Wednesday 25 September 2013

Ringan mata memandang, tak sama ringannya dengan bahu yang memikul

assalamualaikum,

----------------------------------------

seorang pegawai bawahan berjumpa dengan pegawai atasan untuk memohon perpindahan mengikut suaminya ditempatkan...

pegawai bawahan - biru
pegawai atasan - merah

assalamualaikum tuan, boleh saya jumpa sebentar?

waalaikumussalam... boleh... masuklah. ada apa yang saya boleh bantu?

saya nak mohon untuk pindah ke negeri lain...

atas alasan apa? 

suami saya bekerja di negeri X. jadi saya mohon untuk berpindah ke sana... 

zaman sekarang ni, ramai dah suami isteri bekerja jauh, demi mencari rezeki. biasalah tu... puan untung lagi, sebab masih di semenanjung, masih boleh melalui jalan darat kalau nak melawat. ada kawan saya tu, lagi sorang semenanjung, sorang lagi di sabah.. anak puan berapa orang?

tiga orang... 

kawan saya yang dok semenanjung - sabah tu, lagi lima orang anak... kesian saya tengok dia sebab berjauhan suami isteri. 

tapi saya ada masalah kesihatan tuan. saya selalu diserang asthma. 

bos saya pun ada asthma. 

kadang-kadang, sampai ke wad kecemasan, semput...

adik kawan saya pun selalu ke wad kecemasan, sebab semput. 

saya pernah masuk ICU tuan.

adik kawan saya pun penah sekali masuk wad kecemasan. puan tak mintak suami puan jaga anak puan jugak?

suami nak jaga. tapi anak saya ni takmo ikut.

saya rasa boleh jek. paksa je anak puan ikut suami puan. budak2 ni, kadang2 tak boleh dimanja. kita kene bertegas.

pernah suami nak bawak dia naik kereta, tapi dia meronta2 dalam kereta. risau jugak takut dia bukak pintu tu terjun.dia pun dah besar, 6 tahun.

isk, takkanlah dia nak terjun. saya rasa boleh jek bawak dia. puan tawakkal pada Allah.

erm... mmglah kita bertawakkal. tapi, kalau jadi benda tu jugak, camana?

ketentuan Allah lah tu... dah ajalnya... sapalah kita nak mempertikaikan keadaan tu kan.. Puan tinggal ngan sapa dekat sini?

dengan mak saya. 

anak puan sapa jaga?

mak saya...

owh, baguslah camtu. sekurang2nya, keluarga kita sendiri yang jaga. ada kawan saya tu, dahlah berjauhan suami isteri. pastu famili sendiri pun jauh. puan masih beruntung lagi. puan tak mintak suami yang pindah?

kami dah beli rumah kat sana. 

juallah rumah kat sana. beli rumah kat sini. puan cakap tadi, keluarga puan dan keluarga suami puan, di sini kan? senanglah selalu balik kampung, lawat mak ayah puan... 

suami ada kontrak dengan institusi tempat dia bekerja. sebab institusi dia yang sponsor dia belajar. jenuhlah nak bayar balik.

isk, gaji dah besar, takkan takleh bayar balik. berapa kene bayar balik?

setengah juta...

suami puan kerajaan ke swasta?

kerajaan.

owh, senang jek nak tukar tu... ada kawan saya macam suami puan jugak. isteri dia pun tak dapat pindah. suami dia pindah. dia deal dengan institusi yang dia nak pindah tu, mintak setelkan hutang dengan institusi lama. dapat. senang jek...

suami saya kata, nak lari, takut takde institusi yang nak buat macam tu. maybe kawan tuan tu, jenis yang bagus. suami saya, tak kompiden nak buat camtu. lagipun, takut takde bidang yang sesuai dengan bidang yang dia belajar. 

isk, memana pun sama jek. boleh jek kerja. rezeki kan di tangan Allah. kenapa nak memilih kerja berdasarkan bidang pulak? suami puan tak boleh macam tu. berapa lama dah berjauhan?

tiga tahun... 

owh, tak lama mana. kawan saya yang saya cakap tu, yang sabah semenanjung tu, lagi lama. 10 tahun. 

so, boleh pindah ke tak ni tuan?

sebenarnya, kami takde masalah. boleh jek. tapi negeri yang tak bagi masuk.

suami saya ke pejabat negeri, katanya, kementerian yang tak kasi.

eh, bukan kami tak kasi, maybe negeri yang tak lepas puan. 

saya pun dah ke pejabat negeri. katanya, mereka ok jek. 

mungkin daerah tak kasi lepas?

kawan saya ada di daerah. katanya, daerah tiada masalah.

kadang2, ada jugak ketua jabatan yang tak bagi lepas. 

kalau ketua jabatan tak bagi lepas, kenapa dia boleh bagi surat sokongan? 

erm... taktaulah saya. macam nilah puan, sabar je lah. kalau ada rezeki puan, dapatlah pindah. kalau takde rezeki, kene redha lah kan... bukan puan sorang jek yang mintak pindah, ramai lagi. sekurang2nya, puan masih ada banyak kelebihan, jauh2 masih disemenanjung, anak2 mak yang jaga, dekat dengan famili sendiri, dah ada anak. berbanding dengan orang lain, dahlah baru kawin, duduk jauh pulak tu, anak takde, sunyi, ada yang sabah sarawak semenanjung, mak ayah sakit nak jaga, dan macam2 masalah kronik lagi. puan kene banyak bersabar dan bersyukur kerana puan masih banyak bernasib baik daripada orang2 lain... 

yelah tuan, saya sabar je lah. kalau saya tak tahan, saya hantar surat berhenti kerja sahaja. senang. tuan senang, saya pun senang. 

-------------------------------------------------

adakalanya, agak sedikit terkilan bila diri sendiri tak kene, senang sahaja memberi nasihat dan membandingkan dengan orang lain yang adakalanya, masalah pun tidak sama, apalagi jalan kehidupan yang pastinya berbeza...

cerita ini ada yang benar, ada yang rekaan. buat peringatan diri sendiri, sebab adakalanya, mejadi kaunselor tak bertauliah, sering juga membandingkan kehidupan "pesakit" dengan orang lain yang adakalanya langsung tak dikenali...

tuanpunyablog: telan je lah apa orang nak kata... 

Wednesday 11 September 2013

hati yang penuh keladak

Assalamualaikum WBT;

suatu ketika dahulu..................., lalu terdetik di hatiku .................;

.................. ketika melihat orang menulis mengajak bersedekah dengan melampirkan gambar di FB resit sedekahnya,
.................. erm,... tak ikhlasnya... dah sedekah senyap2 jelah... ni pun nak bagitau satu dunia...

.................. ketika melihat orang mempamerkan kereta baru/ motor baru/ handbag baru/ atau apa2 sahaja barangan baru,
.................. isk, nak menunjuk lah tu... nak kata dia mampu beli semua....

................... ketika melihat seseorang menulis status tentang dia berada di masjid untuk solat subuh,
................... kan bagus tak payah update FB berada di mana. nampak sangat nakkan pujian manusia mengatakan bahawa dia tu alim... 

.................. ketika melihat seseorang mengajak melakukan kebaikkan berterusan,
.................. nak bagitaulah dia tu alim, bagus dan baik....

.................. ketika melihat orang meletakkan gambar anak2nya,
.................. nak bagitau satu dunialah tu, anak dia comel, macam dia sorang jek yang ada anak... 

.................. ketika melihat mereka memaparkan gambar2 peperangan di serata dunia, dan mengatakan dianya berada dalam keadaan sedih dan marah sebab orang lain seperti tidak ambil endah,
................. nak tunjuklah dia perihatin dengan masalah dunia... nak suh orang komen, dia bagus...  

................. ketika melihat dia mamaparkan pujian yang diberikan oleh orang lain,
................. nak bagitau satu dunia yang dia tu bagus...

................ ketika melihat paparan status FB nya yang kesedihan atas petaka yang menimpanya,
................ kalau sedih, kenapa mesti mengadu kat FB? kenapa tak mengadu dengan Allah???

................ ketika melihat paparan gambar sahabat mendapat anugerah,
............... simpan jelah gambar tersebut. kenapa mesti paparkan kat FB? nampak sangat nak tunjuk...

................ ketika melihat paparan status yang mengatakan dia tidak suka dengan gelaran Datuk yang diberikan,
............... nak bagitaulah dia seorang yang tawadduk (rendah diri)

................ ketika melihat orang memberikan ilmu melalui Quran/Hadith dalam FB,
................ main amik jek ayat Quran ni. buat penguat hujjah dia (padahal aku sendiri bukan arif dalam bidang tersebut)

................ ketika melihat orang memberi komen yang pelbagai disertai dengan fakta-fakta,
................ nak tunjukkan dia berilmulah tu. hujah penuh dengan fakta2.. tah betul tah tak....

................ ketika melihat komen yang menegur orang lain,
................ kan bagus cakap kat secara diam... nak tunjuk lah tu dia tu baik sangat.... 

............... ketika melihat orang menulis memuji dirinya sendiri,
............... amboi... show off!!!

................ ketika melihat sahabat yang dahulunya agak kurang elok akhlaknya, menulis sesuatu yang baik di FB,
................ tah ye tah tak dia dah bertaubat.... 

................ ketika melihat pelbagai post yang baik-baik,
................ erm... nak mengharapkan orang 'like' lah post dia lah ni... 

.............. ketika melihat wanita tanpa menutup aurat menuju ke masjid,
.............. takkan nak solat kot? aurat pun tak tutup...

............ ketika mendengar pak imam membaca surah yang panjang,
............ panjang pulak imam ni baca. nak bagitau lah yang dia seorang huffaz...

............ ketika melihat pasangan berlainan jantina agak mesra semacam,
............ ni mesti tak nikah lagi.... agaknya berapa kali dah ter'lepas'?

........... ketika melihat pelbagai ragam manusia,
............ pelbagai fikiran negatif menjelma...





Kemudian, seperti ada satu suara yang MENEMPELAK KU;


HEBAT KO JEP!!! HEBAT!!! AMALAN APAKAH YANG KAU LAKUKAN SEHINGGA KO BOLEH MENILIK, MENILAI DAN TAHU APA YANG ADA DALAM HATI SEORANG MANUSIA??????? (baca betul-betul ye...)

SESUNGGUHNYA HANYA ALLAH SAHAJA YANG TAHU APA YANG BERADA DALAM HATI MANUSIA LAIN, TERMASUKLAH HATI KITA SENDIRI...

tuanpunyablog: sentap dengan bisikan hati sendiri...

Saturday 7 September 2013

Antara yang baik dan yang lebih baik untuk dilakukan

assalamualaikum warahmatullah,

terbaca di suatu post rakan menulis yang lebih kurang begini;

"kadang-kadang manusia ni selalu salah faham dengan amalan-amalan yang mana perlu didahulukan terlebih dahulu. dahlah datang masjid lambat, lepas tu parking sampai block kereta orang lain nak keluar. takpelah, sangka baik, mungkin dia tidak berkesempatan untuk datang awal. habis solat jumaat, kot ye pun dah tau block kereta orang lain, keluarlah cepat sikit. tak payah nak zikir panjang-panjang, solat sunat bagai, sampai tuan punya kereta yang di block terpaksa menunggu sampai berpeluh. dahlah nak masuk keje kejap lagi. makan pun dak lagi... "

bila terbaca post ni, aku teringat kisah aku sendiri. biasalah, bila umur makin meningkat ni, rambut putih dah mula kelihatan secara jelas dikepala, macam-macam kisah kehidupan yang masa muda terkenang2 (alah, macam drama2 cekikrama tu, tetiba keluar flash back hitam putih)... maklumlah, masa tu agak jahil sedikit kan...

-----------------------------------------
suatu ketika di bulan puasa, aku solat tarawikh di bilik sendiri, kerana badan aku agak tidak sedap rasanya. dengan niat untuk tidak memperlihatkan amalan aku, aku mengunci bilik aku sebelum menunaikan solat isyak dan tarawikh. sementelah roomate aku tiada di bilik. mungkin menyinggah ke bilik rakan-rakan yang lain. maka, aku kompiden yang dia takkan balik bilik nanti, dan selamatlah ibadat aku tidak diketahui olehnya...

sedang aku solat (tak ingat solat isyak atau terawikh), tiba-tiba;

tukkkkk tukkkk tukkk (bunyi pintu diketuk)... terdengar pula seperti tombol dipulas...

"la, sapa pulak kunci pintu ni?" kedengaran suara roomateku diluar pintu tersebut...

"Jep!!! Jep!!!" dia bersuara sekali lagi sambil mengetuk pintu sekali lagi...

Rasa sayang untuk membatalkan solat tersebut... aku teruskan jua... tiada jawapan dariku, maka dia terus meninggalkan bilik kami...

usai solat, aku teruskan lagi untuk solat terawikh....

sedang bersolat, terdengar lagi roomateku kembali mengetuk pintu untuk masuk. kali ini nampak seperti dia cuba mengintai dari lubang bawah pintu... kemudian diketuk sekali lagi sambil menjerit namaku dan mengetuk bertalu-talu....

aku teruskan jua solatku....

ketika sedang solat untuk rakaat yang kesekiannya, sekali lagi terdengar seperti orang memulas tombol pintu untuk memasuki bilik tersebut. kali ini, hanya tombol dipulas dan pintu di ketuk sekali....

"Jep.... owh jep...." sekali lagi seperti terlihat bayang2 nya mengintai di bawah pintu.

aku teruskan jua solatku....

sehinggalah aku usai solat, baru ku buka pintu bilik tersebut... ketika itu, lega sebab aku berjaya melakukan solat tanpa sesiapa mengetahuinya....

---------------------------------------------------

Bila dikenang balik, betapa rasa bersalah sehingga kini...

Allahuakbar,

ketika itu aku tidak tahu membezakan mana satu yang baik, mana satu yang lebih baik untuk aku kerjakan...

aku lupa bahawa niat dan matlamat tidak pernah menghalal kan cara....

aku lupa bahawa ibadah yang ku kerjakan itu hilang bila melibatkan orang lain merasa susah...

aku lupa bahawa Islam itu sangat indah sehingga perkara sekecil2 pun kalau dilakukan tanpa menyakiti orang lain akan mendapat ganjarannya...

aku juga lupa sia2 sahaja amalan kebaikan yang dilakukan jika menyakiti orang lain,...

maafkan aku wahai sahabatku...

maafkan aku.... huhuhuhu

tuanpunyablog: mengenang kisah silam... 

Friday 6 September 2013

hidup diatas doa orang lain

assalamualaikum warahmatullah...

suatu ketika, aku pernah berborak dengan salah seorang sahabat aku...

aku - biru

sahabat aku - merah

------------------------------------------------------------

aku tengok ko ni kan, X, senang jek masuk rezeki. yelah, habis jek blajar, grad, terus dapat kerja. pastu kawin, tak lama lepas tu, dapat anak... pastu dapat anugerah macam2, terkini, dapat kenaikan pangkat... senang btol rezeki ko ek...

alhamdulillah... bukan 'hasil' aku pun... 

apa maksud bukan hasil ko?

{senyum} erm... maksud aku, walaupun aku banyak doa, tapi aku tak fikir doa aku tu yang paling makbul... ada orang lain yang doakan aku...

yelah, mak ayah ko... doa ibu kan makbul...

tu salah sorang jugak. tapi aku dapat rasakan bahawa ada orang lain yang doakan aku... kalau aku cerita, ko jangan bagitau sesapa k. 

blog boleh? 

boleh, tapi pastikan ko tak mentioned nama aku... biarlah hanya aku dan Allah sahaja yang tau... dan terkini ko... 

erm... orait,... no problem... 

masa tunggu result SPM tu, aku kejelah sekejap. selalunya aku akan solat kat surau kompleks belibelah tersebut. ada satu hari ni, lepas aku solat, aku disapa oleh seseorang...

(sahabat aku ni, cerita dalam bentuk dialog, so, aku pun buatkan dalam bentuk dialog)...

Orang itu: OI
Sahabat aku: SA
---------------------------------------------------

OI: assalamualaikum... bang, mintak maaf ganggu... nak tanya ni...

SA: {senyum}. waalaikumussalam... kenapa ye?

OI: saya sebenarnya dalam keadaan terdesak. saya datang sini dari ******** nak cari kerja dengan member saya. tapi, masa turun kat Pudu tu, saya beli minuman, lepas tu, saya baru perasan wallet saya hilang. sekarang ni, saya dah macam patah kaki... rasa macam nak balik ke *********. tapi nak balik, saya takde duit dah. abg tau tak mana2 yang boleh saya mintak bantuan?

SA: erm... saya taktau sangat sebenarnya... dah repot dengan polis? 

OI: dah... tapi tulah, dorang pun tak boleh buat apa2... sebab banyak sangat kes kat situ. saya pulak, baru pertama kali jejak di KL ni. taktau sangat jalan2 kat sini. saya cuba jugak naik pejabat agama, masa jalan2 ke sini, tapi dorang cuma jawab yang saya layak (lebih kurang lah). pejabat zakat pun saya naik jugak... pun dikatakan tak layak...

SA: biasalah bang... depa kan ada prosedur. so, nak mintak macam tu, mmg tak boleh macam tu jek. dia takut jugak yang menipu..

OI: dah tunjuk pun surat repot polis tu... takkan nak kata saya menipu lagi...

SA: erm... taktau nak cakap bang... abg tak kol ke member abg tu? kot2 dia tengah tunggu abg...

OI: nombor telefon dia pun dalam wallet saya tu. dia cuma pesan, kalau dah sampai, dia suh kol (zaman dulu, mana ada hs kan)... tapi nak kol camana? dah walletnya hilang,...

SA: abg datang sini camana, dari pudu tu?

OI: jalan kaki... terpaksa. masa hilang wallet tu, cuba jugaklah cari jalan ke pejabat agama, pejabat zakat... jalan2, tau2 dah sampai ke ********* ni. kebetulan dah zohor, teruslah masuk ke sini, kot2 ada surau... tahlah bang, saya pun dah mati akal ni... rasa macam nak balik terus jek ke negeri asal. nyesal tak sudah sampai ke sini...

SA: Jauh btol. erm... tiket balik ********* berapa ringgit?

OI: RMXX. 

SA: macam nilah bang... saya bayarkan dulu tiket abg ni. ada lebih ni, abg buatlah belanja makan. sian abg tak makan2 sejak sampai sini pagi tadi. 

OI: isk, banyak ni. makan pun tak sampai banyak macam ni (mata mula berkaca).

SA: takpelah... amiklah... buat belanja on the way balik ke Pudu ke...  

OI: abg bagi alamat abg. takpun, no akaun abg. nanti saya bayar balik duit abg ni... banyak ni... 

SA: isk... takyahlah susah2... takpelah... anggap jek rezeki abg tu... erm... oklah... saya pun nak naik atas ni. sambung keje... waktu rehat habis dah ni,... 

OI: owh, alhamdulillah... alhamdulillah... alhamdulillah... terima kasih banyak2 bang... 

------------------------------------------------------------

camana ko tau yang dia tu tak menipu ko?

tah... aku pun tak tau kenapa aku senang jek nak bagi duit kat dia... tapi aku rasa kes dia tu, kes yang betul... 

camana ko tau? 

mata dia... sebab, lepas jek aku bagi dia duit tu, berair mata dia... masa aku pakai kasut, aku cuba pandang balik dalam surau tu. tengok dia tengah solat. padahal sebelum tu, dia dah pun solat zohor.. kalau btol dia nak menipu, logically, takkan mata dia berair... dan takkan dia solat lepas dapat duit tu? satu lagi, nampak muka dia berseri dengan kopiah dikepala... 

erm.... btol jugak kata ko... cumanya, aku musykil... camana ko tau dia doakan ko?

tah... gerak hati aku ni kuat mengatakan bahawa dia adalah antara orang yang mendoakan agar rezeki aku murah sentiasa... dan perasaan tu semakin kuat lebih2 lagi bila aku teringat perjalanan hidup aku, dan aku cuba bandingkan dengan kawan2 aku... 

betul jugak kan... mungkin btol agakkan ko... lagipun, doa orang yang teraniaya akan diterima Allah tanpa hijab. tak luak mana pun rezeki yang dilaburkan dengan ikhlas kan... kalaulah aku boleh ikut cara ko... erm....

{senyum}

tuanpunyablog: malas btol nak menulis chapter in book ngan monograf. huhuhu