Friday 9 January 2015

Master by (Research/Coursework/Mixed Mode) - Yang mana satu pilihan terbaik???

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kembali ke alam maya. setelah berswang blog aku ni. Idea ada nak tulis. Tapi disebabkan kesuntukkan masa untuk menulis, maka ditinggalkan dulu...

Rini nak menulis pasal perbezaan master yang mempunyai pelbagai mode... iaitu, by course, mix mode dan by research.  banyak sangat student dok tanya aku... lagi2 lepas konvo hari tu. nak jawab satu2, penat sebenranya... sampai satu tahap tu, bila student msg aku, aku cakap, tunggu sat. nak cari "skima" jawapan lama. nanti saya paste...

so, this are the answer. cuma nak ingatkan, yang ni semuanya based pada pandangan aku dan yang setakat aku tau. kalau ada lagi nak tambah, kawan2 atau lelain yang rasanya ada input yang boleh membantu, silalah masuk ke ruangan komen...

Master by Coursework
Master by Course ni samalah macam undergraduate. kene attend kelas, pastu belajar belajar, buat assignment, kuiz, mid term, pastu final exam. selama 2 semester (kebanyakannya) di Malaysia. Kebanyakkan IPTA mensyaratkan untuk lulus n dapat master ni, kene PNGK 3.00. tapi bagi aku, kalau buat apa yang disuruh, kuiz, assignment, kuiz hadir, etc, insyaAllah akan lepas. sem 3 kene buat projek kecil.yang mungkin lebih kurang macam research, tapi berskala kecil. contohnya, master by research adalah 1/2 phd, maka, yang ni dalam 1/4 atau kurang lagi daripada master by research. kelebihan buat by coursework ni, habis belajar, exam, pastu tunggu result.

kelemahan nya, memang kene pulun n banyak masa habis untuk buat mode yang ni. sebab kene attend kelas, buat assignment, group assignment, etc.. etc... etc... kira btol2;lah macam student undergraduate... cuma just nak habaqlah... bagi aku yang amik master kat salah satu IPTA masa tahun 2002/2003 (kene bagitau tahun sebab takut nanti zaman dan silibusnya serta cara pengarjaran adalah sama), aku rasalah.... kalau aku letakkan effort aku masa degree (dulu dapatlah second class upper yang CGPA aku punya bawah 3.4), rasanya aku boleh score masa master, perhaps, mungkin CGPA first class... wah, belagaknya..... taklah... saja nak bagitau, yang master ni, BAGI AKU (saja buat tulisan besar sebagai ayat penegasan), taklah sesusah mana... maybe penat sikit, tapi insyaAllah akan lulus as long as kita buat apa yang disuruh pensyarah. so, far, banyak kawan2 aku buat master by course ni,jaranglah kata fail paper itu paper ini... insyaAllah, boleh habis... cemerlang atau tak, bagi aku, sebagai student master, belakang kira... janji lepas selepas berhempas pulas...

Master by Mixed Mode
Honestly, aku sebenarnya kompius, coursework ngan mixed mode ni. so, kalau aku silap, mohon betulkan. as far as I concern, mixed mode ni, sebenarnya separuh coursework (belajar, habis belajar final exam), dan separuh research. dinamakan sebagai dissertation. coursework macam aku dah terangkan tadi. yang dissertation pulak, kira kene buat research dalam skala yang kecil. kalau PhD kene cari ilmu baru, kalau mater by research kene cari ilmu yang baru tapi skala kecil, yang dissertation ni kene applied. ha, ni based pada bidang aku lah... sebab bidang aku bukan jenis social science, aku lebih kepada applied science. guna teknik2 tertentu untuk solve problem. kalau boleh aku katakan, dissertation ni lebih kurang 1/3 daripada phd, 1/2 daripada master by research. kebaikkannya, kalau amik dissertation ni, at least kita banyak dah terlatih untuk buat phd. sebab dah macam buat research kan... ada jugak orang yang extend tajuk dia buat dissertation untuk buat phd. senang, takyah sesusah cari bahan, sebab kajian literatur semuanya dah ada. tinggal nak tambah n touch up sikitlah...

cumanya, banyak kene buatlah... macam di bidang aku, as I explained before, ada ramai jugak student kantoi setakat buat coursework jek. bila buat dissertation, ramai yang menghilangkan diri... sebabnya???? mungkin sebab bidang aku ni kene cari kajian kes, n depa susah nak dapatkan kes untuk solve problem. bagus kalau dia buat master sambil bekerja, at least, dia dapat amik kes study daripada tempat dia kerja. macam sorang student master yang buat dissertation bawah aku... dia amik kes tempat kerja dia... data pun senang dapat. alhamdulillah, setel dah dia setelah berhempas pulas belajar sendiri System Dynamics. kelemahannya? erm... macam aku kata, buat dissertation ni macam separuh by research, kene banyak baca n kene rajin menulis kesimpulan setiap paper yang kita baca... kadang2, setengah penilai kata, ni tak cukup untuk dissertation, so, kene tambah bacaan lagi... kene buat balik n tambah bacaan. kalau kene yang OK, takpelah... kalau kene penilai tak OK, jenuh jugak... nak taknak kene ikut jugaklah... nak buat camana... dia penilai. kita ni cuma supervisor jek... contohnya, aku cakap cukuplah amik satu kes untuk setiap method yang dibandingkan, tapi penilai kata, tak cukup... kene ada dua... so, dah penilai kata camtu... ikut jelah kan...

Master by Research
Yang ni memang kene semuanya sendiri. hanya kita dan supervisor kita sahaja kita berhubung. takde kelas rasmi kecuali kelas2 untuk researach method, ethics etc... yang ni biasanya, student yang menjadi RA kepada pensyarah yang ada geran reserach (pensyarah memang kene cari students). bagusnya kalau buat mode ni, ialah, banyak ilmu kita akan dapat... cumanya, buat by research ni memang kene rajin sokmo. semangat kene kuat. rasa down tu kene elakkan. aku takdelah pengalaman buat master by reaseach ni, tapi aku cuma boleh katanya, macam buat phd... sebab kebanyakkan nya semua sendiri. Unless, kalau kita guna geran research pensyarah. yang tu aku rasa ok kot. sebab pensyarah akan banyak bantu (sebab dia pun nak habiskan research dia). tapi kalau buat sendiri, ikut pendapat aku yang takde pengalaman ni, takyahlah... unless kalau korang memang suka buat research atau pernha jadi RA. tapi kalau yang habis degree, aku cadangkan, amiklah mixed mode atau by coursework dulu. sebab bolehlah kita belajar sikit2 dulu cara nak buat research.

Bagusnya buat by reasearch ni, ada kebarangkalian untuk diupgrade terus ke PhD lepas dia buat defend proposal. so far, yang aku dengar dari memember aku, sorang jek (yang aku dengar ek, bukan nak kata semua)... tapi yelah, bergantung kepada penilai lah jugak. ada sorang x-student yang aku kenal, dia buat by research, bila dia cerita pasal research n contribution dia, aku yang kurang pengalaman ni rasa, research dia ni sebenarnya dah boleh upgrade ke PhD. sebab contribution yang dia buat toward knowledge tu, rasa macam dah level phd. tapi tak dirasakan oleh supervisor dia...

aku rasa, garis pemutus untuk tahap mana contribution antara PhD, master by research, dissertation dan projek masih lagi berlainan antara orang perseorangan. ada yang kata, ni dah ok dah untuk phd, tapi ada yang kata tak cukup... ada yang kata ni dah ok untuk dissertation, tapi ada yang kata ni projek bolehlah... maybe terikut2 dengan supervisor masa depa buat phd dulu... kalau mudah, maka mudahlah dia buat penilaian. contohnya, aku sendiri... masa buat phd dulu, takdelah rigid sangat supervisor aku, so, ngan student aku (alah, baru sorg je pun, tu pun yang buat dissertation je) aku cakap dah cukuplah ni. tapi, penilai dia kata tak cukup, maybe dia terikut2 dengan cara sv yang agak rigid dan perfectionist. so, aku tak salahkan soranglah...

Pendapat aku
Kalau diri tu rajin membaca, suka explore benda baru, jenis yang motivasi tinggi, semangat selalu tinggi (bukan cam aku yang nak naik semangat macam siput sedut, tapi kalau semangat n motivation turun, macam air terjun lajunya), tak suka exam2, assignment2 dan segala macam group project, maka amiklah master by research. satu lagi, aku suggest amik master by research ni, kalau pensyarah lamar dia untuk jadi RA dalam masa yang sama, jadi student master by research. sebabnya aku yakin, pensyarah tu akan sedaya upaya bantu supaya pelajar ni habiskan research nya... opkos lah, ikut logik, mestilah pensyarah ni nak habiskan reserach dia jugak.

Kalau jenis yang memang kene suap sentiasa, malas nak membaca, jenis yang habis belajar exam (lapang sikit fikiran untuk satu bulan lebih), nak belajar sikit2 buat research, maka aku suggest amiklah mixed mode atau by coursework. yang ni memang aku akui, aku memang jenis yang ni. dulu tercarai2 jugak phd yang ada coursework, yang ada kat US (memang tak ler, sebab english aku tahap band 9 DARI BELAKANG), dan juga pendidikan (dekan dulu tak bagi p, dia suh buat decision science jugak punya bidang, kalau tak, p tukar jadi cikgu kalau nak buat pendidikan). so, buat jugaklah phd tu... cuma aku rasa, maybe berbeza research tahap master n research tahap phd. pressure dia mungkinlah lain...

sorang student 1st class tanya ngan aku, ok ke kalau dia terus amik PhD. FYI, kebanyakkan uni memang tawarkan terus PhD untuk yang dapat 1st Class, tapi la ni ada yang tak bagi dah bila tengok rekod sejarah ramai takleh nak cope dan tak habis. so, aku suggestkan dia, amiklah master dulu... by course...




kesimpulannya, kita je kenal diri kita sendiri. aku tak berani nak suggest yang mana terbaik untuk korang. bagi aku, semuanya ok, based pada kekuatan diri kita... semoga pilihan yang dibuat adalah yang terbaik hendaknya... aamiinnnnn....

tuanpunyablog: salam takziah buat diriku untuk dua tahun kedepan ni.... huhuhuhu