Monday 3 March 2014

Adakah lagi keberkatan dalam menuntut ilmu?

Assalamualaikum...

Baru-baru ni terbaca post seorang sahabat yang mengajar di universiti X. Dalam kertas jawapan dalam satu kertas peperiksaan gantian, pelajar ini telah menulis sedikit nota seperti di dalam gambarajah di bawah...



Nampak tak apa yang dia tulis? tak? takpe... meh aku tolong tulis...

"sebab x(tak) bayar buku, puan gagalkan kami. x (tak) sangka puan ni pendendem. kami mengaku kami salah. kami minta maad. x (tak) sangka di ............ ada pensyarah yang perangai buruk seperti anda!!!!

yang benar;
your student"

----------------------------------------------------

Allahuakbar... terkesima bila baca mesej yang ditulis oleh pelajar sahabat aku ni... boleh menaikkan darah tinggi ni... tidak semena2... 

sahabat aku ni kata, 

"mmg last sem ada beberp student hutang buku dan blom byr..tp sy pun x ingt sapa sampai ke hr ni..cuma dlm kelas ada lah sy pesan, klu ada sapa yg belum byr, sila lah bayr..xde lah sy nk keluarkan statement nk fail kan penghutang tersebut. seblom ni ada student slps satu sem baru dtg bayar buku..dlm minda sy, mungkin student tersebut betul nk belajar, cuma constraint duit, apa salahnya kita melapangkan orng yg dlm kesusahan...nntlah esok dtg ofis, bukak balik file.."

adik-adik, abang-abang, kakak-kakak yang sedang belajar di IPT,

kalau fail, janganlah salahkan sesiapa melainkan diri sendiri sahaja, sebab anda yang membiarkan diri anda gagal. sepanjang mengajar dan mengenali ramai pensyarah, tak pernah pulak aku dengar pensyarah gagalkan student disebabkan dendam... student hentam pensyarah dalam penilaian adalah... 

tapi, semenjak aku start mengajar balik ni, aku perasan... ada satu budaya baru yang aku rasa, sangat2 baik dan berbudi bahasa... asal habis kelas/sem, mesti salam aku (lelaki opkos)... ada yang siap tunduk dan tak kurang jugak cium tangan..  sambil cakap, mintak halal kan ilmu... yang pompuan pun sama, asal habis kelas/sem, datang jumpa, mintak halal kan ilmu.... alhamdulillah... sejuk mulut aku membebel dan ngajar dalam kelas (applied peribahasa, sejuk perut ibu mengandung)... dah macam mengajar sekolah rendah pulak (sebab biasanya, sekolah rendah yang salam cium tangan ni) anak sapa lah ni... 

tuanpunyablog: simptom darah tengah rendah sedang melanda...