Wednesday 26 August 2009

Widgets

apa yang sedang aku pk kan????

salam...

bulan ni macam tak produktif plak dalam mencoretkan sesuatu kat blog aku ni...

maybe sebab tenet tak aktip lagi...

atau mungkin banyak sangat perkara aku pk kan....

mungkin aku terkenangkan kampung halaman yang dah tak macam kampung dah...

atau memikirkan camana aku nak setelkan framework research aku ni (sampai ke sudah aku tak paham framework tu apa... aiyak!!!!!)....

atau memikirkan camana aku nak abiskan study aku ni yang macam tak nampak jalan penghujungnya.....

atau memikirkan apa aku nak present masa jumpa pakwe minggu depan, minggu ni aku batalkan... (huh!!!! cam aku pulak bos)

atau memikirkan cara terbaik tuk aku berbaik2 dengan orang yang sejak awal jumpa aku terus menganggap aku sebagai musuh walhal taktau aku camana....

atau memikirkan kenapalah orang tutttttt asik nak lagakan org2 lain. sedih bila tengok tanpa ada sebab musabab, tetiba jadi musuh rasmi....

atau memikirkan bilalah aku nak tambah anak lagi (penangan dapat 4 anak buah tahun depan, adik aku, kakak aku, 2 abang zah)....

atau mungkin memikirkan aku kene balik ke tahun depan bulan 4 coz sejarah bakal tercipta dalam keluarga zah bila dua2 adik zah kawin serentak.....

atau mungkin memikirkan sempat ke aku nak abiskan ramadhan tahun ni....

atau memikirkan kat sapa aku nak jadikan 'along' tuk pinjam duit tuk blanja bulan depan (sengkek terus bila bayar rumah untuk 2bulan sekaligus)...

atau memikirkan bilalah gambar aku ngan pemili nak masuk surat kabo salam perantauan....

atau memikirkan camana nak viva nanti kalau BI aku yang terlalu 'terer' ni sering menjadi bahan lawak org lain (ada aku kesah??????)....

atau memikirkan bilalah aku nak antar paper untuk konfrens atau jurnal (hah!!!! berangan!!!....)

atau memikirkan aku nak makan apa tuk buka posa tetiap hari....

atau memikirkan apa mak aku tengah buat sekarang ni....

atau memikirkan mak aku masak apa tu bukak posa tetiap hari, tingin plak nak jamah air tangan mak...

atau memikirkan camana aku nak basuh kapet umah ni, vakum ada, tapi tak reti nak guna...

atau memikirkan ok tak kalau aku simpan rambut aku panjang, bila lagi kan.....

atau memikirkan kenapa aku terkenang2kan zaman sekolah dulu....

atau memikirkan kenapa aku susah sangat nak maapkan orang...

atau memikirkan bilalah aku nak antar buku abang ojan ngan kamera murah ita yang dia kirem ni... antar sekali dulu, sekali kene pau sampai 60pounds lebih... aiyak... terus ak jadi posh...

atau memikirkan bila nak upload gambar aku kat facebook....

atau memikirkan apa kesudahan cerita nur kasih....

atau memikirkan apa kesudahan kisah aku, abis kat sni atau abis kat tempat lain....

atau memikirkan kenapa perangai aku ngan iman saling tak tumpah dan dia pulak suka sangat ngikut apa yang aku buat temasuk cara2 nak pakai kain pelikat....

atau memikirkan apalah dugaan yang Allah nak bagi pada aku selepas ni....

atau memikirkan kenapa sejak dua menjak ni aku menjadi syahdu semacam jek....

atau memikirkan kemana duit aku 'hilang' sebab macam tak cukup makan jek bulan ni....

atau memikirkan kenapa kengkadang rasa sonot dok umah ni kengkadang rasa kurang sonot (jiran2 yang peramah rajin wat mesyuarat tingkap kat depan umah aku... siap offer beer lagi ajak minum.... cet!!!!!)....

atau memikirkan barang apa lagi aku nak borong tuk bawak balik malaysia (angan2 macam nak beli umah sebiji pastu aku sewakan)....

atau memikirkan peciter kengkawan aku yang belajar sama2 aku sekarang ni...

atau memikirkan kenapa aku garang sangat ngan ilham yang mmg menguji kesabaran aku (keytip sgt sampai semua benda dia nak explore sampai hancur lebur jadi abu)...

atau memikirkan kenapalah dari kecik aku tak asuh iman bebtul....

atau memikirkan kenapalah aku selalu bermimpi tandas yang menakutkan masa aku kat SAMTTAJ...


atau memikirkan sampai bilalah aku asik berpikir.....

tuanpunyablog: layan jiwang dengan lagu raya... huk!!! huk!!!! huk!!!!

5 comments:

neda said...

ada gak benda2 yg ko pk tu sama dgn apa yg aku pkkan..huhu..ponin

Areej said...

byk nye mikkir. rilek je. enjoy.

shah sempoi said...

tuela..panjang btol pk nyer..
sambung esok pulakla pk tue..
takut esok hari dah takde benda nk pk

tuanpunyablog said...

neda: aku rasa aku tau apa yang kita pk kan sama... apa kata kita pkkan sama2 jalan penyelesaiannya??? hehehe

areej: takleh nak rilek, sebab tgh rileklah tiba2 terbanyak pk...

shah: jangan kata esok, lusa, tulat tulit tulut, semua dah ada benda aku nak pk... huhuhu

terungceweng said...

jep..bestnya hang h hantar journal..