Friday 28 September 2012

warkah untuk Iman Nur Izzah dan Iman Nur Iffah


Kehadapan Iman Nur Izzah dan Iman Nur Iffah,

Assalamualaikum,

 
Pekabo? walid harap izzah dan iffah sentiasa dalam keadaan sehat walafiat, walaupun, demam dan selsema kengkadang menyinggah kat izzah dan iffah. walid kat sini, alhamdulillah, sejak demam yang agak lama sebelum bulan posa ritu, on off, on off (paham tak perkataan ni???), walid dah takde demam dah... harap2 izzah dan iffah dan termasuklah abg am dan ummi macam walidlah.. jarang demam... aamiinnnnnn....

terkejut ke walid tulis surat kat izzah dan iffah berdua? saja jek.. almaklumlah, walid kan suka mengarang yang ntahapaapantah... lagipun, surat kat abg am walid dah tulis, surat kat ummi pun walid dah tulis, surat kat izzah ngan iffah jek walid tak tulis lagi. taknaklah kalian berdua kata walid berat sebelah pulak nanti... bak kata omputeh, black sheep of the family.. so, bersempena dengan genapnya umur izzah dan iffah dua tahun pada 23 september yang lalu, maka, walid amik kesempatan untuk menulis surat buat korang berdua... sebenarnya, on the 23rd lagi walid nak tulis surat buat korang, tapi busy sikit buat macam-macam kerja... lepas satu, satu datang... sudahnya, terbengkalai nak tulis surat kat izzah dan iffah...

Izzah dan Iffah,
walid sentiasa teringat kala walid mendengar berita bahawa walid, ummi dan abg am (abg am bukan paham pun apa doktor tu cakap... yang dia tau, thomas, thomas, thomas) diberitahu bahawa kami akan menerima anak kembar. sungguh, sampai sakit mulut walid tersenyum... balik jek rumah, lepas bagitau nenek dan makwan, terus update FB walid (walid kan perahsan gelemer) yang berbunyi:

"datang ke UK bertiga, insyaAllah, akan pulang ke Malaysia berlima... alhamdulillah... anak-anak walid dalam perut ummi Aziszah Selamat, jangan gaduh-gaduh ye... share sama-sama tau..."

sejak dari itu, macam2 perasaan walid dan ummi (walid rasalah, walaupun ummi tak pernah bagitau)... suka, gembira, takut dan macam2 lagi bayangan yang keluar. kami tak sangka pulak boleh dapat kembar, sebabnya, nurse kat sana, kata, susah nak dapat, sebab jauh jarak keturunannya (walaupun mak sedara ummi ada anak kembar)... tapi yang walid paling tak boleh lupa, sejak tau ummi mengandung (sebelum walid tau ummi mengandung kembar pada minggu ke 12), walid taktau kenapa walid sentiasa berdoa dan berkata, 'anak-anak dalam kandungan ummi'. dan walid tak sangka, demam walid yang on off on off selama sebulan lebih (termasuklah masa p Spain, membawa kereta dalam keadaan menggigil2, dahlah drive belah kiri), gurauan walid dengan maksu menjadi kenyataan.. alhamdulillah atas kurniaan Allah...

dan alhamdulillah, minggu berganti minggu (kene kira sebab 2 minggu sekali scan dan setiap jam adalah kritikal), bulan berganti bulan, izzah dan iffah membesar dalam perut ummi dengan baik... takde sindrom curi mencuri (lupa plak apa namanya) zat, darah dan makanan... cukup 36 minggu, doktor buat keputusan untuk 'mengeluarkan' (operate instead of normal, sebab ummi risau takut tak larat nak teran dua2) izzah dan iffah. waktu tu, kami baru sahaja lepas melihat korang berdua di dalam perut ummi... tau2, lusa kami akan melihat kalian secara live... bila Dr mentioned macam tu, satu perasaan lain yang timbul... beza masa ilham dulu, menunggu kelahiran secara normal, takdelah rasa takut, tapi bila kelahiran yang dirancang ni, rasa macam lain sangat... susah walid nak gambarkan perasaan itu...


Izzah dan Iffah,

'fresh from the oven - izzah kanan, iffah kiri'

semasa operate pada 23 September 2010 pukul 10 pagi (pukul 7 pagi kami dah terpacak kat hospital Hillingdon tu), kalian dikeluarkan ketika masih dalam karung uri... malangnya, walid tak dapat nak tgk izzah, walid cuma sempat tgk iffah sahaja. sebabnya, walid taktau boleh tengok. bila dgr bunyi air ketuban dipecahkan (setelah diberitahu oleh anesthethician), walid tanya boleh tak walid tengok. bila dia kata, boleh, walid terus bangun. dan ketika itulah walid nampak iffah dikeluarkan ketika masih dalam uri... alhamdulillah, bila izzah dan iffah diambil oleh peads, izzah dan iffah tidak perlukan sebarang alat bantuan pernafasan dan boleh terus bersama kami... mungkin btol kata orang2 lama, anak yang dikeluarkan ketika masih didalam uri, akan menjadi kuat.,.. mungkinlah... berat ketika itu, izzah 2.0kg dan iffah 1.8kg. sangat2 kecik, sampai bila walid angkat, macam angkat kain tuala jek...  masa kalian memula lahir, mujurlah kalangan 'keluarga' Malaysian Brunel bantu kami sekeluarga... sementelah nenek, atuk ngan acik ajan belum sampai ke UK. alhamdulillah, dipermudahkan semuanya walaupun berat izzah dan iffah turun semasa dua bulan pertama selepas lahir...

since walid dah bagi nama untuk abg am (Iman Nur Ilham - walaupun memula nak letak Ikmal, tapi bila lahir, terus tukar jadi Ilham, sebab suka dengan nama ni bila ada sorg student walid nama Ilham... sebab tu abg am tu, banyak sangat akalnya, kengkadang sampai tak terpk dia boleh macam tu), maka walid serahkan pada ummi pulak untuk pilih nama... adil lah kan? lepas ni, adik2 izzah dan iffah, walid pulak berikan nama, OK???  kalau ada rezeki, izzah dan iffah nak berapa orang adik? nak adik lelaki ke nak adik pompuan?

Izzah dan Iffah,
'ketika berumur 5 atau 6 bulan kot..'
 
walid jarang berjumpa dengan izzah dan iffah. sejak kalian berdua berumur 3 bulan.. walid terpaksa kembali ke Brunel bagi menyambung tugasan walid yang masih blom selesai. kemudian, walid kembali ke malaysia (walaupun tugasan walid masih belum selesai), kita masih tidak dapat bersama lagi. Ummi pulak ditugaskan untuk mengajar di Dengkil, walid pula di Kedah. jadinya, walid tak nampak izzah dan iffah membesar. sama macam abg am dulu... setahun walid tak nampak abg am membesar depan mata walid.

walid suka tengok gelagat kalian. lagi2, bila kalian bermain bersama2 dengan geng kalian. kengkadang main dengan mia, kengkadang main dengan ica, kengkadang main dengan alia. dan walid suka tgk kalian berborak antara satu sama lain...  penah walid tgk izzah dan iffah berborak dengan alia... walid perati jek... walaupun walid tak paham apa yang kalian borakkan, tapi walid suka tgk kalian berborak... siap angguk2 tanda paham.. pastu tunjuk itu ini, sambil kening naik ke atas...

'bersama sepupu yang sejepun dan secina serta setaiwan - alia qaseh'

kengkadang, kalian bercakap dengan abg am dalam bahasa yang walid sendiri tak paham, tapi, yang peliknya, abg am boleh pulak paham.... abg am seorang yang protective, alhamdulillah. teringat ummi cerita, masa main kat playground kat HKL, ada sorang budak yang sebaya korang, suka memeluk korang... kemudian, kalau abg am nampak, abg am pasti marah kat budak tu... abg am tu, macam walid... garang... kengkadang, ummi cerita, abg am, bila nak leraikan izzah ngan iffah bergaduh, abg am salah pukul/marah orang yang tak bersalah... sian izzah dan iffah...
 



time mood ok, baiklah ngan adik2nya. time mood swing, samada tak layan, atau jadi harimau...


Izzah dan Iffah,

walaupun walid jarang jumpa kalian, tapi walid dapat tau segala perkembangan kalian daripada ummi. dan kengkadang bila walid balik, dapatlah walid tgk sendiri perkembangan kalian berdua. sejak dari dulu izzah lagi cepat dalam apa2 perubahan berbanding iffah... termasuklah berat...

Izzah la ni dah pandai cakap. dah banyak perkataan yang izzah sebut. alhamdulillah, dan alhamdulillah jugak sebab perkataan yang keluar dari mulut izzah, takde bunyi pelat langsung dan kebanyakkannya walid dan ummi serta orang2 sekeliling boleh paham apa yang izzah sebut. la ni, walid dah boleh bercakap dengan izzah. cuma biasalah, bila lama telefon, bunyi tak berapa nak jelas. so, walid tak paham apa yang izzah cakapkan...

iffah pulak, takde bunyi langsung... bunyi macam cakap jerman adalah... kalau marah ke, apa ke, tak paham butir percakapan iffah... tapi, ummi cakap, iffah ni maybe lebih ke bahasa inggeris... sebabnya, bila ummi sebut on two three, tetiba iffah leh sambung cakap, por, pai... isk... walid macam kompius plak... betol ke ni?

Izzah dan Iffah,

orang kata sifat ngan sikap mesti sama bila dah satu uri ni... tapi, bila walid tgk, izzah lebih serius... jarang senyum... orang kata, muka izzah macam walid, tapi sifat macam ummi. serius... iffah pulak, suka senyum.. sikit2 senyum... sikit2, senyum.. satu lagi, iffah nampak berani sikit... berbanding izzah. sementelah, izzah lebih feminin, iffah kurang sikut feminin nya... teringat dulu masa nak bagi makan rumput kat rusa, izzah takut2... iffah laju jek hulurkan tangan kat rusa tu. samalah masa nak main kat gelongsur, iffah sekali jek ajar, terus berani nak turun gelongsor tu. kalau izzah, macam takut2 jek nak turun gelongsor tu...


iffah ni berani sikit... izzah macam takut2 sikit....

Izzah dan Iffah,

kenapa ye muka izzah dan iffah kejap nampak macam sama, kejap nampak macam berbeza? terutamanya bila kalian berdua tidur... walid pun kengkadang kompius. kengkadang tu, walid malas nak pk n tgk betul2, walid main panggil jek. kengkadang walid panggil izzah... pastu tukar iffah... pastu tukar izzah balik... kengkadang abg am tegur walid, cakap,.. itu iffah lah walid, bukan izzah. kengkadang tu, walid tanya ngan abg am... izzah ke iffah tu abg am? pastu, abg am tgk muka, terus bagitau izzah atau iffah. abg am lagi kenal izzah ngan iffah yang mana satu... walid susah sikit nak cam...

tapi kan, kenapa bila walid panggil izzah, takde menyahut, panggil iffah pun tak menyahut... so, camana tu?

sama jek mukanya...
 
kengkadang tu nak tau sapa, walid tanya kat kalian sendiri... 'ni sapa? izzah ke iffah?'

biasanya, izzah akan senyap. sebab ummi kata izzah tak reti nak sebut nama sendiri... tapi kalau iffah, iffah akan jawab 'pah'... so, walidlah taulah itu iffah. cumanya, kengkadang walid kompius jugak... bila tanya, ni sapa? izzah pun akan jawab 'pah'... so, camanalah walid makin tak kompius...

Izzah dan Iffah,

sekarang ni kalian dah pun berumur dua tahun... berat terakhir izzah 10.8, iffah 10.3.... seperti biasa, iffah akan kurang beratnya. Nurse yang cek berat kalian, kata, iffah dah jatuh paras kurus keding... BMI tak capai... camanalah nak capai... minum susu taknak... dok tunggulah ummi balik sekolah, pastu dedua serang ummi nak bergayut... walid kesian tgk ummi penat2, terus susukan kalian... manja betol ngan ummi... tu blom masuk abg am yang ngengada lagi... sib baiklah bila ummi balik, abg am dah p sekolah... so, kurang sikit beban ummi nak melayan kalian... ummi sampai takleh nak berjalan kemana2... bergayut jek kalau ummi ada... sat sat nak tek... sat sat nak tek... kalau sorang jek takpe... ni sekali dua nak... hai... izzah iffah... yang lawaknya, since izzah dah pandai cakap, bila dah lama hisap, izzah mesti akan kata;

"air habis.."

pandai pulak... tapi tetap bergayut ngan ummi... izzah... izzah...


Izzah dan Iffah,

 


walid taktau kenapa abg am buat muka camtu...

kalau kalian nak tau, abg am sebenarnya jeles ngan kalian. walid teringat ummi cerita ngan walid. abg am buat request ngan ummi kata,

'ummi, kenapa ilham sorang jek? izzah ngan iffah dua, ummi bagilah ilham sorang lagi, biar ilham dua..'

kemudian, masa walid nak bawak ummi ke hospital sebab ummi semput lagi, abg am tgk ummi sesiap, terus abg am tanya;

'ummi nak g spital sebab nak kuarkan baby iman lagi ke?'

ada jugak yang tanya ngan walid, bila lagi nak tambah? isk, kalau semudah macam tu tuk menambah anak, jangan kata sorang, sepuluh pun walid sanggup. walid suka tengok anak2 sepupu walid yang ada 8 orang anak2... ramai, meriah...


best jugak kalau anak seramai ni kan???

cumanya kan, adakalanya, walid risau...walid takut ummi semput lagi... sian kat ummi bila setiap nafasnya tidak panjang... sebabnya, kesihatan ummi yang kurang memberansangkan... satu lagi, kengkadang walid risau jugak...  walid tak dapat nak tunaikan tanggungjawab walid... walid bukanlah ayah yang terbaik.. cuba untuk lakukan terbaik, tetapi tetap kurang... teringat dulu masa ummi masuk wad ICU sebab semput.. masa tu, hanya Allah sahaja tau apa yang bermain difikiran walid.... walid taktau nak luah kat sapa...

Izzah dan Iffah,



semoga iman-iman walid menjadi anak2 yang soleh dan solehah... aamiinnnnnn
 

walid mintak maaf kalau walid bukanlah walid yang terbaik untuk izzah dan iffah... jarang jumpa izzah dan iffah, abg am dan ummi... walid harap n sentiasa berdoa, agar izzah dan iffah menjadi anak yang solehah, dapat suami yang soleh, yang boleh menjaga izzah dan iffah sebaik mungkin... nanti, bila dah besar, jangan lupa jasa ummi yang penat lelah sampai semput kadang2 tu, demi melayan anak2 ummi...

kalau tak ingat kat walid, takpe... walid tak marah. jasa walid pada kalian tidaklah sebesar mana sebagaimana ummi... hingga sanggup bergadai nyawa untuk pembedahan semasa mengeluarkan kalian. kalau dah besar jugak nanti, kalau walid tak sempat nak tgk kalian membesar, jagalah ummi sebagaimana ummi menjaga kalian sehingga besar... walid sentiasa doakan kalian membesar serta menjadi penjamin syurga buat ummi...

walid??? apalah jasa walid pada kalian sehingga meminta macam dengan kalian... setakat memandikan kalian??? ah, bapak2 yang lain, ada yang siap boleh tidurkan anak2 depa lagi... kalau walid, bukan tidurkan kalian, kalian yang tidurkan walid... :)


 

apapun, walid tetap selalu teringatkan kalian. cuma tak terluah perasaan itu pada sesiapa... kalau orang tanya, tak rasa rindu ke kat anak2 yang jauh? walid hanya tersenyum,.. walid lebih suka memendam perasaan... apapun, bak kata nenek kat walid,

"jangan dirindu sangat anak2 tu... karang demam dorang"...


SELAMAT HARI LAHIR IMAN NUR IZZAH DAN IMAN NUR IFFAH... SEMOGA KALIAN DIPANJANGKAN UMUR, SERTA SENTIASA DALAM LINDUNGAN ALLAH, SELALU DAN SELAMANYA,... AAMIINNNNNN....


Yang menyayangi kalian dari jauh,

Walid Iman