku kuar, p amik borg tuk arahan cek darah kat kenek brunel, pastu terus balik... masa kat kaunter nak amik borg tu, adalah aku tanya sekali lagi... kene pegi kat pathology atau maternity... pastu dia kata, p kat pathology...

maka bila sampai kat kenek tu, sementara tunggu nak masuk parking kete (parking penuh), aku p turun dulu n terus ke maternity clinic... aku malas nak mencari pathology kat mana, so aku terus ke antenatal clinic (ANC)... nak tanya dia dulu, boleh tak buat blood test kat situ... pastu, org yang kat kaunter depan ANC tu, kata, boleh, terus masuk bilik no 2... sebelum tu, aku dah cerita bagitau wife ada contact ngan person yang ada cikencop... taktaulah samada dia paham atau tak apa yang aku cakap... muka macam paham...

so, bila aku balik ke kereta (tak dapat lagi masuk tempat parking), aku suruh zah pulak ke ANC tu. buat terus, takut lambat dapat masuk parking.... elok jek aku adapat parking, zah pun dah siap blood testnya... katanya, esok baru dapat result... surat arahan suh buat blod test tu, midwife amik...

aku kembali ke brunel, bagitau, nak kene hadir ke tak appomen petang tu coz result blood test tu tak dapat lagi, pastui dia kata, takpe... takyah datang... so depa cancel appomen kami petang tu... kami pun jenjalan ke uxbridge...

kol 545, sekali lagi kenek brunel kol aku... tanya camana? kompius lak, rasanya, aku dah gtau yang zah dah buat test tu... tanya lagi dah buat ke blom... pastu tanya pasal result... erm... aku assume org lain kotlah yang kol aku, bukan dengan org yang aku cakap masa face to face tu....

pagi ni, aku dapat kol lagi... dari kenek brunel, tanya pasal dah p buat blood test tu ke blom... yang lawaknya... aku dengar dia tanya;

'is your wife got ceaser?' lebih kuranglah macam tu aku dengar. since aku baru bangun tdo time tu, ngah mamai, n aku teringat aku ada appomen ngan anesthetic (bius) rini, so aku assume ada connectionlah call tu... terang punya terang kata, might have ceaser because of twins, terus dia potong cakap aku...

'no, u don't understand what i'm saying... is your wife name aziza (kene buat bunyi minah saleh sikit, cuba bunyikan ceaser ngan aziza... sama kan???? dahlah ngah mamai masa tu)...

'oooooo.... yes... yes.... sori...' pastu dia pun sambung tanya.... dah buat test ke dak, dah dapat result ke blom... sebab dia dah kol pathology, katanya, spesimen zah takde kat ctu... so, aku cakaplah zah buat kat maternity ward, bukan kat pathology... tapi aku cakap, nanti aku bagitau result, sebab rini ada appomen lagi....

pas mandi, aku tgk phone ada 2 miskol... prebet no... n satu sms... voice mail... dengar2, dia cakap, please do not come for ur appomen... i'll repeat... please do not come... aku agak dah, ni mesti sebab semalam tu... saspek zah ada cikencop...

then, saja nak kompomkan, n nak tanya camana nak dapatkan result blood test tu... pastu, aku yang kene marah ngan staf ANC tu... dia kata, you should not come to the hospital... u will spread the virus to the maternity ward... its very dangerous to all the pregnant women here... bla... bla... bla....

aku cakaplah, aku dah tanya ngan brunel kenek, katanya boleh maternity ward atau pathology... pastu dia reply, kata, no... brunel dah cakap jgn p ANC... bila aku bela diri aku, lagilah aku kene tembak.. last, aku ngaku jek aku yang silap... miscommunication, sebab english tak reti sgt... so maybe tak paham apa yang dia cakap... dia pun kata... that ok... but please dun come or your appomen today, we will phone u...

angin jugak bila dia cakap macam tu... aku admit salah aku, sebab aku kene p pathology sepatutnya, dia ada org kat kaunter tu... aku tanya dah, boleh ke tak buat kat maternity ward tu, dia kata, yes... u can... p bilik ni... bilik ni... 2x plak tu tanya... memula, aku... pastu tu, zah pulak tanya... n surat tu pun ada... kalau btol dia tak kasi kami buat blood test kat situ, org kat kaunter tu sepatutnya kene cakapo kat kami... pastu satu lagi, yang aku questioned, kenapa plak midwife yang amik darah zah tu tak cakap pepe? kalau btol dia tak paham apa kami cajkap, surat yang kenek brunel bagi tu, takkan dia tak paham????????? (marah sambil geram sebab pepe, mesti kami jugak yang salah)....

so, sapa yang salah????

hat receptionist kat depan tu, bila tau jek pasal contact person ngan cikencop tu, terus dia kata, this morning was a chaos... huh!!!! salah aku lagi....mujurlah kenek brunel tak salahkan n marah kat aku... sejuk sikit bila cakap ngan nurse nama barbara tu... ...... kalau dia bambu jugak aku, mau aku kutuk n maki dia, tapi dalam hati jelah, sebab aku reti maki org dalam hati jek... nak maki dedepan, mau tegeliat lidah aku... hhuhuhu...

so, tunggu jelah resultnya... hopefully takde pepe...

tuanpunyablog: geram plak bila aku selalu jek dipersalahkan... selalu plak jadi... isk...

p/s to A: jangan terasa pepe tau, kalau baca blog ni... nak cerita sebenarnya, yang org cni semuanya pathetic (betol ke perkataan ni ek????)!!!! kecoh je lebih!!!! kan??????