Friday 30 January 2009

kene tegur ngan 'jeren' yang kurang kerek... huhuhu

salam...

hari ini yang membuatkan hati aku tak sedap rasanya... sebabnya... pepagi buta, tetiba ada org mengetuk pintu kami... mula2 aku taknak bukak, sebab aku rasa aku tau sebab apa org tu ketuk... tapi zah suruh jugak bukak... katanya, orang cina... huh!!! since dia menekan loceng aku yang bunyinya sunggu 'perlahan' itu, aku pun paksakan diri bukak pintu tu... bila jek aku bukak pintu tu....

"hi... I know that you have kid. but please, i need to sleep..." dengan lemahnya dia berkata-kata...

huh!!! aku pun, dengan muka senyum kambing dan senyum buat muka kesian, aku cakap...
"oooo... i'm really really sorry about that. I try to control my son..."

"please... you wake up so early... n it happen often. and it sound tap... tap... tap..... how old is he?"

"2 years old"... lepas aku cakap,dia terus berlalu...

sian jugak bila dia cakap macam tu... tapi aku nak buat camana kan... dah anak kecik... pulak tu, si iman ni suka sgt menghentak kakinya... aku pun bukan pukul si iman tu, tapi nangisnya, ngalahkan siren polis+bomba+ambulan, kalau kita dok kat sebelah... ate, nakwat camana...

yang bagusnya, dia takdelah marah2 sgt... cakap elok2... rasa bersalah jugak... sejak dari tu, kami jalan pun, dah macam pencuri lagaknya... kalau boleh, taknak bunyi tapak langsung... iman pun, asik kene marah jek ngan aku... sebabnya, suka sgt menghentak kan kakinya... berlari lah... kalau boleh, tak nak marah iman... tapi, aku nak buat camana... karang kalau dia datang lagi, aku jugak yang kene menjawab... dahlah aku jawab 'panjang lebar' kalau dia tanya... huhuhu...

untuk redakan rasa bersalah, aku bawak zah ngan iman, ke china town, kat leicester square... balik tu, still rasa bersalah lagi... iman lagilah... berapa kali kene marah ngan walidnya...

sudahnya, iman jugak yang jadi mangsa... sian kat iman... huhuhuhu

aku baru plan nak dok umah ni lama sikit... agak2 sampai aku habislah 2 tahun...malas nak pindah2 ngangkut brg... sementelah,brg aku dah belambak kat umah ni... kalau nak pindah, dah jadi satu hal... aku harap, benda ni tak jadi lagi lah... rasa bersalah tu tetap ada kat tuan punya umah kat bawah umah aku ni.... tgklah, kalau jadi sekali lagi... kene pk balik ni nak stay lama ke tak kat umah ni... huhuhuhu

Wednesday 28 January 2009

Assalamualaikummm.... (jawab dulu salamnya...)

terasa ingin mencoretkan sesuatu... tapi apa dia ya? erm...

saya sebenarnya terasa kasihan dengan isteri saya yang bernama AziSzah Selamat dan anak yanag yang seorang itu, bernama Iman Nur Ilham... kerana apa ya? yaaaa.... kerana sepanjang duduk di sini, hanya pekan uxbridge itu sahaja saya membawa mereka untuk berjalan-jalan. sampaikan, saya sendiri tiada hala tuju kalau ke pekan tersebuty. ahad minggu lepas, saya tidak ke mana-mana... sementelah, hari ahad tersebut, hujan turun. saya sendiri agak ralat untuk keluar, kerana saya amat-amat risau sekiranya iman demam sekali lagi. teringat kembali ketika iman demam pada minggu lepas, panas sungguh badan nya... sehinggakan, saya naik risau dengan keadaan nya.... bayangkan, 4 hari dia demam... mujurlah, ketika itu, sekejap surut, sekejap naik panasnya... bagi saya itu, sudah cukup baik... kerana, sekurang-kurangnya, bila demamnya itu sudah kurang, iman bisa ketawa semula seperti sediakala(bicaranya seperti mamat indon ya...).... zah memberitahu saya, kemungkinan demamnya itu, disebabkan gigi gerahamnya seakan-akan kelihatan dan mau membesar seperti gigi-giginya yang lain. mungkin ada kebenaran nya juga kan...

kemana lagi saya mahu membawa mereka ya? satu perkara yang saya fikirkan apabila membawa mereka keluar, ialah tentang waktu solat. sementelah, waktu solat antara zohor dan asar, asar dan magrib, hanya 2 jam sahaja. oleh kerna itu, rasanya, agak ralat juga untuk keluar lebih jauh daripada pekan uxbridge itu. satu perkara lagi, mungkin disebabkan, saya juga tidak berapa tahu sangat, bak kata org di sini, familiar... ya... familiar... kurang familiar sama kawasan-kawasan di sini... justeru, bila kerana mungkin keboringan yang membelenggu di jiwa anak saya, maka, setiap kali saya mahu ke sekolah, pasti dia akan menangis untuk mengekori saya. aduhhhh.... kasihan sungguh saya melihat nya... mungkin minggu ini saya akan membawa mereka berjalan ke wembley atau ke liverpool st atau ke... ke.... erm... kemana lagi yang saya tau... aduh... nampak benar kampung ya saya ini...

pagi-pagi ni rasanya mood saya masih belum terbuka untuk membaca maupun menulis sesuatu tentang pengajian saya... saya masih keliru, kenapa debit kad saya yang biasa saya gunakan untuk membayar segala bil tidak boleh digunakan untuk membayar bayaran pendahuluan untuk pemasangan talian telefon. agak pusing juga, kerana, kad kredit maybank saya juga tidak boleh digunakan. sedangkan, saya membeli barang-berang kelengkapan rumah, menggunakan kad kredit maybank, boleh pula digunakan... aduh.... kasihan zah, kerana, tanpa BT line, rasanya, saya tidak mungkin boleh memasang internet yang berkelajuan tinggi untuk menonton televisyen malaysia... oh... maksud saya, melayari laman web TV3, TV9, NTV7 dan sebagainya... sudah banyak kali saya menelefon BT line dan juga HSBC, tapi masih tidak berjalan juga. sudahlah duit saya hilang tanpa ketahuan sebanyak £120. kata HSBC, kerana bayaran untuk menambah nilai telefon saya... yang saya pelik, semua transaksi yang saya lakukan tidak pernah berjaya, masakan mereka boleh menolak duit saya itu??? aduh... telefon syarikat telekomunikasi, kata suh telefon orang bank... telefon orang bank, kata suh telefon syarikat telekomunikasi tersbut... saya ibarat bola pula... sudahlah hendak bercakap dengan mereka saya perlu berhati-hati kerana bahasa yang saya gunakan sungguh tinggi, ditakuti, mereka tidak memahaminya.... hanya tunggu dan lihatlah duit saya itu terapung, dan hanya kesabaran sahaja yang masih dalam hati saya ini...

baiklah, rasanya takat itu sahaja berita untuk hari ini dan semalam.... semoga kita bertemu lagi di lain masa dan rancangan... untuk itu..... daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....

tuanpunyablog: masih dalam keadaan keinsapan...

Tuesday 27 January 2009

tiada tajuk untuk 'post' ini... maafkan saya...

assalamualaikum...

baru sahaja saya sempat untuk mengemaskini blog saya ini. kerana, hari-hari yang telah berlalu, saya begitu sibuk menguruskan kehidupan seharian saya. saya sendiri tidak tahu apa yang saya sebukkan, sedangkan rasa-rasanya, saya tidaklah terlalu sebuk seperti rakan-rakan phd yang lain. entah... jangan tanya lagi apa yang saya sebukkan ye....

semalam saya terbangun awal pagi. pagi-pagi, bila saya baca msg hp 071 isteri saya yang berada di bawah katil, saya hampir-hampir terkejut bila kala saya membaca msg tersebut, berbunyi: "tau ke tak, isteri meor meninggal pagi tadi, pendarahan dalam otak.". dalam hati, terus mengucapkan innalillah... terkejut bukan kepalang sambil simpati kepada junior di UUM saya yang seorang ini... rasanya, bulan 10 yang lepas, mereka baru sahaja melangsungkan perkahwinan nya. sempat juga bertemu dengan mereka semasa di kenduri Hussin pada akhir bulan 12 yang lepas. bila di kenang-kenang, saya sungguh simpati kepada meor. tak sangka ya, cepat betul jodoh mereka berakhir... apapun, saya doakan meor tabah menghadapi dugaan hidup.

minggu lepas juga, saya dikejutkan dengan berita pemergian ayah kepada salah seorang penghuni brunel ni. sekali lagi saya terkedu, kelu lidah untuk berkata-kata. hanya doa sahaja yang mampu saya berikan, agar keluarga abang mahadi dan isterinya, dikurniakan kesabaran yang amat tinggi seperti nabi Ayub AS.

semalam, saya kembali menjadi kepada PR tak rasmi kepada Brunel, mengambil dua orang pelajar yang akan mendaftar di Brunel sebagai student PhD in Law. hebat-hebat belaka mnereka ini, cuma saya sahaja yang tidak hebat. saya ke heathrow sekitar jam 630 pagi, alhamdulillah, saya hanya perlu berjalan kaki sedikit sahaja kerana bus berhenti berhempiran dengan rumah saya. saya sampai 15 heahrow hanya mengambil masa selama 15 menet sahaja. kemudian, saya terus ke terminal 3, arrival. malangnya, ketika saya sampai, mereka tidak ada di ruangan menunggu. saya terus melilau mencari mereka sehingga ke surau, masih tidak berjumpa. cuba juga untuk menelefon mereka, malanganya, seorang perempuan inggeris yang mengangkat telefon tersebut menyatakan bahawa 'please leave a msg after the tone'. pada ketika itu, hati saya terdetik, mereka ini pastinya sangkut di imigresen, pasal medical report. kekesalan terbit di hati saya, kerana tidak mengingatkan mereka tentang peri pentingnya meletakkan medical report berserta rangkanya sekali ke dalam hand luggage. tapi, orang lama pernah berkata, tiada guna menyesali apa yang telah berlaku, kerana waktu tidak bisa diundur kembali. kemudian saya terus menunggu... dan menunggu... dan menunggu... dengan sesekali menelefon nombor yang di beri... dan sesekali menghantar mesej kepada mereka ini....

sehinggalah pukul 8, barulah saya mendapat panggilan telefon daripada mereka, mengatakan bahawa mereka sedang dalam pemeriksaan kesihatan. alhamdulillah, nampaknya, saya tidak tersalah tarikh... dan alhamdulillah, saya tidak angkat kaki lagi dari heathrow... keluar sahaja mereka dari pintu arrival tersebut, mereka terus meminta maaf kepada saya, mengatakan bahawa kapal terbang 'delay'. subhanallah, lama sungguh mereka berada di dalam kapal terbang sebelum berlepas, hampir dua jam. saya cuba bayangkan kalau saya berada dalam situasi mereka, pasti saya akan .... akan.... entahlah... saya sendiri tidak boleh bayangkan situasi itu akan terjadi kepada saya.... na'uzubillah...

salah seorang saya tempatkan dibilik saya di Isambard, kerana bilik tersebut masih lagi saya sewa, kemudian, salah seorang lagi, bersama dengan afandi, kerana ruang bilik nya muat untuk 2 orang. selepas membawa mereka ke bilik, saya terus ke pejabat saya, kerana saya mempunyai temujanji bersama penyelia saya yang sungguh baik hati itu. walaupun, saya tiada idea untuk berkata-kata dengan penyelia saya itu, saya gagahkan juga kaki ini melangkah, dengan doa dan harapan, agar Allah, membantu saya untuk bercakap dengan penyelia saya. alhamdulillah, doa saya dimakbulkan... biarpun hanya 15 minit (masa paling lama saya berjumpa dengan penyelia saya) tapi, banyak juga yang saya perbincangkan dengannya, biarpun, saya sendiri tidak memahami apa yang penyelia saya cakapkan, dan juga, saya pasti dan begitu yakin, dia juga tidak memahami apa yang saya tanyakan dan nyatakan, kerana bahasa yang saya gunakan, sungguh 'tinggi'....

selepas itu, saya kembali ke pejabat saya untuk solat dan kemudiannya saya mengajak mereka berdua untuk keluar bersama saya, untuk melihat kawasan sekitar bandar uxbridge (maaf, kalau boleh saya katakan sebagai bandar). kerana kasihankan mereka sedang dalam kelaparan, maka saya membawa mereka ke kedai kebab yang saya rasa, paling enak. walaupun saya berkeras tidak mahu mereka membelikan untuk saya, tapi mereka tetap mengeluarkan belanja untuk membelikan saya 'kambing'. baik sungguh hati mereka. terharu saya menerima pemberian mereka... alhamdulillah, rezeki yang Allah berikan melalui perantaraan mereka tidak harus saya siakan. saya pun terus melapah kambing tersebut....

sekembalinya saya kerumah, saya masih terkenangkan rakan, adik, junior saya yang baru kehilangan isterinya... kemudian saya terfikir, seandainya, itu berlaku kepada saya, saya sendiri tidak tahu sama ada saya akan tabah, atau tidak sepertinya... bagi saya, kesedihan rakan-rakan, merupakan kesedihan saya juga, biarpun saya tidak mengalaminya, tapi saya cuba untuk menyelami bersama... justeru itu, saya selalu berdoa ke hadrat Ilahi, agar Allah melindungi semua keluarga saya, dan juga rakan-rakan saya, dimana sahaja mereka berada, daripada segala malapetaka dan bala bencana, dunia dan akhirat... amiiiinnnn....

hari ini, masih sama aktiviti saya... mengelamun, berfikir, mencari jalan, serta masih berfikir dan berfikir... serta berfikir... apa yang saya mesti lakukan untuk pengajian saya ini.... Ya Allah, bantulah hambamu ini....

tuanpunyablog:insap sekejap....

Friday 16 January 2009

kisah pertama dirumah sewa...

salam....

aku kat opis hari ni... sampai awal, kol 9 pagi... tapi disebabkan punyalah 'excited' nak antar email kat Dr Muhammad kamal yang aku citerkan dalam blog yang lepas, terpaksalah aku cari bahan2 yang dia nak.... silap tapsir plak, rupanya bukan dia nbak tolong aku, tapi dia nak mintak tolong ngan aku... jumpa ngan aku kemarin, sian kat dia... dia tanya lain, aku jawab lain. contohnya macam ni...

"arini plan nak g mana?" simple je kan soalan... tapi aku jawab....
"saya keluar rumah kol 8 pagi, lepas tu amik bus U4, pastu terpaksa jalan sikit sebab bus takmo benti, pastu, bila bus sampai, saya pun naik bus...."

tak menjawab soalan kan???? tulah, sapa suh tanya ngan itik bengong ni.... huhuhuhu..

last2, aku yang banyak tanya ngan dia psl nak cari spesifik gap ni... sib baik dia bagitau... pastu aku pun janji ngan dia nak bagi materials yang aku dah ada... cakap nak bagi esok, tapi sebab aku demam, maka tak jadi aku antar ngan dia. mesti dia ingat aku lupa nak antar, atau sengaja taknak bagi dia... so rini, pepagi buta sebelum lalat bangun (ade ke lalat kat cni?????) aku dah kuar g skul, sampai, terus on external hard disk aku, terus pilih artikel2 yang ok, terus antar kat dia... senang kan keje dia... tapi takpe, prinsip nak tolong org ni, janji IKHLAS... nanti, insyaAllah akan dibalas Allah juga dengan memudahkan urusan kita kan?????

semalam aku nak ceriat pasal pengalaman pertama masuk umah... tapi disebabkan internetnya sekejap ok, sekejap bengong, maka tak jadi aku nak posting semalam (macamlah syok sgt kisah aku ni... huhuhuhu)

ari ahad lepas pindah tu, aku plan nak kuar sekeluarga... saja, nak bawak jenjalan zah ngan iman... ialah, biasanya aku bawak org lain, la ni, kenelah bawak isteri ngan anak sendiri kan.. sapa lagi nak tunjuk kalau bukan aku... masa nak kuar rumah tu, trylah kunci kat bahagian bawah tu, tup2 takleh kunci plak... so, aku cakap ngan zah, tawakkal jelah, umah takat kunci yang bahagian atas tu jek (tak safe sgt, sebab senang tu dibuka, umpil jek)....

lepas balik dari soping2 tu, masuk umah. pas solat semua, aku sesaja try kunci pintu tu dari dalam umah... uiks... boleh pulak kunci ni... tadi takleh, bengong btol.... pastu bila aku nak bukak balik, huh!!!! TAKLEH BUKAK!!!!! punyalah try pelbagai cara, buh minyak, ayaq, baca doa memacam pun takleh jugak.. stuck semacam kuncinya... nak pakse2 kan patah koncinya, lagi aku parah... setiap jam aku cuba bukak, takmo jugak... huh!!! terkurung dirumah sendiri nampaknya aku... huhuhu

tanya ngan abang khir, mintak pndapat dia kalau aku kol agent tu memalam buta (taklah malam pun, kol 6 ptg, tapi kira dah masuk isyak, kira dah malam butalah kan????) agak2 dia ngamuk tak? pastu abang khir kata.... cool... esok try kol tanya camana... ekceli... masa terperangkap nikan... aku... taklah gabra sgt... you know why (terer pulak aku cakap omputeh ni)???? because, esok aku kene jumpa ngan Dr Tillal, so, kalau pintu tak leh bukak, at least aku ada alasan yang cukup munasarawak yang bisa dipercayai.... huh!!!! lihat betapa liciknya aku nak ngelat punya pasal....

esoknya, bagun pepagi aku cuba lagi bukak. pastu, pas sarapan aku cuba lagi... pastu kol 9 lebih aku cuba lagi... takleh gak... walaupun cuak (syukur sebenarnya sebab ada alasan takleh jumpa pakwe) aku tetap tenang... kol 10 baru aku kol agent tu... msg aku dia tak reply, so nak taknak terpaksalah aku jadi itik n dia jadi ayam sekali lagi... part yang paling aku tak suka ialah bercakap ngan agent ni, dahlah cakapnya laju... maka aku pun meng'create'kan bahasa inggeris aku yang canggih ini... disebabkan aku tak sediakan skrip, maka aku nak cerita kunci yang bahagian bawah tu punyalah susah... sampaikan, malaylish jadinya... dia tanya ngan aku,

"which key you cannot open it?" maka ngan kompiden dan yakin malaysia boleh... aku jawab...
"the down one (yang bahagian bawah)". terer kan english aku???
"oooo... the bottom one"...
"ya ya ya... the bottom one"... wat malu kampeni jek... huuhuhu

lepas kol dia tu, aku cuba masuk internet... alhamdulillah, bolehlah pulak masuk... so, aku terus antar email kat pakwe kata aku terkurung di dalam umah sendiri. sib baik dia kata, ok, no problem. contact me when you can... siap wish good luck lagi ngan aku...

kol 11 lebih, baru agent tu sampai bukak kan pintu guna kunci pendua dia... pastu aku suh try kunci yang ada kat aku... huh!!!! sahih!!!! mmg takleh... so, aku tak malu n aku tak salah.... bukan pe, sat g depa kata aku ni menipu plak... huh!!!! setel satu masalah...

nak citer tu jek... cam banyak jek aku nak citer kan...

tuanpunyablog: aiyak... kayap dah aku ni... hehari dok cek bank hsbc ni, bilalah elaun nak masuk... lambat btol...

Thursday 15 January 2009

catatan perjalanan hidup... huhuhu

salam buat semua... lama dah rasanya tak update blog ni... erm.. dekat 2 minggu lah jugak kan... sian pada mereka yang menantikan cerita baru daripada aku ni (ahaks... perasan btol!!!!... )

alhamdulillah, misi balik malaysia aku berjaya akhirnya... banyak jugak dugaan yang kami sekeluarga tempuh... bermula daripada nak tanya ngan KPM boleh ke tak tangguh posting sampailah nak naik kapal terebang... kalau nak pk, jenuh rasanya buat semua keje ni... nilah yang dinamakan karenah birokrasi... kejenya sebenarnya mudah jek, tapi disebabkan banyak sangat prosedur yang nak kene tempuh, maka terpaksa jugaklah ikut... nak wat camana kan... aku ni ikan libis, bukan ikan jerung... huhuhu

sangkaanku, visa yang akan mempunyai masalah, tapi alhamdulillah, dalam masa 4 hari dia dah luluskan visa. misi aku seterusnya, ialah naik turun ke KPM. banyangkanlah, sampai 11 kali aku ngan zah ke putrajaya. bermula dengan ke bahagian BSM semenjak selepas hari raya haji dulu. tepon2 tak angkat, tapi adakalanya aku kol dia engage... erm... taktau nak kata... pastu terus redah kesana... alhamdulillah... jumpa jugaklah dengan pegawai yang uruskan surat tu... tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii............. suratnya takleh dapat hari tu jugak, sebab ketua penolong pengarahnya takde selama dua hari... sakit hati jugaklah time tu.. tu masuk kali ke berapa tah ke KPM... dua hari lepas tu, aku ngan zah p lagi ke sana... alhamdulillah... dapatlah surat penangguhan posting tu... malangnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.......... surat tergantung... tak bagitau apa, cuma kata tak lapor diri dikira menolak tawaran... pastu, diingatkan zah mempunyai ikatan ngan BPG, so, macam surat tu dipulangkan kepada BPG balik... isk... aku tak paham btol lah... asik main tolak sana, tolak sini... kompius aku... aku try antar surat tu pada UUM jugak, tapi kak bib tak terima surat tu sebabnya takda tulis tarikh daripada bla sampai bila zah boleh tangguh.. pening... pening....

dapat surat tu, atas nasihat en bilezan, org yang banyak tolong kami, kami ke BPG. jumpa dengan puan hajjah kamsiah... takde plak... kene datang hari lain. so, esoknya, p lagi, tak telepon dulu, dengan harapan, bila p, puan hajjah akan ada kat situ... alhamdulillah, dia ada kat opis... bila bincang balik, dia pun tertanya2 dengan kami, kenapa BSM pulang balik kat BPG, padahal BPG dah abis cerita dah... maksud aku, bila dah abis KPLI, maka semuanya terletak pada BSM(paham ke??? ala, kalau tak paham buat2 paham jelah ek... huhuhu)... alhamdulillah, lepas puan hajjah tu tepon ngan pegawai atasan dia, aku pun dengar sesikit, mmg ada kes camtu... so, buat surat penangguhan kontrak selama dua tahun... huh!!!! bila dengar jek benda tu, aku ngan zah berpandanga, senyum sampai ketelinga... sekurang2nya kami dah memperoleh jawapan pasti... tak sesia kami soping baju ngan beg zah untuk bawak ke UK nanti... tapiiiiiiiiiiiiiiii........... pengarah pulak takde untuk sign... so, dia suh datang balik ari rabu... maka, pulanglah kami dengan harapan berbunga ceria... takpelah, at least, jawapan tu dah ada... rabu tu, kami p lagi... jumpa dengan timbalan pengarah BPG, mintak dia sign sebab pengarah takde lagi... tapi, dia taknak sign lah pulak... kene pengarah jugak sign... jadinya, kami kene balik dulu, datang balik kol 3 nanti... insyaAllah, pengarahnya ada.... pukul 3, kami p lagi malangnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.... pengarah still takde... maka surat tu pun takleh nak release... kecewa tu, jgn cakaplah... zah siap menangis lagi depan puan hajjah tu bla kata pengarah still takde... hanya Allah yang tau apa perasaan kami ketika tu... aku nak cepat surat tu sebabnya, nak antar ke UUM untuk proses tiket ngan elaun keluarga... kalau boleh, mmg nak balik 6 aribulan... so, aku pun takyah lah nak tukar2 tiket... kol 5 ptang rabu tu, baru jek nak start enjin kete nak balik dari KPM dengan kecewanya, tetiba puan hajjah tu tepon zah... katanay suh naik sat, surat tu dah bertandatangan... huh!!!! alhamdulillah, syukur sgt... selesai dah urusan zah... sekarang ni urusan aku ngan UUM plak...

ari khamis tu (mujur uum tak coti tahun baru) tu, terus antar surat tu pada kak bib, thru email... aku cakap, kalau boleh nak flight 6 aribulan jugak... pagi aku tepon, ptg baru dia bagitau yang tiket flite tu dah penuh... so zah ngan iman masuk dalam waiting list... dah ptg2 cenggitu, aku malas dah nak ke KL sentral tgk berapa aribulan yang tiket masih ada... aku cakap ngan kak bib, takpelah, esok aku akan kol balik nak decide kan tiket... masa tu, otak aku takleh nak pk apa2 dah... tunggu esok jelah...

esoknya, ari sabtu, pepagi buta aku terus kol agent uum untuk tiket flite tu... alhamdulillah, ada pulak tiket 6 aribulan tu... so, setel dah tiket flite... ahad tu, kol ngan kak bib, tanya pasal tiket flite, dia baru nak kuarkan waran... huh!!! lega jugak akhirnya, usaha kami berjaya... alhamdulillah....

cerita pulak masa nak check in.... huh!!! mendebarkan... visa iman ada dalam passport aku... so, org yang jaga kaunter tu, tak releasekan boarding pass kami sebab iman ada passport sendri... pastu dia tanya ngan aku, kenapa pulak visa iman ada kat dalam passport aku... aku dengan selambanya menjawab..."isk... manalah saya tau... sebab yang buat ni kira agent embassy... tak boleh ke gunting, pastu lekat kat passport anak saya?????" huh!!!! rasanya, macam bodoh jek suggestion yang aku bagi tu kan???? (mmg bodoh pun!!!!!) dia pun cakap, passport ni mana boleh main2, conteng sikit pun takleh... oooo ye ke.... saya taktau (jawapn seorang pelajar tadika... huhuhu)... masa dok tunggu pegawai atasan dia datang, aku dah cakap dah dalam hati... kalaulah tak boleh, aku rasa, mmg Allah tak bagi aku bawak pemili aku ke sana... maybe ada sesuatu yang tak elok atau tak bagus kalau aku bawak dorg semua... aku pasrah!!!! (cam drama pulak...) bila datang jek pegawai atasan tu, dengar dia kata, takde masalah ni, kalau bapaknya ikot sekali, terus aku lega.... alhamdulillah.... setel dah satu masalah...

naik flight, iman pulak takmo tdo... aku ngan zah dahlah mengantok giler... terpaksa glir2 menjaga dia... yelah, nak berjalan je kejenya... sat ke depan, sat ke belakang... pastu p tegur org2 belakang seat aku... huh!!! penat melayan dia... pastu, yang tak tahan, bila iman berak... dahlah busuk, siap org sebelah zah, mengipas2 lagi dengan buku yang dia baca... lawak pun ada... sian kat org sebelah zah tu, sebab bau yang kurang menyenangkan, aku terus bawak iman cebuk dalam bilik air yang sungguh 'besar' itu... tak percaya jugak aku bila aku berjaya membasuh berak iman dalam keadaan genting camtu... alhamdulillah, Allah kurniakan idea caman nak basuh berak iman tu...

bila dekat sampai, aku punyalah berdoa, agar takde apa2 masalah masa kat imigresen tu... risau sesangat lagi2 bila teringat yang visa iman tu... sampai jek kat imigresen tu, kene tegur gak ngan pegwai imigresen tu.. katanya, lain kali, kad imigresen tu, masukkan sekali dalam passport, jgn campur adukkan, sebab nama korg mengkompiuskan.... hohoho... sorry jelah aku leh cakap... bla dia cek passport iman ngan visa, terus aku cakap yang visa iman ada dalam passport aku... bila dia tgk, aku tanya ngan dia... ada problem ke kalau visa tu dalam passport aku??? pastu dia kata takde apa, cuma stupidlah org yang buat camtu (terer org putih tu cakap melayu kan!!!.... )

setel dah kat imigresen, nak keluar pulak... dahlah aku bawak memacam yang kering2, ikan kering, cili kering, asam jawa kering, asam keping, terpk jugak takut kene tahan ngan kastam tu... huh!!! sib baik, semuanya sedang sebuk membuka beg2 org lain, so takde yang sebuk nak bukak beg aku... alhamdulillah... aku pun jalan lelaju supaya tak kene panggil...

abang beib amik aku masa sampai... so, stay kat umah abang beib ngan kak ina malam tu... lapo, ngantok, jet lag pun ye... kol 3 pagi dah terbangun, terkebil2 matanya... esoknya, abang khir bwak p tgk umah... jauh sikit dari brunel, tapi oklah, sebulan 725pounds, aku kata, takpelah, amik jek dulu umah ni... jauh dari brunel takpe, janji ada bus terus ke brunel... nanti bila dah 6 bulan, carilah umah lain kan... kalau takde apa2, ari sabtu kami bleh masuk... alhamdulillah, semuanya dipermudahkan... syukur sgt... aku paling risau ialah masa nak cari umah ni... yelah, org lain kebanyakkan nya, amik masa sampai 10 hari ada yang sampai 2 menggu baru dapat umah... aku, alhamdulillah, dalam masa 3 hari tu terus bleh masuk umah... syukur sgt2....

balik daripada tgk umah tu, segan nak dok umah org lelama, aku pun terus amik lancaster suite, 84 pounds semalam... amik 3 malam, cukuplah sampai sabtu tu... bukan pe, segan nak dok umah org lelama, kak ina ngan abang beib beriya2 suh kami dok sampai sabtu, tapi yelah... aku kan penyegan orgnya.... huhuhu

ari sabtu tu, masuk umah, berbekalkan pemimjaman wang sebanyak 900 pounds daripada kak aida n 500pounds daripada kak sha ngan abang husni... syukur sesgt ada kengkawan yang boleh menolong kami.. kalau tak, mau kami dok merempat tah mana2 peginya... huhuhu... alhamdulillah, abang beib tolong kami angkut barang.. pastu kak ina plak tolong masakkan nasi goreng... huh!!!! besar sungguh jasa dorg pada kami yang tak berdaya ini.... ahaks.... mekaseh bebanyak... moga Allah melimpahkan rahmat dan memurahkan rejeki pada mereka2 yang banyak menolong kami ni.... amiiiinnnn....

bila pk2 balik kan... aku rasa, macam satu kepuasan pulak, bila setel semua urusan setelah bersusah payah... alhamdulillah, semuanya dipermudahkan... la ni, apa yang bersarang dalam kepala otak aku ni kan... ialah... PHD aku... warggggggggggggggggggggghhhhhhhhhhhhh!!!!! sampai ke lani aku terpk, bilalah aku nak setelkan keje aku ni... sampai ke la ni, aku masih blur lagi... dah setahun dah ni... aku nak kene antar progress report kat KPT ngan uum ni... kak sha ada gtau dulu, kalau dapat markah kurang atau sama dengan 3, KPT akan panggil balik... erm... rasa macam nak antar progress report tu pada DR Tillal, tapi risau kot2 dia bagi markah kurang dari 3... tapi... terpk jugak... bagus jugak bagi kurang daripada 3... leh aku balik malaysia... takyah sambung phd... boleh pk camtu????? huhuhuhu

tuanpunyablog: kurang sehat semenjak semalam... jumpa Dr Tillal pun rasa macam takde menda nak bincang... arini, tak g skul... takut kene angin sejuk...kang datang balik demam aku tu... huhuhuhu