Saturday 30 November 2013

Profession Pensyarah: Best & Tak Best

assalamualaikum...

lepas aku tulis pasal kerjaya pensyarah tu, ada seorang kawan kakitangan kerajaan sedang berada di gred X bertanya di FB secara personal....


dalam entri tu, nampak macam aku meng 'exaggerate' tugas pensyarah tu, sampai orang kata aku merungut. erm... takpelah. terpulang pada yang membacanya. tujuan sebenar aku nak SHARE PENGALAMAN, tapi kalau dah dibaca seperti rasa aku merungut, aku takleh nak kata apa2. bak kata aku dihadapan cermin di dinding,

"takyah nak marah2 Jep. ko yang tulis, ko tanggunglah akibatnya... sapa suh tulis?. telan jelah apa orang nak cakap. padan muka!!!!"

kalau dalam mengajar system dynamics, selalu pesan kat student aku, kata, bila buat model SD tu, nak cari faktor2 yang terlibat, jangan tengok yang buruk2 sahaja. kenelah tengok yang baik jugak. sama jugak, jangan tengok yang baik sahaja, sampai lupa yang negatif. bila dah senaraikan yang negatif tu nanti, bolehlah prepare apa yang perlu kita lakukan untuk kurangkan side effect tu. alah, samalah macam makan ubat. makan ubat X, side effectnya mengantuk ya amat (sekadar contoh, takdan nak cari references or buat research nak namakan ubat apa, side effect apa. sebab tu namakan sebagai X).

takut dikatakan kerjaya pensyarah tu susah atau dikatakan entri sebelum ni aku merungut dengan keje yang banyak (walaupun kat bawah sekali dalam entri yang lepas dah gtau, hanya nak bagitau apa yang dibuat selepas 6 jam pengajaran tu dan tak katalah keje pensyarah ni bz berbanding dengan profession lain- AKU sahaja ok, bukan meliputi semua pensyarah), so, kali ni, nak gak SHARE ngan kengkwan, bukan kenalan dan adik2 didik, tentang best dan tak bestnya menjadi seorang pensyarah. cuma nak lah aku tekankan kat sini,

YANG NI SEMUA BERDASARKAN PENGALAMAN AKU DAN KAWAN2 DISEKELILING AKU, DIBIDANG AKU, DI UNI TEMPAT AKU BERTUGAS (baru 7 tahun bertugas, setelah ditolak cuti belajar).

as we know, dalam dunia ni dan malaysia sendiri, ada beratus2 bidang pengajian dalam universiti dan dalam malaysia ni sendiri, ada 20 IPTA yang berbeza cara pentadbirannya. so, janganlah samakan dengan uni lain, bidang lain, profession lain, atau apa2. agak2 nak mengata aku, silalah kembali ke tulisan HURUF BESAR (menunjukkan ayat penegasan dan pengukuhan) kat atas ni ye, bagi mengingatkan apa tujuan tulisan aku ni. {senyum}

kita mulakan dengan bakul pertama - pengajaran

YANG BESTNYA : entri lepas dah buat tentang susahnya membuat soalan kan? erm... BAGI AKULAH, kalau mengajar ramai2, bolehlah dibahagikan kerja membuat soalan tersebut. kalau 10 orang mengajar subjek yang sama, maka, sorang buat satu soalan. dah siap, bentang, vetting, edit, combine. kalau mengajar seorang (3 semester pernah mengajar seorang) pun, lagi aku suka, sebab tak terikat dengan rakan2 yang lain. ada masa, terus buat. takyah nak bincang2 nak buat soalan macam mana. as long as we know the question is university level. hantar terus untuk penilaian sahaja. cuma bila datang idea bentuk soalan nak buat tu, bukan dalam keadaan kita bersedia. kadang2, masa tengah drive. kadang2 masa dalam toilet. doalah supaya kita masih ingat lagi soalan tersebut. ada jugak soalan2 daripada buku2 yang boleh kita gunakan sebagai assignment dan quiz. tapi tu dululah. la ni, payah sikit nak amik soalan tersebut, nak kene edit, as part of intellectual property (IP). silap2 kene saman.

kemudian, dari segi student pulak, alhamdulillah. aku akui, mengajar student uni ni, bak kata seorang rakan, ngajar orang2 yang nak belajar. marah sekali, esok lusa tak buat dah. paham dengan segala tindakan pensyarah terhadap mereka. agak2 geram dengan perangai dorang, bolehlah penalize (lambat hantar assignment contohnya) dengan potong markah (aku buat dengan student aku). tak dinafikan jugak, since yang masuk uni semua yang nak belajar, maka mmg senanglah kita nak ajar. kebanyakkan student uni ni, menghargai kita. Ingat sampai matilah kot (aku ingat  lecturer aku. ingat sebab dialah satu2nya lecturer yang pernah marah aku sepanjang aku kat UUM. tak tegur bukan sebab marah, tapi segan nak tegur dia- teruk sungguh aku ni). waktu konvo, bila kita jalan sebelah student kita masa perarakan masuk kakitangan akademik, nampak kita, senyum, pastu salam (lelaki jelah), cakap terima kasih kat kita. tak ke rasa best tu???

pastu, tak kira lagi buat surprise birthday party (dah 2x student aku buat - sementelah dah masukkan tarikh birthday kat FB. sebab segan, la ni, tak masukkan dah, sebab rasa bersalah pulak depa susah sebab aku). bila habis semester, jumpa kita, mintak kita halal kan ilmu, doakan depa berjaya jawab exam dan sebagainya. mmg appreciate dan hormat kat kita.. best thing is, bila mengajar students yang lambat sikit nak pick up dan yang repeat paper, cuba jugak sedaya upaya ngajar bagi paham, ubah cara pengajaran, bila dia berjaya menjawab soalan exam tersebut dengan baik, rasa macam tak sia2 ajar depa. bila keluar keputusan, sms bagitau terima kasih banyak2. appreciate dengan pengajaran kita.

terpaksa crop kepala, sebab taknak masukkan gambar students kat situ. karang kene saman sebab gunakan picture dia tanpa kebenaran - kurangkan risiko ok...

Pastu bolehlah jugak mohon untuk mengajar secara part time yang memerlukan khidmat kita. boleh jugaklah dapat income sikit. bak kata sorang teman, lepas minyak sebulan.

TAK BESTNYA: pelajar uni jugak manusia. so, banyak jugak ragamnya. ajar orang2 yang berpendidikan tinggi ni, perangai pun berpendidikan tinggilah jugak. time kita mengajar kat depan, tido perkara biasa, cakap2 kat belakang, perkara biasa, mintak entend dateline hantar assignment, selalu. kalau dalam kelas lab komputer, tengah mengajar kat depan, FB yang di bukak. tak bagi bukak kat PC/laptop, dibukaknya kat handphone. bila berjalan sambil mengajar, terussssss disembunyikan handphone bawah meja. pernah juga  diperli dan dipersalahkan sebab katanya KITA yang fail kan dia sampai dia takleh nak grad pada tahun sepatutnya. kelas jarang hadir, suh jumpa taknak jumpa... kita jugak dipersalahkan... kes jasad takde, tapi attendance bertanda tangan pulak, setiap semester mesti berlaku. bila tanya masing2 tak mengaku. dalam kelas, kalau boleh nakjadi kan two way communication, supaya terbuka sikit minda. tapi bila tanya, semua membisu. panggil nama sorang2, bahu yang diangkat. meniru dalam assignment? banyak jugaklah. mujurlah ada software turnritin tu. bila kata kene potong markah sebab meniru assignment, dijawab balik kata tak sepatutnya kene potong markah,sebab tu bukan kelas bahasa. higher level punya thinking kan.

masa jadi felo, tertangkap seorang pelajar berdua2an dalam kereta pada pukul 12 tengah malam, katanya dah kawin, kita punya percaya, sebab bila tepon kawannya, kawannya kata dah kawin. bila soal siasat, mana ada kawin. peliknya, bila kita tanya, kenapa tak mengaku, dengan selamba dan senyum sumbing dia menjawab "saja". tahan jelah sabar masa tu.

kalau student international, lagi ganas. tak puas hati, bukan ke dekan, tapi terus ke NC buat laporan (seorang rakan dari uni lain cerita). yelah, depa bayaq mahal. concept yang depa pegang, "customer is always right".

zaman sekarang ni, demi nak jaga rating uni, lecturers pun kene nilai ngan students. so, takleh nak marah2 sangat, takleh nak denda2 sangat, markah takleh nak kedekut sangat, karang dapat markah sikit. mulalah dapat surat dari uni suh improve teaching. kadang2, mengeluh jugak pasal students ni. dah masuk uni, tapi macam taknak belajar pulak. ada masalah, bukannya nak cerita ngan kita. tak datang sampai kene bar exam (kol tak angkat, tanya kawan2, taktau dia dimana), lepas tu, muncul tetiba, mintak tarik balik bar exam tu baru nak cerita ada masalah. dah buat surat mintak tarik balik bar exam, tau2, kita pulak yang dapat surat amaran dari pihak atasan, mintak berhati2 dalam melaksanakan tugas (nilah aku namakan sebagai lilin membakar diri). kalau tak bar nanti, attendance kosong, berpeluh jugak menjawab soalan auditors ISO, kenapa tak ikut rules uni (kurang 80% attendance, kene bar). nilah masalah bila kita kesiankan student. tapi, student akan jawab "ada aku kesah?????"

banyak juga kes yang best dan tak best yang nak cerita. tapi lupa, almaklumlah, STML (short term memory lost). karang dah post entry ni, baru teringat...

bakul kedua: research

YANG BESTNYA: time idea mai nak nulis proposal, fuh!!! dua tiga proposal siap untuk dihantar dimana2 geran yang ditawarkan. bila dah dapat, alhamdulillah. dengan buat research nilah, ilmu makin banyak kita tau. lagi2 bila kita buat collaboration dengan bidang lain atau uni lain. banyak jugak ilmu yang diperoleh. mulalah nak teroka bidang tersebut sampai jadi pakar rujuk. kadang2 kita belajar dengan research team yang buat research sekali tu. free jek blajaq, takyah nak amik courses lagi. bila dah ada ilmu dalam bidang baru, kita teroka, idea mesti datang nak buat proposal baru. pastu buat team baru. selain tu, bolehlah jugak paham bila orang cerita ngan kita. nak bagi idea pun, senang. dengan research ni jugak, kita boleh menjadi supervisor untuk master atau phd. tau2 dapat dah students. ha, kan dah boleh memenuhkan KPI yang kene ada penyeliaan pelajar sarjana dan phd. otomatik boleh ada.

TAK BESTNYA: orang yang passion dalam membuat research ni dan pandai menulis, mmg takde masalah. yang jadi masalah, bila tak reti nak menulis proposal yang menggunakan ayat yang 'catchy' (macam aku), mmg masalah besar. yelah, macam aku cakap dalam entry sebelum ni, geran research semua di'park' kan dekat MOE. nak kene berebut dengan orang lain. kemudian, kata seorang pengomen dalam entri yang lepas, dapat geran mmglah best. penuh KPI. tapi, nak dapatkan student untuk bantu buat research tersebut jadi masalah. walaupun dah announce melalui rakan-rakan, akan dibayar elaun, tapi jenuh jugak nak dapatkan student tersebut. tu blom masuk student yang di bawah kita tu melarikan diri sebab dapat kerja lagi bagus atau tensen sebab nak siapkan projek kita tu (kesian kat kawan aku sorang tu. terkontang kanting nak setelkan projek dia bila student dia lari sebelum sempat siap).

bakul ketiga: penerbitan

YANG BEST: as I said in previous entry, bakul  ni nak penuhkan agak mudah jugaklah especially yang dah ada research ni. pastu, carilah conferences kat luar negara atau dalam negara. kalau rezeki, terkena dengan bidang kita, bolehlah merasa p luaq negara dengan pembiayaian geran penyelidikan yang kita dapat. Jangan kata langkawi, JB, Singapore, negara2 dalam benua Asia atau sejauh benua Afrika, Antartika (eh, ada ke yang penah sampai sini), Andalusia, Australia, New Zealand, US dan sebagainya, bolehlah kita buat lawatan sambil belajar. lepas conference kat sana, bolehlah jalan2 tengok negara orang. bila lagi kan? free plak tu. dari penginapan, penerbangan, sampailah ke yuran penyertaan, semua free. DENGAN SYARAT (kelulusan ketua jabatan pun kene ada, kalau ketua jabatan tak lulus, takleh nak p jugak), duit kat geran penyelidikan tu tak habis lagi. kalau habis atau takdak geran, maka, kenelah apply kat uni untuk pergi conference. kalau macam kami di sini, ada certain peratusan daripada keseluruhan bayaran yang kami kene bayar sendiri dan uni bayar baki peratusan tersebut bergantung kepada gred. yelah, kesian jugaklah pada mereka yang tak dapat geran, tapi nak kene gak fulfill bakul penyelidikan ni.

daripada bakul research nilah jugak lahirnya pelbagai penerbitan jurnal, pengkomersilan, pengantarabangsaan dan sebagainya. kalau kat uni aku ni, mmg ada insentif khas bagi mereka yang berjaya menerbitkan jurnal. ada juga uni yang tawarkan hadiah wang tunai kalau dapat pingat emas atau perak atau gangsa dalam mana2 exhibition (uni mana, tak pasti, sebab aku kedengaran sahaja). kira ilmu kita dapat, nama kita dapat (dalam jurnal atau penerbitan lain), harunmkan nama uni, insentif kita dapat dengan hanya research yang kita buat. Insentif tersebut bagi menggalakkan lagi penerbitan jurnal tersebut, sebab kita dah macam menaikkan nama universiti (nama kita dan alamat kita ada dalam jurnal tersebut). secara tak langsung, akan ada potential student yang cari kita untuk buat phd. sort of marketing yang kita buat untuk uni lah. so, since kita dah promote uni, maka uni akan bagi insentif lah pada kita... ha, lebih kurang camtu... dalam masa yang sama, mungkin jugak ada govt yang cari kita bantu dorang buat research dan perundingan (macam seorang rakan aku dapat perudingan untuk buat sistem .........). kan dah gelemer tu? taknak gelemer? so, dengan research sahaja, banyak KPI kita boleh achieve. btollah kata seorang pengomen dalam entri yang lepas yang kata kerja lecturers ni boleh jugak jana income. ada member aku cerita, sorang prof di tempat dia bekerja, jurnal prof dalam setahun tu, dah hampir cukup cover untuk satu KPI uni. hebat sungguh...

TAK BESTNYA: yang best kat atas tu, semuanya BERGANTUNG KEPADA UNIV MASING2.. ada sesetengah uni TAK bagi apa2 insentif, lagi2 kalau penerbitan tersebut takde impact factor, ISI, SCOPUS, Q1, Q4 dan sebagainya. of course lah, nak ganjaran, kenelah keje kuat. since penulisan tersebut memerlukan pelbagai references, maka jenuh jugak nak perah idea nak menulis. macam aku cakap, kalau tulis ikut hati dan perasaan, senang jek. tapi bila nak menunjukkan kematangan fikiran dalam akademik ni yang agak payah nak perah (alah, santan pun nak perah payah woooo). tulis lima baris, padamnya empat setengah baris. tulis lima muka surat, padam2 tinggal dua muka surat. bila nak siap???? member aku, siap tanya,

"jep, camana nak dapat idea menulis ni???"

jawab aku, "kalau tulis blog, aku boleh bagi tips, kalau tulis jurnal, ko tanya ngan orang yang salah..."

bila dah tulis jurnal, hantar, JARANG sekali nak accept terus. paling bagus pun, kene ubah mengikut komen yang diberi. kene reject, jangan ceritalah (hat ni tak dikira sebagai KPI ye)... banyak kali (pengalaman kawan aku ye, aku baru tulis dua, tu pun taktau apa cerita). dahlah jenuh nak amik masa menulis, bila kene reject, terus down giler. merajuk taknak tulis dah. tapi merajuk kejap jelah, nak taknak, kene jugak tulis, ate, dah termaktub dalam buku KPI. ikut jelah... kalau aku punya markah untuk jurnal ni, mmg kosong. takpe, tampung dengan benda lain. monograf ke (tak edit lagi ni, tak reti nak jadikan bentuk monograf), chapter in book (baru separuh muka, aiyaaa.... lembab btol aku ni), LO (banyak dah ni, tapi semua bahasa inggeris yang hanya di fahami oleh AKU sendiri, almaklumlah, english masih gagap tegar). walaupun tak banyak yang dikira untuk KPI, takpelah, janji ada. daripada kosong je kan????

bakul seterusnya: khidmat masyarakat:

ok, yang ni takdelah masalah sangat. rasanya bila buat khidmat masyarakat ni, memang kita yang nak kan... koman2 pun, jadi AJK peringkat pusat pengajian. so, aku takde bahan nak cerita. sebab nampak, bila buat khidmat masyarakat ni, semuanya best (sebab aku suka)

bakul akhir: pentadbiran

YANG BESTNYA: mengajar kita menjadi seorang pemimpin dan dalam masa yang sama, bolehlah masukkan dalam CV tuk kenaikan pangkat. selain dapat elaun untuk jawatan2 utama uni. menambah jugak contact2 person dalam buku telefon kita.. senang kalau tetiba kita ada apa2 perkara, masalah ke kan, adalah orang kita nak rujuk... takdelah terkontang kanting sorang2 selesaikan masalah sendiri. {senyum}

TAK BESTNYA: nak control manusia ni, amat100x lah payah. kadang2 kita buat keje, dia kata kita tak buat keje. nak bagi arahan yang kita sendiri tak berkenan, kita sendiri yang dapat arahan tersebut. bukannya tak fight dengan pihak atasan, tapi, pihak atasan pun dapat arahan daripada pihak atas lagi. bila orang bawahan tak buat, kita jugak kene bambu ngan pihak atasan kita. sebab tu, kalau boleh aku elak nak jadi admin jawatan utama uni ni. kita kat tengah2, kene lenyek dengan orang 'bawahan' dan juga orang 'atasan'... huhuhu... mujurlah depa consider juga admin untuk jawatankuasa2 pusat pengajian. amik yang ni pun dah ok. eh, saja nak gtau. alhamdulillah, kawan2 aku yang berada di "bawah" aku, semuanya ok2 belaka. mintak tolong, laju je jalan kejenya... {senyum}

------------------------------------------

ada jugak yang aku nak cerita secara umum ye... best ngan tak bestnya menjadi pensyarah.

Sambung belajar

YANG BESTNYA: kalau gov staff yang lain, bukan main payah lagi nak cuti sambung belajar dengan full sponsorship dan gaji dibayar penuh. Rasanya, pensyarah je kot (sori, kalau ada yang lain dapat skim yang memudahkan untuk sambung belajar) yang ada skim macam ni. pernah jumpa dengan salah seorang staff yang jaga bahagian HLP, katanya, budget untuk pensyarah sambung study, takde limit (dia kata, okeh, bukan aku). ate, dah mmg kene sambung belajar. dahlah dapat elaun macam2, bergaji penuh pulak tu. lagi best, bila dapat sambung kat ober d c. dapatlah belajar sambil merantau tgk negara orang. ate, dah memang kene sambung belajar, especially PhD.

TAK BESTNYA: proses nak dapatkan kelulusan tu, agak ketat jugaklah bergantung kepada uni dan KPT. kadang2, uni yang kita mintak tuk buat phd tu, bukan ranking terbaik, dah kene reject application kita. kene mula balik proses nak establish connection dengan potential SV yang lain. kadang2 IELTS tak lepas, dah kene amik berkali2 (aku kene amik dua kali, baru lepas, itupun kali kedua tak lepas dengan preferred uni aku. terpaksa go for second preferred uni - ni yang terbaik kan?? ada pulak sorang member aku, EMPAT kali kene amik. tu pun tak lepas gak syarat KPT nak).

tu proses nak buat phd, masa buat tu, jangan ceritalah. lagi banyak dugaan, onak, ranjau dan durinya (kalau nak cerita pengalaman, perlu satu lagi entri lain). taknak buat, mmg kene buat, so kenelah harung jugak kan segala proses tu...

Kenaikan pangkat

YANG BESTNYA: dapat phd, terus naik kanan (gred 52). TAPI, bergantung jugak kepada admin universiti dan sokongan ketua jabatan masing (ada member dari uni lain, dapat phd setahun lebih dah, tapi tak dapat lagi kanan, pulak tu, bukan kira dari tarikh dianugerahkan phd, dikira dari tarikh meeting senat uni).

TAK BESTNYA: KPI bertambah berat. ate, dah gaji beso, workload keje pun kene besorlah. semua kene ada dalam peratusan yang berbeza.  dari pengajaran, penyeliaan (pelajar praktikum, master dan phd), penyelidikan, penerbitan, kepimpinan dan pentadbiran, pengiktirafan akademik, seminar, perundingan sehinggalah kepada sumbangan kepada uni serta masyarakat. kalau dari 45 nak naik ke 52 tanpa phd, agak payah sikit. ada sorang lecturer yang senior, nak naik ke 52, amik masa berbelas tahun sebab takde phd. nak aim prof madya, lagilah kene banyak penerbitan. susah senangnya penerbitan, bacalah kat atas balik.

orang kata, apa susah nak naik 52? buat jek phd, dapat terus kanan. kalau nak tau betapa SENANGNYA buat phd tu, cubalah buat. jangan tanya kat orang perseorangan, tak seswai, sebab phd ni, lone ranger. SV hanya tunjuk jalan sahaja. yang lain, semua dari kita sendiri. macam2 dugaan. aku??? alhamdulillah, dipermudahkan dalam phd. tapi dugaan dalam bentuk lain pulak.

Waktu kerja

YANG BESTNYA: kalau kat tempat aku ni, waktu kerja adalah fleksibal. janji masuk kerja. kira sekali jelah touch in. kalau nak touch out pun, boleh jugak. reason nya, keje lecturer bukan waktu mengajar sahaja, ada yang nak kene buat perundingan kat luar, ada yang kene buat khidmat masyarakat kat luar, bagi ceramah kat luar, kene jaga exam waktu malam, buat proposal tak kira waktu, marking assignment, seminar kene hadir, kelas malam dan sebagainya. kalau dulu, masa aku amik kelas waktu malam (3 jam direct seminggu), memang aku datang lewat sikit. mujurlah jadi felo. so, bolehlah balik umah sat, sebelum g kelas. again, it depends on the uni.

TAK BESTNYA: nak kene kuat iman dan pegangan. keje mesti buat, jangan datang touch in, pastu terus balik. duit gaji tak berkat. jenuhlah nak peringat diri sendiri.

persekitaran kerja dan hal-hal lain (ke lain2 hal???)

YANG BESTNYA: bergantung kepada uni juga, setiap pensyarah ada bilik sendiri. so, bolehlah bawak sepersalinan baju. kot2lah nak mandi lepas aktiviti ke kan... pastu, agak2 pening kepala, tutup sat pintu bilik, pastu rehatkan diri. agak2 demam, takleh nak mc sebab ada kelas, bolehlah berehat sekejap sebelum dan selepas masuk kelas. ada jugak uni yang bekalkan laptop seorang satu untuk kegunaan pengajaran dan sebagainya bagi pensyarah. best thing is, aku sentiasa membayangkan bahawa kerjaya pensyarah ni sebagai salah satu multilevel pahala. ilmu berkembang biak melalui pengajaran, penyelidikan dan penerbitan. bayangkan student yang kita ajar tu menggnakan ilmu kita, kemudian dia ajar pula pada yang lain... dan seterusnya... cara tu jelah nak dapatkan pahala free, ye dak? macam sedekah...

TAK BESTNYA: erm.... erm.... macam takleh nak pikiaq apa tak bestnya... erm... erm... apa ek? tahlah... setakat ni, aku suka jek ngan keje ni... maybe sebab tu aku takleh nak pikiaq apa yang tak bestnya...

tulah serba sedikit catatan ringkas (katanya) yang tidak menggunakan sebarang references melainkan pengalaman yang sedikit dan bila berborak dengan kawan2 sepensyarah... aku MOHON MAAF banyak2, kalau tulisan aku ni, ada yang tak kena dimata kalian, terutamanya, pensyarah yang tak sama pendirian ngan aku (aku rasa senang, dia rasa susah). aku pun, bukan bertujuan nak menunjukkan aku ni ilmunya tinggi (intellectual level katanya), tapi just nak share susah senang best tak best jadi pensyarah ni based on my OWN OPINION. kalau ada yang nak buat nasi tambah, silalah komen.

harap2, bila dah senaraikan best dan tak best ni, orang tak misread aku punya cerita tentang kehidupan ni. takkan nampaklah aku merungut, sebab aku dah bagitau best dan tak bestnya jadi pensyarah ni... mehlah ramaikan komuniti pensyarah ni.... baru adil bila cerita best dan tak best sesuatu kerjaya, kan????

tuanpunyablog: kalaulah idea aku menulis buku ngan buat proposal serta penulisan research macam ni, kan bagus... huhuhuhu...

Wednesday 20 November 2013

Kerjaya pensyarah: Mengajar 6 jam je seminggu????

assalamualaikum...

ada seorang pelajar datang berjumpa dengan aku suatu ketika dahulu,

"Sir, nak tanya... seminggu berapa kelas sir kene ajar?"

"dua kelas. so, total 6 jam lah."

"tu jek? sikitnya... syok betol jadi lecturer kan sir? keje 6 jam jek secara rasmi..."

-----------------------------------



tu lah yang orang lain nampak. hakikatnya? hanya mereka yang melalui saja yang tau apa baki selepas ditolak 6 jam seminggu tu... meh, nak cerita skit akan kelapangan kami selepas 6 jam mengajar dalam seminggu tu... seboleh mungkin aku taknak compare dengan rutin2 kerja orang lain, lebih2 lagi guru. aku cuba nak fokus kepada bidang keje aku jek... tapi, kalau aku terfokus, mintak maaf lah ye... mintak ampun banyak2...

penilaian prestasi kami dinilai melalui 5 bakul utama. Pengajaran, penyelidikan, penerbitan, khidmat masyarakat dan pentadbiran. jadi, inilah yang kami lakukan untuk mendapat penilaian prestasi yang baik. takdelah banyak sangat kan??? jap, meh baca seterusnya. aku nak terangkan satu2. ni based pada pengalaman aku lah ye. ada juga yang aku selitkan pengalaman orang lain dari universiti lain juga. but, basically, lebih kurang sama je lah... cuma peratusan dalam setiap lima bakul penilaian tu, mungkin berbeza, lebih2 lagi, ada yang universiti penyelidikan (of course, peratus untuk bakul penyelidikan akan lebih tinggi dari pengajaran) dan ada juga universiti pengajaran (of course, peratus untuk pengajaran akan lebih tinggi daripada yang lain, sebab tu ada sesetngah universiti, seorang pensyarah mengajar sehingga 23 jam seminggu, yang ni pengalaman sahabat aku sendiri, ketika aku berjumpa dengan dia baru2 ni).

Bakul 1: Pengajaran
Nampak takdelah banyak sangat nak kene buat. sementelah, masuk ngajar untuk enam jam seminggu JEK. satu semester mengambil masa 14 minggu. dalam masa 14 minggu nilah nak kene buat macam2. soalan kuiz, soalan tugasan, soalan projek, soalan test dan juga soalan final. semua tu, perlu masa yang tenang, fikiran yang kurang melayang, barulah boleh create soalan yang "universiti". kalau tak, orang akan kompelin kata soalan tak ikut standard Course Learning Objective Outcome (CLO). kalau soalan untuk assignment, projek dan kuiz, mungkin boleh recycle yang sem2 sebelumnya, tapi soalan test dan soalan final, takkan nak recycle jugak. jadi macam soalan bocorlah jugak. mungkin student dan hadam soalan2 yang lepas. dah setel bagi soalan assignment, kuiz, test dan final, takkan nak biarkan macam tu je kan. kene markinglah pulak. kalau student belas2 orang jek boleh tahan, kalau student 100 orang (macam aku memula mengajar pengantar statistik dengan matematik pengurusan), jenuh jugak nak marking sorang. mujur jawapan lebih kepada nombor dan bukan soalan esei, kalau soalan esei, lagi berpinar nak baca jawapan student. tulisan lawa oklah gak, tulisan yang berbelit??? tak bagi markah, kesian, nak bagi markah tak paham apa dia tulis. ada sorang kawan aku, student dia seorang Thailand, bila jawab soalan esei, tulisan dia, terbawa2 akan tulisan Thai yang berekor2... aku baca aku sendiri tak paham. Ada jugak yang kata, sapa suh bagi assignment, kuiz, test? kenapa tak amik final je? atau jangan bagi assignment banyak2. jawapan aku, kalau macam tu, takyahlah masuk uni, sebab uni ialah tempat penyediaan untuk keluar bekerja, so, pelajar kene mahir dalam membuat pelbagai kerja dalam satu masa. nilah namanya penilaian berterusan.

tu bab soalan. blum masuk lagi bab penyediaan nota. kalau pernah mengajar sem2 lepas dengan subjek yang sama, mungkin boleh guna nota sem2 lepas. tapi kalau yang subjek baru, macam aku dapat masa memula subjek system dynamics, berpeluh jugak buat nota tersebut. dok bertapa sepanjang masa kat opis. mujurlah ada buku teks yang boleh di copy n paste. sepatutnya, tak boleh, tapi since nota tersebut aku takde niat nak jual pun, kira halal lah. unless, kalau nota tersebut nak jual, HARAM LAH nak copy n paste sebijik2 kan???
ikutkan kami kat sini, minggu ke 7 dah kene setelkan soalan final, vetting soalan, pastu betulkan balik. kira tujuh minggu pertama, penyediaan pengajaran dan penilaian (soalan test untuk mid-sem dan final). kemudian, minggu ke 9 - 12 ialah masa nak marking semua assignment, test, projek etc. Minggu 13 - 14 ialah penilaian untuk projek dan perlu ditampal carry mark kat luar pintu bilik, supaya student boleh tengok carry mark depa. habis sem, nak kene marking soalan final pulak. pastu key in markah, pastu meeting pemurnian, pastu submit markah, pastu bersedia untuk sem depan pulak bila dah dapat jadual pengajaran. dapat subjek sama, banyak benda boleh guna balik, tapi kalau dapat subjek yang baru, nak kene buat nota, nak menghadamkannya, nak atur strategi mengajar, etc... etc.. etc... semua tentang pengajaran lah...

la ni, semua nak kene dokumenkan... termasuklah rubrik pemarkahan. alah, macam PBS jugaklah. cuma takdelah kene online. tujuannya, supaya penilaian itu adil dan telus. awal2 ngan akhir2 sem, sebuk dok setelkan dokumen ISO. blom masuk penyediaan untuk dokumen SETARA, COPPA, MQA, dan macam2 dokumen yang mempunyai bukti termasuklah hasil assignment/projek/test/final  pelajar. nak kene masukkan jugak dalam fail...

tu aku yang  mengajar 6 jam. yang mengajar 9 jam? atau 18 jam atau 23 jam???? atau yang mengajar students yang ramai? cuba calculate masa depa... aku ni, alhamdulillah, boleh kira rileks lagi...

oh ya, lupa nak tulis. dalam pengajaran ni jugak, termasuk penyeliaan pelajar. praktikum, master by research, dissertation master, phd. nak menyelia senang jek, taopi nak kene cek apa yang mereka tulis dan komne balik tu yang akan amik masa. kalau tak betulkan, kita jugak yang kene nanti. sebab student kita kan.

Bakul 2: PENYELIDIKAN.

agak rumit jugak nak fulfill bakul ni. yelah, proses nak apply geran penyelidikan pun amik masa jugak. lebih2 lagi masa penyediaan proposal. nak kene cari references untuk buat background of study, literature review, costing etc... as usual, bila mengarang tu, bukan on d spot boleh dapat idea, nak paksa tak boleh, bukan dari bacaan hati naluri yang boleh mengalir idea macam aku menulis blog ni, nak kene ada segala mak nenek references. nak cari refernces tu tu hal, nak menulis dah satu hal. setel hal proposal, submit. tunggu dapat atau tak. dapat, alhamdulillah. teruskanlah buat reserach tu. kalau tak dapat, samada tolak terus, atau kene buat pembetulan. kalau kene buat pembetulan, ok lagi. tapi amik masa lagi nak betulkan. kalau kene tolak terus, samada kene di'tongsampah'kan dan buat proposal baru, atau proposal yang sama, apply geran yang lain. zaman dulu, adalah geran dari dana universiti sendiri. senanglah nak apply. tapi lani, semua geran kat kementerian, dah takde kat uni. so, nak apply, nak kene bersaing dengan staffs 20 (ke 21 ek? lupa dah) IPTA yang lain. memanglah lain2 bidang, tapi nak bagi dapat tu, jenuh jugak. kadang2, satu geran tak cukup nak fulfill KPI. sebab dia based pada berapa jumlah yang kita dapat. contohnya, kalau pensyarah kanan, kene dapat RM40K. stau geran lulus, dapar 40k, tapi kita buat dengan 4 orang penyelidik. so, sorang 10k. maka nak complete kan KPI, kenelah apply lagi geran sampailah cakap KPI. bila nak apply, paham2 keje yang sama kene buat.

so, jumlah senggang antara 6 jam pengajaran seminggu tu lah di isi dengan aktiviti untuk memenuhkan bakul penyelidikan ni. kene ingatlah, kadang, penyelidikan ni, banyak generate idea. idea bukan datang macam tu jek... nak cari bahan, bukan dapat macam tu jek. nak kene tgk segala papers yang available. kalau menulis ikut hati dan perasaan, dalam sejam dah boleh dapat 20 - 30 muka. tapi menulis ikut references ni, nak dapatkan separuh muka pun, boleh amik berhari2. pengalaman menulis thesis, masa takde idea, 2 tahun, hanya dapat 70 muka surat untuk literature review. bila ada idea, chapter 3 - 7 yang bermuka surat lebih kurang 200 pages, amik masa sebulan sahaja. blog ni jangan ceritalah, sebab tulisan ikut hati dan perasaan, dalam sejam, aku boleh tulis dua tiga entri.. maklumlah, suka membebel thru keyboard... nama baru, kepohkeyboard.

Bakul ketiga: penerbitan.

bagi aku, hat ni takde masalah sangat. sebabnya, bila dah ada research, biasanya akan ada penerbitan. yelah, laporan akhir projek, paper yang kita publish kat conference hasil dari research yang kita buat, kalau ada yang rajin lagi, buat buku, monograf, tulisan dalam akhbar, penerbitan pembelajaran yang menggunakan web 3.0 macam masukkan bahan2 lecture kita dalam youtube yang dipanggil learning object (LO). macam yang aku buat ni (sila abaikan english tu ye, almaklumlah, lidah belacHan) dan macam2 penerbitan lagi.

cuma yang payahnya dan yang paling banyak dapat markah, penerbitan jurnal. nak hantar senang,. nak tunggu approval amik masa paling awal 6 bulan. tu kalau masuk, kalau yang kene review balik? ada seorang ahli akademik komen kata,

"lebih elok kita banyakkan jurnal kita sendiri, lagi senang orang kita nak masuk. kebanyakkan jurnal yang ada la ni, yang rating2 tinggi, penilainya semua daripada kalangan orang2 Barat. takkanlah depa nak masukkan orang asia yang kurang ternama, lagi2 orang Islam."

btul jugak apa yang dikatakan oleh academician tersebut. sebab tu, aku cuba submit jurnal aku (alah, baru jek try2, tah dapat tah tak) melalui SV aku. tu pun hantar tahun lepas, sampai ke lani taktau jawapan terima atau tak... nak ulas banyak2 tentantg jurnal ni, aku bukanlah ahlinya. sebab aku sendiri jarang mengoptimumkan penerbitan jurnal ni... banyak penerbitan conference, dengan learning object sahaja...

penyedian kertas kerja (papers) tuk jurnal ngan conferences, penerbitan buku, penerbuitan LO, penerbitan nota pembelajaran, monograf ini jugaklah kami buat bila masa senggang antara 6 jam kelas seminggu tu... tu pun, bergantung jugak pada idea yang mengalir.

ke keempat: khidmat masyarakat.

yang ni pun antara aktiviti yang perlu dilakukan bagi memenuhi KPI. yelah, takkanlah nak dok terperuk je kat bilik sampai takde sosial langsung kan? term khidmat masyarakat ni besar. agak2 mana2 aktiviti yang tak boleh dimasukkan dalam lima bakul tersebut, bolehlah dimasukkan ke sini. contohnya,  jemputan untuk memberi motivasi kepada murid sekolah rendah, menjadi fasi untuk program anjuran hal ehwal pelajar, felo kolej kediaman, sukarelawan mangsa banjir, AJK surau atau masjid, wakil sukan universiti, wakil peserta untuk pameran peringkat kebangsaan, fasi PLKN, menjadi pemeriksa kertas soalan matrikulasi, SPM, STPM, tutor OUM etc, dan sebagainya. secara jujurnya, ada yang dapat elaun, dibayar gaji (seperti pemeriksa kertas soalan, tutor OUM), ada yang dibayar elaun (AJK Masjid, fasi PLKN) dan ada yang betul2 khidmat masyarakat (felo kolej kediaman, sukarelawan banjir, fasi program etc).

hat tu diluar tugas hakiki universiti. tugasan yang melibatkan keje ad-hoc ada jugak. kalau school nak buat apa2 program, kalangan kamilah dilantik jadi AJK. yang paling nampak, bila nak buat conference, kami jugaklah yang jadi pengerusi, SU, bendahari, AJK penginapan, AJK kertas kerja, AJK prosiding, AJK promosi dan sebagainya. nak buat apa2 keputusan, kene meeting. lepas meeting, nak progress. dah ada progress, ada masalah pulak. dah kene meeting lagi. paling koman pun, meeting dalam email. dah malas nak meeting secara fizikal, meetinglah cara maya.

bila students hantar proposal master, phd, kami jugaklah yang nak kene nilai proposal tersebut. takkan nak komen macam tu je kan, nak kene baca jugak. supaya bolehlah bagi idea sikit supaya depa perbaiki proposal depa. sama jugak bila nak nilai progress report. nak kene attend presentation depa, cuma yang best sikit, bila nilai final preesentation, i.e. viva. adalah bayaran sedikit disediakan oleh universiti, alhamdulillah...

so, terisilah jugak yang dikatakan sebagai masa lapang oleh sesetengah mereka yang mengatakan, 6 jam jek???

bakul terakhir, pentadbiran.

daripada segi tu pun dah boleh agak kan. kadang2, terpaksa jadi dekan, tinbalan dekan, ketua jabatan, penyelaras, pengarah itu, pengarah ini, pengetua kolej dan macam2 lagi jawatan pentadbiran (dibayar elaun pentadbiran). yang takde jawatan khusus ni, kene jugak diberi tugasan. aku sendiri memegang jawatan pengerusi e-learning (buat bengkel tuk staff gunakan e-learning), AJK pembangunan pelajar (aku yang mintak masuk, sebab aku minat keje ni) dan macam2 AJK lagi. ada yang berjalan, ada yang tak berjalan.

tu blom masuk lagi keje2 sampingan yang diarahkan buat dari semasa ke semasa. menurut perintah kan? promosi programlah, aktiviti students lah, aktiviti pusat pengajianlah, aktiviti sendiri lah... hakikatnya, kerja sebagai pensyarah ni, nampak jek sikit sebab mengajar tak banyak sangat. tapi, bagi aku, kerja yang memerlukan OTAK BEKERJA SENTIASA tulah yang paling penat. kadang2, balik awal dari kerja, mandikan anak2, tengah tgk tv, tengah memasak, otak masih berfikir. fikir bentuk soklan exam, pikir pasal research, pikir pasal nak marking tugasan, pk pasal kajian kes, pk pasal camana nak ubah cara pengajaran nak bagi paham (kes aku ngajar SD nilah... jenuh btol nak buat supaya dorang btol2 paham apa yang aku ajar, mecabar btol), pk pasal rubrik pemarkahan, pk pasal idea nak buat proposal, pk pasal pk... dan macam2 lagi pk (bukan penolong kanan atau penolong kiri ye)

bila banyak pk banyak tenaga guna → kalori dibakar → cepat lapar → cari makan → otak ngan badan penat → tdo tenangkan pikiran → obesiti (boleh buat kes untuk system dynamics ni). Sebab tulah badan aku naik... kan (ALASAN!!!!!)???? 

-------------------------------------------------
ni, banyak masa pulak nak tulis blog?

aku takdelah pulak cakap keje pensyarah ni bz ya amat sampai takde masa nak bersossial. aku cuma menjawab ayat penyata yang kata, 6 jam jek keje untuk seminggu. so, kesenggangan masa 6 jam nilah boleh aku selitkan merepek kat blog ni...   

takpe, student cuti, lecturer pun boleh cuti. lama jugak student cuti kan? 

ramai yang silap tentang ni. --------- (DELETE PENYATAAN NI DISEBABKAN RAMAI YANG TAK PUAS HATI) kami ni, setahun hanya 30 hari sahaja cuti diberikan. macam kakitangan kerajaan yang lain. 

so, buat apa student cuti? boleh jugak rehatkan badan kan?

bolehlah jugak... termasuk tulis blog gak... tapi, time student cuti nilah macam2 keje kene buat. kalau masa student ada nak kene fulfill pengajaran, masa depa takde, nak kene buat reserach, kursus sana, kursus sini untuk lengkapkan mata pembelajaran berterusan, meeting itu meeting ini, keje2 admin yang lain, meeting tuk conference, aktiviti kelab kebajikan, sukan dan macam2 aktiviti lain... nak penuhkan KPI katanya,... dekat2 nak masuk sem, nak kene setelkan nota pembelajaran pulak... pejam celik, pejam celik, takdelah lama mana pun cuti student tu... macam tak cuti pun ye... tau2 student dah masuk balik setiap sem... ulang balik perkara yang sama...  

Jangan merungut banyak sangat, keje kene ikhlas... 

eh, bukan merungut... aku suka dengan kerja aku ni.... paling best, bila tgk student naik pentas untuk terima skrol. biarpun aku hanya mengajar mereka satu kursus sahaja daripada 40 lebih kursus yang ada, tapi, aku tetap syok sendiri.

tuanpunyablog: nampak zahir sahaja, tak semestinya sama...