Thursday 30 October 2008

Antara prinsip dan tekanan hidup

salam...

aku kembali lagi dengan tajuk utama blog aku... cerita tentang kehidupan manusia. kali ni, kisah seorang yang cekal, dan juga kisah tentang manusia yang ..... yang.... erm.... taktau nak describe camana.... harap2 aku bila dah jawatan nanti, tak jadilah macam org tu.... amiiinnnn....

hari sabtu yang telah berlalu lepas, maka berlakulah dialog ini antara aku dan reza, seorang pelajar PhD yang hampir menamatkan PhD nya dalam engineering (terpaksa alih suara, walaupun bahasa konversasi sebenar dalam english... dan ada juga yang terpaksa aku olah, sebab kalau nak dapatkan exact perkataan yang dituturkannya, aku payah nak paham. selalu aku amik isi penting jek apa yang diborakkan... sebab aku tak berapa paham apa yang dia cakap... sila baca seperti dalam drama Oshin, suara keluar dari dalam perut dengan suara yang besar...)

aku : tak p opis ke rini?
reza : tak... hari sabtu dan ahad adalah hari untuk berehat.
aku : ooo... samalah kita....
reza : sebenarnya, sv aku suh mai jugak hari sabtu... suh buat keje... sedangkan dia yang ada keluarga pun leh p opis 7 hari seminggu, 18 jam sehari dok wat research... so, dia suh aku wat camtu jugak. (alamak, macam lawak plak alih bahasa ni... tapi takpelah, janji aku senang nak tulis)...
aku : isk... wokeholik (ejaan betol dalam english tak reti... alah, nama pun alih bahasa kan...huhuhu) btol.
reza : yessss.... sampaikan sv aku cerita keluarga dia pun kompelin sebab dia terlalu tumpukan keje dia.
aku : sv orang apa? putih?
reza : cina...
aku : oooo... meybe stail keje dia dah mmg camtu kot... semua macam tu. kat malaysia pun, org2 cina ni kuat bekerja. rajin... tapi tak sepatutnyalah dia suh ko buat camtu jugak kan...
reza : tulah pasal...
aku : tension tak bila jumpa ngan sv ko? (lawak plak aku baca dialog alih bahasa ni...)
reza : mau nya tak...

dialog berakhir sementara di sini. aku meneruskan basuh pinggan mangkuk, manakala dia meneruskan keje yang sama ngan aku... basuh pingan mangkuk lah....

reza : ko tau tak sebab aku kata aku tensen bila ko tanya tensen tak bila jumpa sv aku? kalau ko nak tau, aku sebenarnya dah nak abis dah thesis aku. lagi 3 bulan jek. tapi dia tak nak approve aku punya viva. dia cakap depan2 aku, dia kata, I won't give you phd and you won't get it....
aku : uiks... pasal pe plak dia cakap camtu? (sila baca dengan muka terkejut dan berkerut seribu)
reza : aku buat ujikaji guna mesin yang dia cipta. mesin dia ni, dah banyak di jual kat negara2 luar (aku tak tanya plak mesin sv dia untuk ujikaji apa. lagipun, kalau dia citer, ada aku paham?????). bila dah wat ujikaji tu, aku dapat result yang mmg menunjukkan mesin dia ada error, problem n memacam lagi... macam tak betul lah mesin dia tu... pastu, bila aku tunjuk result aku, dia marah2 kat aku, kata, memacam termasuklah kata aku sengaja nak jatuhkan reputasi dia.... bukan nya takde bukti, banyak dah kampeni2 pulangkan balik mesin dia tu... menunjukkan yang mesin dia tak betul. tapi, masalahnya, dia takleh terima. dia kata, aku menjatuhkan reputasi dialah, mencemarkan nama baik dialah... masalahnya, dah banyak kampeni antar balik mesin dia, kompelin jugak kata mesin dia tak betul. tapi bila aku produce report kata yang mesin dia tak betul, terus dia kata aku student yang ngenang budilah, ilmu aku sikitlah, ilmu dia banyaklah, aku tak tau apa apalah, memacam. sampaikan banyak kali dia kata, I hate you!!!!
aku : dia takde student lain ke? yang lelain guna jugak mesin dia tu?
reza : sebelum ni ada sorg student jugak. dapat result yang sama jugak, kata mesin dia tu mmg problematic. pastu, dia tak approve jugak untuk viva. so, student ni bengang, dia uruskan viva dia sendiri... lepas jugaklah...
aku : kalau camtu, apa kata ko buat sendiri?
reza : student dia dulu tu, dah ada paper publish kat jurnal. semua budak tu uruskan sendiri. termasuklah external examiner. dia oklah, sebab org sini. so senang sikit nak berurusan... tau nak cari external ngan internal examiner kat sini... aku ni, camana nak cari. aku cari kang, takut kene ngan klik dia... kira pemers jugaklah dia kat cni... org kenal... aku pun bukan takde paper, tapi, bila nak submit jek, dia kata, dia tak terima. maybe sebab dia dah tau, akan jadi kes macam ni, so, dia takkan sign apa2 kalau aku antar paper kat dia.
aku : ko tak try ke jumpa dia, bincang elok... kot2lah boleh...
reza : aku nak jumpa dia taknak... kalau jumpa tengah jalan pun, dia tak layan aku. buat dunno jek. aku antar email dia tak reply. kalau jumpa dia pun, dia akan kata, I dun wan to c u. get lost from my office. i hate u...
aku : sian nya... tak jumpa ngan sesapa org2 besar, macam student center ke, VC ke...
reza : jumpa dah... student centre kata, dorg takleh wat pepe... sebab dorg bukan academicians, VC plak kata, takde proof yang kata dia benci kat aku lah, dia taknak bagi phd, dan memacam lagi kutukan yang dia cakap kat aku... aku takde proof semua tu. nak wat camana... masa sv aku cakap tu, aku mana bawak tape recorder. kalau ikutkan, salah tau, kita rekod perbualan kita ngan sv. mana boleh... lepas tu, last cadangan, dorg kata suh aku cari sv lain, tukar... bayangkanlah, aku dah tinggal 3 bulan jek, kenapa plak nak kene tukar sv... even aku dah siap writing pun. tinggal nak viva jek. aku dah cakap kat VC tu, banyak dah report tentang mesin dia... bukan aku yang produce pun, tapi daripada kampeni2 yang guna mesin dia tu. Uni pun, bukan tak tau... dah berapa banyak mesin dia dipulangkan sebab error... so, kenapa nak tutup mata jek... dorg sanggup simpan lecturer macam tu kat uni ni... tak takut ke reputasi depa tu akan tercalar kan... ko banyangkan ek, kat sini, ada dekat 100 lebih org student dari Iran. kalaulah aku report tentang kes aku ni kat gomen sana, suh blacklist brunel ni, maunya dorg ilang banyak student. ayah aku sebenarnya lecturer jugak, dia pun tak sangka benda ni boleh jadi. kata, teruk betol org2 dalam uni ni. pejam mata jek bila kes ni berlaku... last decision, tukar sv...
aku : student2 yang bawah dia yang lain camana?
reza : la ni, semua belajar dari kesilapan aku. semuanya ubah figure supaya dapat keputusan yang seperti dijangka. macam mesin tu takde masalah lah...
aku : ko taknak buat macam tu ke? mungkin cara tu jek yang boleh buat dia terima ko tuk viva. kalau, tak, sesia jek ko bertungkus lumus 3 tahun, tapi habuk pun tarak (harap maklum, dialog ni pendek jek sebenarnya, tapi sebab dah alih suara kan, so jadi panjang lah... aku sendiri tak tau nak cakap bertungkus lumus dalam english apa... so, jgn plak kata aku ni dah terer english... haraaaammmmmm)...
reza : ni prinsip. takkan nak menipu kalau dah ternyata benda tu takleh guna sebab masalah banyak sgt. kalau pun aku p ubah figure2 tu, macam mana plak kalau misalnya, bila dah terbukti mesin tu masalah, org akan pertikaikan kredibiliti aku. camana leh dapat result yang tak betul ni. sedangkan dalam masa yang sama aku buat phd ni banyak report n kompelin yang kampeni anta kat dia. kang tak pasal2, phd aku kene tarik.... ko tau, banyak dah report. tapi, dia kata aku p produce report tu kat kampeni2 lain. kata nak jatuhkan reputasi dia... ok, kalaulah dia kata aku produce report tu kat kampeni, abis tu, yang dari kampeni obe c, camana aku nak kontek dorg. bukan aku kenal pun. tapi, still antar balik mesin dia tu sebab takleh guna. banyak error.
aku : so, apa keputusan ko?
reza : aku dah bertungkus lumus 3 tahun semata2 nak dapatkan phd ni, aku teruskan jugaklah. terpaksa cari sv dalam masa 3 bulan ni. tgklah camana nanti...
aku : semoga ko berjaya lah ye... sian tgk ko....

sebenarnya, panjang jugak dialog aku ngan dia... tapi, tak sanggup plak nak reveal benda2 yang sensitip. kang tak pasal2 aku pun terlibat sama... bukannya takde orang yang paham BM kat cni, takut nanti ada yang translate tulisan aku ke BI, pastu p sebarkan seluruh dunia... sapa yang malu???? aku jugak... huhuhu....

tujuan nak cerita, nak bagitau... dugaan nak buat phd ni, memacam... ada yang ok, ada yang tak ok.. ada yang terpaksa korbankan prinsip idup semata2 nak dapatkan phd tu. sebut pasal prinsip idop ni, tetiba teringat kisah seorang rakan yang mencerita perihal seorang student phd yang bertudung labuh (kalau dia tipu, maka aku pun tipu lah jugak kan... tapi, benda ni tak mustahil boleh berlaku)... dek kerana masalah nak dapatkan data sebab guna data UK, maka satu hari tu, dia mengorbankan (taktau ayat terbaik nak guna) larangan dalam Islam semata2 nak dapatkan data tersebut. dia pakai skirt, rambut diwarnakan, sebijik cam omputih. kejap jek leh dapat data tersebut.. double standard kan omputih ni???? pasal student tu, aku tak beranilah nak komen. sebab, itu hal dia ngan Allah. kengkadang kita komen kata dia tak patut buat begitu begini cenggitu cenggini, adakah kita merasa keperitan yang dia rasa? bayangkanlah kalau kita berada didalam situasi dia kan... mungkin jugak kita akan buat keputusan cam dia jugak... bukan apa, sebab kengkadang aku bengang jugak bila ada orang yang seakan2 dirinya semuanya betul suka sgt mengomen org kata org tu tak betul lah, org tu banyak dosalah, itu lah, inilah (kengkadang aku pun terkomen jugak, so ni kira muhasabah diri lah jugak)... seolah2 dialah yang paling betul dan dialah yang paling baik kat dunia ni.. kengkadang kita lupa, bahawa sifat dan sikap manusia tu, sekelip mata boleh berubah, macam pasir dipantai... sekali laut menghempas pantai, sekali pasir akan berubah (wah!!! cam tajuk lagu plak)... lagipun, sapalah kita nak jatuhkan hukum kan... so, kesimpulannya, pasal student yang mengorbankan auratnya tu, biarlah Allah sahaja yang menentukan... sapalah aku nak komen pasal diakan.... erm... tetiba teringat kata2 seorang teman kepada teman nya yang lain ketika temannya yang lain itu, mengomen muda mudi yang naik moto bersama sambil berpelukkan erat (nak buh nama tak tau plak nama depa, sebab aku dgr2 jek masa dolu2 makan kat restoran sgsorg)...

teman1 : isk... teruk btol anak2 muda jaman sekarang... selamba rock jek peluk2...
teman2 : sangka baik lah... dah kawin tu...
teman1 : dah kawin menda... org muda lagi tu... isk, kompom neraka dorg ni.. menghampiri zina... tah tah... dah abis dara ngan teruna...
teman 2 : amboi... sedapnya mulut... ko tu kompem ke masuk syurga??????
teman1 : *&^&%^%^ (terus senyap dan terkedu serta berubah muka)

betullah org kata, 3 faktor nak dapat phd ni. kita sendiri, sv ngan data... mujurlah aku masih berada di tahap yang ok. aku ni masalah ngan diri sendri... malas sokmo.... taktaulah bila nak abis sipat malas aku ni... memanjang jek takdek mood... huhuhu.... tak masalah diri sendiri, masalah ngan data. tak masalah ngan data, masalah ngan sv... org kata, better amik sv yang seagama ngan kita, itu lebih baik.. sekurangnya, ia akan menolong kita kalau kita susah... tapi taktaulah nak cakap jugak kan... sebab bagi aku... kalau dah org tu jenis yang baik, suka menolong, lembut hati, agama apa pun tak jadi penghalang... pokok pangkal (yang dah takde daun sebab autumn)nya, hati mau baik... kan???

tuanpunyablog: Ya Allah, permudahkanlah urusanku dan sahabat2ku dalam menghadapi pengajian kami ini dan dapatlah kami menghabiskannya dalam masa yang telah ditetapkan... amiiiinnnnn....

Thursday 23 October 2008

inginkan perut yang kempis??????

tadaaaaaaaaaaaaa......... yeeeeeeeeeeeehhhhhhhhhaaaaaaaaaaaaaaaaa.... andreeeee... andreeee.... update kali kedua dalam masa tak sampai 2 jam.... maklumlah, lama tak nulis, so kira qada'lah kan... sesambil tu, nak gak belawan ngan puan areej (saja glemerkan nama dia) dari segi posting dalam sehari....

baru pas makan ayam perisa kunyit... bolehlah kan, sebab masak sendiri, makan pun sendirik ler... nak turunkan ilmu ni sebenarnya... ilmu untuk menguruskan badan... semenjak aku kat cni, senang btol nak turunkan badan. in fact, seluar2 yang dulu aku takleh pakai, boleh pakai dah sekarang ni... "en terungceweng, tak teringin ke badan macam ku yang kini telah kuncup umpama bunga kuncup di waktu pagi????" huhuhu

caranya mudah saja....

1. beli konflek, atau kokokrunch atau hanistar, atau yang seangkatan dengan nya lah...
2. buh benda tu dalam mangkuk. lagi banyak lagi bagus. sebab lagi cepat kurus. (jgn lupa bukak pestitnya yeeee....)
3. masukkan air mangga atau air oren atau jus oren yang dalam kotak atau botol dalam mangkuk yang berisi konflek, atau kokokrunch atau hanistar, atau yang seangkatan dengan nya tu... pastikan sejuk air tu. kalau kurang, impactnya kurang berkesan...
4. kemudian, dengan lahap serta jgn lupa baca doa makan, silalah ngap benda tu. kalau anda dalam kelaparan, lagi bagus. sebab lagi lahap anda akan makan (macam aku makan pagi tadik, lapo gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrrr) lagi impactnya datang... untuk nampak impact yang lebih berkesan, sila timbang berat anda terlebih dahulu.
5. dalam beberapa minit (impact paling cepat) atau beberapa jam (filter kat dalam perut tebal sgt kot), maka, anda akan berulang kali ke tandas (kalau dalam kes aku, 5 6 kalilah jugak.. sib baik tak p opis tadik)... agak2 dah lega, dan rasa macam dah takde benda dalam perot, sila timbang semula berat badan anda... mesti turun kan??????

selain makan yang tadik, ada banyak makanan2 yang boleh digunakan untuk menurunkan berat badan anda. nanti, kalau aku ada resipi untuk turunkan badan lagi, aku sebarkan kat semua. aku kan 'pakar' memasak untuk diet... suka merekayasa lauk2 yang tahapaapatah jadiknya... yang pasti, asal aku masak jek, lepas makan... mesti aku kembali kurus... lagi2 makin kurus lepas aku merekayasa cendawan. hajat kat hati nak buat macam apandi buat, cendawan masak sos tiram, tapi, lain pulak jadinya, bila memacam benda aku masuk kan... maka jadilah cendawansostiramtaktauaparasasebabtahmasukperisaapa.... elok jek lepas makan, berkali2 jugaklah masuk toilet. bukan keracunan ye... tapi, aku kan pandai buat makanan tuk diet... maklumlah, aku ni mengikut kata dalam iklan... "ANDA MAMPU MENGUBAHNYA..."

sok2, kalau ada lagi makanan tuk diet, aku share lagi ek... nak solat aso plak...

assalamualaikum (jgn lupa jawab tau, mak kite kata, dosa kalau tak jawab salam...)

dan semangat pun berguguran....huhuhu

salam....

sekarang ni dah masuk musim luruh, atau gugur, atau dalam bahse omputihnya... autumn in my heart (memandai jek ko menambah ek!!!)... daun2 berguguran, menjadikan pokok2 yang ada berada dalam keadaan togei... sian kat pokok tu... dah tak lawa sebab takde daun2 yang bisa melindunginya daripada angin yang ibarat sepak2 bahasa.... apalah yang aku merepek ni kan...

sebagaimana gugurnya daun2 yang telah kering itu, maka begitu jugalah gugurnya semangat aku satu persatu untuk meneruskan perjuangan ku kat sini. rasa macam dah malas sangat nak pk pasal tajuk apa, bidang apa, method apa, LR apa nak kene masuk, kaedah apa yang perlu ada, apa yang perlu aku tulis, attribut apa yang perlu aku masukkan dalam rangka kerja aku... dulu, semangat ke'main, dok pk framework cam ni lah, camtulah... la ni, rasa macam apa yang aku buat semuanya tak kene... erm... entahlah... bila kala lah aku nak semangat balik aku pun tak tau.

minggu lepas masa jumpa ngan Dr Tillal,

"i give you 2 weeks and want to see your LR. make sure you finish it."
"finish?????????" terbeliak mata aku sambil hampir2 menjerit kat dia. yelah, dia suh aku siapkan LR dalam masa 2 menggus. senyum kambing plak dia bila aku terkejut tanya kene siapkan LR tu. adussssss.... camana ni ek... dah masuk seminggu ni, tapi satu page pun aku masih tak dapat nulis lagi. erm... salah diri sendiri kan... sapa suh tak buat awal2... rasa macam nak bunuh diri jek kala ni... org lain masalah kat sv, aku plak masalah ciptaan sendiri... aku taktaulah kenapa aku tak kuat semangat cam org lain ek... maybe sebab aku ni lembik sikit kot bila berhadapan ngan cabaran... huh!!! tahlah... bila pk2 balik, teringat aku pada mimpi yang aku alami sebelum masuk ke sini... masa tu, selalu doa sebelum tdo, dapatlah aku idea nak buat proposal... sampai nak tdo pun, terpk2 nak buat proposal satu page tuk hantar kat memana sv. ada satu malam tu, aku mimpi... aku naik kete, pastu tiba satu jalan tu, naik bukit tinggi giler... sampaikan aku tak nampak penghujungnya... aku pun teruskan perjalanan tu... sesambil bawak kete tu, banyak lubang2 yang menhalang perjalanan aku tu. aku pun sambil bawak kete aku kuar dari kete, p tampal ngan batu or papan yang aku jumpa tepi jalan(mimpilah katakan, so memacam kerja lah kita boleh buat dalam satu masa kan???),.... aku pun teruskan perjalanan sesambil menampal mana2 jalan2 yang rosak... yang peliknya, aku tak nampak langsung penghujung nya... kemudian, bila dah lama berjalan, barulah aku sampai kepuncak yang sebelum ni aku tak nampak pepe... bila dah sampai puncak tu, aku pandang bawah, sebab aku nak kene turun balik... tapi, takleh. sebab jalan tu tak siap lagi... hanya rangka tetulang jalan tu jek yang ada. so, aku pun duduk jelah termenung kat situ. pk camana nak turun. takut nak redah jek, sebab jalan nya berlubang2. dahlah tinggi.. tak nampak plak penghujung jalan tu... tak lama lepas tu, terbangun. berpeluh2 aku bangun tdo tu... terkejut.... huh!!! apakah makna semua ini???? kalau ikut tapsiran aku... huh!!!! takutlah nak wat tapsiran... baik ikut tapsiran member aku jek, ala, mimpi tu mainan tidor. dun tek it seriyes.... huhuhu

sampai cni, mimpi pasal aku kene buang dari brunel plak... huh!!! hat tu lagi menakutkan.

baru2 ni, ada yang gtau ngan aku... memana student yang performance appraisal nya kurang daripada skor 3, maka akan dipanggil balik. mujurlah masa Dr Tillal nilai aku tu, semuanya above 3. kecuali english. hah!!! bagus pun bagi aku kurang 3. supaya aku insap sikit(insap???? huh!!!! mohonglah jep!!!!). ni, bulan 1 nanti aku nak kene bagi lagi performance appraisal tu kat Dr Tillal. tah apa plak kali ni dia tulis. yelah... anak murid yang sungggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggguuuuuuuuuhhhhhhhhhhhhhhhhhhh malas nak buat keje... bayangkan lah betapa malasnya aku bila aku panjangkan mahraj perkataan sungguh tu...

dua tiga menjak ni, aku kembali melayan blues... banyak perkara2 silam yang muncul dalam mimpi aku... termasuklah sekolah aku, rumah lama setinggan ku, kawan2 waktu kecik, semuanya keluar dalam mimpi aku... pastu, bangun pepagi mulalah sedih n tak bermaya... pastu mulalah malas nak p opis... pk kan mimpi yang melanda dalam tidurku... sampai satu tahap tu, aku rasa takut untuk tidur... sebab mimpi yang memacam... mimpi kene cekiklah, mimpi jumpa 4 mayat lah, mimpi aku meninggal sekejap pastu idup balik lah... huh!!!! apakah makna semua mimpi itu????

aku nak makan nasiklah... lapo... nanti kalau aku ada modal nak bercerita, aku cerita. la ni masih dalam mood melayan blues... umpama daun yang berguguran, maka itulah semangat ku ketika dan saat ini. pelik gak, sulu summer, takde plak semangat macam summer jugak... panas jek memanjang... kengkadang jek macam summer semangat aku... kejap jek panas... erm... rasanya, cuaca ni, memainkan peranan yang pentinglah dalam kehidupan seseorang (alah, ko sorg je yang kata macam tu... org lain ok jek tak dipengaruhi oleh coca!!! alasan org malas, macam tulah, asik salahkan benda lain jek... huh!!! teruk btol!!!!)... sebab kalau ari yang panas, aku msti bersemangat dan banyak idea untuk menulis... tapi bila ari mendung serta ujan, maka aku akan terus belingkor dalam selimut yang tebal... best oooo sambung tdo lagi2 bila aku mimpi iman berlari2 sambil berkejaran ditepi pantai yang indah!!!!!!

eh lupa... semalam aku cuba lagi cekodok nestum tu... kali ni, jadi tu mmglah jadi... tapi terasa masin plak... huh!!!! 'pakar' sungguh aku memasak kan... kali ni, macam biasa, aku goreng ayam perisa kunyit... telan jelah kan... nak wat camana... huhuhu

jemput makan.....

Thursday 16 October 2008

KFC Southall halal....

wah.... bulan yang sungguh produktip dan inovatip serta tak lupa juga keytip dan incentip... sebab apa aku cakap camtu... sebabnya, bulan ni jek, dah masuk entri ke 9 aku tulis... sebelum ni, aku cuma boleh nulis hatta 7 entri jek (ala, baru 2 bulan jek aku start nulis ecara aktip pong... org leh tulis sehari 3 4 entri pun, dorg tak kata produktip, ko plak memandai ngangkat diri sendiri! huh!!! apa punya pesenlah ko ni jep oiii!!!)....

hari ni, kerana lama tak makan McD halal dan ciken kotej kat southall, aku pun bawaklah dila, sarah, kamal dan juga helmi ke southall... sian kat dorg sebab tak berapa tau sgt camana nak p southall tu. tau, tapi mereka menaiki bus 2 biji (skimanya bahasa aku????)... sebab amik kat pekan... dan daripada uni ke pekan, kene naik lagi bus... so, aku pun menunjukkan kepandaian aku (wah!!!! pandai sgt lah, bawak dorg p china town kat london pun leh sesat.... sib baik dorg taktau yang sebenarnya time aku bwak dorg tu, aku sesat... huh!!!!) menunjukkan jalan dengan menunggu bus di Amberleyway... satu bus jek... sep 90p. pastu, dengan gaya propesenel, aku pun gtau ngan dorg, bus mana yang banyak benti, bus mana yang ekspress dan semualah yang aku RASA aku tau....

sebelum benti kat stesen tu, aku tanya ngan dorg, nak makan McD tapau ciken kotej, atau nak makan ciken kotej n tapau McD. ini adalah disebabkan oleh faktor jarak dimana bus akan berenti. maka, mereka pun sebulat suara kerana pembentung (apa2lah aku merepek ni????), bersetuju supaya makan kan McD dan tapau ciken kotej. nilah yang aku suggest kat dorg, sebab ayam goreng nanti, leh makan ngan nasik malam karang. maka kami pun benti kat bus stop yang sepatutnya. menempahlah mereka dengan makanan kegemaran mereka masing... salah sorg kata, haaaaa.... best2.... takdelah rindu sgt nak makan McD, dah dekat dah nak carik ni... aku cuma senyum... sambil dalam hati aku berkata... kalaulah, KFC pun jadi halal kat cni, kan best... huhuhu

abis makan, kami solat kat kat masjid depan McD tu. sebab aku plan nak bawak dorg jenjalan kat kedai yang pernah abang mahadi, kak aida n fendi bawak aku masa pestaim aku sampai kat cni. blehlah beli brg2 n daging2 halal pakistan n india... dalam perjalanan kami ke kedai tu lepas kami solat, aku tinggalkan dila n sarah sebab katanya nak beli baby ciken... kami pun meneruskan perjalanan memburu ciken kotej, sebab nak tapau... aku pun lama dah tak makan ciken kotej tu... nak beli KFC, KFC halal paling dekat pun, setau aku, dekat paris... maka, ciken kotej pun, boleh lah. omputih kata, better than nothing kan????

dalam perjalanan sesambil menerangkan pelbagai perkara pada kamal n dila, tetiba kami sampai kat restoran KFC tu. mata aku mencari2 kot2lah dah jadi restoran KFC halal kat ctu. yelah, manalah tau kan, kalau subway pun leh jadi halal, McD pun leh jadi halal, tak mustahil pun KFC leh jadi halal kan... kalau gitu, alhamdulillah.... takdelah kebanyakan daripada org2 kat cni yang mengidam makan KFC.... tetiba mataku tertancap pada salah satu sign board yang mengatakan KFC in southall is now halal... something like that lah... aku tak ingat sgt exactly apa yang ditulis.... waaaaa..... doaku dimakbulkan.... aku pun, tanpa melihat kiri dan kanan, terus masuk ke dalam KFC tu, dan terus menempah ayam2 yang nampaknya lebih sedap daripada ayam goreng kat ciken kotej. sonot betul aku bila mengetahui KFC kat cni dah halal... rasa cam nak msg semua org2 kat brunel kata KFC dah serve halal la tu jugak... tapi, pk2 balik, nanti takdelah cerita kat blog aku kan... so, aku pun, hold dulu niat nak bagitau kat smua org2 kampung kat brunel termasuklah shah... sebab dulu aku penah cakap ngan shah, aku kata, kalaulah McD pun leh jadi halal, tak mustahil sotu hari nanti, KFC pun leh jadi halal... dia hanya gelakkan aku sambil kata... imposibel... beri2 imposibel... la yumkin... tak mungkin... aku cuma gelak jek bila dia cakap camtu....

lagipun, biarlah aku yang merasmikan dulu....so, kalau rasa2 tak macam KFC kat malaysia, leh gak aku gtau ngan dorg semua... lepas ni, mesti ramai yang ke sini. blehlah aku berbangga ngan shah especially, kata, tak heran dah KFC kat malaysia tu, sebab kat sini pun dah halal... tak heran pun kat paris tu, sebab kat cni pun dah halal... dekat jek, daripada nak ke paris tu, dengan flight yang selamba rock meninggalkan kami tanpa belas kasihan lah, hotel yang telah ditempah dan dibayar tapi bagi bilik kat org lain lah, org2 france yang mengagungkan bahasa dorg sampaikan bercakap ngan dorg macam ayam ngan itiklah, berjalan kaki jauh gile semata2 nak makan KFC lah.... hah!!! la ni, tak perlu dah itu semua. sebab kat cni dah ada pun... huhuhu.... best.... best.... best... best....maka, aku pun terus ke dalam dan terus beratur... banyak gak signboard n notice yang tulis halal kat ctu. wah.... bestnya... aku pun memikio kan apa aku nak order ni... tgh2 aku pk nak makan apa, handset aku pun bervibrate... terkejut dan mematikan terus lamunan dan anganku...

"abang jep kat mana ni?" tanya pemanggil di sebelah sana.
"kat depan KFC ni. korang jalan terus, pastu jumpa.... bla... bla... bla...." terang aku pada pemanggil diseberang sana arah jalan yang menuju ke KFC ni.

sampai jek dorang kat aku, terus dorg tanya....

"KFC ni halal tak abang jep?"
"erm... berangan jelah korang nak cari KFC halal kat sini. kalaulah halal, kompom seminggu sekali mai cni. KFC halal paling dekat pun kat Paris, yang abang taulah... so, kalau ngidam, p lah cari kat paris tu. takpun, doalah bebanyak, supaya dorg ni boleh serve makanan halal since kat southall ni kebanyakkan nya restorannya adalah halal, manalah tau doa korg tu makbul kan... " terang aku pada dorg...

kami pun meneruskan perjalanan kami ke ciken kotej untuk tapau ayam goreng... bolehlah dibuat untuk lauk makan malam... jadilah kan, sebagai pengganti pada KFC.... sambil berjalan tu aku ter pk, kalaulah KFC ni dah jadi restoran halal, rasanya dah laku kot kedai2 yang jual ayam2 goreng ni... no wonderlah sampai sekarang tak halal lagi KFC kat southall ni.... tapi, kalau halal ok gak kan... tulah namanya persaingan sehat... mintak2lah tak lama lagi KFC ni akan menjadi KFC halal kat cni, amiiinnnnn.... huhuhu

Tuesday 14 October 2008

merepek lagi...

yuhuuuuu.... (amboi!!!! org london... sampai lupa bagi salam dulu!!!!!)

alamak, lupa plak nak bagi salam.... assalamualaikum wbt... rerakan yang lelain sehat? tak sihat ke? kesian... takpe, anggap jek Allah sayangkan kita... sebab kalah kita sakit tu, maknanya Allah sayangkan kita... bukan bermakna Allah tak sayang kan kita yang sehat2 ni.... cumanya, bila kita sakit, atau berada dalam keadaan yang kurang gembira, tertekan, jiwa kacau, hati tak tenang, barulah kita nak cari Allah kan.. erm... itulah lumrah manusia kan... aku tak lari daripada benda yang sama gak... bila time sedih, jiwa kacau, tertekan, masa tulah mula kita nak cari dimana Allah SWT... saja bagi tazkiroh awalan2 ni... sebabnya, nak ingatkan diri sendiri yang aku ni kira tergolong dalam hamba Allah yang selalu sgt lalai ngan nikmt dunia yang diperolehi... kalau sedih tu, baru nak ingat Allah... kalau gembira tu, haram nak ingat pun walau sesaat... kan???????

ekceli, takde apa2 nak coretkan untuk entri kali ni... cumanya, semalam, masa aku ngah makan ngan salah sorg kwan aku (namanya dirahsiakan takut dia malu sendiri) kat suatu tempat yang aman dan damai disulami dengan kicauan mesin2 pemotong rumput yang amat indah bunyi nye itu, aku ternampak sesuatu dalam beg galas dia... aku pun pandang jek benda tu... sebabnya, benda tu sungguh menarik perhatian aku... kemudian, aku pun bertanya... kenapa ko bawak benda tu? bukan ke benda tu untuk budak2 kecik jek??? kemudian dia pun berkata2 laksana seorang perwira mempertahankan putri kesayangannya (apalah yang ko merepek ni jep oiiiii!!!) begini.... "ada org suggest kat aku bawak benda ni. sebab senang kan kalau tetiba hajat yang tak terduga memanggil2 dan menyeru.... kan payah nak cari ayo...."

erm... aku rasa idea nak bawak benda tu kemana2 sahaja terutamanya ketika berada kat negara omputih ni, yang toiletnya takde ayo, amat2 praktikal... yelah, kalau berada kat bilik atau umah sendiri, takpelah gak... ni cuba bayangkan, kalau kita berada kat luar... nak tak nak terpaksa juga beli ayo botol tuk melepaskan hajat... kalau murah, takpelah gak kan... tapi kalau mahal, kan payah jadinya... rasa macam satu keperluan plak untuk beli benda tu... dulu, masa iman kecik2 selalulah beli, sebab senang n memudahkan keje... lagi2 badan iman masa kecik tu, lembik lagi, so bila nak mencebuk, payahlah gak... idea yang sgt praktikal lebih2 lagi ketika berada dalam toilet yang takde langsung paip apa lagi air tuk mencebok...

apakah benda yang aku maksudkan tu? itulah dia, tisu basah bayi aka wet tissues babies (eh, betul ke ni namanya??? alah, lantaklah, janji dia tisu basah tuk menghilangkan kotoran di bahagian tengah2 antara pinggan dan peha)... jangan lupa untuk membawa bersama kalau pergi ke mana2 ye.... selamat mencobe...

tatatititututomtom....

ps: takde idea nak nulis dah ni... so, merepek jelah yang mampu aku lakukan ketika saat ini... huhuhu

Saturday 11 October 2008

ucapan buat rerakanku...

Terasa rajin yang melampaui batas pulak arini untuk aku menulis... pagi tadi dapat sms daripada Megat Hafiy, salah sorg peserta tuk program motivasi yang fakulti anjurkan dulu... best plak sms nya bila berulang kali baca... hobi aku suka menforwardkan msg2 yang best2 kat kengkawan... so, bila dah sampai sni, still buat benda yang sama... hobi kan, dah takleh kikis dah... huhuhu...

Nway, buat rerakanku semua, samada yang ku kenali atau tidak kukenali, melalui mana2 saluran samada online atau offline, aku tujukan kata ini untuk rakan2 semua... ikhlas dari lubuk hati bukan jantung pisang ku...

"Kalau satu hari awak nak menangis, bagitau saya,
saya tak janji nak buat awak tersenyum,
tapi saya boleh menangis bersama awak..
Kalau satu hari awak ada masalah, bagitau saya,
saya tak janji nak bagi awak penyelesaiannya,
tapi awak boleh kongsi dengan saya...
Kalau satu hari awak ingin pergi, bagitau saya,
saya tak janji untuk halang awak,
tapi saya boleh berjalan bersama awak...
Kalau satu hari awak perlukan seseorang untuk dengar cerita awak,
bagitau saya,
saya janji akan ada untuk awak,
TAPI,
kalau satu hari awak perlukan saya dan saya tiada,
carilah saya,
kerana mungkin saya LEBIH memerlukan awak..."

semoga ukhwah yang terjalin ini akan lebih bermakna... insyaAllah...

hari yang penat lagi memenatkan....

assalamualaikum warahmatullah hi wabarakaatuh wa maghfiratuh waridhwanuh....

semalam merupakan hari yang penat dan memenatkan bagi aku... bawak helmi, salah sorg stdnt baru dari Malaysia untuk pendaftaran... memula tu risau gak sebab kol 10 tak sampai2 lagi kat brunel daripada umah isterinya kat surrey. tunggu punya tunggu, kol 11 baru sampai. sesat rupanya... siannnnn.... tapi bagus gak dia sampai lewat, sebabnya, at least aku leh siapkan pembetulan yang Dr Tillal suh buat... tak abis2 ngan chapter 1... huhuhu... alhamdulillah, elok jek dia sampai, aku pun abis buat pembetulan tu. kalau tak, mau aku kene fire ngan pakwe aku tu... masa dia sampai ngan wife dia tu, sian gak tgk. yelah, dok lama beno kat dalam kapal yang ada sayap ngan ekor tu kan... 13 jam... mata pun dah naik merah... aku pun bawaklah dia jumpa ngan salah sorg admin kat fakulti dia tu... sebab dalam email helmi suh bawak dia ke sana... pastu, bila dah sampai sana, org tu tak kenal plak... kata expecting someone, not from Malaysia... cet!!!! kata dalam email suh jumpa dia... pastu, dia kata nak bwak helmi untuk tunjukkan register semua... aku pun tinggalkan si helmi ngan dia... sebab aku nak sambung keje aku... alih2, tak sampai 5 menet, helmi kol aku balik, tanya mana student center... pelik gak, kata admin tu nak bawak dia... pastu si helmi kata, guest dia dah sampai... teruk betol.. ada ke patut main tinggal cam tu jek... ceh!!! tak de respek langsung.... sib baik aku dah hampir siap keje Dr Tillal tu... aku pun bawak dia ke student center. sampai student center, org kat sana plak, suh pegi ke Brunel International dulu... penatlah beratur pepanjang, kene g BI dulu. huh!!! kalau aku tau prosedur camtu, takdelah aku susah payah suh helmi beratur... dulu masa bawak abang ithnin ngan abang zul, BI suh g student center terus... dahlah jauh student center ngan BI tu.... dah, kene jalan balik aku ke sana... amik masa 5 menet gaklah jalan... abis kat BI, dia suh g balik kat student center... pusing balik ke sana untuk register.... since masa sungguh mencemburui kami (huhuhu... ayat apakah ini??????) maka aku terpaksa tinggalkan dia tuk sambung register kat student center tu... aku plak, terus naik opis tingkat 4, print chapter 1 tu, pastu terus ke bawah balik, jalan menuju ke opis Dr Tillal... dahlah jauh, 5 menetlah gak jalan kaki kalau jalan macam katun... kalau jalan alal romantika di amor, amik masa dekat 10 menet gak... lelah n kurus terus aku camni....

kali ni lama plak jumpa Dr Tillal... dia cek satu2 plak tu.... aiyak... time2 aku ngah kalut plak dia cek satu2... time aku tak kalut, takde plak dia nak cek satu2... tapi tak kisahlah... helmi pun dah setelkan pendaftaran dia... cuma la ni, sian kat dia sebab kalut nak p accomodation plak... nak setelkan bayar deposit sebelum kol 1. aku rasa aku takdan nak bawak dia, abis jumpa Dr Tillal pun dekat kol 1, so, mmg takdan nak p accomodation tu tunjuk jalan. pastu, aku suh dia tepon accomodation tu, bagitau mintak tempoh lama skit... mujurlah depa terima... yang accomodation ni pun satu... main ugut2 plak... katanya, kalau tak setel deposit b4 kol 1, bilik tu dia bagi kat org lain... ceh!!!! hampeh btol... aku risau gak kalau si helmi ni tak dapat bilik... la ni, jenuh gak la ni nak cari bilik sewa... alhamdulillah, helmi kata accomodation tu kata leh bayar lewat sikit... huh!!!! lega aku...

pas jemaat, aku terus bawak helmi ke accomodation... lagi sekali kami ditendang... suh bayar kat cash office dulu... jalan lagi... adoi... penat betol... pastu kene g balik kat accomodation tu... tuk dapatkan tenancy agreement.. dah dapat tenancy agreement, helmi kata masalah nak login dalam ulink plak tuk dapat senarai assemen... nak guna pc kat student center penuh, so, aku pun bawak dia naik opis aku kat tingkat 4 tu sekali lagi. cuba2 takleh plak... kene bawak dia turun bawah balik sebab nak kene g computer center.... sian gak kat helmi ni, lelah terus aku tgk... sampai takleh pk pepe dah.... setel semua urusan dia, dekat kol 330... sib baik setel semua rini... pastu dia pun ke kelas... sebab dah tinggal 2 minggu punya module... so, nak tak nak kene masuk gaklah kelas tu... aku balik terus koma tak sedar diri... tu pun jenuh tahan mata sebab helmi kata nak antar barang kat bilik aku... sib baik dia kol lambat sikit, dalam kol 520, dan lah aku tdo setengah jam... dahlah malam nya aku takleh tdo... ngantok giler.... aku tgk dia macam dalam kelaparan... so, aku masak kan lah dia ayam goreng perasa kunyit (sebab kunyit lagi banyak dari garam), udang bakar ngan sayur kobis masak kicap yang takde rasa pepe.... nak wat camana, aku bukan reti masak pun... takat makan sendiri bolehlah... kompelin pun sendiri kompelin gak... nampak cam lapo betol abis semua yang aku masak (macamlah ko tak nampak kelaparan jugak jep oiiiii!!!!).... sian si helmi ni, makan nasi lembik, ayam perisa kunyit, ngan udang bakar yang taktaulah aku dah masak atau tak... huhuhu

malam tu, wife dia datag amik dia balik... sambil antar barang helmi sesikit. aku tumpangkan kat bilik firdaus, salah sorg undergrad kat sini... sebab bilik dia dekat gak ngan bilik yang helmi akan masuk senin ni... pestaim aku tgk bilik standard, beso betol... kalau bilik ensuite aku... cumanya, toilet sharing lah... aku membayangkan toilet sharing tu, sebijik macam hostel2 kat malaysia, rupanya silap... toilet tu, sekali ngan bilik mandi, sebiji, sebiji... kira satu pintulah... so, senanglah kalau nak amik air tu mencebok kan... tgk cam ok... takdelah teruk sgt dia punya standard room... ikutkan, yang tak bestnya, cuma bathroom jelah yang share... kalaulah dapat ngan org yang bukan pembersih, kan teruk jadinya kan???? (ala, macamlah ko ni pembersih sgt jep oiiii.... kalau ye pembersih, takkanlah sampai cleaner tu ajo ko cara2 mencuci toilet??????)

rini, awal plak aku terbangun... kol 4 dah terbangun. tekak perit, idung sumbat... huhuhu... macam nak kene selsema jek... pas subuh terus makan ubat selsema paling kuat yang ima dokter gigi bagi, terus tak sedo diri... bangun2 tgk jam dekat kol 8. tetiba aku terpandang nestum yang shah tinggalkan... terus datang idea nak buat cekodok nestum... antar sms kat adik aku, suh tanya ngan mak aku camana nak buat... biasalah kan, bujang.... adik aku jwab...

"bubuh tepung 2 gengam, nestum 2 sudu jubung (penuh), garam, gula, telur sebiji, kacau semua ngan air..."

dengan semangat waja dan wira serta perdana dan tak lupa saga wa aeroback, aku pun memulakan mission imposibel (sebab tak reti buat, so, kalau jadi, mesti org tak caya aku buat benda ni, sebab tu jadi misyen imposibel) ku ini... siap masak, rasa2 huh!!!!

TAWAQ HEBIAQ!!!!! hat tu tak campur yang hitam tu lagi... telan je ler kan... nak wat camana.. dulu mak aku buat, adalah gak bau2 nestum tu, sedap btol... tapi kenapa aku buat, tak rasa apa2 ek? jgnkan bau nestum, rasa tepung pun takde... sian kat org yang aku bagi suh rasa tu... sampaikan tanya, buh apa ni??? mesti dia (namanya terpaksa dirahsiakan supaya aku tak lebih malu kalau org lain mintak dia cerita tentang cekodok tak rasa pepe aku tu... huhuhu) kata, ai... buat cekodok pun tak rasa pepe... sib baik aku LELAKI, so, takdelah malu sgt tak reti masak... huhuhu.... org kata, eberiting must have pestaimer.. so, do it again... remember, pektik makes perpek... (huh!!! yolah tu... rasanya kalau buat berkali2 pun, kalau dah tak reti, tetap sama gak)...

* ni gambar cekodok nestum tak cukup bahan... yang hitam2 tu, sebab kuali aku yang kurang berkualiti (wah!!!! salahkan kualilah plak, cakap jelah ko yang tak reti jaga api, panas sgt minyak nye!!!!!) silalah rasa yeeee.....

Wednesday 8 October 2008

makin banyak kita tahu, makin terasa bodo plak kita...

salam...

awal aku balik rini... cadangnya nak buat banyak pembetulan tuk chapter 1 tu lepas Dr Tillal cek. kali ni, dah masuk kali ke 4 aku betulkan chapter 1 tu. still tak betul2 lagi... erm... takpelah, buat jelah kan... nak wat camana... org kata, ngan svisor ni jangan suka melawan, sat g, dia pun akan buat hal ngan kita.... banyak gak aku kene betulkan lepas jumpa dia semalam... termasuklah english aku yang sungguh power tu... sampaikan dia komen atas kertas aku tu, "very bad english...." sian nye kat Dr Tillal tu dapat student yang bengong sampai ke phd tak celik2 english ni... huhuh....

aku bajet nak siapkan semuanya... so, aku pun plah opis seawal mungkin (awal????? kol 1030 ko kata awal????).... masa ngah sesiap tu, memacam dalam kepala otak aku nak nulis ni lah, nak nulis tulah... kira banyaklah point2... tapi, bila aku masuk jek opis tu, dok kat meja aku... huh!!!! satu kerja yang aku plan dalam kepala otak aku tu aku tak buat... yang aku buat, chating, tgk email, balas email, dan tak lupa juga sms.... pemalas sungguh aku ni kan... huh!!!! pastu, bila aku nak start wat chapter 1, ilang semua idea nak nulis... sampaikan aku sendiri tak tau nak buat camana... semalam masa jumpa ngan Dr Tillal, aku takdan nak catatkan apa yang dia cakap... sebabnya, aku takleh tumpukan perhatian ngan apa yang dia cakap kalau aku nulis. pastu, mulalah aku suh dia ulang balik apa yang dia cakap... aku buat sekali jek suh dia ulang balik... bayangkan, kalaulah aku suh dia banyak kali, "say it again DR"... aku rasa, mau dia pelangkung aku la tu gak... sudahnya, aku tak catit pepepun apa yang dia cakap n cadangkan... doa aku, agar aku mimpi balik apa yang dia cakapkan kat aku... huhuhu.... tadi pun, dapatlah seperenggan jek... jadilah kan, daripada takde langsung... sebabnya, motto aku, sehari satu perenggan... kalau lebih, hari lain leh coti2 uk (wah!!!!berangan sungguh nak siapkan lebih daripada satu perenggan. hatttttuuuuiiiiihhhhh!!!! dalam mimpi je le jep oiiiii)...

ari sabtu yang lepas akup gunting rambut... pestaim gunting rambut kat cni... before ni, aku gunting kan malaysia jek... takpun, ada sekali tu, shah tolong guntingkan... sian kat dia, guna mesin tak makan langsung, so terpaksalah guna gunting... pandai gunting rupanya dia ni... pastu, sebab dia takde, aku pun pk2 balik, glah kedai kat belakang hall aku ni... kedai gunting rambut... dalam perjalanan nak ke sana, cam biasalah aku ni... dok ngarang ayat2 tuk aku cakap kat tuan punya kedai... almaklum jelah kan, aku ni kan gagap bila cakap omputih... pastu, sampai kat kedai tu, aku tanya dulu berapa dia charge tuk satu kepala... translate betul2 tu dari BM ke BI... "how much you charge for one head?" pastu org kat kedai tu jawab... "sorry!!!"
dalam hati aku... alamak, sah2 aku cakap salah ni... erm... camana nak tanya ek berapa dia kenekan tuk satu kepala... aku tanya balik... dengan ayat yang sama... tapi perkataan lain aku perlahankan, yang charge tu aku kuatkan.... kali ni baru dia jawab... "ooo... its 10pounds"....

tak pk pepe, aku pun, kata ok... terus dok kat kat kusi tu... pastu satu lagi masalah komunikasi timbul bila aku nak suh dia potong pendek... "just cut my hair like an army..." dia jawab balik... "are you sure??" ah, sudah... istilah potong askar dia camana ek... sat g, abis botak licin rambut aku dia potong... "nevermind, you just cut until this long..." sambil aku tunjukkan berapa panjang yang perlu ditinggalkan dengan tangan aku... argh... lantaklah, janji dia paham... gunting punya gunting.... eh, silap... dia langsung tak guna gunting... guna mesin jek terus... maka pendeklah rambut aku... erm... looks ok to me... lama tak botak camni... kuar jek rasa cam best jek kepala berangin...

sedang aku belek2 muka aku kat cermin... baru aku perasan... la, jendul gak aku ni ek... tak perasan plak... dahi luas betul... tapi tak kisahlah... sebab apa, org kata, kalau dahi jendul, maksudnya golongan bijak pandai... huh!!! ni susah nak percaya sikit... sebabnya.... kalau aku tergolong dalam golongan bijak pandai, takkanlah berlaku dialog seperti ini suatu ketika dulu kat kitchen hall aku. ketika ni, aku baru jek abis bukak posa ngan shah... tetiba flatmate aku masuk... dia ni dari China...

aku : Lee, do u know who put the notice?
Lee : which notice?
aku : this one... (aku bangun sambil tunjukkan notice yang suh bersihkan dapur tu lepas guna)
Lee : ooo... I think that guy from neatherland...
aku : Neatherland? we have flatmate from neatherland here? which room?
Lee : ya... room no 1.
aku : ooo... it marchel... i think he's from Holland not from neatherland. because before this I ask him, and he said he's from Holland.
Lee : holland and neatherland are same actually.... (sambil senyum kambing dan sungguh lebar sekali senyumannya...)
aku: oooo really????? ooo.... I don't know about that...
Lee : ya...

aku pandang shah... shah pun senyum sambil angguk.... huhuhu... malunya aku.... pastu aku pun jawab tah apa apa tah kat dia... aku cakaplah aku ni tak suka geografi lah, lama dah tinggal geografilah, tak belajo pasal nama2 negaralah. just nak cover akan kebodohan aku ni... mesti si Lee tu kata cam ni ke budak phd? sampai pengetahuan am pun tak tau.. huh!!! terasa bodohnya aku ketika ni.... tapi, tak kisahlah... janji aku dapat satu ilmu... betul kata alim ulamak... makin kita tahu satu ilmu tu, makin terasa akan kebodohan kita... kan????

apa lagi aku nak membebel rini? erm... alamak, lupa plak... tadik bukan main banyak idea aku nak membebel... la ni, ilang plak... takpelah... sok2 aku sambung lagik ek...

daaaa......

Sunday 5 October 2008

pendek jek kali ni... heheheh

saja jek nak menceriakan kembali hatiku yang lara ni... erm... tetiba jek aku baru perasan...

selama ni, aku tdo, tak penah konci pintu bilik aku ni... kemudian, tah apa yang aku pk, aku kopek limau, sambil makan jalan2, aku terus kunci bilik aku... kemudian, sesat ku terpikir...

"huh!!! sib baik takde sesapa rogol aku time aku tdo... yelah, tak kunci bilik kan..."

huhuhuu

coretan buat isteriku yang tabah....

salam....

ada yang bertanya ngan aku...
"best tak raya kat obe c?"
apa yang boleh aku katakan...
"ada ke istilah hari raya kat obe c ni lagi2 kat negara omputih ni?"

maka tinggallah pertanyaan demi pertanyaan yang hanya ku jawab dengan senyuman... huhuhu... pagi raya yang lalu, sebak sikit terasa terutamanya bila aku tepon mak aku... cengeng btol aku ni waktu tu... lebih2 lagi bila menerima sms daripada zah dua tiga hari sebelum nak raya... aku sangkakan dia akan beraya di banting dengan famili dia, tapi...

"Zah dah ckp ngan mak, raya umah damansara dulu. sib bek mak pun suh zah raya sana dulu. tapi mak nak tunggu zah cakap sendiri. takut zah nangis plak. huhuhu..alhamdulillah, mak tak kesah. mak ckp, dahlah abang takde, takut mak abang sedih plak..."

besarnya pengorbanan seorang isteri... rasa nak gugur jek air mataku ini... huhuhu... mjurlah ketika menerima sms ni aku berada dihadapan org2 yang ramai, kalau tak, rasanya mau meruntun aku menangis berbakul2.... biarlah org nak kata aku ni cengeng atau apa ke, kerana bagi aku.... kenapa??? salahkan seorang lelaki mengalirkan air matanya kerana terharu dengan pengorbanan seorang isteri dan mertua yang memahami keadaan yang berlaku...

kemudian pada pagi raya di malaysia, aku sekali lagi menerima sms daripada zah bila aku bertanyakan kepadanya tentang duit raya untuk ibuku...

"tadi salam mami (panggilan untuk ibuku) dulu kat atas, bilik kakak. mami nangis. zah pun nangis. mami kata, abg takde, zah ganti abg. sekurg2nya mami tak sedih sgt, sebab zah ada ganti abg. tapi tetap nangis...."

meleleh lagi air mata ku ini.... huh!!! taktaulah kenapa aku kalau tersebut pasal ibu, aku mesti sebak dan hampir mengalirkan air mata.... dulu masa kat BTN pun, bilakala saja tersebut pasal ibuku, aku sebak dan hampir nak nangis... kenapa tah... mungkin aku selalu menerima suapan nasi daripada ibuku dulu kot, yang menyebabkan hati aku ni, takleh nak melupakan ibuku langsung... benar kata alim ulamak, kalau nak anak rapat dengan ibu bapa, maka biarlah anak itu memakan lebihan daripada ibu bapanya....

hanya mms pengubat rinduku di kala syawal mula menjelang (dah menjelang pun jep oiiiii.....)



*suka aku tengok zah pakai sedondon ngan iman... lawa plak bajunya. aku pun tak pernah belikan iman baju melayu, sebab dulu dia tak pandai jalan lagik. la ni, dah pandai jalan, seswailah pakaikan baju raya kat dia... tak sabar untuk aku melihat senyuman ini lagi secara live didepan mataku ini.... menghitung hari.. tapi, adakalanya aku takut untuk terus menghitung hari... huhuhu

*pesen rambut tetap sama.... tah bila nak lebat cam walid ngan umi nya... aku pun taktau... tapi, tak kisahlah, asal iman tetap sehat walafiat... demam kuat selama 3 hari dulu, mengajar aku dan zah, betapa besarnya kurniaan Allah kepada kita, syukurlah atas apa yang telah Allah berikan. mungkin mmg sipat manusia yang sentiasa hendak lebih daripada apa yang ada... aku tak terkecuali... zah kata, iman ni lasaknya bukan main lagi... penat gak melayan dia. tapi, bila dia sakit, barulah kita terasa betapa besarnya anugerah Allah yang diberikan... biarlah dia lasak, asalkan dia tak sakit kerana amat siksa untuk melihat dia sakit lagi... pengajaran yang paling berharga yang kami peroleh bersama... syukurlah dengan apa yang telah diberikan Allah kepada kita semua....

*tertelentang setelah penat beraya sambil "mengutip cukai". taktaulah berapa jumlah kutipan cukai iman tahun ni... sian... penat berjalan... masuk kete, terus tdo tak sedo diri...


*buat isteriku Aziszah binti Selamat yang berada di Malaysia memikul tanggungjawab bersendirian... aku tujukan lagu ini khusus buatmu (nak nyanyi sendiri, alamatlah hujan 3 malam berturut... tu belom campur aku yang ujan... huhuhu.... so, bagi lirik pun oklah ye....)


PERMATA BUAT ISTERI
Lirik/Puisi: Abdul Aziz HM - Nyanyian kopratasa


Telah kusiapkan
Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi
Sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan
Seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang
Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Kerana engkau isteri...
Ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isterikU
------------------------------------------
dan juga lagu ini...
------------------------------------------
Sampai Syurga oleh Faizal Tahir


Kumembenarkan jiwaku
Tuk mencintaimu
Kupersembahkan hidupku
Tuk bersama kamu
Dan diriku untuk kamu
Belum pernah kumerasai begitu
Semua itu telah berlalu
Harapanku palsu
Dan mungkin hari yang satu
Terus ku tertunggu
Di hatiku masih kamu
Belum pernah ku ingin terus memburu
Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Tuk dirimu
Namun aku tetap aku
Yang terbaik tuk diriku
Hanya satu
Hanya kamu
Kumembiarkan hatiku
Tuk merinduimu
Kumenghamparkan sakitku
Tuk tatapan kamu
Bersamamu harapanku
Hilang dalam terang yang membutakanku
Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Tuk dirimu
Sampai syurga kumenunggu
Sampai syurga kucintamu
Hanya kamu
Dan segala yang ku ada
Kuberikan semua
Untuk dirimu saja
Ku mahu dirimu
Bahagia tuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu
Agar ku sempurna
Aku fahami aku bukan terbaik
Tuk dirimu
Namun aku tetap aku
Yang terbaik tuk diriku
Hanya satu
------------------------------------

doa aku untuk salah seorang sahabatku...


"Ya Allah, satukan lah kembali dua hati yang telah retak itu dan bukakanlah hati mereka itu untuk menerima kekurangan dalam hidup pasangan mereka.... amiiinnnnn"

Friday 3 October 2008

rasa nak membebel plak rini...

salam...

yeeeeehaaaaaa..... aku nulis lagi... rasa macam banyak jek nak nulis, tapi tulah, rasa malas yang mengcengkam jiwa raga bakul rotan aku ni.... napa tah, semenjak dua menjak ni, rasa malas plak nak nulis... maybe sebab banyak teguran kot atas kehadiran blog aku ni... erm... tapi bagi aku, setiap org ada pandangan yang berbeza cam perodua kenari.... ada yang suka, ada yang tak suka... samalah cam aku ni... bukan semua suka penulisan aku... kenelah terima hakikat kan, nak marah pasal pe plak... pandai tulis, pandai tanggung semua kritikan, pandai cakap, pandai tanggung semua kutukan dan pandai makan, pandailah cari tempat tu melepas hajat.... dok kat negara omputih ni, payah betul nak cari tempat ni.. toilet yang dalam nya ada paip ayo, ngan masjid atau tempat nak solat. berapa kali dah aku qada' solat... rasa bersalah sesangat... teruk betul aku idup kat cni... eh, apa kene mengena plak ngan citer ni.... silap bebel plak... huhuhu... cerita pasal marah ngan kritikan org ni kan.... teringat aku masa kat UUM dulu... dulu, masa aku jadi lecturer, aku banyak rapat ngan student2... lepas jek jadi student, semuanya aku anggap adik2 aku... lagi2 bila aku dah jadi felo kat kolej... siap, aku suh ubah panggilan daripada encik jep kepada abang jep.... aku lebih selesa ngan panggilan tu. lagi2 bila aku dah start jadi felo kolej. cuma aku pesan ngan dorg, karektor aku akan berubah bila dalam kelas, so jgn memandai nak mintak tips apa2 kalau nak ekjem. aku takkan bagitau... even kalau adik aku sendiri yang amik xm tu, aku takkan cakap pun... sebab bagi aku, rahsia tetap rahsia... org lain yang tak kenal aku akan anggap aku gatal, tapi bagi aku, tu jelah cara aku nak rapat ngan x-student2 aku.... lantak plah org nak cakap apa kan... aku susah ada dorg kesah?

balik kepada story board yang asal... kisah dua psangan yang slalu gak bergaduh... aku kenal dua2 org ni... rapat gak...akulah yang selalu jadi tong sampah dorg... meluahkan perasaan masing2 sebab tak puas hati ngan pasangan memasing... bagi aku, salah kedua2nya.... yang sorg terlalu kuat cemburu serta suka sgt mengorek rahsia pasangan nya kat henpon, dan sorg lagi, suka sgt korek rahsia daripada pasangannya sebab nak tau kisah silam... tak bagitau, marah, bagitau pun marah... lebih banyak soalan yang akan ditanya... n then, bila dorg ngadu ngan aku... aku tak sebelah mana2 pihak... mana yang jumpa aku, tulah yang aku marah... yang cemburu buta ni, aku cakap ngan dia, bukan hak dia tuk ambil tahu terlalu detail pasal pakwe dia... rimas... mmglah sayang, tapi bagi aku, berpada2lah... bukan sembrono jek... sampai tgk msg n tgk sapa yang kol kat henpon tu, melampau sgt... blom kawin lagi... hat pakwenye plak, suka tanya pasal zaman silam makwenya... dah tanya, pastu marah2... kenapa ini... kenapa itu.... erm... aku cakap ngan dia, kenapa pulak nak marah... salah sendiri... sapa suh tanya... dan bagi jawapan, nak marah plak kat makwe dia... tak adil langsung... pastu, dia jwab kat aku... jwapan n cerita makwe dia psl kisah silam tu menyakitkan hati dia... aku tempelaklah dia balik, "dah tau benda tu menyakitkan hati sendiri, kenapa plak nak tanya... so, bukan salah dia nak cerita kan semua... diri sendiri yang paksa dia buat camtu..." pastu... lepas tu, terus senyap... aku nasihatkan dia n makwe dia jugak.... "cubalah buang perangai yang ada ngan kita, yang kita tak suka org lain buat kat kita. contohnya, cemburu sgt, suka amik tau perihal org lain yang enjadi rahsia bla... bla... bla..." lama gak nasihatkan dorg bedua ni... at last, takde jodoh nampaknya, maka mereka pun berpisah... doa aku, agar mereka di temukan jodoh yang bersesuaian ngan dorg, saling melengkapi antara satu sama lain... amiiiinnnn....

dulu masa mula2 aku jad lecturer, lepas jek abis satu sem kelas aku, aku akan buat satu sola selidik... ala2 macam soalan kepuasa pelanggan atas pengajaran yang aku lakukan... tujuannya, supaya aku improve pengajaran aku... rather than that, nak tgk, dorg suka ke cara pengajaran aku yang macam ngajar bebudak tadika ni... siap leh nyanyi dalam kelas, gelak2, ketuk meja, round sekitar meja tgk dorg wat keje... ala2 macam memantau dorg wat keje n then dorg leh terus tanya paham ke dak... ngajar pulak maths pengrusan... subjek killer bagi kebanyakan bebudak STPM yang mathnya lemah... lepas jek dapat feedback daripada pengajaran aku tu, aku expect aku akan dapat pujian kesemuanya... sebab baca sekali lalu dalam dua tiga komen, semua kata tahap kefahaman makin meningkat, senang paham, suka cara pengajaran... balik umah, aku pun baca selai2 komen yang diberikan... tup2, tetiba darah aku naik tak semena2... bila baca komen student ada yang tulis kata aku ngajar macam bebudak, tak layak jadi lecturer, anggap dorg bodoh n memacam lagilah... huh!!!! berasap gak bila baca komen cam tu... tapi kan... bila aku cuba tenangkan diri, aku mula pk balik... aku cakap kat depan cermin (masa ni blom kawin, so, bengong sikit sipat aku...);

"kenapa plak aku nak marah org komen camtu... salah sendiri lah... sapa suh mintak komen... pastu bila org komen, kenapa aku nak marah plak... tu pandangan dia... kenelah terima... lain padang, lain belalang.... kalau tak nak org komen yang beburuk, lain kali takyah lah mintak org komen..."

ni untungnya bila selalu bagi nasihat kat org lain... sebab at least, leh jugak aku nasihatkan diri aku sendiri... selalu gak benda ni berlaku kat aku... sejak dari tu, aku mula belajar untuk menerima apa sahaja perangai n sipat manusia... serta terima saja apa org cakap or kompelin or kutuk or ngumpat psl diri aku... sebabnya, itu hak dia untuk berkata apa sahaja... tipulah aku kalau aku cakap aku tak pernah dan tak akan terasa tapi aku cuba untuk jadi imun untuk itu semua... memula tu, bila dapat komen, nak gak membalas balik... tapi, bila pk balik, kalau kita balas balik pun, dorg msti ada hujah yang tersendiri... da gaduh jadinya... so, sebagai penyelamat, lebih baik aku senyapkan diri... takyah lawan debat... kengkadang terpk jugak ngan apa yang aku pernah cakapkan kat sorg sahabat aku bila dia terkena onar hasil perbuatan kwan dia sendiri... kita ni, kalau nak buat sesuatu, mesti pk psl org kan... tapi, kalau org nak buat sesuatu, ada pk pasal kita???? jadinya, sesekali kenalah kita jadi jahat.... takyah pk psl org... kalau org nak komen pasal kita, biaq p lah.... telan jek... dah itu mmg hakikat kejadian manusia kan... nak wat camana....

semalam aku keluar ngan hafizah ngan kak maimunah, dua2 students baru dari Malaysia (opkoslah malaysia kan, lagi mau bagitau... kalau bukan malaysia, takkan aku bawak punya, sat g jadi macam ayam ngan itik becakap... huhuhu)... bawak dorg jenjalan kat pekan uxbridge, tunjuk jalan mana2 yang patut, nanti kalau dorg nak kuar sendiri senanglah... bagus gak si fizah ni ajak kak mai, sebabnya leh gak aku kenal ngan dia... n then satu lagi, nak elakkan fitnah... dahlah dia ni dah kawin, aku pun dah kawin, sat g, kalau terserempak kat mana, adalah yang bawak mulut nanti kata memacam kat aku... manalah nak tau kan... sebab aku penah kene dulu, sebab org suka melagakan aku, tak pasai2 aku ngan kawan baik aku bergaduh... lama gak tak bertegur sapa... dek kerana, salah paham... erm... tgk2, sebijik jadi cam dalam kisah kaisara beberapa minggu lepas.... erm... abaikan citer aku gaduh tu... bagi aku, biarlah org nak buat apa pun kat aku, itu hak dia sebagai manusia, buatlah, as long as aku kenal sapa aku n org lain kenal sapa aku sebenarnya (sapa ko sebenarnya ni ek????)... balik pada kisah aku bawak fizah n kak mai tu jenjalan kat pekan... masa ngan borak2 ngan fizah pasal service provider tuk tepon kat cni seseambil tunggu bas U3 yang tak sampai2 dan org makin ramai tunggu kat ctu, tetiba kami ditegur sorg mamat omputih ni.... lama gak dia dok kat sebelah aku... pastu dia tanya;
"You from malaysia?" tanya omputih tu. mujolah aku leh tangkap apa dia cakap...
"How do you know?" aku tanya balik... pelik gak, sbb Malaysia bukanlah glemer sangat sampai semua org boleh agak bila tgk muka org2 malaysia ni. unless, kita gtau yang kita dari malaysia.
"ooo... saye belajar di singapore selama lima tahun (sambil kira ngan jari)." (sila baca ngan slang org putih...)
"ooo... really?" dan dan masa tu pulak aku leh cakap english ngan dia... tah camana kali ni leh jadi lancar plak... huh!!! sib baik aku tak ngumpat dorg ni.... kalau tak sesia jek kene.... teringat plak kisah masa BTN dulu bila penceramah tu bagi peringatan, jgn sesekali cakap melayu tuk ngumpat or ngutuk org, memula tu ingat saja jek wat example yang takde kene mngena, rupanya mmg ada omputih sini yang leh cakap melayu... lama jugak borak ngan dia, tapi yang paling aku kagum ngan diri aku ni (cewwwwahhhhhhh!!!) aku cakap BI ngan dia... leh plak lancar... pelik, tapi bila aku cakap ngan Dr Tillal, asik sangkut jek tengah2 jalan... maybe sebelum jumpa Dr Tillal tu aku selalu buat skrip dulu kot dalam hati, sebab tu jadi gagap otomatik... tanya gak ngan dia camana study kat singapore tapi leh pasih cakap melayu n still remember the malay words... pastu dia kata, dia study IB kat singapore (jgn tanya ek IB tu apa, sebab aku pun tak tau apa itu IB, maybe international business kot), so dia mmg kene amik satu foreign language, so dia pun pilih BM... waaaaa.... bagusnya.... kalaulah aku leh jadi cam dia leh cakap BI cam ayo mengalir, kan bagus....

abis citer semalam... la ni aku nak cerita pasal rini plak... tajuk kisah arini, akibat cakap besar... huhuhuhu

aku ngah ralit membuat karang tuk LR (nulis karangan???? hatttuuuuiiiihhhhh!!!!! chating adalah!!!! wei... tak baik nipu woiiii... dosa tau!!!)... sedang aku leka membuat keje di opis, tetiba aku didatangi oleh Zahran, opismet dari Oman, tanya kau dah baca blom email pasal emma nak wat semua meja2 student phd daripada kepunyaan sendiri kepada hotdesk.... uiks... terkejut gak... bila baca email tu, aiyaaaaakkkkk.... nampaknya lepas ni, terpaksalah merempat sebab dia akan buat semua meja phd tersebut kepada hot desk... meaning, semua org leh guna memana meja yang ada... jenuhlah aku nak membuat keje dari dalam bilik... kalau kat bilik, kompom mmg aku takkan buat keje langsung kat bilik.... kenapalah dia buat sekarang ni, dahlah aku ngah mencari idea tuk wat LR, idea banyak datang masa kat opis jek... kat bilik, idea nak merepek banyaklah... pastu, bila dapat jek email tu, karim terus p bilik sebelah... merah padam gak muka dia, cam marah giler kat emma... sebab dia kata, tulah harta pusaka yang dimilikinya, senang dia nak buat keje... tapi, kene rampas balik... sampai aku pun kene tempiasnya sekali, sebab takmo join perbincangan dia ngan bebudak phd lain kat bilik sebelah... sian kat aku, tak pasal2 betul... bincang punya bincang ngan emma ngan sorg lagi admin, memacam alasan diberikan... mmg dorg betul nak wat hot desk sebab tak cukup meja tuk student2 baru... bak kata karim, it not our fault n none of our business to cater the problem... they should not take so many students if they know the situation about the work space (betul ke ayat aku ni ek????)... at last, mmg takde penyelesaian... penat jek bincang... mmg dah ada dalam keputusan... erm... wat eber pun, aku takkan alihkan brg2 aku kat ctu... banyak lagi meja kosong kat bilik tu... gunalah... sometime kita kene jadi kedekut n jahat kat org lain.... dok pk nak jaga hati org, ada org pk pasal nak jaga hati kita??? kan???? bila ingat2 balik, baru teringat akan kesalahan aku... biarpun lawak, tapi tetap dapat balasan cash dari Allah... tersilap cakap kan... mana leh tarik... dulu selalu aku berbangga dengan member2 aku yang lain kat school yang lain... ada meja sendiri, beso plak tu, pc, tepon sendiri, ada mesin potosetet, kira complete lah semuanya... sampaikan, aku selalu gurau ngan abang mahadi kata opis dia kat bangunan construction, ala2 macam pekerja bangladesh n buruh kasar, last2, kene batang idung sendiri... at least depa masih ada meja sendiri tuk wat keje, tapi aku, la ni, satu hapak pun takde... nak kene berebut plak ngan org lain... tulah... mulut cabul sgt... padan muka aku...huhuhu

hari ni juga, masa petang tadi aku menerima sms daripada seseorg yang tidak kukenali dari uni kat surrey. dia nak mintak tolong aku tuk tolong husband dia jadi penunjuk jalan. ingatkan org pakistan mana, sebab nama cam pakistan... tapi, bila dia kol, cakap melayu... huh!!! lega aku... aku dok risau kene cakap omputih ngan dia, sebab aku ni kan gagap omputih... mula2 tu takut gak nak angkat, tapi, bila pk2 balik, sian kat dia nak mintak tolong, aku pun angkatlah... tak sangka plak peramah orgnya... katanya, husband dia nak buat master kat sini, dia kat surrey... dia nak mintak tolong aku daftarkan husband dia, carikan kelas, dapatkan jadual dulu, n tak lupa juga carikan umah or bilik sewa. tak lupa juga mintak tolong carikan travelodge or hotel, or wat eber lah yang dia leh stay buat sementara waktu before dapat umah tu.... sian plak bila kenangkan org camni... aku pun mengofferkan diri supaya husband dia stay dulu kat bilik aku... sementara nak cari rumah tu. dia kata,
"oooo... alhamdulillah, bagus pun cadangan tu... mmg lama dah dia tunggu cadangan tu..."

dia cakap gak kat aku, katanya banyak dah kontek org2 brunel, ada yang kata dah kawin lah, dah balik malaysia lah, siap tepon MSD lagi... huh!!! bagus betul usaha dia tuk dapatkan contact person kat brunel ni... bukan nak kata aku ni baik, tapi bagi aku, sonot nolong org ni... sebabnya, sekali kta tolong org, sepuluh kali Allah akan tolong kita. cumanya kan, yang aku risaukan ialah... aku takut husband dia sendiri tak selesa nak berkwan dengan aku, almaklumlah... aku ni org kampung yang baru masuk bandar.. org kedh kata peghak, org ganu kata darat... bukan pengemas orgnya, juga bukan skima orgnya... dahlah tdo selalu ngetap gigi... takut dia takleh tdo jek... memacamlah aku risau kan, takut husband dia tu tak selesa.... bilik air pun selalu banjir sebab aku tak reti lagi guna langsir tuk tutup pintu tu... puas jugak shah ajar, tapi sekali mandi, ok, tak banjir... kali kedua, banjir balik kat luar bilik air tu... erm... yang dah lama kenal macam arip ngan shah yang pernha tumpang sat bilik aku pun aku dah risau n memacam yang bermain kat pikiran, inikan pulak yang aku tak kenal. huhuhu.... taktaulah apa akan jadi seterusnya... hopefully, Allah permudahkan urusan aku ngan dia... aku bukan nak buruk sgka ngan org, tapi tulah yang aku risaukan...

bila aku bertanya kepada diri sendiri aku, maka ini jwapannya yang diberikan oleh belah kiri aku...

"alah, kalau lah kita nak ikut apa yang org lain akan selesa, sampai ke mati pun payah nak buat, lagipun, kenapa perlu aku berubah semata2 nak puaskan hati org... org ada ke yang berubah sebab nak puaskan hati aku??? takde kan??? so, buat taktau jelah.... "

kemudian belah kanan aku mencelah;

"yelah, tetamu, mestilah dimuliakan... rejeki melimpah kalau kita muliakan tetamu kan... lagipun, aku jugak yang mengoffer diri nak tolong... so, kenapa pulak aku nak biarkan dia macam tu jek kene terima aku seadanya... kgkdg kita kenelah berubah tuk jadi yang baik... bukan sebab nak puaskan hati org jek, tapi sebab nak jadi lebih baik... kan????"

erm.... tahlah... wat eber pun, apa yang aku harapkan n doa kan... biarlah pisang tak berbuah dua kali... tu jek yang aku harapkan... bukan balasan daripada dia yang aku harapkan, tapi keredhoan Allah jua yang ku harapkan... org mungkin akan kata aku tak ikhlas nak terima tetamu... erm... tah... aku sendiri taktau hati aku camana... bagi aku biarlah Allah saja yang menentukan hati aku ikhlas atau tak, sebabnya...

Allah sahaja yang mengetahui segala2nya.... KAN???????

Thursday 2 October 2008

cerita sepanjang minggu ini....

salam....

lama tak update blog ni... due to biziness of making friends.... huhuhu

hari ni, 1 oktober 2008. hari raya kedua kat uk ni (uiks, ada ke istilah raya kedua ketiga kat uk ni? raya pertama pun tak rasa cam raya...huhuu)... bila dah terasa jauh daripada keluarga macam ni, barulah aku rasa yang sunyi sgt bila raya... dulu, masa ada kat Malaysia, tak hagai langsung masa2 yang ada degan keluarga terutamanya hari raya... siap boleh buat statement lagi, raya dah tak macam tak raya pun... huh!!!padan muka aku la ni, sapa suh berlagak sgt... kan sekarang ni dah jadi macam ayam berak kapur, terkulat2 sorg2 kat libik.... seingat aku, dua kali jek aku tak balik raya... eh, tiga kali... dua kali raya haji, masa matrik ngan masa final year kat uum, dan juga raya posa.... raya posa kali ni lah... sebak plak bila cakap ngan mak aku semalam (30 sept), since uk raya 30 sept... tapi, raya kali ni aku menjadi penunjuk jalan kepada hafizah, student baru phd dari malaysia.... sebab dah janji kemarin nak bwak dia daftar, maka aku pun tunaikan lah janji aku... lagipun, aku pun takde menda nak buat... balik daripada umah kak fiza pun dah kol 4 lebih pagi... penat btol rewang kat sana memasak lauk2 raya... tapi syok gak...bangun subuh pagi semalam lambat, bangun2 dah kol 9.00 pagi.... uiks... terlepas solat hari raya.... takpelah, nak wat camana kan??? (alasan je ko nikan... sememangnya ko mmg malas nak p solat sunat raya tu kan?????)

minggu lepas merupakan minggu yang memenatkan dan menyedihkan... penat sebab aku jadi penunjuk ala2 PR Brunel tuk student2 malaysia yang baru datang... sedih, sebab rumet sekejap aku dah balik ke Malaysia... surprisingly, aku berjaya untuk tidak mengalirkan air mata masa shah balik tu... kalau tak, jenuh aku kene perli dengan kengkawan lain... huh!!! antar shah jemaat lepas, memacam benda berlaku. bermula dengan bus yang takde, bila ada, mesti penuh... tapi, gagah jugaklah naik bus ngan shah, ditemankan kamal... saja ajak kamal, leh tolong2 angkat beg, sebab shah bawak balik 3 beg... tu pun, selepas di repacking beberapa kali.... sian plak aku tgk, banyak brg dia tinggalkan kat bilik aku... tapi takpe, aku balik malaysia aku bawakkan brg2 dia... pastu, dah naik bus U3 tu, bus benti separuh jalan plak... driver tu suh tunggu bus lain plak... sib baiklah bus yang second datang tak lama lepas tu... risau gak, sebab time tu dh kol 600 petang... takut lambat jek check in... sampai, terus check in, beg plak tak lepas... instead of 25 kg yang dibenarkan untuk luggage kat bawah, shah bawak 35 kg keseluruhannya... huhuhu.... sian, aku dah standby pun beg tesco untuk bwak balik brg2 dia... manalah tau kot2 terlebih muatan... uas gak merayu dengan kaunter tu, dengan kamal pun tolong... tapi, still tak leh gak... maka, terpaksalah bukak beg tu balik... susun balik... aku nak tolong pun, aku tak reti sgt, sebab aku pun taktau nak suh shah buang yang mana... banyak barang hantaran n minyak wangi... takkanlah nak suh dia tinggalkan yang tu... but somehow (wah!!!!skiping plak aku ni, tah betul tah tak penggunaan nya... argh!!! lantaklah, ada aku kesah??????), alhamdulillah... kawan kepada kak aida dari nottingham pun sampai, n dorg pun tolong masukkan sesikit brg shah dalam beg dorg... operate2 (meminjam kata2 kamal, mula2 tak paham, nak tanya malu plak... pastu bila selalu dia sebut baru paham), alhamdulillah... jadilah dalam 27 kg. pastu, risau gak takut tak lepas... shah, kamal n wawa pegi jek kat kaunter check in tu tanya... lepas atau tak dengan berat camtu... alhamdulillah, lepas gak akhirnya.... pastu shah pun datang balik kat aku... dengan pertanyaan, "jep, paspot mana?" waaaaaaaaaaaa!!!!! nak nangis aku masa tu... sebab paspot shah mmg aku pegang, tapi bila dah kalut2 masa operate beg shah tu, aku taktau mana aku letak... masa tu, pucat gak muka aku... cari punya cari, tak jumpa gak... mulalah aku panik... selawat bebanyak sesambil cari brg tu dalam keadaan panik.... siap kumat kamit lagi... kak aida senyum2 jek pandang aku tgk aku kumat kamit.... risau siottttt.... tapi, alhamdulillah, jumpa gak akhirnya paspot shah tu... dalam beg member kak aida tu... camana tah leh masuk dalam tu... aku pun tak tau... tulah, masa repacking tu, banyak sgt tangan tolong... tinggal tangan aku jek tak tolong apa2, tolong pegang pestit tesco adalah sesambil tgk dorg semua repack balik... pas shah check in, kami semua berbuka puasa kat luar... best btol, macam piknik plak.... ramai plak tu, ada dekat 15 ke 20 org... tak ingat plak aku... memasing bawak potluck tidak terkecuali aku.... shah request nak makan sayur kobis msak kicap.... risau gak takut tak sedap, tapi bla rasa, not bad lah kata dorg (demi menjaga hati aku, semua kata kobis tu sedap, tah ye tah tak, sebab aku rasa, masin adalah...ala, tak kisahlah... janji aku nyumbang gak, sebab sebelum2 ni, asal ada potluck jek, aku mesti beli buah, tak buah, air... tak air, buah... tu jek, sampai dorg tau, asal ada buah jek, ha... ni mesti jep yang bawak..kali ni aku nak tukar trademark plak... yang mantap2 jek makanan untuk potluck... ha, nanti, mesti dorg akan kata... kobis ni jep bawak, ayam masak cikap berlada ni, jep yang masak, daging spageti merah ni, jep yang masak... wah!!! masa tu, kompom trademark buah n air tu akan ilang serta merta... tapi, persoalannya... bila???? tah!!! tunggu zah mai cni jelah kot... aku mana reti masak... masak air reti lah... huhuhu. ) banyak gak makanan masa tu, n ramai gak yang bawak... best plak piknik bukak posa camtu... lepas solat maghrib, shah pun check in... alhamdulillah, semuanya selamat. mujo tak nangis tau... kalau tak, mesti melekat gelaran neng yatimah kat aku... huhuhu.... bilik aku pun dah sunyi balik... la ni, doklah sgsorg melangut memikiokan masa depan yang kabur... huhuhu....

citer pasal bebudak n bapak n mak budak baru plak yang baru jek mendaftar sem ni kat brunel. makin ramai plak malaysian kat cni... leh wat persatuan ni... tapi, aku malas nak handle... maklumlah, aku ni jenis hangat2 taik lembu... rasanya semuanya aku dah kenal n bersua muka... bermula dengan 3 org yang buat master.... kak sha yang jumpa dorg dulu, pastu bila aku p opis kak sha ada bagi no aku kat dorg... punyalah pomot nama aku kat dorg... kunun2 aku yang concern ni, cubalah cari dorg kot2 terserempak, sebab kata kak sha, dorg ni macam taktau pepe... banyak nak tanya, tapi sebab kak sha nak jumpa makwe dia, maka tak sempat berborak.. sempat bagi no phone aku ngan dia jek... aku siap sesaja duduk kat depan bank... kot2lah terserempak ngan dorg... tak jumpa gak... salah niat kot aku ni, sebab tu tak jumpa... huhuhu

pastu, dorg terserempak ngan shah ngan abang mahadi... balik jek, shah citer ngan aku... aku pun suh shah ajak dorg bukak posa sekali... dgr shah cakap ki il (KL) ngan dorg, rasa kelako plak... sebab jarang aku dgr shah cakap ki il tu... kelamkabut gak masa tu, sebab bukak posa makin cepat, maka kami (kami???? shah je sebenarnya... aku jadi tukang coci jek) masak jek apa yang leh cepat... termasuklah goreng ikan libis hangit, resepi baru aku... sian kat dorg, kene makan ikan libis hangit... huhuhu...

melalui dorang, aku kenal plak ngan kamal n 3 org budak undergrad, lokman, firdaus ngan din... tgk din ni, lwak sikit orgnya... aku tgk mukanya pun aku dah nak tergelak... kenapa tah... maybe sebab aku suka dgr dia cakap omputih kot, masih ada slang ganu + klantan dia... hehehehe.... tak sangka plak hat bebdak tiga org ni, bakal2 lecturer poli.... tak nampak langsung gaya lecturer, sebab lawaklah tgk dorg....(alah, camlah ko tu ada tokoh n gaya sorg lecturer.... huhuh)

melalui kamal plak, aku kenal ngan abang ithnin.... ahli sukan... amik master sport sc... huh!!!! menakutkan... asalnya, jumpa dorg ni kat airport, terpaksa lepak kat airport tu lama gak ngan dorg, sebab lancaster suite kat brunel ni bukak lambat... so, daripada kami sejuk kat luar tunggu lancaster tu bukak, baik dok kat airport... tup2, terjumpa plak ngan abg khir... what a coincidence (betul ke aku eja ni??? alah, lantaklah....) abang khir ngah tunggu org kat airport tu, dia baru antar email pagi tadi.... tunggu punya tunggu, takde pun org yang ditunggu tu... rupanya, abang khir silap baca email... flight 28 aribulan, sampai 29, bukan sampai 29... sian, tapi, kira rejeki abang ithnin lah, sebab takyah buang duit bayar cab... since kamal pun tak pemilier lagi kat area brunel ni, maka aku pun menghapal skrip camana nak cakap ngan pemandu teksi tu sepanjang masa... almaklumlah, aku kan pandai cakap BI ni.... huhuhu.... sib baik abang khir bawak abang ithin tu... kalau tak, jenuh gak aku nak cakap ngan driver tu nanti... aku ngan kamal balik naik bus, sebab kete abang khir tak muat....

melalui abang khir plak, aku kenal ngan abang zul... yang kata nak mai 28 tu... abang khir silap baca email nya... sian... pastu, bawaklah abang zul ngan abang ithnin g daftar... jadi tourist guide plak aku.... siap silap2 bangunan lagi... manalah aku nak tau, sebab aku ni kan hantu sesat... yang aku tau, hall aku ngan opis aku, ngan bus stop.... huhuhu.... abang khir jugak kenalkan aku ngan fizah.... sebab dah janji ngan fizah, maka pepagi raya, aku pun temankan dia untk mendaftar.... nak ajak dia kuar, aku pun dah penat... lagipun, nak g umah kak fiza (fiza lagik...)... so, aku cakap ngan dia, esok jelah aku ajak dia kuar... mujurlah aku ada kuali n pinggan mangkuk lebih peninggalan shah.... so, aku pun bagilah kat dia... sian.... kot2lah dia nak makan....

setel dah keje aku jadi PR sementara.... setakat yang aku dgr, dah takde org baru nak mai lagi... leh rehat jap... sonok gak jadi PR ni ek... banyak benda aku blajo... bangunan2 yang tak penah aku masuk pun, aku ter'masuk'.... aku kan mesra alam.... so, semua student2 baru, aku mesti nak kenal...

yang jadi persoalan aku sekarang ni kan... nak buat ke majis makan2 n ramah tamah ngan ngan dorg ni??? sebab aku tgk, ramai yang dah bz la ni... takut plak nak kacau dorg kan... tapi, kalau tak buat, sian plak... camana nak kenal rapat ngan dorg semua kan??? erm... nampaknya, masih tak insap2 lagi aku ni.... huhuhu