Tuesday 29 March 2011

pengajaran daripada kegagalan bercakap masa presentation (panjang kan tajuk aku???)

assalamualaikum... semalam merupakan presentation aku untuk BBS PhD Symposium, acara tahunan tuk skul aku present research memasing. ni masuk kali ke empat ni. kalau ikutkan, 3 kali jek. tapi disebabkan aku terlalu 'sayang' nak tinggalkan brunel ni (supaya brunel tak kecik ati), maka aku pun stay lah sini lelama... actually, nak cerita... kebiasaannya, aku preparelah apa yang aku nak present... tulis2 apa2 yang patut,... tapi tuk kali ni, aku buat endah tak endah jek. slide pun aku buat itam putih jek... sebenarnya, aku lebih berminat tuk abiskan penulisan aku. tapi, takpelah. present jelah... tup2, bila present, banyak yang aku sangkut. aku rasa audience tak paham apa yang aku cakap... tapi chair tu tanya, apa contribution aku research tu... rasanya aku dah terangkan tapi kenapa depa tak paham2... pelik sungguh... last2, depa yang bajet sendiri apa contribution aku... bila aku kenang balik, n bincang ngan kengkwan aku, aku tahu kenapa aku kene serang camtu... sebabnya, aku present eksperimen lebih banyak daripada aku present framework yang sepatutnya menjadi contribution aku... memula, aku down jugak, pastu, bagus jugak jadi camni... yang pertamanya, mengingatkan aku supaya tak terlalu berlagak eksyen angkuh sumbung jalan tak jejak bumi (kaw kaw punya kutuk diri sendiri).... sebab kalau over kompiden, nilah jadinya... harap2 dalam viva (bila???? tah... aku pun taktau) tak jadilah hendaknya... tapi aku baru jek tau camana viva tu... bukan based on presentation... lebih kepada discussion. kita duduk depan, examiner kat depan kita, akan terus tanya soklan... camtu, aku lega sikitlah kot. sebab aku tak akan jadi salah present nanti... bak kata sv aku, katanya, at least kita tau apa nak tekankan dalam presentation supaya org tau apa yang kita nak sampaikan sebenarnya... so, betollah kata org lelama: kegagalan tu lah sebenarnya kejayaan yang sebenar... aku rephrase ayat ni, sebabnya, kalau kita sokmo berjaya, masa depan nanti kemungkinan besar kita akan buat silap... sebab takde pengajaran yang kita amik daripada kejayaan tu... pengajaran jadi kita makin over confident dan eksyen adalah kot.... kan???? tuanpunyablog: pestaim dalam sejarah semenjak aku buat reserach ni, jumpa sv lebih daripada 45 minit... either sv tak paham apa aku terangkan atau aku tak paham apa yang dia tanya... huhuhu

Friday 25 March 2011

out of coverage

assalamualaikum...

alhamdulillah, syukur sangat kepada Allah kerana telah mengurniakan ilham dan pemahaman yang kuat untuk aku memahamkan bagaimana nak buat sistem dynamic (salah satu elemen dalam research aku). rasanya, ilmu yang aku perolehi daripada seorang teman ni, tak dapat aku balas walaupun setinggi gunung. rasa sangat2 terhutang budi dengan nya... doa aku, agar temanku ini dikurniakan ilham penyelesaian atas segala masalah yang mendatang, dimudahkan segala urusannya, serta dikurniakan Allah rezeki yang melimpah ruah. aaaaamiiiiinnnnn....

nway, aku dah kembali ke uxbridge... setelah dua hari berada dalam diluar kawasan liputan. nak cerita betapa 'hebat'nya dan bombastiknya english aku... masa berada dalam kawasan liputan tu, ada sorg kol aku...

"Hi Jep, I'm calling from agent heart. we have viewing session tomorrow at 5.'

dengan kompidennya aku menjawab,

'Its ok. i'm out of coverage right now'.

dia tanya balik,

'Out of coverage?????'

sedar dengan kesilapan aku (sebab selalunya dalam bahasa melayu, kalau kengkwan tanya aku ada kat opis ke tak, kalau takde, aku akan jwab, berada dalam kwasan liputan. cuba translate... ikutkan, btol lah kan???) aku pun menjawab...

'oh, i mean, i'm not at uxbridge'.

bombastik fantastik futuristik tak ayat english aku? kalau viva kompom examiner tak paham... huhuhu....

tuanpunyablog: terdengar sinar tadi... pasal keputusan SPM. bila balik mak tanya, kenapa takde A? maka jawab si anak, A dah abis... sebab tu dia bagi B. idea bagus ni... boleh jadikan bahan mendefendkan diri...

Friday 18 March 2011

jangan suka komen org...

assalamualaikum wbt...

idea tersekat... so, beralih pada penulisan blog...

banyak yang aku belajar daripada melihat gelagat orang lain... antaranya:

jangan suka komplen atau cakap tak suka apa2 sahaja yang di post kat facebook, blog, or wat ever (cara kasar, suka hatilah nak tulis apa pun kan???)... sebabnya, secara sedar atau tidak kita pun akan terikut2 jugak... bila peratikan, aku perasan adalah segelintir orang yang dulunya meletakan status lebih kurang begini...

'aku tak paham sungguh orang letak status yang tah apa2... gambar pun sama, letak gambar anaklah, letakkan status or gambar yang lebih berinformasi sikit'...

tup tup, dia tiga menjak ni, aku tengok... rajin pulak dia update status dia bosanlah, dia ngah makanlah, dan macam2 lagi status dia tulis... yang aku rasa, takdelah berinformasi sangat pun... tak suka orang letak gambar yang bukan berinformasi termasuk gambar anak2.... tup2, dia pun letak gambar anak dia....

ada jugak yang memperli atau meng'sarkastik' bila salah seorang kata, pesbuk ni macam diari harian, apa kita buat, kita kat mana etc... maka dia pun balas komen member dengan berkata

'baik pos status, hari ni aku pakai spender warne merah, kuning etc'...

aku tak nafikan, dia ni jarang jugaklah nak update status, sebab tu kata camtu... so, aku takdelah kisah sangat dia cakap camtu. tup2, ada dua tiga hari, tetiba keluar status dia, 'harini sorg... takde sapa teman...', esoknya, post lagi status dia...

sebab tu aku selalu nasihatkan kat diri sendiri, tak suka mana pun orang pun, kalau boleh, aku taknak komen kat tuanpunya akaun atau apa sahaja... biarlah aku cakap tak puas hati kat aku sendiri jek... sebabnya, aku tak pasti samada aku akan buat atau tak benda yang aku cakap tak suka... at least, kalau aku tak zahirkan apa yang aku tak suka and tetiba aku buat takdelah aku macam percikkan air kat muka aku kan?????

tuanpunyablog: maaf kepada sesapa yang terasa... sekadar mengingatkan diri sendiri...

Thursday 17 March 2011

tetiba ada sambungan cerita bird shit ni...

assalamualaikum wbt...

sambung ceciter aku kat bawah ni... kebetulan lak ada sambungan... dengan tetiba (seram tak???)...

aku pun letaklah status aku kat FB yang berbunyi

'wahai burung sekelian alam, apakah salahku sehingga kau berak diatas kepalaku... huhuhu'

maka bergemalah ketukan2 dinding (wall) dengan kicauan komen2 daripada sahabat2 ku... ada yang kata nak dapat rejeki lah, ada kata musibah lah, ada kata suh bawak tisu lah etc... tapi banyak yang kata akan dapatr rejeki... yelah, kira hadiah daripada kene musibah...

nak dijadikan cerita (nama pun cerita ye dok???), dalam kol 11 lebih aku dikejutkan dengan bunyi sms... titt titt... bila bukak, no macam no henpon... smsnya bertulis begini...

'our records indicate you may be entitled to £3750 for your accident. to claim for free reply with YES to this msg. To opt out text STOP.'

pk jugak aku (takdelah pk sebab taik burung tu jatuh atas kepala aku dapat rejeki terpijak ni), nak reply ke tak... sebabnya, takut scam jek... kene berhati2 jugak sebab dah selalu sangat kene camni... pastu dok pk, kalau dia suh aku bagi no akaun, aku suh jelah dia antar cek... kalau dia refused, maka taulah tu scam... jadinya, aku pun reply 'YES'...

tak lama lepas tu, aku pun dapat kol... bila diangkat, terus org disana cakap...

bla... bla... bla... bla... bla.... (tak paham apa dia cakap, sebab laju beno)...

pastu aku tanya camana dia leh dapat rekod aku n camana tau aku penah eksiden? dia pun terangkan balik.... bla... bla... bla... tak dapat tangkap jugak apa dia cakap... cuma yang aku dapat tangkap, claim yang dia akan buat, free... kita takyah bayo pepe...

dah terangkan memacam... pastu dia tanya aku...

'so, have you experienced any injuries during the accident?'

'no, i don't,' jawab aku sambil senyum...

dia cakap apa tah, terus putuskan talian... chet!!!! hampeh punya org...

moral of the story: nak dapatkan duit bukannya senang cam tu jek... apa daaa...

tuanpunyablog: banyak lak benda nak cerita rini...

nasib kurang baik rini

assalamualaikum wbt...

hari ni semangat sungguh nak ke opis... dah plan dah nak buat apa... since dah terbangun kol 530 pagi, lepas subuh, takleh tdo plak. maklumlah, tdo awal malam tadi... awal tak awal lah jugak, lebih kurg kol 10 jugak.... dah plan lagi nak buat apa rini... sebab model tak reti nak buat, so aku kene divert keje aku ke bahagian lain dulu... model tolak tepi sat...

pukul 730 pagi aku dah kuar rumah... selalunya dekat2 kol 8 baru aku kuar. tapi, semenjak dinafikan untuk menaiki bus oleh pemandu bus sebab bus penuh dengan bebudak sekolah, maka aku kene tekad, nak kene kuar awal2... maka, seboleh mungkin setiap hari aku akan keluar sebelum kol 8...

tengah2 berjalan ke bus stop, tetiba terdengar bunyi2 burung beterbangan.... maka terlintaslah dalam hati aku, sib baik tak berak... kalau tak, jenuh aku...

sedang berjalan2 dengan riang sambil cakap sorg2 n test mata (taktaulah sampai bila pandangan aku leh cerah camni), sampai satu simpang... tetiba, ada seperti sesuatu yang jatuh keatas kepalaku... bila lap2 muka, hampeh!!!! bird shit (betol kot naaaa, aku sebut)...

maka mulalah aku mencari mana2 daun yang boleh aku petik tuk lap muka aku ni... tisu pun takde... kertas, lagilah takde... bawak air, tapi air sirap... takkan aku nak lumurkan dengan air sirap lak kan... nak masuk kedai, kedai tutup lagi... last2, petik jek memana daun kat situ, lap lah sikit2... pastu nak cari cermin, nak jek aku p kat memana kete... tapi bila pk, kang tak pasal2 kene tangkap sebab aksi2 mencurigakan, jenuh gak... lebih baik aku lap jek seluruh muka aku dengan daun2 yang ada... yang ada pun, daun2 kering kat bus stop tu... mana taknya, blom masuk spring lagi... daun2 pun segan nak keluar... bak kata org tetua, tak dapat gading, tanduk pun berguna... maka guna jelah apa yang ada... lap2 lah muka aku sambil tengok2 kot ada bus... dah abis lap, bus pun datang... sib baik sempat lap muka aku tu... walaupun ngan daun2 kering... huhuhuhu....

tertanya2 jugak kengkadang... lintasan hati aku ni, kalau aku tak nafikan cecepat, mesti jadi punya... contohnya, semalam... lepas si nazree mandi, aku pun masuk bilik air tu... aku tak kunci bilik air tu, sebabnya, kuncinya tak betol... kang tak pasal2, terkurung aku sorg2 kat dalam bilik ayo tu.... lepas tutup pintu, tengok ada baju dia tertinggal. terlintas kat dalam kepala aku, sat g mesti dia masuk ni... ngah 'termenung', hah!!!! mmg btol dia masuk... mujurlah dia bukak pelan2 n aku sempat capai tangan kat pintu sambil duduk 'termenung'... sib baiklah, antara tempat duduk termenung ngan pintu tu tak jauh... kalau tak.... huhuhuhu...

demikianlah cerita nasib kurang baik hari ini... terima kasih sebab meluangkan masa anda membaca... (baru perasan aku tak penah ucap terima kasih kat org yang membaca tulisan hati aku ni ek...)

tuanpunyablog: ngah lap2 muka lagi ni..huhuhu.

Wednesday 16 March 2011

jalan yang gelap akan terang jugak akhirnya (cam tajuk lagu plak)

assalamualaikum...

tetiba terasa nak menulis lagi... maklumlah, masa banyak n lapang sangat kan, sebabnya dok buat sistem dynamic punya model, tak abis2... bab2 teori, mmg no 1... tapi bila masuk pektikal (nak masukkan model tu dalam software), mulalah jadi bengong... tetiba jek kan...

erm.,.. apa nak cerita rini???

ada sorg student yang baru masuk kat sni... assume barulah ek, sebab aku kurg kenal n tak penah nampak dia melainkan semenjak aku balik ke cni... maybe masuk dalam bulan 1 lah kot... dia ni kan, mengingatkan aku pada 3 tahun yang lepas, iaitu masa memula masuk kat cni...

masa memula masuk brunel ni, macam tulah aku... dok pulun print paper, pastu cuba baca, pastu tak paham, terus letak tepi, bukak benda lain, pastu sambung baca... tak paham ayat, tutup balik... cari artikel lain, print... baca sikit, takpaham, tutup... balik... tdo... tgk website... etc... so, bila tgk dia ni, rasa macam mengimbau kenangan dulu lak... lagi2 bila tgk dia dok baca jurnal, pastu kejap2 bukak benda lain kat pc, pastu sambung baca... erm... lebih kurg akulah dulu tu... so, aku pun cakaplah kat dia (dalam hati jek aku cakap, macamlah aku ni peramah sgt)...

'takpe2... memula mmg camtu... tensen... sebab asik jalan gelap jek jumpa, takpun, sesat jalan tah mana2... maklumlah, taktau lagi nak nuju jalan yang btol2 minat kita... lelama, jalan2 ko nanti akan terang... biar masa yang menentukan k... samada cepat atau lambat, jangan risau OK?...'

hebat tak aku bagi nasihat?

huh! chapter belambak lagi tak abis nulis... ada hati nak bagi nasihat... pooooodaaaaaahhhhhhhh cit!!!!!

notakakiayam: jalan = bidang

tuanpunyablog: layan sedu... huhuhu

Tuesday 15 March 2011

semuanya dia yang buat...

assalamualaikum...

tetiba jek terasa nak menulis... sebabnya... aku dok blajar nak buat model pakai software ni, sampai sekarang tak siap2 lagi... flow paham dah... nak masukkan dalam software tak reti plak... nampaknya, takleh abis jugak dalam tempoh extension ni, bak kata sv aku... erm... takpalah... buat jelah sampai dapat... janji aku dah tau apa aku nak buat... abis cepat ke lambat ke... biaq p lah... huhuhu

nway, rini tetiba aku terbaca status pesbuk salah sorg junior sekolah aku kat samttaj... tergelak aku sampai sekarang bila baca status dia tu... begini statusnya (lebih kuranglah yek, setelah diedit mana2 yang patut)...

'semalam kan aku demam, so aku pun p jugaklah opis sebab ada benda nak kene setel. lepas p opis, barulah aku p kenek kat bawah opis tu. suka p sana sebab staff kat sana semuanya mesra alam. tetiba aritu ada sorg pompuan india yang macam doktor gayanya. aku bajet, mesti ada doktor lain yang ada dalam tu. lepas isi borang, aku pun duduk. bila pintu terbukak, tengok2 pompuan india tu jugak yang panggil masuk dan dia jugak yang buat check up. pastu, bila dah abis check up, dia suh tunggu kat luar. tak lama lepas tu, pompuan india tu jugak yang muncul kat kaunter nak bagi ubat. huh!!! terasa macam citer kelakar seram lak... bila tanya, rupanya, semua staff dia amik coti serentak...'

lawak jugak aku baca ni. tergelak2... ada jugak kenek camni ek... dok kat kenek sorg, dialah kerani, dialah nurse, dialah DR, dialah bagi ubat dan dialah yang bancuh ubat... tapi baik btol bos camni... bagi semua staff cuti serentak...

sebut pasal kenek ni... aku paling tak suka healthcare management kat UK ni... tensen... semuanya akan baik sendiri... semuanya natural, takyah ubat. bayangkan, org demam, selsema dah dekat seminggu sampai sora takde, lembik badan sebab tak lalu makan, boleh dia kata akan baik sendiri... ritu aku ada cerita (ye ker? malas nak semak balik entri2 aku sebelum ni) member aku yang sedang demam bertungkus lumus nak siapkan chapter2nya, demam, sampai melutut merayu kat DR supaya bagi dia antibiotik... sian sungguh... dan aku lupa ada sorg member aku lagi kat UK ni, seminggu demam sampai lunyai dah badan... sanggup balik malaysia semata2 nak dapatkan ubat... sian sungguh...

mujurlah anak2 dan famili aku semuanya dah ada kat malaysia... senang nak p kenek kalau sakit... aku tak nafikan ada baiknya natural2 ni, tapi kalau dah setengah mati dok tahan demam tu, baik dengan natural amendanya.... kan?????

tuanpunyablog: rini umah damansara meriah ngan bebudak. kakak aku (2 hero 2 heroin), zah (1 hero 2 heroin) ngan adik aku (1 setengah hero) dok berkumpul semuanya... erm... miss them sooooo much!!!!

Monday 7 March 2011

cerita pasal anak2 pulak

assalamualaikum...

minggu yang sungguh sebuk dengan penulisan. alhamdulillah, kalau idea nak mai tu, dapat banyak jugaklah tulis. tapi kalau tak datang tu, nak dapatkan satu ayat yang cantik pun payah. so, jalan penyelesaian nya, menulis kat blog... ada gak bahan bacaan tuk org ramai... tak kisah berapa ramai, nak baca silakan... taknak, cheq tak sughuh pun naaaa...

nway, entry kali ni nak cerita pasal anak2 pulak... nama pun cerita tentang kehidupan kan... nak cerita pasal ilham dulu... menurut reporter tetap aku, si ilham la ni dah pandai dok lepak kat kedai kopi aka warung aka kedai sembang2 kat umah sebelah... umah sebelah tu dok bukak kedai time pepetang. so, si ilham ni, agaknya sebab ada 2 3 org bebudak kat kedai tu, dia pun melepak sekali kat situ. memula macam tak caya zah cerita, tapi bila tgk gelagat ilham ni, ngan dia, apa2 pun leh jadi. kalau takde org kat kedai tu, dia dok ngintai2 dari laman depan umah, disebalik pokok2 tu... kalau dah ada org, barulah dia p. kengkadang tu, bila dah sampai, dok melangut dok depan meja warung tu... sib baiklah makcik jiran sebelah tu ajak dia duduk, n amikkan apa dia nak. biasanya, jajan, air, pastu kalau ada pau, makan pau. sampai bila? selagi tak dijemput oleh makwan nya aka mak zah, alamatlah dok situ sampai kedai tutup. hehari, abis jugaklah dua tiga hengget. takpelah, dia beli benda makan pun, bukan mainan ye tak? sib baik jugaklah makcik tu rajin melayan n bagi jek apa dia nak. nanti kalau makwan nya takde duit, ummi dia jadi mangsa kene p bayar. tapi sebab ummi dia malas nak keluar, maka duit tu bagi kat ilham jek, suh bayar kat makcik tu. erm... boleh ajar dia beli barang jugaklah kan, walaupun tak reti kira lagi...

kengkadang sian jugak, sebab aku rasa, dia p warung tu, sebab nak berkwan kot... kawan tak ramai, kalau sepupu sepapat belah zah balik, barulah ada peluang nak memain. tu sib baik dok banting, bayangkan kalau duduk kat damansara, alamat jadi perintah berkurunglah jawabnya...

*ni gambar latest masa bru balik dari warung. beli jajan ngan air sarsi. abis dua hengget. yang tak tahan, gaya over. ngan shpek itam lah, ngan cap thomas dia lah... selipar jek gajah... mana tah p selipar dia yang kecik tu...

sikembar lak, alhamdulillah... dah mula belajar tuk meniarap... sungguh lambat. tapi takpelah, as long as depa ada perubahan n boleh buat apa yang biasa kanak2 buat, walaupun lambat, tak kisah. sebab perkembangan kanak2 bukannya sama, ada yang lambat ada yang cepat. so, aku takdelah risau sgt. sebelum balik cni lagi, izzah dah mula nak meniarap (ada org yang dah 'lama' dok london, sebut 'menyarap' :D). cuma takleh jek. aku tolak bontot dia pun takleh jugak. la ni, alhamdulillah, boleh dah. lima bulan, baru leh meniarap. wondering jugak, umur berapalah nanti boleh berjalan???? penatlah ummi ngan walid nak berdukung jek... umminya bukan larat sgt nak dukung. kene walidnya jugak. tapi masalah kalau walid kene dukung sekali dua... mau kurus (gemuk balik kot sebab topup 2x ganda) dibuatnya... nak bawak stroller yang sebesar bagak tu pun, nak kene pk 2 3 kali. lagi2 kebanyakkan pasaraya payah nak jalan ngan stroller sebagak tu... ermmm... izzah... iffah... cecepat jalan ye.... senang sikit walid ngan ummi nanti...

*boleh beza tak? alhamdulillah, dapat gambar ni, aku still leh bezakan mana satu izzah mana satu iffah. iffah kepalanya kecik sikit berbanding ngan izzah. so, mana satu iffah mana satu izzah ni? tekalah sendiri yek...
tuanpunyablog: alhamdulillah... semalam takde hasil, at least rini dapatlah beberapa muka surat...