Friday 25 February 2011

aku mampu keRRR???

assalamualaikum,

sehat? alhamdulillah... tu yang nak dengar tu... maklumlah, sekarang ni kebanyakkan semua geng2 sefakulti aku, semuanya dalam keadaan kritikal... termasuklah aku... sian bila dengar ada yang tengah pulun nulis thesis dia, tetiba ditimpa dugaan yang teruk, demam sampai takleh nak bangun... pengsan dua kali... simpati aku akan nasib dia... pepepun, aku doakan dia semoga cepat sembuh dan dapat menulis seperti biasa...

aku? erm... hari ni jemaat, aku macam biasalah, pas jumpa sv, mmg aku istiharkan diri aku coti... sebab macam tak larat lak nak nyambung keje... kepada tengah berasap. ikutkan nak balik dah, tapi disebabkan nak kene solat jemaat kat sini, maka tunggulah sat kat opis...

alhamdulillah, majlis bacaan yaasin dan tahlil yang dibuat kat umah aku, khusus buat salah sorg sahabat kami yang telah kehilangan ibunya kembali kepada penciptaNya, telah berjalan lancar... takde gangguan apa2... i mean, takdelah nak buat spot check ke apa ke...

masa dok sembang2 kat dapur tu, adalah sorg dua berkata, katanya, kalau dia mesti tak tahan, tinggalkan anak isteri... terbayanglah macam2, nampak makanan, teringat anak sebab anak kuat makan, tengok lauk kicap or nasi goreng hehari, teringat kat isteri selalu masak makan sedap2...

ikutkan, sapalah yang sanggup berjauhan dengan keluarga. tipulah aku kalau aku kata, aku tak ingat kan depa semua... kat cni, banyak sgt bebudak kembar... banyak sgt budak2 kecik lalu lalang naik stroller, berlari ngan memacam lagi... aku terbayang semua tu, lagi2 time nak naik tube tu, sebab ilham kalau nampak tube, gumbira bukan kepalang lagi... melompat2... kengkadang nak menangis jugak.

tapi apa aku buat, aku taknak pk semua tu. pk benda lain, sambil jauhkan pandangan aku daripada smua benda tu. kalau aku pk, sakit dada adalah, sebak... cepat2 pk benda lain. taknak layan sangat perasaan tu... sebab makin kita layan, makin teruk nanti jadinya.

so, pada mereka yang kata pada aku, dia tak sekuat aku, aku tak caya sebenarnya. selagi kita tak rasa atau buat, kita taktau apa yang kita mampu atau apa yang kita tak mampu. tapi percaya cakap aku, once dah buat, kita semua mampu tuk lakukan. sama jugak macam seorg suami yang jarang menjaga anak, bila terpaksa menjaga anak sebab isteri berada diluar kawasan, walaupun mulanya kita kata takleh, insyaAllah, kita mampu lakukan. ingat Allah sentiasa ada bersama kita...

dan sama jugaklah macam phd, hanya orang2 yang buat PhD merasa apa yang dia rasa, org lain, takkan rasa apa yang dia rasa.... sebab tak pernah melaluinya... even org yang buat sama2 phd ni pun, tak akan sama dengan derita suka duka yang dilalui oleh kwan nya... so, kalau nak rasa camana buat phd, trylah buat. jangan dengar daripada mulut org lain jek...

kan?????

salah paham

assalamualaikum....

pepagi bangun, terbaca post kat pesbuk salah sorang kwn aku masa sekolah kat samttaj dulu...

A: Hello, can I speak to Mr M please?
F: He's enganged. Can you call back later?
A: ehh, I tot he's still single. Dapat orang mana?

gelak besar jugak aku. daripada mata kuyu pas terbangun, terus jadi segar bugar, bulat... pastu, bila pk2 balik, tak baik aku gelakkan A tu. sangka baik... maybe masa tu dia tak pk apa2... biasalah, bukan 'mak lidah' kita kan... sebab tu jadi kompius sekejap. lagipun, apa bezanya aku ngan A tu kan... macamlah terer sangat English aku ni... blajar english dari darjah 1 sampailah master, dok plak kat UK 3 tahun, tapi hampeh!!! stilll gagap jugak bila cakap... ceh!!! gelakkan org... tak sedar diri!!!!

tuanpunyablog: nak masuk poster ke taknak???

Monday 21 February 2011

LASIK... dari pengalaman peribadi

assalamualaikum...

kali nak nak share pasal LASIK plak, sebab ramai beno (entri2 kali ni, banyak yang resp0n pada pertanyaan org ramai, cam gelemer lak... ahaks) yang bertanya dengan aku pengalaman buat LASIK tu. just nak tekan kan kat snilah, yang ni semuanya based pada pengalaman aku... bukannya semua org... sebab, lain org lain caranya, lain nasibnya, lain prosedurnya, lain tempatnya (sebab banyak cawangan), lain dokternya, dan macam2 lain nya...

aku buat ngan optim**... salah satu kampeni swasta yang mmg buat lasic selain daripada hospital mata yang lain. sebenarnya, sebelum buat kat sana, aku dah mmg berniat nak buat dah kat uk ni. tapi disebabkan harganya yang agak mahal, kalau aku convert ke RM, maka terus tak jadi... bayangkan, untuk dua2 mata kosnya lebih kurang £2700. giler kalau aku nak buat. camana terpengaruh??? erm... sebab dok selalu tgk tv, selalu sngt pasal iklan kat tv tu...

tengah2 dok sgsorg masa zah kat banting, tetiba aku terpk nak tgk kos berapa yang depa charge kat malaysia. aku pun tgk2 kat website, terjumpalah kampeni yang aku cakapkan tu. tgk kos dia, kalau aku amik yang paling advance pun, takdelah sampai rm10k. kira murahlah jugak. then, aku try tepon n buat appointment. esoknya, khamis, aku terus p sana buat cek up tuk tgk samada aku candidate yang seswaiu atau tak. dekat 2 jam jugaklah aku diperiksa. cek2, maka aku disarankan oleh Dr tuk amik .....LASIK (aku tak ingat apa dia suh amik, yang second paling advance, sebab mata aku katanya, agak teruk sikit, kosnya lebih kurg dalam RM3500 tuk satu mata)... lepas diperiksa tu, org kat kaunter terus tanya, kalau booking terus, dia boleh buat terus laser tu n dapat diskaun RM100 tuk satu mata... so, aku pun agree... maka keluarlah semua kad2 kredit termasuklah kad debit uk aku. sib baik depa leh buat pakai machine.

dalam sejam tu, aku dipanggil masuk. DR tu terangkan camana prosedur tu. lepas terangkan, terus masuk bilik bedah tu. nak start tu, dia kata machine tu takleh nak detect mata aku, sebab pupil aku terlalu mengembang. takleh buat, so, dia suh datang esok petang. dok pk jugak, sebab kalaulah dia buat la ni jugak, bahaya jugak. sebab aku tak bawak spek hitam, pastu aku pakai moto sorg. takde sapa nak bawak aku balik. masa depa cek mata tu, pandangan aku terus jadi kabur, tak berapa clear. kalau drive, mmg bahaya.

esoknya, dalam kol satu, aku dah sampai kat pusat tu. alhamdulillah, machine tu boleh detect mata aku tu. so, pembedahan pun berjalan. satu mata amik dalam masa lebih kurang 3 - 4 minit. termasuklah preparation dia nak lekapkan kelopak mata ngan plaster. so, takdelah berkelip masa laser tu berjalan. satu perkara, kene kontrol bola mata tulah, sebab payah sikit kalau bebola mata tu bergerak2 time laser. alhamdulillah, aku mampu kontrol bola mata tu. takde bergerak2 sgt... adalah lampu dia suh fokuskan kat situ. so, trylah fokus jek kat situ. dia buat mata kanan dulu, oklah. takde rasa ssakit sangat. pastu, bila dia buat kiri pulak, rasa sakit sikit. macam mata tu ditekan2... nak rasa camana, cuba tekan mata tu.... camtulah sakitnya. prosedurnya, dia bukak kornea aku, dia laser (taktaulah laser apa, bedah keliling kornea tu kot), bukak, bersihkan sel2 yang mati, letak contact lense, tutup balik kornea tu.

lepas bedah tu, bukannya boleh terus nampak sebenarnya. dia akan fluctuate. kejap nampak, kejap tak nampak. tapi, kalau pakai spek kompom lagi kabur. so, aku suffer jugaklah dalam seminggu. sib baik kete zah yang bawak. masa tu, nyesal buat pun ada, sebab payah nak nampak. dekat tak nampak, jauh kejap nampak, kejap tak nampak. masa dia pakaikan contact lense tu, mata aku langsung tak selesa kalau aku bukak lelama... last, aku banyak pejamkan mata, n tdo. mata tu macam gatal, macam ada benda dalam tu (mmg pun, sebab contact lense ada dalam mata). seminggu aku pakai contact lense tu... bila optometris tu kata, dah boleh bukak (kiri jek dulu), suka btol aku. lepas dia bukak, baru lega sikit mata aku... kanan takleh bukak, sebab dia kata, sel2 yang bawah kornea (kut) tak developed lagi. so, kene datang lagi 3 hari. aku tanya, kenapa takleh bukak contact lense tu, sebab aku tak biasa pakai contact lense sebab mata aku mmg cepat kering (walaupun dia bagi ubat mata tuk lembabkan mata). dia kata, kebanyakkan yang amik prosedur macam aku tu, mmg tak selesa. tapi kalau tak pakaikan lense tu, lagilah mata akan rasa sakit, merah, irritatating... so, baru aku paham kenapa dia pakaikan lense tu. 3 hari berikutnya aku p sekali lagi. optometris tu cek, dia kata, ada sel yang tak develop lagi... bahagian atas. dia try bukak, n then pasangkan yang lain. aku suh jek dia bukak, tapi aku taknak psang yang lain. dia panggil kwn dia, mintak second opinion. bila dah bukak tu, dia tanya ngan aku, bila aku kelip mata, ada rasa sakit tak? aku cakap, tak. member dia tu cakap, kalau ikutkan akan rasa sakit. tapi sebab yang tak develop lagi tu, kat bawah kelopak mata yang tak berkelip (bahagian atas mata), maka kurg sikit sakitnya. dia bekalkan aku dengan lense, dia suh pakai kalau rasa irritate... alhamdulillah, tak rasa apa2... aku nak mandi senang, nak wuduk senang... sebab sebelum ni, kalau mata aku kene air, aku kene lap dulu mata aku, baru aku leh bukak... kalau tak, nantikanlah azab kepedihan mata tu, macam masuk asap... sebab tu memula aku kata, aku sampai menyesal...

cek up sebenarnya, sehari lepas bedah, seminggu, dua minggu, sebulan, 2, 3, 4 dan 6 bulan. so aku sempat tuk sampai sebulan jek. dalam amsa dua minggu, aku baru berani bawak kete. nampaklah jugak, but not too far. buat masa sekarang ni, aku rasa mata aku blom sembuh sepenuhnya... bak kata opto tu kat aku, dia kata sel semuanya ada 6 lapis. kalau dah tumbuh semua, baru mata tak kabur, takde nampak tulisan double. sekrang ni, rasanya mata aku blom betul2 sembuh. sebab aku macam dah jadi rabun dekat lak (salah satu risiko). last check, rabun dekatnya 75. rabun jauh, dah alhamdulillah, ok dah. bolehlah nampk org dari jauh n tulisan takde jadi double lagi. sib baik, kalau tak, nak tgk laptop pun payah...

pengalaman ngan staf kat pusat laser tu:
opto ngan front counter oklah... friendly (maybe sebab nak duit kan???). yang aku kurg gemor, dengan DR nya... nak tanya soklan, kene pk banyak2 kali dulu... agak2 soalan bodoh, janganlah tanya. silap2 kene sembur balik (walaupun tak marah, tapi ayatnya sungguh berbisa). tak tengok lagi camana dia marah staff dia... aku dah kene tiga kali, masa sebelum kene bedah, masa kene bedah, n masa cek up... really2 tak patut.... macamlah aku tak bayar apa2... maybe silap aku, tapi bila aku kene ngan DR yang lain masa cek up, takdelah aku kene sembur (kompius antara short sightness ngan long sightness)... senyum jek sambil betulkan aku... masa sebelum kene bedah, aku tanya, camana plak kalau tetiba mata aku terkelip, dia jawab, mana boleh terkelip. cuma kontrol your punya mata, takkan tak boleh. masa nak kene bedah, dia betulkan kepala aku, aku bergeraklah sebab ikut camana dia buat. pastu dia cakap, jafri aaa, saya betulkan kepala u, kenapa kepala you ikut gerak jugak??? (aku ikut konsep kedai gunting rambut). yang ketiga, masa last cek up ritu. since aku cakap nak balik UK, aku takleh nak mai cek up lagi. pastu dia kata, every six weeks, go to any of optometrist, ask them to check your eyes, then fax the result to me... aku dengan selamba jek, how am i going to fax to you? nak tau apa dia jawab???

"Don't ask silly question. you're phd student." bengang jugak masa tu, tapi tahan. aku cakaplah, aku mana ada fax machine. pastu dia cakap, plah cari memana (in english). or, you can email it to me. but you must have scanner...

dalam hati aku, "ko ingat aku bodoh sangat kalau hantar pakai email tu kene scanner n ingat aku takde ke?" tapi aku jawab, ok, I'll email it to you. done. sib baik tak jumpa dia lagi pasni... aku ingat, aku nak p tempat lain plak, kalau nak cek... sakit hati lak bila kenang2 balik. macam lah aku dapat khidmat free jek... huhuhu....

satu lagi, depa ni tak bagitau pun kene charge masa buat check up tu... tau2, masuk bil... cuba bayangkan kalau aku takmo buat sebab mahal sangat, tak pasal2 kene charge rm200, lebih kurg. kalau kat UK ni, free lak dia buat. ubat sampingan pun kene beli. mahal lak tu... tak mainlah bawah RM30... kesimpulannya, kalau ikut kos sebenar, dekat RM8000 lah jugak. cam org kaya jek aku kan??? masa nak beli ubat tu, kenapa pulak kene bayar aku tanya ngan kaunter tu??? nak tau apa dia jawab??? dia kata, "ai, takkan 7K boleh keluar, takat rm40 takde???".... nasib sungguh aku kene ngan org2 yang agak kerek...

korek sana, korek sini, tuk masa depan... cumanya, masa depan nya, taktaulah akan kekal cerah atau jadi kabur balik... bak kata seorg member aku, member dia buat, dalam masa 6 bulan jek, jadi balik rabun nya... macam rugi jek... erm... nak wat camana kan... risikolah... masa consultation tu, opto tu ada gtau ngan aku... dia kata, mata akan jadi cembung balik, which is macam separuh bulat tu... tapi ada sesetngah org, tak jadi macam tu... dia akan jadi tak cembung... kalau jadi camtu (kalau tak silap pemahaman aku) kene buat sekali lagi... correction dan berbayar... dalam RM2k lebih satu mata... tapi dia kata, kebarangkalian tu rendah jek...


apa lagi aku nak cerita? risiko? erm... like i said... staf??? tak semua cam tu... maybe nasib aku dapat staf yang macam tu...

sembuh? depends... ada yang cepat, ada yang lambat. aku, dalam sebulan dah bolehlah nampak jauh2 sikit... sebelum ni, tulisan jadi double... masih kabur... ikutkan, aku ni lembab sikitlah sembuhnya... kalau ikutkan, dia bajet dalam masa sebulan dah ok dah...

tu jelah nak cerita... ada persoalan, silalah tanya ngan kaunter pertanyaan ye... :D

tuanpunyablog: dalam keadaan sejuk beku. tetiba heater takleh nak idop... aiyark!!!!

Friday 18 February 2011

salam kerinduan buat yang jauh dimata

Assalamualaikum...

love to see this picture... sib baik hidup dalam jaman teknologi kan...


*msg daripada ajijah: tetiba mengamuk nanges2 tadi pas zah tutop laptop. serba tak kene. last2 bedungkan dengan kain pelekat abg, peluk dia, baru senyap n tdo. huhuhu... agaknya dia rindu kat abg kot, sebab masa tgk gambar abg, dia lonjak2, mulut dia bising macam cakap2 ngan abg.'




tuanpunyablog: semangat ada, idea takde, idea datang, kerajinan takde... huhuhu

Wednesday 16 February 2011

'tunggu surat ye...'

assalamualaikum,

adalah beberapa sahabat aku bertanya, apa cerita dengan zah? erm... nak cerita pun aku dah penat. taktau dah nak cakap camana...

diringkaskan cerita, setelah berpenat lelah turun naik bangunan KPM yang berterabur tu termasuklah ke cyberjaya semata2 nak jadi posmen (amik surat daripada IPG hantar ke KPM), melalui panggilan telefon, katanya ditempatkan di KL. cumanya, sampai ke lani, zah masih belum menerima apa2 surat daripada KPM mahupun JPN. taktaulah apa jadi dengan nama zah... cuba tanya dengan salah seorang pegawai kat KPM tu, katanya, tunggu jelah surat. bayangkan, daripada dapat panggilan telefon pada akhir2 bulan 12, sampai lah ke lani, zah hehari dok tgk post box tu... erm... tunggu jelah kan... dah depa kata camtu...

sebenarnya, masa aku uruskan kes zah tu, aku p sorg jek. nak bawak zah sekali macam payah lak. sapa nak jaga kekecik dua tu? kalau takat ilham jek, takpe... atau sorg jek, takpe (not that aku menyalah takdir aku dapat kembo). maksud aku, dari tempat parking, nak ke bangunan tu, amik masa dekat 10 minit jalan. pastu, kalau aku dokong sorg, pastu zah dokong sorg, kalau dua2 melalak dalam opis KPM tu camana? banyak benda yang aku kene pkir... last2 aku uruskan sendiri jek... mungkin salah aku jugak, sebab bukan zah yang p... erm... tahlah... taktau nak cakap camana...

aku paham yang aku takleh nak salahkan org lain, sebabnya, aku bukan tau camana buat keje kat dalam tu... cumanya, yang aku kesalkan ialah, zah ni (termasuklah aku) dah jadi macam menunggu buah yang tak gugur jek... tensen jugak bila pk kan... nak lari, ada kontrak. takut nanti, bila pepehal, depa tak ngaku lak salah sendiri. hat tu aku paham sangat org2 yang bekerja. payah nak cari org yang mengaku salah sendiri...

tahlah, tunggu jelah... ni yang terbaik yang Allah tetapkan tuk kami sekeluarga... terima jelah apa2 pun...

tuanpunyablog: dalam keadaan yang stress....

Tuesday 15 February 2011

wajah2 yang kurindu

Assalamulaikum...

just to share perkembangan terbaru wajah2 yang ku rindu.... laporan daripada aziszah selamat...

Ilham dengan adik2 nya masih macam tu jugak... kengkadang ok, kengkadang kurg ok... tapi biasanya, bila aku kol, tanya adik mana, adik tdo... napa tak tolong ummi jaga adik, iam (sebutan e...am) men batasita... erm... bilalah dia nak pandai sebut bebetul ni...

*this is iman nur IZZAH. camana aku tau? sebabnya, zah dah tulis yang ni izzah masa antar gambar tu... so, aku ikut jelah... tapi bila tgk gambar kat bawah ni, rasa cam sama jek. erm... nak wat camana... muka dah seiras... cuma kalau nak bezakannya, tgk bentuk muka... izzah ni nampak bulat n empat segi sikit....

*this is iman nur IFFAH. cuba tengok gambar kat atas tu, nampak yang ni mukanya panjang sikit kan??? ha, tulah perbezaan nya.... lain2 perbezaan, erm... ntah!!!!
*this is iman nur ILHAM. makin besar, makin banyak ragamnya... tapi sian, sebab takde kwan... ada pun, kalau sepupu sepapatnya balik... kalau tak, mainlah sorg2, lari sorg2, makan sorg2... makannya, pulut makwan nya... nasi? hampeh... patutlah kurus... rindu plak nak bercakap ngan ilham ni...
ada sorg lagi wajah yang kurindu... tapi, disebabkan masalah teknikal, maka aku takleh nak haplod kat sini... takpelah... len kalilah ek...
tuanpunyablog: stuck again, produk yang aku sendiri cipta, aku sendiri tak reti nak guna... aiyark!!!! die la... die la....

Monday 14 February 2011

aku masih dirumah lama

assalamualaikum,

adalah beberapa orang yang bertanya pada aku sejak aku mula balik ke sini... dok mana la ni? yelah, dah bujang kan... aku pun susah nak jawab... ada banyak sebab aku susah nak jawab, sebabnya akan mengundang soalan balik... maksud aku, orang akan tanya balik kat aku... nak matikan jawapan dorg tu yang susah, lagipun, masing2 punya pendapat memasing kan... tapi takpelah...

aku masih menginap rumah lama, iaitu rumah yang aku duduk masa bersama dengan famili aku dulu... umah ni kira umah kedualah, sejak zah ngan ilham sampai dua tahun lepas... masa bujang sekejap, aku dok kat hall... kami pindah pun sebab minah yang berada dibwah kakiku sentiasa komplein sebab bising... fedap aku... dulu, sewanya tuan rumah yang asalnya dari Filipina dan kini menetap di Kanada tetapkan £800 sebulan. since ada famili, aku mampulah bayar... lagipun, dengan keadaan rumah yang agak luas termasuklah dapur yang luas, £800 adalah satu niolai sewa yang amat payah nak dapat terutamanya kalau dok kat london ni... spesifik lagi, kat area uxbridge, west drayton etc... maybe tuan rumah macam tergesa2 nak cari penyewa kot, sebab tu dia amik jek aku... dia letak £850, aku tawar, alhamdulillah dapat £800... terkeluar tajuk lak... la ni, rumah tu aku still dok lagi... ada aggreement ngan tuan rumah pasal sewa tu (giler apa, kalau aku stay sengsorg pastu kene bayar full amount). sebab tu aku masih dok situ... aggrement dia, samada rumah tu terjual, atau tempoh aku belajar abis, yang mana lebih cepat, dengan bayaran sewa £500... bagi aku, oklah, sebab kalau nak cari flat lain, reganya lebih kurg jugak... kalau nak cari sewa bilik, aku tak betah dok umah orang... kurang selesa... duduk sendiri lebih selesa, senang nak buat apa2...

ada jugak yang tanya, kenapa taknak ajak member dok sekali? murah sikit bayar sewa. aku jawab sebab aku dah janji dengan tuan rumah, cakap kalau ada member nak dok sekali, aku akan bayar full balik... kalau nak nipu boleh jek, tapi soalannya, berkat ke duit yang dapat save tu??? aku pun macam ralat nak ajak org duduk sekali, sebabnya, umah tu bukan secure sangat. tup2 kene keluar, ada org beli, camana? kalau aku sorg takpelah, banyak umah2 org melayu yang boleh aku sewa (tu pun kalau depa kasi lah)... kalau dedua kene halau, mau ada yang buat khemah jadi pelarian... takpun, bawak semua pakaian kat opis... giler apa... satu lagi sebab, landlord aku ni ada kawan kat sini, kalaulah tetiba jek dia masuk umah tu, repot kat landlord aku, apa aku nak jawab????

gambar2 aku cilok daripada website agent... ni menunjukkan kwasan umah aku (bolehlah mengaku sekejap kan)... nampak luas kan??? huh!!!! jangan tertipu dengan gambar ni... camera trick... sesapa yang penah p umah aku, taulah... tapi kalau yang stay tu sorg je macam aku, mmglah sgt luas... :D

*ni bahagian dapur... kira luas jugaklah, kalau nak compare dengan rumah2 member2 aku yang lain... kalau buat jamuan, mmg senang sikit...


*hat ni living room... selalunya, kalau org datang, tak muat bilik kecik tu, kami suh depa dok cni... lapang sikit... kalau ikutkan, penuh jugak living room ni... tapi sebab aku dah beli barang2 ngan landlord, bila dia kata nak jual umah ni, maka jadilah macam padang jarak tapi takde tekukur... nampak cam luas kan... ni pakai kamera mata burung ka??? sebab hakikatnya, takdelah seluas yang disangka... pandai agent amik gambar...

*umah aku yang 3 tingkat tu... pintu yang tengah2 dikapit oleh tingkap dapur ngan bilik tu... tepi yang banyak sampah tu... yang pintu ada bumbung sikit tu... nampak? ha, tulah dia... jemputlah datang....
amacam? berminat nak beli? asking price (sori, taktaulah apa maksud asking price tu... harga tawaran kot ye tak???) is £190,000.
ada majlis sikit kat umah aku sabtu ni... harap2 takdelah org nyibuk or mengacau... risau pulak... setiap kali ada org view, hati aku mesti berdebar... maklumlah, bebila jek boleh kene halau... kalau kene halau, ada sesapa nak tolong tempatkan aku sementara??? kat toilet pun jadilah, janji ada tempat berlindung daripada sejuk dan panas (blom panas lagi)...
tuanpunyablog: letak status kat pesbuk makan nasi goreng hehari, tup2 terus ada org jemput mai umah tuk makan.... rejeki... rejeki... jangan tolak... agaknya, kene buat status macam ni kot selalu... cet!!!! taktau malu....

Thursday 10 February 2011

iklan sekejap

blank... huhuhu....

dok dgr sinar (ada dapat royalti tak sebab selalu pomot dalam blog????), selalu jugak dengar iklan ni... dialognya lebih kurang camni...

pompuan: abg, abg dah beli aircon ke?
lelaki: ........... (tak ingat dialog)
pompuan: ani nak jenama ****... macam kat rumah dato' tu... (sori kalau aku salah dgr, tapi rasanya mmg dia sebut dato'. taktaulah datuk dia kot)
lelaki: (tak ingat dialog)
pompuan: ani tau abang mmg buat pilihan yang tepat...

saja jek nak buat kontrobesi sikit... kalau aku sebagai pendengar, mesti akan kata;

owh, tak mampulah nampaknya kita nak pakai ekon jenama tu...

premise aku ialah:

dato' - dato' mesti orang2 kaya dan mampu beli benda2 yang mahal... dalam iklan tu, dia kata, ekon jenama **** tu ada kat umah dato'. jadinya, aku buat kesimpulan kat sini, jenama **** tu mesti mahal, sebabnya ekon tu ada kat umah dato'-dato' jek... kan????? sebab tu, kita kurg berkemampuan takleh nak pakai jenama tu kan...

cube tukar dialog tu jadi; ani nak jenama yang dulu kita pakai masa dok setinggan dulu... (maknanya, org2 kurg berkemampuan pun mampu beli kan?????)...

pencipta kontrolbesi aku ni... ampunnnnn....

tuanpunyablog: sudah mampu untuk meluahkan pendapat sendiri secara direct... ye keRRRR?????

pesbuk peneman...


assalamualaikum...

kalau boring2, gambar2 yang ada kat pesbuklah aku layan... teringat lak kat depa ni semua... apalah agaknya depa tengah buat kan.... erm...

nway, aku perlu bersyukur sepatutnya.... bukannya merintih bagai... aku kira beruntung jugak, sebabnya, mereka masih berada satu alam dengan aku... alam dunia... bayangkan, kalau mereka berada dialam lain... lagilah rindu separuh mati... jasad jek idup, jiwa mati... nauzubillah...

sekurang2nya aku hidup dizaman moden ni, boleh jugak dengar suara, tgk gambar, bercakap2 dengan dorg... kan... bayangkan kalau hidup zaman dulu, mau taktau apa2 berita... pakai telegram jek kan...

kesimpulannya, jgn pandang kita jek yang susah... org lain ada lagi susah ngan menderita... kan?????

tuanpunyablog: melayan sinar sambil ngimbas kenangan lalu...

tuanpunyablog: cekalkan hati... kuatkan semangat...

pantun berkerat-kerat...

mee rebus,
mee hailam,
buah mangga,
buah pelam,
ada katil,
ada tilam,
ada perigi,
ada kolam,
ada cetek,
ada dalam,
ada jahit,
ada sulam,
ada timbul,
ada tenggelam,
kapal terbang,
kapal selam,
sayur bayam,
sayur ulam,
yusuf kelana,
yusuf haslam,
jawab soalan,
jawab salam,
jangan marah,
jangan geram,
saja nak ucap......

SELAMAT MALAM.....

tuanpunyablog: ikan kerapu ikan siakap, saja nak merapu sekejap....

Tuesday 8 February 2011

macam2 hal...

assalamualaikum warahmatullah...

kali ni aku memplagiat entri daripada salah seorang sahabat semasa kami bersekolah di shah alam dulu... cuma jarang je negor dia... maklumlah, lain2 kelas... pulak tu, aku jenis pendiam... bacalah ek... kemudian, sama2lah kita amik iktibar...

aku nak copy n paste jek entri dia kat sini, tapi disebabkan takleh nak buat, maka aku buat intipatinya jelah yek... ringkas jek, senang...

kwn aku ni tgh menunggu isteri dia balik dari pasar sambil mendengar suria.fm. malam tu pulak ada siaran luahan rasa... ada sorg lelaki ni, kol, luahkan perasaan kecewanya sebab makwe dia tak angkat teleponnya... 'B, abang tengah kecewa ni', kata lelaki pemanggil tu....

kemudian, kwn aku ni pun kol suria.fm tu, dapat... n terus bagi luahan perasaan nya... "bro, geli betol telinga aku dengar org yang tak kwin panggil ma, pa, B, baby, n memacam lagi..." terus jadi topik hangat malam tu kat suria.fm. ada yang kol tak setuju, n ada yang setuju... mesti oleh agak sapa yang setuju kan????

untuk entri penuh, sila ke http://azwandengkil.blogspot.com

aku selalu jugak dgr sinar.fm... maklumlah, selalunya, kalau dgr radio senang sikit nak buat keje... balajr dulu pun camtu... mungkin ada yang belajar kene sunyi2.... aku, kalau sunyi2, mau takleh buat apa... macam2 bisikan nanti dgr... huhuhu.... nway, lari tajuk pulak... sebenarnya, kalau kol 2 kat sni, n kol 10 malam waktu malaysia, sinar ada jugak luahan2 perasaan ni... maka, banyak jugak lah yang kol n samalah kesnya macam apa yang kwan aku dgr kat suria fm tu... to be frank, aku pun setuju ngan kwn aku ni.,... geli ya amat telinga ni kalau dgr pemanggil yang blomkawin ni bahasakan diri baby, mama, papa, B etc... aku leh tahan lagi kalau depa bahasakan diri abg (considering yang lelaki lebih tua daripada pompuan, naik pangkat daripada adik/abg angkat jadi makwe/pakwe). kalau yang panggil ayang/syg, bolehlah moderate sikit... tapi paling takleh tahan, bila bahasakan diri mama, papa, daddy, mummy, B, etc... geli geli geli geli telinga... penah jugak, aku cabut earphone ni dari telinga... tak sanggup dengar....

bak kata kwan aku, panggilan macam nilah yang menyebabkan gejala sosial berlaku... rasanya, dulu, sebelum kawin, aku takdelah nak panggil ayah, mama, papa, etc... lebih senang ngan saya awak...

bukan raciple (racist dengan couple), jangan salah paham yeeeee.....

tuanpunyablog: taip padam taip padam... camni, bila nak abis... huhuhu

nak nasihat bagus, tapi.....

assalamualaikum...

aku terbaca status FB seorang sahabat yang terlalu marah dengan seseorang... sebabnya...

kawan dia ni menulis kat blog, pasal umah yang besar dan cahntek dan masuk dalam salah satu daripada rancangan pasal rumah-rumah ni, dalam blog dia (tak ingat rancangan apa dia tulis)... kemudian ada sorg manusia mana tah yang komen kat entry dia katanya

"duit yang banyak tu kan bagus kalau bersedekah, bukannya membina mahligai yang takkan kekal"...

marah sungguh kawan aku ni kat penulis komen kat entri kawan dia tu... erm...

sedangkan yang tak menulis tu marah, apa lagi tuanpunya blog tu kan? mesti marah giler... sebab dulu penah jadi kat aku jugak... so, aku paham apa perasaan dia... tapi bagi aku, org2 yang suka menunjuk dialah manusia paling alim/baik/soleh/solehah/pandai/bijak/etc kat dunia ni (dengan memberi nasihat tapi tak kena pada tempatnya), abaikan ajek... sebab bagi aku, kalau pun tuanpunya blog tu bersedekah, takkanlah nak heboh satu dunia kan, dengan menulis kat blog... satu lagi, biarlah dia nak buat apa dengan duitnya tu... bukan kita yang bagi makan kat dia... lainlah kalau dia guna duit kita, ye tak????

rasanya kalau kene kat aku (sebab aku penah buat entri pasal umah aku), mau aku jawab, perlu ke aku bagitau satu dunia aku sedekah sana sini??????? erm... sian tuanpunya blog tu....

tuanpunyablog: macam tak best jek nak buat nota kaki guna arbaie bujang kembali... huhuhu

Monday 7 February 2011

cecita ngan e-angan (perosak bahse sungguh)...

assalamualaikum...

banyak cita2 (angan2) aku semenjak balik kesini... antaranya:

1. nak p skul sektiap hari dari kol 8 pagi sampai kol 4 atau 5 petang... pastu sambung balik kol 7 sampai kol 12... kira bus yang paling akhir....
- angan2 je lebih... sebabnya, bangun pun kol 9 10 pagi... pastu nak masak lagi, nak mandi lagi, nak bekpes lagi... last2, kol 12 baru p skul... sampai2 terus bukak website2 yang takde kene mengena... macamlah kat umah takleh buat... huh!!!! nak p skul memalam? huh!!!! IN YOUR DREAAAAMMMMMMMM!!!!.

2. sampai umah dari skul nak nulis jugak, siap beli wireless keyboard ngan tikus takde ekor lagi...
- angan2 jugak... takdenya nak sambung nulis... baca apalah lagi... sebab dah terbiasa tak nulis bila sampai umah... nak tgk internet pun jarang2... la ni, dok sebuk layan movie, citer2 kat sky... huh!!! raja angan2 sungguh...

3. nak masak memacam, maklumlah, dah dok sorg....
-angan2 jugak... yang iyenya, sipat malas masih bermaharaja lela kat dalam diri... last2, masak nasi 3 pot, makan sekali nasi putih ngan lauk pepe (sambal ikan bilis, naget, ciken kotej yang boleh simpan sampai 3 4 hari) pastu goreng nasi tu leh tahan sampai 3 hari... jimat tak????

4. menguruskan badan
- ni pun angan2 jugak... takde maknanya... dah dapur bukan macam kat hall dulu... ada jek benda nak ngunyah... sib baik pasar malam takde, kalau tak, kompom aku jadi pengunjung setia...

5. nak abiskan phd sebelum akhir bulan 6 ni, meaning setelkan penulisan at least by end of may (jari bersilang)...
- taktau lagi angan2 atau cita2... nampak cam angan je... huhuhuhu

arbaiebujangkembali: macam nak ngumpul barang je lagi... almaklumlah, umah dah kosong... huhuuhuhu