Sunday 21 August 2011

keluhan seorang isteri tentang amal ibadat

assalamualaikum....

aku tengah jenjalan kat kedai... saja merehatkan minda sambil menghilangkan rasa boring yang bertakhta di hati... nak balik pun macam tak berbaloi... lagipun rabu ni nak amik zah ngan anak2 mai cni... yelah, sian kat depa... sejak akhir tahun 2008, rumah ni siap, aku dapat kunci, tulah yang paling last dia tengok... so, time cecoti sekolah ni jelah nak ajak dia mai cni... so, berhari rayalah aku ngan dia kat kedah ni... sib baik aku bleh import mak ayah aku mai sekali... udah jadi terbalik kan.... takpelah... lagipun, mak aku suka jenjalan... so, sajalah ajak mak aku mai cni...

nway, tu mukaddimah jek, yang takde kene mengena langsung dengan aku nak cerita ni... ngah jenjalan tu, tetiba aku terdengar perbualan antara suami dan isterinya... isterinya sedang mendokong anak yang kecil lagi (alamak, syahdu pulak, tetiba teringat kat kembo)...

sang isteri: abg p terawikh malam ni?

sang suami: p lah... awat plak tak p. dah nak abis dah ramadhan ni... takut amal tak cukup...

sang isteri: seronok abg leh buat amal ibadat banyak2. saya ni, kat umah kene jaga bebudak. teringin jugak nak solat jemaah macam dulu2... (aku tak pasti dia perli atau tak... tapi tgk pada nada, macam bukan perli, lebih kepada keluhan dan kecewa sebab tak banyak amal yang boleh dilakukan dek kerana sebuk dengan urusan rumahtangga...)

lama jugak sang suami mendiamkan diri... fikir jawapan yang terbaik kot...

sang suami: takyah lah nak sedih2... sepatutnya awak gembira... senang2 awak dapat pahala. yelah, jaga anak, jaga rumahtangga... takyah sesusah buat amal ibadat. tu pun dah kira awak buat pengorbanan yang besar. saya ni, kene kuat buat amal ibadat, sebabnya, saya sangaaaaaaat susah nak masuk syurga. sebab tu, saya kene ligan (kejar), lagi2 nak masuk 10 terakhir ramadhan ni. awak jangan risau, saya tetap akan TARIK awak bila saya masuk syurga nanti... tapi, kalau awak yang masuk syurga nanti, dapat ke awak tarik saya masuk syurga sekali? ingatkan, suami masuk syurga amat payah, masuk neraka amat senang, isteri masuk syurga amat senang, masuk neraka amat susah... jangan sedih2 k... Allah kan Maha Adil.

tuanpunyablog: seandainya aku seperti suami itu....

Saturday 20 August 2011

Part II - Utiliti bil yang sangat 'murah' kat UK...

sambungan untuk part yang kedua... tetiba jek kan...

assalamualaikum.... ni email yang aku hantar kat kampeni ayaq tu... maapkan english aku yang terlalu 'terer' tu yek...

---------------------------------------------
Dear Vickie,

I am curious about the bill. It is closing bill, should be the actual meter reading, not estimate bill, isn't it?

Furthermore, it said that the estimate bill was based on my previous bill. how come it was more than previous bill? regardless of the changing rate starting from April, considering this factors;

a. previous bill was for 6 months, but current bill was only for 4 months.
b. I was stay alone at that property starting from February.

So, considering that factors, how come the current bill is much more than previous bill? the last bill before the current bill also was based on estimate, makes me more curious. FYI, the house was not occupied from December to end of January.

When I called Veolia water on 28 June, they said they will send people to read the meter. I refuse to have the estimate bill as I far as I concern, I was not use the water so much, plus considering above factors.

Please, can you give me the bill that is based on actual meter reading? You can check with the new occupier of the house, right?

Jafri

-------------------------------------------------

hari ni, lepas jek solat subuh, nak menahan mata daripada tdoq, aku pun bukaklah email ni... tgk ada reply...

-------------------------------------------------

Dear Mr Zulketketli (suka hati ko lah nak sebut nama bapak aku camtu... jenuh dah betulkan...)

Thank you for your email received on 12 August 2011.

Please be advised we are arranging for a Customer Services Technician to attend 46 Hubbards Close to carry out some checks on the supply. This is because the meter reading of 2002 which was taken on 28/07/11 indicates the usage to be higher than we would normally expect for 1 occupier.

Once is report is available we will contact you again.

In the meantime if you have details of any Managing Agents responsible for the property that would be of assistance.

I trust this clarifies the position. If I can be of any further assistance please do not hesitate to contact this office.

Yours sincerely



Nicola Beck
Customer Advisor

--------------------------------------


erm... bagus jugak depa p antar orang tuk check. kot2lah bocor ke kan... manalah tau kot2 ada rejeki aku dapat balik duit aku tu kan.... kalau pun tak dapat kat aku, dapat kat org yang dok umah tu sekarang ni pun dah ok... anggap jek rejeki dia... ... tapi, apa aku nak balas balik kat dia???? ngah susun ayat ni... tapi rasa semua ayat2 aku tak kene... tetiba jadi lembab pulak (bukan ko selalu lembab ke jep??????)

tuanpunyablog: rasa bersalah pulak kalau aku tak buat sambungan cerita ni... yelah, dah cerita buruk pasal 'dia', tetiba jadi baik, takkan nak senyap je kan??? tak adil kan????...

Friday 12 August 2011

utiliti bil yang 'sangat murah' kat UK

assalamualaikum....


hai, pekabo (sambil lambai2 tangan)? sehat? harap2 sehat2lah naaa... alhamdulillah...


sejak bermula ramadhan, takdan cheq nak menconteang (ok tak aku cakap utare? ke bunyi macam siam???) kat sini... nak kata, bz, dak... nak kata tak bz, pun dak... senang cerita... suam2 kuku besi... banyak nak ceriata sebenarnya... tapi, bila dah ada depan pc tu, rasa malas plak nak menulis... dah dekat seminggu lebih ni cheq mai opis seawal subuh sepe'ie... rasa macam hantar anak p skolah ja... bertarung sambil merempit ngan bebudak sekolah, dan bebapak dan memak budak p keje... rini, macam sama aku kuar umah, lebih kurg kol 650 pagi... tup2, dah sampai simpang nak masuk UUM, alaaaaa..... external hard disk aku tertinggal la plak kat umah... erm... maka 'terpaksalah' aku menulis blog ni... sebab dah takde keje lain nak buat. nak baca artikel? isk... sejak lama dulu aku dah stop membaca dah... agak2 ada argument aku yang tak cukup strong, aku buat dulu argument tu, pastu baru cari dia punya reference... nak baca balik? huhuhuhu.... idaklah sio teman....


nway nak cerita betapa 'kayanya' (takleh nak cakap mim ya sin KIN, kan doa tu), terpaksa membayar bil air yang last sekali masa aku dok kat hubbard close tu... cuba tengok kat gambar kat bawah ni... nilah bilnya dan jumlah yang perlu aku bayar...



272.69 pounds bersamaan dengan RM13++. biasanya, aku takdelah nak berkira sangat, sebabnya biasalah, kalau ikdup kat sana, nak convert jek kejenya,mmg tak makan tak minum lah... dan tak naik buslah jawabnya... tak p memanalah jawabnya... tapi disebabkan aku dah ada kat malaysia, dalam keadaan yang agak desperate ngan duit (balik malaysia, duitnya ngalir macam air terejun), maka mulalah otak aku jadi kira2 tak bertauliah... pulak tu bayar ngan kad kedit... huh!!!!


actually, masa memula dapat bil ni, aku mmg terkejut. kenapa banyak sangat? estimate plak tu... kalau based pada bil yang terdahulu, kenapa bil kali ni lebih banyak daripada bil terdahulu? padahal dok sorg, dulu ramai... panasnya hati ketika itu... rasa macam nak tepon jek terus... tapi, disebabkan zon waktu yang berbeza, maka aku tabahkan hati aku. dalam hati ni, dah tertulis skrip2 tuk aku tanya soklan bertubi2 pada operator veolia water tu... why this? why that? bla... bla... bla... (hebat pulak aku cakap dalam hati, lagi2 tengah marah, agaknya, kalau aku nak lancar cakap, aku kene marah kot naaaaaaa???)


memula hantar email. tgk2, dalam kol 4 petang, depa tak jawab lagi aku punya email, maka aku pun kol. ni, habaq sesiap kat depa, kita kol dari luar UK tu. sebab takmo depa lambat2 meleret setelkan kes kita...


elok jek aku bagitau aku ada curious dengan bil tersebut kenapa estimate, should be actual meter reading, maka ni jawapannya (english aku hokeh, bukan english dia... sib baik kali ni cakapnya satu2... kalau tak, jenuh aku berkerut dahi nak memahamkan apa dia cakap... IELTS pun tak macam ni)...


'When did you move out?'


'28 June.'


'oh, ok. when you move out, we cannot send our people to read the meter. instead, we send him on the 28 July. so, the actual meter when we send him is 2002, instead of 1983. the meter was still running, so, we expected that the house was occupied. since it was been a month since you left, so, we have to take the estimation cost.'


terkedu sekejap. 2002? banyaknya.... apa aku buat ngan air banyak tu? walaupun ada bathtub, aku tak penahlah nak mandi dalam bathtub (pelik, kalau kat malaysia, asal kat hotel malaysia ni, agak teruja bila jumpa bathtub, mulalah jadi BADAK berendam)... mandi plak sekali sehari, sepanjang aku dok umah... tu blom kira aku tak mandi kengkadang, sebab sebab sejuk sangat, n tak p memana... nak kata setiap saat aku basuh pinggan, masak air, takdelah pulak... isk, depa ingat aku buat kolam renang kot naaaaa?????


'oh, is it? the actual reading was 2002?' terus aku cakap, ' alright... it ok... I just want to clarify that. so, how am I going to pay, coz when I try to key in the address, it said, not match with the account?'

takkan aku nak suh dia kira actual bil jugak kan????


dia pun terangkan suh masukkan address yang ada kat surat terbaru tu. cuba, bolehlah pulak masuk. kalau tak, bolehlah aku bagi alasan takleh nak bayar (sebab mahal sangat...)... tapi bila pk balik, isk.... tak baik pulak... nak jimat sangat, sampai hutang tak berbayar... duit pun tak berkat... kang, tak pasal2, lagi banyak aku kene kuar duit pasal benda2 yang unjangkarable and unsangkarable... hutang tetap hutang kan??? so, bayar jelah bila dah leh masuk page tu...


bila aku buat status cakap kene bayar bil sebanyak RM13++ tuk 4 bulan punya bil air, maka ramailah yang komen (org2 kat malaysia jek) pasal tu... katanya, awat mahal sangat? maka, dengan bangganya aku menjawab:



'tulah pasal... tapi nak wat camana... dok sana, nak convert je kejenya, mmg tak makan tak minum tak shoppinglah jawabnya... tapi sebab abg bayar pakai kad kdt malaysia, tu yg kene convert... huhuhuhu... standet ratelah kan... lebih kurang 60pound/RM sebulan... (depa ingat kita buat kolam renang kot!!!!)'

maka adalah sesorang menyedarkan aku dengan berkata;

'aduishh mahal...mahal..kalo kat mesia sebulan leh dpt rm 18-30 jer... 4 bulan... xsampai pun 150... huhuhu'

umpama dikejutkan dari mimpi, maka aku terus terjaga dari mimpi yang lena (hah!!!! ayat takbleh blah!!!!)... ahah lah, mmg mahal giler... sibu lebih tuk bil ayo 4 bulan??? gilosssss!!!!! mujurlah aku dah balik malaysia... kalau tak balik lagi, alamat, mengumpul hutanglah jawabnya aku...

dulu pun, dok 2 tahun kat sana, kad kdt lebih 10k hutangnya, mana taknya... bil api ngan gas dalam 80pounds masa winter, 40 pounds masa summer, air pulak, dalam 60pounds sebulan. kalian darabkanlah dengan RM5 ye... do the maths (ayat peberet aku sekarang ni)... gaji malaysia dok perabih tuk bayar bil air ngan api ngan gas jek... duit elaun??? erm... takut plak nak usik, sebab pepehal lagi2 kecemasan ke kan... payah nak tarik duit malaysia.

tuanpunyablog: bestnya bayar bil air tak sampai 5pounds pun kat malaysia ni (belagak sekejap)...