kehadapan galaxy ku yang ku sayangi dan yang ku adore selalu,
maafkan aku kerana mencoretkan sesuatu buat rakan-rakan ku buat pengetahuan mereka semua....
ketika pagi yang hening pada hari ini, kau mesra seperti selalu... seperti biasa, aku tidak ketinggalan untuk membacakn bismillah untukmu sebelum aku menghidupkan mu... berkat bismillah yang selalu ku bacakan untukmu, alhamdulillah... kau nampaknya telah sehat sepenuhnya... biarpun keraguan masih bersarang, sampai bilakan hayatmu akan tamat... namun, aku selalu berdoa ke hadrat Ilahi, agar kau tetap sehat sehingga sekurang2nya sehingga aku menghabiskan sisa-sisa kehidupanku dan keluargaku di sini...
namun, hatiku tiba2 terasa seperti sesuatu akan berlaku kepadamu... sementelah, aku merasakan seperti ketika dirimu sakit ketika aku berenti sebentar distesen minyak untuk membeli air kira2 seminggu yang lepas.... mujurlah ketika itu, sakitmu hanya seketika, setelah kucuba berkali2 untuk menghidupkanmu... andai dirimu tau, ketika itu, cuaknya aku hanya Allah sahaja yang tau, kerana ketika itu, aku perlu cepat dan dirimu baru sahaja berjumpa dengan DR. takkan kau sakit lagi kot, kataku berfikir...
benar telahan hatiku... ketika aku sampai sahaja ke tempat dirimu diparkirkan untuk aku pulang kerumah, di tempat belajarku, aku cuba menghidupkan dirimu berkali2... namun, kau tetap juga tidak dapat bangun... apalah dayaku lagi ketika ini, hanya doa yang aku panjatkan pada Ilahi. andai kau tidak boleh bangun dirumahku, boleh juga aku melihat2 keadaan dirimu, dan boleh juga aku cuba untuk menghidupkan mu ketika aku lapang. namun, kau berada dalam tempat pembelajaranku, apalah dayaku untuk membawa dirimu ke tempat tinggalku...
dek kerana cubaan ku berkali2 untuk menghidupkan dirimu masih gagal, maka aku ambil keputusan untuk meninggalkanmu. maafkan aku andai aku terpaksa meninggalkan dirimu tanpa ada teman, aku pasti, ketika ini, kau bersendirian... kesian kat kau wahai galaxy ku... dan kesian juga kepada diriku (selfish sungguh ko ni jep oiiiiii!!!!!!) kerana terpaksa menapak kira2 500meter menuju ke stesen bas yang membawa aku kembali kerumah ku... apalah dayaku... ketika ini, pelbagai perasaan menerjah kebenak ku. apalah salahku kini terhadapmu, yang membuatkan kau merajuk sekali lagi... erm... mungkin dosaku dengan org lain, terutamanya dengan penjual serena binti nissan itu, masih belum pudar, kerana jahatnya mulutku menipunya dengan mengatakan bahawa ku tinggalkan serena bukan kerana aku tidak suka, tetapi aku hanya inginkan duit, kununnya sesuatu yang amat penting perlu ku langsaikan... hakikatnya, tujuanku hanya satu, semata2 ingin bersamamu... maka duit yang ku dapat, aku gunakan untuk mendapatkan mu, walaupun dirimu merupakan pilihan sampinganku.... inilah 'berkat' aku menipu, dan aku akan cuba selepas ini, untuk tidak menipu, biarpun aku kini menjadi mangsa penipuan.... apalah dayaku kini.... huhuhuhu
galaxyku,
seandainya hayatmu tidak lama, maka aku redho kau pergi untuk selama2nya... aku akan hantarkan dirimu ke tempat asalmu, cuma yang kuharapkan, agar kau dapat kuhidupkan esok hari. doa aku agar kau masih lagi kuat sekurang2nya sehingga aku berjaya memindahkan segala barang2 dan pindah daripada cengkaman minah ronggeng yang berada dibwah telapak kakiku ini... harap kau dapat sembuh buat sementara, agar mudah juga aku membawa dirimu kembali kerumah ku... mudah untukku menguruskan urusan pengkebumian mu, seandainya, dirimu mmg nazak.... aku redho kau pergi buat selamanya...
Ya Allah, sembuhkanlah galaxyku sekurang2nya sehingga aku habis memndahkan barang2ku ke rumah yang bakal aku dan keluargaku diami... amiinn amiinn ya rabbal 'alamiiinnnn....
tuanpunyablog: memacam jadi lately. dah takde perasaan dah... huhuhuhu
No comments:
Post a Comment