Tuesday 15 March 2016

Tdolah aku dalam kereta itu....

Assalamualaikum,

aku tengah stuck nak buat soalan final ni. So, sementara menunggu idea mengalir nak buat soalan (maklumlah, selalu idea keluar bila aku takde depan komputer, lebih teruk idea keluar time tengah solat. teruk btol aku ni..), aku merapulah dengan menulis cerita aku yang tah apa2 tah...

-------------------------------------------

Suatu malam, aku sedang memerhatikan pelajar-pelajar membuat program di tempat aku mencari rezeki. Memang dah jadi rutin kerja aku, kene memantau depa buat program, tapi ikut kerajinan aku jugaklah. kalau malas, memang aku jaranglah hadir. nak-nak waktu malam.

tetiba hati aku jadi panas semacam dengan seseorang. meluap2 rasa marah tu... sampai satu tahap, aku terpaksa keluar dari program tersebut, amik angin luar biar sejuk  sikit dan ceritakan kemarahan aku pada salah seorang rakan sekerja aku. sebab dia jek memahami aku... lalu pujuklah hati aku,

"sabar jep,... sabar.... p amik wuduk, biar sejuk..."

habis program dalam pukul 1130 malam. marah aku sebenarnya masih belum reda, lebih2 lagi bila ingatkan balik apa yang orang tu cakap ngan aku. sepanjang dalam kereta, aku doa supaya disejukkan hati aku (kadang2 rasa takut pun ada, sebab balik dekat tengah malam).

sampai rumah dalam tengah malam, pukul 12. turun kete, bukak pintu kete, bukak pagar, masukkan kete, bukak pintu kete, keluar dari kete, tutup pintu kete, terus ke pintu kayu (sliding door takde kunci). Time tu angin kuat jugaklah, sejuklah jugak hati aku ni sekejap... bila masukkan kunci, takleh bukak kuncinya.

tukar kunci lain... boleh masuk, bila pusing je kunci tu, berpusing. tapi tak boleh bukak. rupanya, salah kunci dan kunci tu yang aku masukkan tu siap bengkok lagi...

cuba jugak kunci lain... tak boleh... kunci kete pun aku cuba jugak (cuba nasib kot2 boleh), tak boleh jugak.

SAH!!!! aku takde kunci rumah. Tulah, sapa suh gatal2 p tukar kunci... kan dah silap tukar kunci...

Call zah dengan harapan, dia tak tdo lagi (which, I doubt about it. Biasalah, bertarung dengan budak4 yang aktif 10 sampailah waktu nak tdo pun bleh main gaduh, main gaduh, main gaduh. blom masuk bercakap lagi, kalau cakap pun, 10 batu boleh dengar, apa lagi menjerit).

Call sekali.... tak angkat....
Kali kedua.... tak angkat....
Kali ketiga.... tak angkat....
.........
sehinggalah kali kelapan masih sama, tak berangkat... vibrate tak cukup kuat kot... Zah memang buat silent mode bila nak tdo. sebab taknak Ikmal terbangun kalau msg atau call masuk...

Nak ketuk pintu, takut mengganggu jiran tetangga. Pikir punya pikir, terus bunyikan loceng rumah... dekat 10 kali jugaklah bunyikan... tak de sign zah akan bangun... takpelah... duduklah dalam kete sementara tunggu zah bangun. Kot2lah terbangun nanti...

duduk dalam kete, kemarahan aku yang meluap2 tadi terus hilang. kadang2 bila pikir, sepatutnya, aku lebih marah dan kemungkinan kemarahan tu akan ditempiaskan kat zah sebab tak bangun bila aku kejutkan dia dengan macam2 cara... ajaibnya...

AKU TAK MARAH LANGSUNG KAT DIA...




Post dalam FB memula tulis;

"Tdo dalam kete malam ni ye. Biar perasaan marah tu berkurang terkena angin malam"...

Takdan 5 minit dalam FB, ada sorang komen,

"hilangkanlah kemarahan tu dan maafkanlah dia sebelum tdo. supaya tenang hidup kita.."

bila baca komen dia dan status FB aku,

alamak... macam salah je tulis. mesti depa ingat aku bergaduh dengan bini sampai kene tdo kat dalam kete...

terus edit, jadilah seperti gambar kat atas tu...

cuba tdo dalam kete dengan bukak sikit tingkap kete bagi angin masuk. nak bukak besar2, takut pencuri bukak kete aku, lepas tu, bunuh aku... nanti zah mesti terasa bersalah sampai bila2... aku taknak dia rasa macam tu...

cuba call 5 kali lagi dalam kete sebelum betri phone habis... tak berangkat jugak. Takut betri habis, aku hantar msg kat dia...

"Zah, abg kat luar ni. Dalam kete. Kalau zah dah bangun, tolong bukak pintu. Abg takde kunci..."

sambil dengar radio, sambil fikiran menerawang. macam-macam aku pikir. Bila pk pasal orang yang aku marah tu, terus kemarahan meluap2... pejamkan mata...

Macam lelap sekejap, kemudian terbangun. kepanasan. Pasang ekon sekejap dengan enjin...

tak sampai 5 minit, tutup enjin, takut jiran terbangun. Ekon masih pasang.

lepas 10 minit ekon berpasang, tutup balik bila teringatkan kisah orang meninggal sebab tdo dalam ekon berpasang, tingkap tak tutup. terfikir lagi sekali, kalaulah ajal aku dah sampai time tu, dengan asbab aku tdo tersedut gas beracun sebab ekon, mesti zah rasa bersalah ya amat. tutp balik ekon tu, bukak balik tingkap.

rasa panas, bukak tingkap beso sikit. tapi bila pikir, kalau tetiba pencuri datang tikam aku tuk merompak, aku meninggal, mesti zah rasa bersalah... tutup tingkap balik sampai agak2 orang takleh capai tangan masuk tuk bukak kete aku...

tutup sikit. terpikir jugak kalau tetiba mati sebab tak cukup oksigen ke, mesti zah rasa bersalah. maka doalah dalam hati, agar umurku panjang sampailah sekurang2nya aku dah dapat masuk dalam rumah tu... aku taknak zah rasa bersalah...

dua perkara diatas (bukak ekon, pastu tutup balik, bukak tingkap beso, pastu tutup balik), berulang2 aku buat, silih ganti antara terbangun dan terlelap.

sehinggalah pukul 3.15 pagi... barulah terdengar bunyi sliding door dibuka. alhamdulillah. masuk je, zah terus cakap;

"sorry. tak dengar vibrate (opkoslah tak dengar kan???)"

aku jawab;

takpelah... at least ada pengalaman tdo dlm kete...

Nak marah pun, bukan salah dia. salah sendiri. sapa suruh p tukar kunci tak cek dulu.... padan muka aku...

aku tak tdo kat bilik aku kat tingkat atas. terus on kipas kat bawah, tdo kat ruang tamu. Bukan kerana aku marah kat zah, tapi sebab

  1. aku taknak sang kecik kene gangguan makhluk halus 
  2. aku kepanasan. Kalau aku tdo kat atas, kipas tak leh nak hala ke aku jek...
  3. Kalau aku tdo atas katil mesti aku tak terbangun. Zah plak MC masa tu... 
habis dah cerita aku... cuimanya, aku bersyukur sangat2 pada Allah sebab buangkan rasa kemarahan aku tu sebaik sahaja aku jejak kaki kat rumah. kalau tak, mesti zah kene tempias kemarahan aku jugak... erm... satu yang aku teringat... bila aku nak marah je dekat zah sebab tak terbangun bila aku call, aku teringat ketika mana dia masuk ICU (ceritanya disini).... terus hilang rasa marah dan datang rasa simpati... erm... alhamdulillah thumma alhamdulillah...

tuanpunyablog: apsallah aku ni nak sebuk2 pasal kehidupan orang lain... bila nak hilang tobiat tak sehat ni.... hisyhhhh....