Wednesday 11 December 2013

bahana bila memberi pandangan tanpa bertanya terlebih dahulu

assalamualaikum,

baru2 ni dapat email daripada salah seorang calon PhD yang sedang menyambung pengajian di universiti XXXXXXXXXXXXX (biar korang takleh detect uni apa ni). kemudian, dia berminat nak apply system dynamics methodology dalam research yang dia tengah buat (setelah dia baca tentang tulisan aku pasal SD ni - ini linknya). nilah namanya the power of blogging in promoting something (terspiking lak)...kemudian, aku pun bagi segala notes yang ada pada aku, sementelah aku mengajar undergraduate kat sini. sesambil tu, bagi sedikit penerangan dan galakan pada dia supaya dia teruskan lah buat SD. tak lama lepas tu, dia msg aku sekali lagi, katanya dia stuck dalam nak buat equation. aku mintak dia hantar model dia kat email, nanti aku bagi komen. lepas dia hantar, maka, dengan sedikit ilmu yang aku ada, aku pun bagi  pandangan seikhlas mungkin pada dia. bila dia reply email balik kat aku, rasa bersalah yang amat2 sangat...



aku rasa bersalah sebab aku teringat kes aku dulu. masa present 3rd year kat BBS PhD Conference, salah seorang penilai kata kat aku bila aku kata aku dah hampir cukup tiga tahun,

"I don't see any contribution to your PhD topic. You use software to model the case, case study is secondary data, so, where is your contribution???"

masa tu, muka aku mula merah, jantung berdegup kencang, rasa nak menangis pun ada (walaupun masih senyum) dan cuba bagi jawapan yang relevant pada soalan yang diberikan. lepas presentation tu, aku terus balik umah tenangkan fikiran...

silap aku bila aku reply kat calon phd ni, aku mintak dia tukar method, instead of SD sahaja, suh dia buat hybrid (discrete event simulation + system dynamics). sebab aku risau contribution dia tak cukup.  lupa pulak aku nak tanya ngan dia dia bgerada pada tahun keberapa.... Allahuakbar... rasa bersalah tu, jangan cerita lah... silap aku tak tanya dia dulu... bila dia explain masalah dia (panjang lagi email dia, tapi korang takyah lah tau apa masalah dia), baru aku tau dia tahun keberapa... kesian pun ada... lalu, aku cuba hantar email balik kat dia...

"Thanks sebab cerita pasal masalah ====. well, I understand that. bukan saya tak pernah buat phd, dan bukan saya tak tau masalah2 yang timbul masa buat phd tu. actually, saya dulu, tahun satu dan dua, langsung taktau apa2... masuk tahun ketiga baru nampak nak buat topic apa yang besar, tu pun lepas tgk senior punya thesis. dia buat framework of hybrid technique on healthcare cases. mujurlah sv saya jenis yang sempoi, walaupun saya cerita benda yang sama je (progress) kat dia setiap minggu (mmg kene jumpa setiap minggu dan dia dah setkan appointment), dia masih bagi lagi pendapat. sampai satu tahap tu, saya rasa macam nak quit jek. so, bila cerita, dia suh cari dalam bidang lain pulak. sepanjang dua tahun tu, paling lama saya jumpa  sv saya ialah 10 minit. tu paling lama tu. belum tolak dengan gagap English tegar. saya jenis yang cepat putus asa, baca sikit, tak paham, terus tutup buku. dan dalam masa dua tahun tulah saya hanya produce LR sahaja.. tu pun, main salin jek point2 yang dirasakan penting. kemudian, bila dah tgk thesis senior, barulah dapat idea (besar) nak buat apa. start pertengahan tahun ketiga, baru saya dapat fokus topic (tak specific lagi), buat hybrid dalam healthcare processes in UK. kemudian, bila dah habis tahun ketiga, waktu tu buat tambahan 6 bulan (family balik Malaysia) barulah saya pasang gear lima. dan alhamdulillh, masa tu beru clear betul2 nak buat apa. dan within 2 - 3 months, saya boleh tulis chapter 3 - 7 without specific results (sebab tak belajar lagi camana nak buang SD, teori tau dah). Alhamdulillah, sebelum balik Malaysia, sempat hantar draf tuk sv check, dan betulkan kat Malaysia. ==== boleh bayangkan, la ni, sapa lagi lembab? lembab2 ====, sempat jugak hantar paper present. ada jugak hasil. saya ni, sampai ke tahun 3, baru present. tu pun, present abstract sahaja dan poster. tak pernah hantar paper. nak masuk akhir tahun 3, baru hantar full paper, tu pun LR sahaja. dah habis phd (lepas viva setahun), baru present hasil kat conference.  mujurlah uni saya tak perlu nak present proposal defend. kalau kene, jenuh saya kene balik Malaysia. saya paham, buat phd ni, banyak sangat dugaan nya. "

Alhamdulillah, bila dia dah baca email aku, dia kembali semangat balik nak teruskan jugak dan akan tengok balik model tersebut dan betulkan... samalah macam aku, lepas aku kene "hentam" ngan penilai presentation aku tu, bila jumpa SV aku, dia yang bagi semangat balik kat aku...

"It's OK, they don't know what you're doing"

baik sungguh SV aku ni, walaupun dia tau MEMANG btol apa yang penilai tu cakap, tapi still bagi galakan dan motivasi kat aku yang lembab banyak ni...

So, to Puan X;

PhD bukanlah gelanggang untuk belumba siapa yang siap cepat atau siapa yang siap lambat. PhD adalah gelanggan untuk kita mempelajari segala ilmu yang boleh kita kecapi... Untung sabut timbul, untung batu tenggelam, untung tuntung-tuntung, tenggelam timbul (macam aku)... 

tuanpunyablog: woit!!! bila nak setelkan geran LEADs ni??????? - cakap depan cermin-

Saturday 30 November 2013

Profession Pensyarah: Best & Tak Best

assalamualaikum...

lepas aku tulis pasal kerjaya pensyarah tu, ada seorang kawan kakitangan kerajaan sedang berada di gred X bertanya di FB secara personal....


dalam entri tu, nampak macam aku meng 'exaggerate' tugas pensyarah tu, sampai orang kata aku merungut. erm... takpelah. terpulang pada yang membacanya. tujuan sebenar aku nak SHARE PENGALAMAN, tapi kalau dah dibaca seperti rasa aku merungut, aku takleh nak kata apa2. bak kata aku dihadapan cermin di dinding,

"takyah nak marah2 Jep. ko yang tulis, ko tanggunglah akibatnya... sapa suh tulis?. telan jelah apa orang nak cakap. padan muka!!!!"

kalau dalam mengajar system dynamics, selalu pesan kat student aku, kata, bila buat model SD tu, nak cari faktor2 yang terlibat, jangan tengok yang buruk2 sahaja. kenelah tengok yang baik jugak. sama jugak, jangan tengok yang baik sahaja, sampai lupa yang negatif. bila dah senaraikan yang negatif tu nanti, bolehlah prepare apa yang perlu kita lakukan untuk kurangkan side effect tu. alah, samalah macam makan ubat. makan ubat X, side effectnya mengantuk ya amat (sekadar contoh, takdan nak cari references or buat research nak namakan ubat apa, side effect apa. sebab tu namakan sebagai X).

takut dikatakan kerjaya pensyarah tu susah atau dikatakan entri sebelum ni aku merungut dengan keje yang banyak (walaupun kat bawah sekali dalam entri yang lepas dah gtau, hanya nak bagitau apa yang dibuat selepas 6 jam pengajaran tu dan tak katalah keje pensyarah ni bz berbanding dengan profession lain- AKU sahaja ok, bukan meliputi semua pensyarah), so, kali ni, nak gak SHARE ngan kengkwan, bukan kenalan dan adik2 didik, tentang best dan tak bestnya menjadi seorang pensyarah. cuma nak lah aku tekankan kat sini,

YANG NI SEMUA BERDASARKAN PENGALAMAN AKU DAN KAWAN2 DISEKELILING AKU, DIBIDANG AKU, DI UNI TEMPAT AKU BERTUGAS (baru 7 tahun bertugas, setelah ditolak cuti belajar).

as we know, dalam dunia ni dan malaysia sendiri, ada beratus2 bidang pengajian dalam universiti dan dalam malaysia ni sendiri, ada 20 IPTA yang berbeza cara pentadbirannya. so, janganlah samakan dengan uni lain, bidang lain, profession lain, atau apa2. agak2 nak mengata aku, silalah kembali ke tulisan HURUF BESAR (menunjukkan ayat penegasan dan pengukuhan) kat atas ni ye, bagi mengingatkan apa tujuan tulisan aku ni. {senyum}

kita mulakan dengan bakul pertama - pengajaran

YANG BESTNYA : entri lepas dah buat tentang susahnya membuat soalan kan? erm... BAGI AKULAH, kalau mengajar ramai2, bolehlah dibahagikan kerja membuat soalan tersebut. kalau 10 orang mengajar subjek yang sama, maka, sorang buat satu soalan. dah siap, bentang, vetting, edit, combine. kalau mengajar seorang (3 semester pernah mengajar seorang) pun, lagi aku suka, sebab tak terikat dengan rakan2 yang lain. ada masa, terus buat. takyah nak bincang2 nak buat soalan macam mana. as long as we know the question is university level. hantar terus untuk penilaian sahaja. cuma bila datang idea bentuk soalan nak buat tu, bukan dalam keadaan kita bersedia. kadang2, masa tengah drive. kadang2 masa dalam toilet. doalah supaya kita masih ingat lagi soalan tersebut. ada jugak soalan2 daripada buku2 yang boleh kita gunakan sebagai assignment dan quiz. tapi tu dululah. la ni, payah sikit nak amik soalan tersebut, nak kene edit, as part of intellectual property (IP). silap2 kene saman.

kemudian, dari segi student pulak, alhamdulillah. aku akui, mengajar student uni ni, bak kata seorang rakan, ngajar orang2 yang nak belajar. marah sekali, esok lusa tak buat dah. paham dengan segala tindakan pensyarah terhadap mereka. agak2 geram dengan perangai dorang, bolehlah penalize (lambat hantar assignment contohnya) dengan potong markah (aku buat dengan student aku). tak dinafikan jugak, since yang masuk uni semua yang nak belajar, maka mmg senanglah kita nak ajar. kebanyakkan student uni ni, menghargai kita. Ingat sampai matilah kot (aku ingat  lecturer aku. ingat sebab dialah satu2nya lecturer yang pernah marah aku sepanjang aku kat UUM. tak tegur bukan sebab marah, tapi segan nak tegur dia- teruk sungguh aku ni). waktu konvo, bila kita jalan sebelah student kita masa perarakan masuk kakitangan akademik, nampak kita, senyum, pastu salam (lelaki jelah), cakap terima kasih kat kita. tak ke rasa best tu???

pastu, tak kira lagi buat surprise birthday party (dah 2x student aku buat - sementelah dah masukkan tarikh birthday kat FB. sebab segan, la ni, tak masukkan dah, sebab rasa bersalah pulak depa susah sebab aku). bila habis semester, jumpa kita, mintak kita halal kan ilmu, doakan depa berjaya jawab exam dan sebagainya. mmg appreciate dan hormat kat kita.. best thing is, bila mengajar students yang lambat sikit nak pick up dan yang repeat paper, cuba jugak sedaya upaya ngajar bagi paham, ubah cara pengajaran, bila dia berjaya menjawab soalan exam tersebut dengan baik, rasa macam tak sia2 ajar depa. bila keluar keputusan, sms bagitau terima kasih banyak2. appreciate dengan pengajaran kita.

terpaksa crop kepala, sebab taknak masukkan gambar students kat situ. karang kene saman sebab gunakan picture dia tanpa kebenaran - kurangkan risiko ok...

Pastu bolehlah jugak mohon untuk mengajar secara part time yang memerlukan khidmat kita. boleh jugaklah dapat income sikit. bak kata sorang teman, lepas minyak sebulan.

TAK BESTNYA: pelajar uni jugak manusia. so, banyak jugak ragamnya. ajar orang2 yang berpendidikan tinggi ni, perangai pun berpendidikan tinggilah jugak. time kita mengajar kat depan, tido perkara biasa, cakap2 kat belakang, perkara biasa, mintak entend dateline hantar assignment, selalu. kalau dalam kelas lab komputer, tengah mengajar kat depan, FB yang di bukak. tak bagi bukak kat PC/laptop, dibukaknya kat handphone. bila berjalan sambil mengajar, terussssss disembunyikan handphone bawah meja. pernah juga  diperli dan dipersalahkan sebab katanya KITA yang fail kan dia sampai dia takleh nak grad pada tahun sepatutnya. kelas jarang hadir, suh jumpa taknak jumpa... kita jugak dipersalahkan... kes jasad takde, tapi attendance bertanda tangan pulak, setiap semester mesti berlaku. bila tanya masing2 tak mengaku. dalam kelas, kalau boleh nakjadi kan two way communication, supaya terbuka sikit minda. tapi bila tanya, semua membisu. panggil nama sorang2, bahu yang diangkat. meniru dalam assignment? banyak jugaklah. mujurlah ada software turnritin tu. bila kata kene potong markah sebab meniru assignment, dijawab balik kata tak sepatutnya kene potong markah,sebab tu bukan kelas bahasa. higher level punya thinking kan.

masa jadi felo, tertangkap seorang pelajar berdua2an dalam kereta pada pukul 12 tengah malam, katanya dah kawin, kita punya percaya, sebab bila tepon kawannya, kawannya kata dah kawin. bila soal siasat, mana ada kawin. peliknya, bila kita tanya, kenapa tak mengaku, dengan selamba dan senyum sumbing dia menjawab "saja". tahan jelah sabar masa tu.

kalau student international, lagi ganas. tak puas hati, bukan ke dekan, tapi terus ke NC buat laporan (seorang rakan dari uni lain cerita). yelah, depa bayaq mahal. concept yang depa pegang, "customer is always right".

zaman sekarang ni, demi nak jaga rating uni, lecturers pun kene nilai ngan students. so, takleh nak marah2 sangat, takleh nak denda2 sangat, markah takleh nak kedekut sangat, karang dapat markah sikit. mulalah dapat surat dari uni suh improve teaching. kadang2, mengeluh jugak pasal students ni. dah masuk uni, tapi macam taknak belajar pulak. ada masalah, bukannya nak cerita ngan kita. tak datang sampai kene bar exam (kol tak angkat, tanya kawan2, taktau dia dimana), lepas tu, muncul tetiba, mintak tarik balik bar exam tu baru nak cerita ada masalah. dah buat surat mintak tarik balik bar exam, tau2, kita pulak yang dapat surat amaran dari pihak atasan, mintak berhati2 dalam melaksanakan tugas (nilah aku namakan sebagai lilin membakar diri). kalau tak bar nanti, attendance kosong, berpeluh jugak menjawab soalan auditors ISO, kenapa tak ikut rules uni (kurang 80% attendance, kene bar). nilah masalah bila kita kesiankan student. tapi, student akan jawab "ada aku kesah?????"

banyak juga kes yang best dan tak best yang nak cerita. tapi lupa, almaklumlah, STML (short term memory lost). karang dah post entry ni, baru teringat...

bakul kedua: research

YANG BESTNYA: time idea mai nak nulis proposal, fuh!!! dua tiga proposal siap untuk dihantar dimana2 geran yang ditawarkan. bila dah dapat, alhamdulillah. dengan buat research nilah, ilmu makin banyak kita tau. lagi2 bila kita buat collaboration dengan bidang lain atau uni lain. banyak jugak ilmu yang diperoleh. mulalah nak teroka bidang tersebut sampai jadi pakar rujuk. kadang2 kita belajar dengan research team yang buat research sekali tu. free jek blajaq, takyah nak amik courses lagi. bila dah ada ilmu dalam bidang baru, kita teroka, idea mesti datang nak buat proposal baru. pastu buat team baru. selain tu, bolehlah jugak paham bila orang cerita ngan kita. nak bagi idea pun, senang. dengan research ni jugak, kita boleh menjadi supervisor untuk master atau phd. tau2 dapat dah students. ha, kan dah boleh memenuhkan KPI yang kene ada penyeliaan pelajar sarjana dan phd. otomatik boleh ada.

TAK BESTNYA: orang yang passion dalam membuat research ni dan pandai menulis, mmg takde masalah. yang jadi masalah, bila tak reti nak menulis proposal yang menggunakan ayat yang 'catchy' (macam aku), mmg masalah besar. yelah, macam aku cakap dalam entry sebelum ni, geran research semua di'park' kan dekat MOE. nak kene berebut dengan orang lain. kemudian, kata seorang pengomen dalam entri yang lepas, dapat geran mmglah best. penuh KPI. tapi, nak dapatkan student untuk bantu buat research tersebut jadi masalah. walaupun dah announce melalui rakan-rakan, akan dibayar elaun, tapi jenuh jugak nak dapatkan student tersebut. tu blom masuk student yang di bawah kita tu melarikan diri sebab dapat kerja lagi bagus atau tensen sebab nak siapkan projek kita tu (kesian kat kawan aku sorang tu. terkontang kanting nak setelkan projek dia bila student dia lari sebelum sempat siap).

bakul ketiga: penerbitan

YANG BEST: as I said in previous entry, bakul  ni nak penuhkan agak mudah jugaklah especially yang dah ada research ni. pastu, carilah conferences kat luar negara atau dalam negara. kalau rezeki, terkena dengan bidang kita, bolehlah merasa p luaq negara dengan pembiayaian geran penyelidikan yang kita dapat. Jangan kata langkawi, JB, Singapore, negara2 dalam benua Asia atau sejauh benua Afrika, Antartika (eh, ada ke yang penah sampai sini), Andalusia, Australia, New Zealand, US dan sebagainya, bolehlah kita buat lawatan sambil belajar. lepas conference kat sana, bolehlah jalan2 tengok negara orang. bila lagi kan? free plak tu. dari penginapan, penerbangan, sampailah ke yuran penyertaan, semua free. DENGAN SYARAT (kelulusan ketua jabatan pun kene ada, kalau ketua jabatan tak lulus, takleh nak p jugak), duit kat geran penyelidikan tu tak habis lagi. kalau habis atau takdak geran, maka, kenelah apply kat uni untuk pergi conference. kalau macam kami di sini, ada certain peratusan daripada keseluruhan bayaran yang kami kene bayar sendiri dan uni bayar baki peratusan tersebut bergantung kepada gred. yelah, kesian jugaklah pada mereka yang tak dapat geran, tapi nak kene gak fulfill bakul penyelidikan ni.

daripada bakul research nilah jugak lahirnya pelbagai penerbitan jurnal, pengkomersilan, pengantarabangsaan dan sebagainya. kalau kat uni aku ni, mmg ada insentif khas bagi mereka yang berjaya menerbitkan jurnal. ada juga uni yang tawarkan hadiah wang tunai kalau dapat pingat emas atau perak atau gangsa dalam mana2 exhibition (uni mana, tak pasti, sebab aku kedengaran sahaja). kira ilmu kita dapat, nama kita dapat (dalam jurnal atau penerbitan lain), harunmkan nama uni, insentif kita dapat dengan hanya research yang kita buat. Insentif tersebut bagi menggalakkan lagi penerbitan jurnal tersebut, sebab kita dah macam menaikkan nama universiti (nama kita dan alamat kita ada dalam jurnal tersebut). secara tak langsung, akan ada potential student yang cari kita untuk buat phd. sort of marketing yang kita buat untuk uni lah. so, since kita dah promote uni, maka uni akan bagi insentif lah pada kita... ha, lebih kurang camtu... dalam masa yang sama, mungkin jugak ada govt yang cari kita bantu dorang buat research dan perundingan (macam seorang rakan aku dapat perudingan untuk buat sistem .........). kan dah gelemer tu? taknak gelemer? so, dengan research sahaja, banyak KPI kita boleh achieve. btollah kata seorang pengomen dalam entri yang lepas yang kata kerja lecturers ni boleh jugak jana income. ada member aku cerita, sorang prof di tempat dia bekerja, jurnal prof dalam setahun tu, dah hampir cukup cover untuk satu KPI uni. hebat sungguh...

TAK BESTNYA: yang best kat atas tu, semuanya BERGANTUNG KEPADA UNIV MASING2.. ada sesetengah uni TAK bagi apa2 insentif, lagi2 kalau penerbitan tersebut takde impact factor, ISI, SCOPUS, Q1, Q4 dan sebagainya. of course lah, nak ganjaran, kenelah keje kuat. since penulisan tersebut memerlukan pelbagai references, maka jenuh jugak nak perah idea nak menulis. macam aku cakap, kalau tulis ikut hati dan perasaan, senang jek. tapi bila nak menunjukkan kematangan fikiran dalam akademik ni yang agak payah nak perah (alah, santan pun nak perah payah woooo). tulis lima baris, padamnya empat setengah baris. tulis lima muka surat, padam2 tinggal dua muka surat. bila nak siap???? member aku, siap tanya,

"jep, camana nak dapat idea menulis ni???"

jawab aku, "kalau tulis blog, aku boleh bagi tips, kalau tulis jurnal, ko tanya ngan orang yang salah..."

bila dah tulis jurnal, hantar, JARANG sekali nak accept terus. paling bagus pun, kene ubah mengikut komen yang diberi. kene reject, jangan ceritalah (hat ni tak dikira sebagai KPI ye)... banyak kali (pengalaman kawan aku ye, aku baru tulis dua, tu pun taktau apa cerita). dahlah jenuh nak amik masa menulis, bila kene reject, terus down giler. merajuk taknak tulis dah. tapi merajuk kejap jelah, nak taknak, kene jugak tulis, ate, dah termaktub dalam buku KPI. ikut jelah... kalau aku punya markah untuk jurnal ni, mmg kosong. takpe, tampung dengan benda lain. monograf ke (tak edit lagi ni, tak reti nak jadikan bentuk monograf), chapter in book (baru separuh muka, aiyaaa.... lembab btol aku ni), LO (banyak dah ni, tapi semua bahasa inggeris yang hanya di fahami oleh AKU sendiri, almaklumlah, english masih gagap tegar). walaupun tak banyak yang dikira untuk KPI, takpelah, janji ada. daripada kosong je kan????

bakul seterusnya: khidmat masyarakat:

ok, yang ni takdelah masalah sangat. rasanya bila buat khidmat masyarakat ni, memang kita yang nak kan... koman2 pun, jadi AJK peringkat pusat pengajian. so, aku takde bahan nak cerita. sebab nampak, bila buat khidmat masyarakat ni, semuanya best (sebab aku suka)

bakul akhir: pentadbiran

YANG BESTNYA: mengajar kita menjadi seorang pemimpin dan dalam masa yang sama, bolehlah masukkan dalam CV tuk kenaikan pangkat. selain dapat elaun untuk jawatan2 utama uni. menambah jugak contact2 person dalam buku telefon kita.. senang kalau tetiba kita ada apa2 perkara, masalah ke kan, adalah orang kita nak rujuk... takdelah terkontang kanting sorang2 selesaikan masalah sendiri. {senyum}

TAK BESTNYA: nak control manusia ni, amat100x lah payah. kadang2 kita buat keje, dia kata kita tak buat keje. nak bagi arahan yang kita sendiri tak berkenan, kita sendiri yang dapat arahan tersebut. bukannya tak fight dengan pihak atasan, tapi, pihak atasan pun dapat arahan daripada pihak atas lagi. bila orang bawahan tak buat, kita jugak kene bambu ngan pihak atasan kita. sebab tu, kalau boleh aku elak nak jadi admin jawatan utama uni ni. kita kat tengah2, kene lenyek dengan orang 'bawahan' dan juga orang 'atasan'... huhuhu... mujurlah depa consider juga admin untuk jawatankuasa2 pusat pengajian. amik yang ni pun dah ok. eh, saja nak gtau. alhamdulillah, kawan2 aku yang berada di "bawah" aku, semuanya ok2 belaka. mintak tolong, laju je jalan kejenya... {senyum}

------------------------------------------

ada jugak yang aku nak cerita secara umum ye... best ngan tak bestnya menjadi pensyarah.

Sambung belajar

YANG BESTNYA: kalau gov staff yang lain, bukan main payah lagi nak cuti sambung belajar dengan full sponsorship dan gaji dibayar penuh. Rasanya, pensyarah je kot (sori, kalau ada yang lain dapat skim yang memudahkan untuk sambung belajar) yang ada skim macam ni. pernah jumpa dengan salah seorang staff yang jaga bahagian HLP, katanya, budget untuk pensyarah sambung study, takde limit (dia kata, okeh, bukan aku). ate, dah mmg kene sambung belajar. dahlah dapat elaun macam2, bergaji penuh pulak tu. lagi best, bila dapat sambung kat ober d c. dapatlah belajar sambil merantau tgk negara orang. ate, dah memang kene sambung belajar, especially PhD.

TAK BESTNYA: proses nak dapatkan kelulusan tu, agak ketat jugaklah bergantung kepada uni dan KPT. kadang2, uni yang kita mintak tuk buat phd tu, bukan ranking terbaik, dah kene reject application kita. kene mula balik proses nak establish connection dengan potential SV yang lain. kadang2 IELTS tak lepas, dah kene amik berkali2 (aku kene amik dua kali, baru lepas, itupun kali kedua tak lepas dengan preferred uni aku. terpaksa go for second preferred uni - ni yang terbaik kan?? ada pulak sorang member aku, EMPAT kali kene amik. tu pun tak lepas gak syarat KPT nak).

tu proses nak buat phd, masa buat tu, jangan ceritalah. lagi banyak dugaan, onak, ranjau dan durinya (kalau nak cerita pengalaman, perlu satu lagi entri lain). taknak buat, mmg kene buat, so kenelah harung jugak kan segala proses tu...

Kenaikan pangkat

YANG BESTNYA: dapat phd, terus naik kanan (gred 52). TAPI, bergantung jugak kepada admin universiti dan sokongan ketua jabatan masing (ada member dari uni lain, dapat phd setahun lebih dah, tapi tak dapat lagi kanan, pulak tu, bukan kira dari tarikh dianugerahkan phd, dikira dari tarikh meeting senat uni).

TAK BESTNYA: KPI bertambah berat. ate, dah gaji beso, workload keje pun kene besorlah. semua kene ada dalam peratusan yang berbeza.  dari pengajaran, penyeliaan (pelajar praktikum, master dan phd), penyelidikan, penerbitan, kepimpinan dan pentadbiran, pengiktirafan akademik, seminar, perundingan sehinggalah kepada sumbangan kepada uni serta masyarakat. kalau dari 45 nak naik ke 52 tanpa phd, agak payah sikit. ada sorang lecturer yang senior, nak naik ke 52, amik masa berbelas tahun sebab takde phd. nak aim prof madya, lagilah kene banyak penerbitan. susah senangnya penerbitan, bacalah kat atas balik.

orang kata, apa susah nak naik 52? buat jek phd, dapat terus kanan. kalau nak tau betapa SENANGNYA buat phd tu, cubalah buat. jangan tanya kat orang perseorangan, tak seswai, sebab phd ni, lone ranger. SV hanya tunjuk jalan sahaja. yang lain, semua dari kita sendiri. macam2 dugaan. aku??? alhamdulillah, dipermudahkan dalam phd. tapi dugaan dalam bentuk lain pulak.

Waktu kerja

YANG BESTNYA: kalau kat tempat aku ni, waktu kerja adalah fleksibal. janji masuk kerja. kira sekali jelah touch in. kalau nak touch out pun, boleh jugak. reason nya, keje lecturer bukan waktu mengajar sahaja, ada yang nak kene buat perundingan kat luar, ada yang kene buat khidmat masyarakat kat luar, bagi ceramah kat luar, kene jaga exam waktu malam, buat proposal tak kira waktu, marking assignment, seminar kene hadir, kelas malam dan sebagainya. kalau dulu, masa aku amik kelas waktu malam (3 jam direct seminggu), memang aku datang lewat sikit. mujurlah jadi felo. so, bolehlah balik umah sat, sebelum g kelas. again, it depends on the uni.

TAK BESTNYA: nak kene kuat iman dan pegangan. keje mesti buat, jangan datang touch in, pastu terus balik. duit gaji tak berkat. jenuhlah nak peringat diri sendiri.

persekitaran kerja dan hal-hal lain (ke lain2 hal???)

YANG BESTNYA: bergantung kepada uni juga, setiap pensyarah ada bilik sendiri. so, bolehlah bawak sepersalinan baju. kot2lah nak mandi lepas aktiviti ke kan... pastu, agak2 pening kepala, tutup sat pintu bilik, pastu rehatkan diri. agak2 demam, takleh nak mc sebab ada kelas, bolehlah berehat sekejap sebelum dan selepas masuk kelas. ada jugak uni yang bekalkan laptop seorang satu untuk kegunaan pengajaran dan sebagainya bagi pensyarah. best thing is, aku sentiasa membayangkan bahawa kerjaya pensyarah ni sebagai salah satu multilevel pahala. ilmu berkembang biak melalui pengajaran, penyelidikan dan penerbitan. bayangkan student yang kita ajar tu menggnakan ilmu kita, kemudian dia ajar pula pada yang lain... dan seterusnya... cara tu jelah nak dapatkan pahala free, ye dak? macam sedekah...

TAK BESTNYA: erm.... erm.... macam takleh nak pikiaq apa tak bestnya... erm... erm... apa ek? tahlah... setakat ni, aku suka jek ngan keje ni... maybe sebab tu aku takleh nak pikiaq apa yang tak bestnya...

tulah serba sedikit catatan ringkas (katanya) yang tidak menggunakan sebarang references melainkan pengalaman yang sedikit dan bila berborak dengan kawan2 sepensyarah... aku MOHON MAAF banyak2, kalau tulisan aku ni, ada yang tak kena dimata kalian, terutamanya, pensyarah yang tak sama pendirian ngan aku (aku rasa senang, dia rasa susah). aku pun, bukan bertujuan nak menunjukkan aku ni ilmunya tinggi (intellectual level katanya), tapi just nak share susah senang best tak best jadi pensyarah ni based on my OWN OPINION. kalau ada yang nak buat nasi tambah, silalah komen.

harap2, bila dah senaraikan best dan tak best ni, orang tak misread aku punya cerita tentang kehidupan ni. takkan nampaklah aku merungut, sebab aku dah bagitau best dan tak bestnya jadi pensyarah ni... mehlah ramaikan komuniti pensyarah ni.... baru adil bila cerita best dan tak best sesuatu kerjaya, kan????

tuanpunyablog: kalaulah idea aku menulis buku ngan buat proposal serta penulisan research macam ni, kan bagus... huhuhuhu...

Wednesday 20 November 2013

Kerjaya pensyarah: Mengajar 6 jam je seminggu????

assalamualaikum...

ada seorang pelajar datang berjumpa dengan aku suatu ketika dahulu,

"Sir, nak tanya... seminggu berapa kelas sir kene ajar?"

"dua kelas. so, total 6 jam lah."

"tu jek? sikitnya... syok betol jadi lecturer kan sir? keje 6 jam jek secara rasmi..."

-----------------------------------



tu lah yang orang lain nampak. hakikatnya? hanya mereka yang melalui saja yang tau apa baki selepas ditolak 6 jam seminggu tu... meh, nak cerita skit akan kelapangan kami selepas 6 jam mengajar dalam seminggu tu... seboleh mungkin aku taknak compare dengan rutin2 kerja orang lain, lebih2 lagi guru. aku cuba nak fokus kepada bidang keje aku jek... tapi, kalau aku terfokus, mintak maaf lah ye... mintak ampun banyak2...

penilaian prestasi kami dinilai melalui 5 bakul utama. Pengajaran, penyelidikan, penerbitan, khidmat masyarakat dan pentadbiran. jadi, inilah yang kami lakukan untuk mendapat penilaian prestasi yang baik. takdelah banyak sangat kan??? jap, meh baca seterusnya. aku nak terangkan satu2. ni based pada pengalaman aku lah ye. ada juga yang aku selitkan pengalaman orang lain dari universiti lain juga. but, basically, lebih kurang sama je lah... cuma peratusan dalam setiap lima bakul penilaian tu, mungkin berbeza, lebih2 lagi, ada yang universiti penyelidikan (of course, peratus untuk bakul penyelidikan akan lebih tinggi dari pengajaran) dan ada juga universiti pengajaran (of course, peratus untuk pengajaran akan lebih tinggi daripada yang lain, sebab tu ada sesetngah universiti, seorang pensyarah mengajar sehingga 23 jam seminggu, yang ni pengalaman sahabat aku sendiri, ketika aku berjumpa dengan dia baru2 ni).

Bakul 1: Pengajaran
Nampak takdelah banyak sangat nak kene buat. sementelah, masuk ngajar untuk enam jam seminggu JEK. satu semester mengambil masa 14 minggu. dalam masa 14 minggu nilah nak kene buat macam2. soalan kuiz, soalan tugasan, soalan projek, soalan test dan juga soalan final. semua tu, perlu masa yang tenang, fikiran yang kurang melayang, barulah boleh create soalan yang "universiti". kalau tak, orang akan kompelin kata soalan tak ikut standard Course Learning Objective Outcome (CLO). kalau soalan untuk assignment, projek dan kuiz, mungkin boleh recycle yang sem2 sebelumnya, tapi soalan test dan soalan final, takkan nak recycle jugak. jadi macam soalan bocorlah jugak. mungkin student dan hadam soalan2 yang lepas. dah setel bagi soalan assignment, kuiz, test dan final, takkan nak biarkan macam tu je kan. kene markinglah pulak. kalau student belas2 orang jek boleh tahan, kalau student 100 orang (macam aku memula mengajar pengantar statistik dengan matematik pengurusan), jenuh jugak nak marking sorang. mujur jawapan lebih kepada nombor dan bukan soalan esei, kalau soalan esei, lagi berpinar nak baca jawapan student. tulisan lawa oklah gak, tulisan yang berbelit??? tak bagi markah, kesian, nak bagi markah tak paham apa dia tulis. ada sorang kawan aku, student dia seorang Thailand, bila jawab soalan esei, tulisan dia, terbawa2 akan tulisan Thai yang berekor2... aku baca aku sendiri tak paham. Ada jugak yang kata, sapa suh bagi assignment, kuiz, test? kenapa tak amik final je? atau jangan bagi assignment banyak2. jawapan aku, kalau macam tu, takyahlah masuk uni, sebab uni ialah tempat penyediaan untuk keluar bekerja, so, pelajar kene mahir dalam membuat pelbagai kerja dalam satu masa. nilah namanya penilaian berterusan.

tu bab soalan. blum masuk lagi bab penyediaan nota. kalau pernah mengajar sem2 lepas dengan subjek yang sama, mungkin boleh guna nota sem2 lepas. tapi kalau yang subjek baru, macam aku dapat masa memula subjek system dynamics, berpeluh jugak buat nota tersebut. dok bertapa sepanjang masa kat opis. mujurlah ada buku teks yang boleh di copy n paste. sepatutnya, tak boleh, tapi since nota tersebut aku takde niat nak jual pun, kira halal lah. unless, kalau nota tersebut nak jual, HARAM LAH nak copy n paste sebijik2 kan???
ikutkan kami kat sini, minggu ke 7 dah kene setelkan soalan final, vetting soalan, pastu betulkan balik. kira tujuh minggu pertama, penyediaan pengajaran dan penilaian (soalan test untuk mid-sem dan final). kemudian, minggu ke 9 - 12 ialah masa nak marking semua assignment, test, projek etc. Minggu 13 - 14 ialah penilaian untuk projek dan perlu ditampal carry mark kat luar pintu bilik, supaya student boleh tengok carry mark depa. habis sem, nak kene marking soalan final pulak. pastu key in markah, pastu meeting pemurnian, pastu submit markah, pastu bersedia untuk sem depan pulak bila dah dapat jadual pengajaran. dapat subjek sama, banyak benda boleh guna balik, tapi kalau dapat subjek yang baru, nak kene buat nota, nak menghadamkannya, nak atur strategi mengajar, etc... etc.. etc... semua tentang pengajaran lah...

la ni, semua nak kene dokumenkan... termasuklah rubrik pemarkahan. alah, macam PBS jugaklah. cuma takdelah kene online. tujuannya, supaya penilaian itu adil dan telus. awal2 ngan akhir2 sem, sebuk dok setelkan dokumen ISO. blom masuk penyediaan untuk dokumen SETARA, COPPA, MQA, dan macam2 dokumen yang mempunyai bukti termasuklah hasil assignment/projek/test/final  pelajar. nak kene masukkan jugak dalam fail...

tu aku yang  mengajar 6 jam. yang mengajar 9 jam? atau 18 jam atau 23 jam???? atau yang mengajar students yang ramai? cuba calculate masa depa... aku ni, alhamdulillah, boleh kira rileks lagi...

oh ya, lupa nak tulis. dalam pengajaran ni jugak, termasuk penyeliaan pelajar. praktikum, master by research, dissertation master, phd. nak menyelia senang jek, taopi nak kene cek apa yang mereka tulis dan komne balik tu yang akan amik masa. kalau tak betulkan, kita jugak yang kene nanti. sebab student kita kan.

Bakul 2: PENYELIDIKAN.

agak rumit jugak nak fulfill bakul ni. yelah, proses nak apply geran penyelidikan pun amik masa jugak. lebih2 lagi masa penyediaan proposal. nak kene cari references untuk buat background of study, literature review, costing etc... as usual, bila mengarang tu, bukan on d spot boleh dapat idea, nak paksa tak boleh, bukan dari bacaan hati naluri yang boleh mengalir idea macam aku menulis blog ni, nak kene ada segala mak nenek references. nak cari refernces tu tu hal, nak menulis dah satu hal. setel hal proposal, submit. tunggu dapat atau tak. dapat, alhamdulillah. teruskanlah buat reserach tu. kalau tak dapat, samada tolak terus, atau kene buat pembetulan. kalau kene buat pembetulan, ok lagi. tapi amik masa lagi nak betulkan. kalau kene tolak terus, samada kene di'tongsampah'kan dan buat proposal baru, atau proposal yang sama, apply geran yang lain. zaman dulu, adalah geran dari dana universiti sendiri. senanglah nak apply. tapi lani, semua geran kat kementerian, dah takde kat uni. so, nak apply, nak kene bersaing dengan staffs 20 (ke 21 ek? lupa dah) IPTA yang lain. memanglah lain2 bidang, tapi nak bagi dapat tu, jenuh jugak. kadang2, satu geran tak cukup nak fulfill KPI. sebab dia based pada berapa jumlah yang kita dapat. contohnya, kalau pensyarah kanan, kene dapat RM40K. stau geran lulus, dapar 40k, tapi kita buat dengan 4 orang penyelidik. so, sorang 10k. maka nak complete kan KPI, kenelah apply lagi geran sampailah cakap KPI. bila nak apply, paham2 keje yang sama kene buat.

so, jumlah senggang antara 6 jam pengajaran seminggu tu lah di isi dengan aktiviti untuk memenuhkan bakul penyelidikan ni. kene ingatlah, kadang, penyelidikan ni, banyak generate idea. idea bukan datang macam tu jek... nak cari bahan, bukan dapat macam tu jek. nak kene tgk segala papers yang available. kalau menulis ikut hati dan perasaan, dalam sejam dah boleh dapat 20 - 30 muka. tapi menulis ikut references ni, nak dapatkan separuh muka pun, boleh amik berhari2. pengalaman menulis thesis, masa takde idea, 2 tahun, hanya dapat 70 muka surat untuk literature review. bila ada idea, chapter 3 - 7 yang bermuka surat lebih kurang 200 pages, amik masa sebulan sahaja. blog ni jangan ceritalah, sebab tulisan ikut hati dan perasaan, dalam sejam, aku boleh tulis dua tiga entri.. maklumlah, suka membebel thru keyboard... nama baru, kepohkeyboard.

Bakul ketiga: penerbitan.

bagi aku, hat ni takde masalah sangat. sebabnya, bila dah ada research, biasanya akan ada penerbitan. yelah, laporan akhir projek, paper yang kita publish kat conference hasil dari research yang kita buat, kalau ada yang rajin lagi, buat buku, monograf, tulisan dalam akhbar, penerbitan pembelajaran yang menggunakan web 3.0 macam masukkan bahan2 lecture kita dalam youtube yang dipanggil learning object (LO). macam yang aku buat ni (sila abaikan english tu ye, almaklumlah, lidah belacHan) dan macam2 penerbitan lagi.

cuma yang payahnya dan yang paling banyak dapat markah, penerbitan jurnal. nak hantar senang,. nak tunggu approval amik masa paling awal 6 bulan. tu kalau masuk, kalau yang kene review balik? ada seorang ahli akademik komen kata,

"lebih elok kita banyakkan jurnal kita sendiri, lagi senang orang kita nak masuk. kebanyakkan jurnal yang ada la ni, yang rating2 tinggi, penilainya semua daripada kalangan orang2 Barat. takkanlah depa nak masukkan orang asia yang kurang ternama, lagi2 orang Islam."

btul jugak apa yang dikatakan oleh academician tersebut. sebab tu, aku cuba submit jurnal aku (alah, baru jek try2, tah dapat tah tak) melalui SV aku. tu pun hantar tahun lepas, sampai ke lani taktau jawapan terima atau tak... nak ulas banyak2 tentantg jurnal ni, aku bukanlah ahlinya. sebab aku sendiri jarang mengoptimumkan penerbitan jurnal ni... banyak penerbitan conference, dengan learning object sahaja...

penyedian kertas kerja (papers) tuk jurnal ngan conferences, penerbitan buku, penerbuitan LO, penerbitan nota pembelajaran, monograf ini jugaklah kami buat bila masa senggang antara 6 jam kelas seminggu tu... tu pun, bergantung jugak pada idea yang mengalir.

ke keempat: khidmat masyarakat.

yang ni pun antara aktiviti yang perlu dilakukan bagi memenuhi KPI. yelah, takkanlah nak dok terperuk je kat bilik sampai takde sosial langsung kan? term khidmat masyarakat ni besar. agak2 mana2 aktiviti yang tak boleh dimasukkan dalam lima bakul tersebut, bolehlah dimasukkan ke sini. contohnya,  jemputan untuk memberi motivasi kepada murid sekolah rendah, menjadi fasi untuk program anjuran hal ehwal pelajar, felo kolej kediaman, sukarelawan mangsa banjir, AJK surau atau masjid, wakil sukan universiti, wakil peserta untuk pameran peringkat kebangsaan, fasi PLKN, menjadi pemeriksa kertas soalan matrikulasi, SPM, STPM, tutor OUM etc, dan sebagainya. secara jujurnya, ada yang dapat elaun, dibayar gaji (seperti pemeriksa kertas soalan, tutor OUM), ada yang dibayar elaun (AJK Masjid, fasi PLKN) dan ada yang betul2 khidmat masyarakat (felo kolej kediaman, sukarelawan banjir, fasi program etc).

hat tu diluar tugas hakiki universiti. tugasan yang melibatkan keje ad-hoc ada jugak. kalau school nak buat apa2 program, kalangan kamilah dilantik jadi AJK. yang paling nampak, bila nak buat conference, kami jugaklah yang jadi pengerusi, SU, bendahari, AJK penginapan, AJK kertas kerja, AJK prosiding, AJK promosi dan sebagainya. nak buat apa2 keputusan, kene meeting. lepas meeting, nak progress. dah ada progress, ada masalah pulak. dah kene meeting lagi. paling koman pun, meeting dalam email. dah malas nak meeting secara fizikal, meetinglah cara maya.

bila students hantar proposal master, phd, kami jugaklah yang nak kene nilai proposal tersebut. takkan nak komen macam tu je kan, nak kene baca jugak. supaya bolehlah bagi idea sikit supaya depa perbaiki proposal depa. sama jugak bila nak nilai progress report. nak kene attend presentation depa, cuma yang best sikit, bila nilai final preesentation, i.e. viva. adalah bayaran sedikit disediakan oleh universiti, alhamdulillah...

so, terisilah jugak yang dikatakan sebagai masa lapang oleh sesetengah mereka yang mengatakan, 6 jam jek???

bakul terakhir, pentadbiran.

daripada segi tu pun dah boleh agak kan. kadang2, terpaksa jadi dekan, tinbalan dekan, ketua jabatan, penyelaras, pengarah itu, pengarah ini, pengetua kolej dan macam2 lagi jawatan pentadbiran (dibayar elaun pentadbiran). yang takde jawatan khusus ni, kene jugak diberi tugasan. aku sendiri memegang jawatan pengerusi e-learning (buat bengkel tuk staff gunakan e-learning), AJK pembangunan pelajar (aku yang mintak masuk, sebab aku minat keje ni) dan macam2 AJK lagi. ada yang berjalan, ada yang tak berjalan.

tu blom masuk lagi keje2 sampingan yang diarahkan buat dari semasa ke semasa. menurut perintah kan? promosi programlah, aktiviti students lah, aktiviti pusat pengajianlah, aktiviti sendiri lah... hakikatnya, kerja sebagai pensyarah ni, nampak jek sikit sebab mengajar tak banyak sangat. tapi, bagi aku, kerja yang memerlukan OTAK BEKERJA SENTIASA tulah yang paling penat. kadang2, balik awal dari kerja, mandikan anak2, tengah tgk tv, tengah memasak, otak masih berfikir. fikir bentuk soklan exam, pikir pasal research, pikir pasal nak marking tugasan, pk pasal kajian kes, pk pasal camana nak ubah cara pengajaran nak bagi paham (kes aku ngajar SD nilah... jenuh btol nak buat supaya dorang btol2 paham apa yang aku ajar, mecabar btol), pk pasal rubrik pemarkahan, pk pasal idea nak buat proposal, pk pasal pk... dan macam2 lagi pk (bukan penolong kanan atau penolong kiri ye)

bila banyak pk banyak tenaga guna → kalori dibakar → cepat lapar → cari makan → otak ngan badan penat → tdo tenangkan pikiran → obesiti (boleh buat kes untuk system dynamics ni). Sebab tulah badan aku naik... kan (ALASAN!!!!!)???? 

-------------------------------------------------
ni, banyak masa pulak nak tulis blog?

aku takdelah pulak cakap keje pensyarah ni bz ya amat sampai takde masa nak bersossial. aku cuma menjawab ayat penyata yang kata, 6 jam jek keje untuk seminggu. so, kesenggangan masa 6 jam nilah boleh aku selitkan merepek kat blog ni...   

takpe, student cuti, lecturer pun boleh cuti. lama jugak student cuti kan? 

ramai yang silap tentang ni. --------- (DELETE PENYATAAN NI DISEBABKAN RAMAI YANG TAK PUAS HATI) kami ni, setahun hanya 30 hari sahaja cuti diberikan. macam kakitangan kerajaan yang lain. 

so, buat apa student cuti? boleh jugak rehatkan badan kan?

bolehlah jugak... termasuk tulis blog gak... tapi, time student cuti nilah macam2 keje kene buat. kalau masa student ada nak kene fulfill pengajaran, masa depa takde, nak kene buat reserach, kursus sana, kursus sini untuk lengkapkan mata pembelajaran berterusan, meeting itu meeting ini, keje2 admin yang lain, meeting tuk conference, aktiviti kelab kebajikan, sukan dan macam2 aktiviti lain... nak penuhkan KPI katanya,... dekat2 nak masuk sem, nak kene setelkan nota pembelajaran pulak... pejam celik, pejam celik, takdelah lama mana pun cuti student tu... macam tak cuti pun ye... tau2 student dah masuk balik setiap sem... ulang balik perkara yang sama...  

Jangan merungut banyak sangat, keje kene ikhlas... 

eh, bukan merungut... aku suka dengan kerja aku ni.... paling best, bila tgk student naik pentas untuk terima skrol. biarpun aku hanya mengajar mereka satu kursus sahaja daripada 40 lebih kursus yang ada, tapi, aku tetap syok sendiri.

tuanpunyablog: nampak zahir sahaja, tak semestinya sama...

Wednesday 25 September 2013

Ringan mata memandang, tak sama ringannya dengan bahu yang memikul

assalamualaikum,

----------------------------------------

seorang pegawai bawahan berjumpa dengan pegawai atasan untuk memohon perpindahan mengikut suaminya ditempatkan...

pegawai bawahan - biru
pegawai atasan - merah

assalamualaikum tuan, boleh saya jumpa sebentar?

waalaikumussalam... boleh... masuklah. ada apa yang saya boleh bantu?

saya nak mohon untuk pindah ke negeri lain...

atas alasan apa? 

suami saya bekerja di negeri X. jadi saya mohon untuk berpindah ke sana... 

zaman sekarang ni, ramai dah suami isteri bekerja jauh, demi mencari rezeki. biasalah tu... puan untung lagi, sebab masih di semenanjung, masih boleh melalui jalan darat kalau nak melawat. ada kawan saya tu, lagi sorang semenanjung, sorang lagi di sabah.. anak puan berapa orang?

tiga orang... 

kawan saya yang dok semenanjung - sabah tu, lagi lima orang anak... kesian saya tengok dia sebab berjauhan suami isteri. 

tapi saya ada masalah kesihatan tuan. saya selalu diserang asthma. 

bos saya pun ada asthma. 

kadang-kadang, sampai ke wad kecemasan, semput...

adik kawan saya pun selalu ke wad kecemasan, sebab semput. 

saya pernah masuk ICU tuan.

adik kawan saya pun penah sekali masuk wad kecemasan. puan tak mintak suami puan jaga anak puan jugak?

suami nak jaga. tapi anak saya ni takmo ikut.

saya rasa boleh jek. paksa je anak puan ikut suami puan. budak2 ni, kadang2 tak boleh dimanja. kita kene bertegas.

pernah suami nak bawak dia naik kereta, tapi dia meronta2 dalam kereta. risau jugak takut dia bukak pintu tu terjun.dia pun dah besar, 6 tahun.

isk, takkanlah dia nak terjun. saya rasa boleh jek bawak dia. puan tawakkal pada Allah.

erm... mmglah kita bertawakkal. tapi, kalau jadi benda tu jugak, camana?

ketentuan Allah lah tu... dah ajalnya... sapalah kita nak mempertikaikan keadaan tu kan.. Puan tinggal ngan sapa dekat sini?

dengan mak saya. 

anak puan sapa jaga?

mak saya...

owh, baguslah camtu. sekurang2nya, keluarga kita sendiri yang jaga. ada kawan saya tu, dahlah berjauhan suami isteri. pastu famili sendiri pun jauh. puan masih beruntung lagi. puan tak mintak suami yang pindah?

kami dah beli rumah kat sana. 

juallah rumah kat sana. beli rumah kat sini. puan cakap tadi, keluarga puan dan keluarga suami puan, di sini kan? senanglah selalu balik kampung, lawat mak ayah puan... 

suami ada kontrak dengan institusi tempat dia bekerja. sebab institusi dia yang sponsor dia belajar. jenuhlah nak bayar balik.

isk, gaji dah besar, takkan takleh bayar balik. berapa kene bayar balik?

setengah juta...

suami puan kerajaan ke swasta?

kerajaan.

owh, senang jek nak tukar tu... ada kawan saya macam suami puan jugak. isteri dia pun tak dapat pindah. suami dia pindah. dia deal dengan institusi yang dia nak pindah tu, mintak setelkan hutang dengan institusi lama. dapat. senang jek...

suami saya kata, nak lari, takut takde institusi yang nak buat macam tu. maybe kawan tuan tu, jenis yang bagus. suami saya, tak kompiden nak buat camtu. lagipun, takut takde bidang yang sesuai dengan bidang yang dia belajar. 

isk, memana pun sama jek. boleh jek kerja. rezeki kan di tangan Allah. kenapa nak memilih kerja berdasarkan bidang pulak? suami puan tak boleh macam tu. berapa lama dah berjauhan?

tiga tahun... 

owh, tak lama mana. kawan saya yang saya cakap tu, yang sabah semenanjung tu, lagi lama. 10 tahun. 

so, boleh pindah ke tak ni tuan?

sebenarnya, kami takde masalah. boleh jek. tapi negeri yang tak bagi masuk.

suami saya ke pejabat negeri, katanya, kementerian yang tak kasi.

eh, bukan kami tak kasi, maybe negeri yang tak lepas puan. 

saya pun dah ke pejabat negeri. katanya, mereka ok jek. 

mungkin daerah tak kasi lepas?

kawan saya ada di daerah. katanya, daerah tiada masalah.

kadang2, ada jugak ketua jabatan yang tak bagi lepas. 

kalau ketua jabatan tak bagi lepas, kenapa dia boleh bagi surat sokongan? 

erm... taktaulah saya. macam nilah puan, sabar je lah. kalau ada rezeki puan, dapatlah pindah. kalau takde rezeki, kene redha lah kan... bukan puan sorang jek yang mintak pindah, ramai lagi. sekurang2nya, puan masih ada banyak kelebihan, jauh2 masih disemenanjung, anak2 mak yang jaga, dekat dengan famili sendiri, dah ada anak. berbanding dengan orang lain, dahlah baru kawin, duduk jauh pulak tu, anak takde, sunyi, ada yang sabah sarawak semenanjung, mak ayah sakit nak jaga, dan macam2 masalah kronik lagi. puan kene banyak bersabar dan bersyukur kerana puan masih banyak bernasib baik daripada orang2 lain... 

yelah tuan, saya sabar je lah. kalau saya tak tahan, saya hantar surat berhenti kerja sahaja. senang. tuan senang, saya pun senang. 

-------------------------------------------------

adakalanya, agak sedikit terkilan bila diri sendiri tak kene, senang sahaja memberi nasihat dan membandingkan dengan orang lain yang adakalanya, masalah pun tidak sama, apalagi jalan kehidupan yang pastinya berbeza...

cerita ini ada yang benar, ada yang rekaan. buat peringatan diri sendiri, sebab adakalanya, mejadi kaunselor tak bertauliah, sering juga membandingkan kehidupan "pesakit" dengan orang lain yang adakalanya langsung tak dikenali...

tuanpunyablog: telan je lah apa orang nak kata... 

Wednesday 11 September 2013

hati yang penuh keladak

Assalamualaikum WBT;

suatu ketika dahulu..................., lalu terdetik di hatiku .................;

.................. ketika melihat orang menulis mengajak bersedekah dengan melampirkan gambar di FB resit sedekahnya,
.................. erm,... tak ikhlasnya... dah sedekah senyap2 jelah... ni pun nak bagitau satu dunia...

.................. ketika melihat orang mempamerkan kereta baru/ motor baru/ handbag baru/ atau apa2 sahaja barangan baru,
.................. isk, nak menunjuk lah tu... nak kata dia mampu beli semua....

................... ketika melihat seseorang menulis status tentang dia berada di masjid untuk solat subuh,
................... kan bagus tak payah update FB berada di mana. nampak sangat nakkan pujian manusia mengatakan bahawa dia tu alim... 

.................. ketika melihat seseorang mengajak melakukan kebaikkan berterusan,
.................. nak bagitaulah dia tu alim, bagus dan baik....

.................. ketika melihat orang meletakkan gambar anak2nya,
.................. nak bagitau satu dunialah tu, anak dia comel, macam dia sorang jek yang ada anak... 

.................. ketika melihat mereka memaparkan gambar2 peperangan di serata dunia, dan mengatakan dianya berada dalam keadaan sedih dan marah sebab orang lain seperti tidak ambil endah,
................. nak tunjuklah dia perihatin dengan masalah dunia... nak suh orang komen, dia bagus...  

................. ketika melihat dia mamaparkan pujian yang diberikan oleh orang lain,
................. nak bagitau satu dunia yang dia tu bagus...

................ ketika melihat paparan status FB nya yang kesedihan atas petaka yang menimpanya,
................ kalau sedih, kenapa mesti mengadu kat FB? kenapa tak mengadu dengan Allah???

................ ketika melihat paparan gambar sahabat mendapat anugerah,
............... simpan jelah gambar tersebut. kenapa mesti paparkan kat FB? nampak sangat nak tunjuk...

................ ketika melihat paparan status yang mengatakan dia tidak suka dengan gelaran Datuk yang diberikan,
............... nak bagitaulah dia seorang yang tawadduk (rendah diri)

................ ketika melihat orang memberikan ilmu melalui Quran/Hadith dalam FB,
................ main amik jek ayat Quran ni. buat penguat hujjah dia (padahal aku sendiri bukan arif dalam bidang tersebut)

................ ketika melihat orang memberi komen yang pelbagai disertai dengan fakta-fakta,
................ nak tunjukkan dia berilmulah tu. hujah penuh dengan fakta2.. tah betul tah tak....

................ ketika melihat komen yang menegur orang lain,
................ kan bagus cakap kat secara diam... nak tunjuk lah tu dia tu baik sangat.... 

............... ketika melihat orang menulis memuji dirinya sendiri,
............... amboi... show off!!!

................ ketika melihat sahabat yang dahulunya agak kurang elok akhlaknya, menulis sesuatu yang baik di FB,
................ tah ye tah tak dia dah bertaubat.... 

................ ketika melihat pelbagai post yang baik-baik,
................ erm... nak mengharapkan orang 'like' lah post dia lah ni... 

.............. ketika melihat wanita tanpa menutup aurat menuju ke masjid,
.............. takkan nak solat kot? aurat pun tak tutup...

............ ketika mendengar pak imam membaca surah yang panjang,
............ panjang pulak imam ni baca. nak bagitau lah yang dia seorang huffaz...

............ ketika melihat pasangan berlainan jantina agak mesra semacam,
............ ni mesti tak nikah lagi.... agaknya berapa kali dah ter'lepas'?

........... ketika melihat pelbagai ragam manusia,
............ pelbagai fikiran negatif menjelma...





Kemudian, seperti ada satu suara yang MENEMPELAK KU;


HEBAT KO JEP!!! HEBAT!!! AMALAN APAKAH YANG KAU LAKUKAN SEHINGGA KO BOLEH MENILIK, MENILAI DAN TAHU APA YANG ADA DALAM HATI SEORANG MANUSIA??????? (baca betul-betul ye...)

SESUNGGUHNYA HANYA ALLAH SAHAJA YANG TAHU APA YANG BERADA DALAM HATI MANUSIA LAIN, TERMASUKLAH HATI KITA SENDIRI...

tuanpunyablog: sentap dengan bisikan hati sendiri...

Saturday 7 September 2013

Antara yang baik dan yang lebih baik untuk dilakukan

assalamualaikum warahmatullah,

terbaca di suatu post rakan menulis yang lebih kurang begini;

"kadang-kadang manusia ni selalu salah faham dengan amalan-amalan yang mana perlu didahulukan terlebih dahulu. dahlah datang masjid lambat, lepas tu parking sampai block kereta orang lain nak keluar. takpelah, sangka baik, mungkin dia tidak berkesempatan untuk datang awal. habis solat jumaat, kot ye pun dah tau block kereta orang lain, keluarlah cepat sikit. tak payah nak zikir panjang-panjang, solat sunat bagai, sampai tuan punya kereta yang di block terpaksa menunggu sampai berpeluh. dahlah nak masuk keje kejap lagi. makan pun dak lagi... "

bila terbaca post ni, aku teringat kisah aku sendiri. biasalah, bila umur makin meningkat ni, rambut putih dah mula kelihatan secara jelas dikepala, macam-macam kisah kehidupan yang masa muda terkenang2 (alah, macam drama2 cekikrama tu, tetiba keluar flash back hitam putih)... maklumlah, masa tu agak jahil sedikit kan...

-----------------------------------------
suatu ketika di bulan puasa, aku solat tarawikh di bilik sendiri, kerana badan aku agak tidak sedap rasanya. dengan niat untuk tidak memperlihatkan amalan aku, aku mengunci bilik aku sebelum menunaikan solat isyak dan tarawikh. sementelah roomate aku tiada di bilik. mungkin menyinggah ke bilik rakan-rakan yang lain. maka, aku kompiden yang dia takkan balik bilik nanti, dan selamatlah ibadat aku tidak diketahui olehnya...

sedang aku solat (tak ingat solat isyak atau terawikh), tiba-tiba;

tukkkkk tukkkk tukkk (bunyi pintu diketuk)... terdengar pula seperti tombol dipulas...

"la, sapa pulak kunci pintu ni?" kedengaran suara roomateku diluar pintu tersebut...

"Jep!!! Jep!!!" dia bersuara sekali lagi sambil mengetuk pintu sekali lagi...

Rasa sayang untuk membatalkan solat tersebut... aku teruskan jua... tiada jawapan dariku, maka dia terus meninggalkan bilik kami...

usai solat, aku teruskan lagi untuk solat terawikh....

sedang bersolat, terdengar lagi roomateku kembali mengetuk pintu untuk masuk. kali ini nampak seperti dia cuba mengintai dari lubang bawah pintu... kemudian diketuk sekali lagi sambil menjerit namaku dan mengetuk bertalu-talu....

aku teruskan jua solatku....

ketika sedang solat untuk rakaat yang kesekiannya, sekali lagi terdengar seperti orang memulas tombol pintu untuk memasuki bilik tersebut. kali ini, hanya tombol dipulas dan pintu di ketuk sekali....

"Jep.... owh jep...." sekali lagi seperti terlihat bayang2 nya mengintai di bawah pintu.

aku teruskan jua solatku....

sehinggalah aku usai solat, baru ku buka pintu bilik tersebut... ketika itu, lega sebab aku berjaya melakukan solat tanpa sesiapa mengetahuinya....

---------------------------------------------------

Bila dikenang balik, betapa rasa bersalah sehingga kini...

Allahuakbar,

ketika itu aku tidak tahu membezakan mana satu yang baik, mana satu yang lebih baik untuk aku kerjakan...

aku lupa bahawa niat dan matlamat tidak pernah menghalal kan cara....

aku lupa bahawa ibadah yang ku kerjakan itu hilang bila melibatkan orang lain merasa susah...

aku lupa bahawa Islam itu sangat indah sehingga perkara sekecil2 pun kalau dilakukan tanpa menyakiti orang lain akan mendapat ganjarannya...

aku juga lupa sia2 sahaja amalan kebaikan yang dilakukan jika menyakiti orang lain,...

maafkan aku wahai sahabatku...

maafkan aku.... huhuhuhu

tuanpunyablog: mengenang kisah silam... 

Friday 6 September 2013

hidup diatas doa orang lain

assalamualaikum warahmatullah...

suatu ketika, aku pernah berborak dengan salah seorang sahabat aku...

aku - biru

sahabat aku - merah

------------------------------------------------------------

aku tengok ko ni kan, X, senang jek masuk rezeki. yelah, habis jek blajar, grad, terus dapat kerja. pastu kawin, tak lama lepas tu, dapat anak... pastu dapat anugerah macam2, terkini, dapat kenaikan pangkat... senang btol rezeki ko ek...

alhamdulillah... bukan 'hasil' aku pun... 

apa maksud bukan hasil ko?

{senyum} erm... maksud aku, walaupun aku banyak doa, tapi aku tak fikir doa aku tu yang paling makbul... ada orang lain yang doakan aku...

yelah, mak ayah ko... doa ibu kan makbul...

tu salah sorang jugak. tapi aku dapat rasakan bahawa ada orang lain yang doakan aku... kalau aku cerita, ko jangan bagitau sesapa k. 

blog boleh? 

boleh, tapi pastikan ko tak mentioned nama aku... biarlah hanya aku dan Allah sahaja yang tau... dan terkini ko... 

erm... orait,... no problem... 

masa tunggu result SPM tu, aku kejelah sekejap. selalunya aku akan solat kat surau kompleks belibelah tersebut. ada satu hari ni, lepas aku solat, aku disapa oleh seseorang...

(sahabat aku ni, cerita dalam bentuk dialog, so, aku pun buatkan dalam bentuk dialog)...

Orang itu: OI
Sahabat aku: SA
---------------------------------------------------

OI: assalamualaikum... bang, mintak maaf ganggu... nak tanya ni...

SA: {senyum}. waalaikumussalam... kenapa ye?

OI: saya sebenarnya dalam keadaan terdesak. saya datang sini dari ******** nak cari kerja dengan member saya. tapi, masa turun kat Pudu tu, saya beli minuman, lepas tu, saya baru perasan wallet saya hilang. sekarang ni, saya dah macam patah kaki... rasa macam nak balik ke *********. tapi nak balik, saya takde duit dah. abg tau tak mana2 yang boleh saya mintak bantuan?

SA: erm... saya taktau sangat sebenarnya... dah repot dengan polis? 

OI: dah... tapi tulah, dorang pun tak boleh buat apa2... sebab banyak sangat kes kat situ. saya pulak, baru pertama kali jejak di KL ni. taktau sangat jalan2 kat sini. saya cuba jugak naik pejabat agama, masa jalan2 ke sini, tapi dorang cuma jawab yang saya layak (lebih kurang lah). pejabat zakat pun saya naik jugak... pun dikatakan tak layak...

SA: biasalah bang... depa kan ada prosedur. so, nak mintak macam tu, mmg tak boleh macam tu jek. dia takut jugak yang menipu..

OI: dah tunjuk pun surat repot polis tu... takkan nak kata saya menipu lagi...

SA: erm... taktau nak cakap bang... abg tak kol ke member abg tu? kot2 dia tengah tunggu abg...

OI: nombor telefon dia pun dalam wallet saya tu. dia cuma pesan, kalau dah sampai, dia suh kol (zaman dulu, mana ada hs kan)... tapi nak kol camana? dah walletnya hilang,...

SA: abg datang sini camana, dari pudu tu?

OI: jalan kaki... terpaksa. masa hilang wallet tu, cuba jugaklah cari jalan ke pejabat agama, pejabat zakat... jalan2, tau2 dah sampai ke ********* ni. kebetulan dah zohor, teruslah masuk ke sini, kot2 ada surau... tahlah bang, saya pun dah mati akal ni... rasa macam nak balik terus jek ke negeri asal. nyesal tak sudah sampai ke sini...

SA: Jauh btol. erm... tiket balik ********* berapa ringgit?

OI: RMXX. 

SA: macam nilah bang... saya bayarkan dulu tiket abg ni. ada lebih ni, abg buatlah belanja makan. sian abg tak makan2 sejak sampai sini pagi tadi. 

OI: isk, banyak ni. makan pun tak sampai banyak macam ni (mata mula berkaca).

SA: takpelah... amiklah... buat belanja on the way balik ke Pudu ke...  

OI: abg bagi alamat abg. takpun, no akaun abg. nanti saya bayar balik duit abg ni... banyak ni... 

SA: isk... takyahlah susah2... takpelah... anggap jek rezeki abg tu... erm... oklah... saya pun nak naik atas ni. sambung keje... waktu rehat habis dah ni,... 

OI: owh, alhamdulillah... alhamdulillah... alhamdulillah... terima kasih banyak2 bang... 

------------------------------------------------------------

camana ko tau yang dia tu tak menipu ko?

tah... aku pun tak tau kenapa aku senang jek nak bagi duit kat dia... tapi aku rasa kes dia tu, kes yang betul... 

camana ko tau? 

mata dia... sebab, lepas jek aku bagi dia duit tu, berair mata dia... masa aku pakai kasut, aku cuba pandang balik dalam surau tu. tengok dia tengah solat. padahal sebelum tu, dia dah pun solat zohor.. kalau btol dia nak menipu, logically, takkan mata dia berair... dan takkan dia solat lepas dapat duit tu? satu lagi, nampak muka dia berseri dengan kopiah dikepala... 

erm.... btol jugak kata ko... cumanya, aku musykil... camana ko tau dia doakan ko?

tah... gerak hati aku ni kuat mengatakan bahawa dia adalah antara orang yang mendoakan agar rezeki aku murah sentiasa... dan perasaan tu semakin kuat lebih2 lagi bila aku teringat perjalanan hidup aku, dan aku cuba bandingkan dengan kawan2 aku... 

betul jugak kan... mungkin btol agakkan ko... lagipun, doa orang yang teraniaya akan diterima Allah tanpa hijab. tak luak mana pun rezeki yang dilaburkan dengan ikhlas kan... kalaulah aku boleh ikut cara ko... erm....

{senyum}

tuanpunyablog: malas btol nak menulis chapter in book ngan monograf. huhuhu

Sunday 25 August 2013

kadang-kadang ada sebab usaha kita setakat itu sahaja...

assalamualaikum,


bila melihat gambar anak3 yang dipost oleh isteriku, sesekali hati berbisik,

sampai bila aku nak macam ni... dah berkahwin, dah ada anak, tapi macam orang bujang...

orang keliling asyik bertanya,

susah sangat ke ek nak tukar?

tak pergi JPN ngan KPM?

ko tak buat rayuan?

tak sunyi ke duduk sengsorang?

ko takde cable yang boleh tolong? takde kenal orang2 dalam KPM tu ke?

apsal masa posting dulu, tak keras nak mintak Kedah?

dan macam2 lagi pertanyaan yang buat aku hanya senyum membisu seribu bahasa. jawapan yang ku berikan, hanya jawapan klise (semenjak dua menjak ni, suka beno aku guna perkataan ni... tah penggunaan betul atau tak, taktaulah,...) yang aku berikan...

"takpelah, takde rezeki lagi.."

ikutkan betullah kan? takde rezeki lagi... kan?? kan?? kan??

ada yang menyarankan aku supaya pergi je JPN dan KPM tu sampailah dapat... sampailah depa bosan... dan aku mengakuinya, memang betol lah itu caranya... based pada pengalaman aku...

masa memula aku nak mintak penangguhan untuk posting tahun akhir tahun 2008 supaya zah dapat ikut aku ke UK (setelah 2 kali balik Malaysia, dan kene marah dengan SV sebab selalu balik, tanpa ada sebarang progress yang memberangsangkan... sian kat sv aku dapat student pemalas macam aku), SEBELAS KALI kami ke KPM. mujurlah kami duduk di area Selangor, so, takde masalah nak turun naik KPM tu. pergi ke bahagian A, katanya bukan urusan dia dah, kene pergi ke bahagian B. pergi ke bahagian B, katanya kene ke bahagian C. pergi ke bahagian C, dia takde kene mengena, sebab dia based pada bahagian B dan C. sudahnya, 11 kali turun naik. itupun, mujur ada kakitangan yang baik hati hendak menolong kami. Alhamdulillah... setel urusan tangguh posting... aku perlu cepat menguruskannya, sebab aku janji dengan sv, aku amik cuti sebulan sahaja...

kemudian balik Malaysia, nak sambung posting, sebab lepasan KPLI. kalau tak, kene bayar balik segala elaun dan yuran pengajian, sebab ditanggung oleh KPM. mujurlah ketika ini, dah ada yang kenal beberapa orang kakitangan yang pernah menolong kami ketika tangguh posting tu. walaupun dia bukan jabatan yang lama, tapi melaluinya lah kami dapat prosedur camana nak reposting tu...

kali ni, aku (zah tak ikut sebab dok jaga kembar yang baru berumur 3 bulan dan agak payah nak bawak. dengan panasnya, dengan parking dengan opis KPM jauh) dipersalahkan kerana berurusan dengan bahagian yang tak sepatutnya. bermula dengan bahagian A, kemudian membawa surat ke bahagian B. bahagian B perlu mendapatkan surat daripada bahagian C, maka perlu pula ke C. sampai ke C, katanya tiada kekosongan dan pelbagai prosedur perlu diikuti, kemudian, menegur aku dengan berkata yang lebih kurang begini;

"kenapa encik berurusan dengan diorang, sepatutnya encik kene berurusan dengan kami dulu.."

kalau dulu, semua menolak kami sebab takmo amik tanggungjawab nak release zah daripada posting, lani, semua berebut zah kata dialah yang patut menguruskan permulaan nya...

since aku yang menguruskan penempatan semula ni, maka aku tak ingat berapa kali aku turun naik KPM tu semata2 nak reposting zah (aku perlu cepat uruskan hal reposting zah kali ni, sebab aku janji dengan sv aku, by januari 2011 aku mesti balik ke UK). sehinggalah bahagian terakhir, di tempat inilah segala2nya bermula yang menyebabkan aku agak teragak2 atau segan atau rasa malu tak sudah nak bersungguh2 dalam membuat rayuan untuk perpindahan zah ke Kedah.

dekat dua bahagian terakhir inilah yang menjadikan aku naik  KPM berkali2... itu tidak kira dengan aku terpaksa menjadi pembantu am rendah, hantar surat dari satu bahagian ke bahagian yang lain... sebab nak cepatkan proses

kali pertama: hantar surat rayuan reposting...

kali kedua: pegawai tiada.

kali ketiga: berjumpa dengan pegawai terlibat, katanya tiada kosong.

kali ke empat: membuat rayuan sekali lagi... katanya, masih tiada kekosongan disebabkan lepas KPLI tahun semasa pun tiada penempatan. walaupun aku merayu, tetapi beliau tetap mengatakan tiada kekosongan.

kali kelima: melalui salah seorang orang bawahannya (kenal semasa nak tangguh posting dan beliaulah yang banyak tunjukkan jalan kepada kami), aku sekali lagi ke sana...

sebelum aku melangkah masuk ke bilik pegawai berkenaan, aku bertanya dengan staf yang menolong aku.

"dah bagitau boss ke En. X?" Tanya aku

"dah.. dah... baru jek cakap n dah mintak tolong ngan dia tadi. pegilah jumpa dia, insyaAllah, dia akan tolong..." katanya senyum...

setelah melangkah kaki ke dalam bilik pegawai berkenaan, dan memberi salam, apabila dia memandang aku, terus berkata;

"LA, AWAK KE? KAN SAYA KATA TAKDE KEKOSONGAN.." dengan nada bersahaja...

muka aku terus berubah bila dia berkata perkataan tersebut... seolah2 aku ini, tidak faham bahasa dan takde rasa malu... ibarat orang yang meminta tolong, kemudian, paksa orang tersebut supaya menolong kita... dah bagitau tak boleh, tetap kata boleh dan minta ditolong... kalau koranglah berada dalam situasi tu (orang yang diminta tolong), mau korang campak segala benda kat depan tu kan??? dah kata tak ada, tak adalah (macam tu lah lebih kurang)...

bila dia dah cakap macam tu, aku cuba menebalkan muka lagi ,

"maafkan saya encik. tak boleh ke? sorang jek..."

"tak boleh... takde kosong... ni pun saya tengah pening," katanya sambil menepuk fail yang menimbun atas meja.

"erm... saya bukannya taknak bawak isteri saya encik. sebab isteri saya sekarang ni, tengah jaga anak kami 2 orang yang berumur 3 bulan. so, kalau saya bawak dia kesini, takut nanti takleh nak berurusan. sebab nak kene pegang dua2... saya sorang, dia sorang... "

aku bercerita atas saranan salah seorang pegawai yang menolong kami (dia nak tolong bukan bahagian dia) masa zah nak tangguh posting. katanya, biasanya, pegawai ni, tak suka berurusan dengan wakil...

"kembar?"

"ahah... tak boleh ke encik? sorang jek..." kataku lagi cuba menebalkan muka sekali lagi...

pegawai tersebut hanya menggelengkan kepala...

aku berlalu keluar dengan mata berkaca (ha, ni dah habis usaha dah ni...) sambil berkata,

"takpelah... takde rezeki lagi... terima kasih banyak2 encik"..

bila berjumpa dengan sahabat yang menolong aku tadi, dia juga agak sedih bila aku nyatakan tak boleh nak posting lagi...

sampai di kereta, aku duduk sebentar... kemudian telefon ku berdering;

"assalamualaikum... saya ni, yang awak jumpa lagi... sebenarnya, nak posting mana ni? Kedah mmg takde kosong, yang ada KL, Terengganu, Sabah dan Sarawak."

setelah berfikir sejenak, aku terus berkata,

"ambil KL lah encik. takpelah, kalau tak dapat Kedah, nanti kalau ada rezeki, mintaklah tukar, janji posting dulu..."

Alhamdulillah... Allah bukakan hatinya... taktaulah macam mana dia boleh terbuka hati nak tempatkan jugak... aku sendiri rasa macam tak percaya... 10 minit yang lepas, dia berkeras tidak mahu menolong, kemudian, mahu pula menoolong... Alhamdulillah...

[cerita lain sikit... memerlukan another posting]

3 bulan menunggu tanpa khabar berita, tau2, zah diposting di Selangor, bukannya di KL. hampir setiap minggu bertanya khabar dengan JPNWP, nama dah sampai ke blom. rupanya di Selangor postingnya... mujurlah seorang sahabat yang suaminya bekerja dibahagian sumber manusia menelefon isteriku... salah no telefon rupanya.. Kalau seminggu zah tak lapor diri, twaran tersebut akan batal... surat pula tak sampai ke rumah zah... no telefon salah... erm... itulah rezeki kan...

---------------------------------

sebenarnya, perkataan yang keluar dari mulut pegawai berkenaan yang berkata;

"LA, AWAK KE? KAN SAYA DAH CAKAP TAKDE KOSONG"...

yang membuatkan aku terasa sampai sekarang. malu ya amat... aku percaya, dia expect orang lain yang akan datang, dan dia akan tolong atas saranan salah seorang stafnya... tapi tengok2, aku yang datang. malunya aku hanya Allah yang tau. 

aku ni bukanlah jenis yang suka memaksa orang... disebabkan itulah juga, aku tak berkeras untuk zah dapat Kedah, untuk 1st posting... dia dah tolong pun dah cukup cukup baik...

bila nak pindah ni, ada juga orang aku mintak tolong... mintak tolong forwardkan sahaja, tanpa memaksa pastikan dapat... aku pasti, yang aku mintak tolong tu, kalau aku paksa jugak suh dapatkan, mau menyumpah2 dan taknak tolong langsung, kan???

kalau orang tak boleh tolong, takpe... aku redho. sebab aku tau itu rezeki kita. bukan aku tak mintak atau forwardkan application zah pada kawan2 KPM, kawan kepada kawan yang ada di KPM, yang bekas pengarah bahagian, yang keje dalaman... pendek kata, cable lah (bagi aku, ada cable ni, rezeki orang tersebut ada cable. kalau dia mmg layak, tak salah nak amik kan???). pergi ke JPN Kedah, hantar borang. surat rayuan sampai 5 6 helai... tu blom masuk usaha doa lagi... asal ada orang p umrah jek, aku kirem doa.. termasuklah mak ayah aku... tak dapat jugak...

orang kata aku BELUM cukup usaha, SEBAB tak turun naik KPM...

betul, aku mengaku aku tak cukup usaha... bukan taknak turun naik KPM, tapi perasaan malu sebab menekan orang sampai orang bosan dan fed up dengan kita tu yang membuatkan aku taknak turun naik KPM. malu yang lepas tu pun tak hilang2 lagi... penat... mmg penat... bkan sahaja tenaga, tapi perasaan juga penat...

aku paham dan sentiasa paham akan tugas2 orang lain. di KPM sendiri pening nak nguruskan perpindahan ni. kalau aku sendiri berada dalam KPM tu, aku sendiri akan surrender. bayangkan kekosongan nak tukar hanya ada satu, tapi yang nak masuk 100, alasan yang pelbagai... nak jaga suami, nak jaga mak, nak jaga anak, anak sakit, ancaman keselamatn dan macam2lah...

takpelah, aku yakin rezeki Allah tak sampai sekarang, akan sampai nanti2, bila DIA tahu masa yang paling baik... sekurang2nya, zah di Banting, aku boleh selalu balik KL, melawat mak ayah aku di Damansara. aku rasa, kalau zah ada di sini, sebulan sekali nak balik pun payah... silap2, cuti budak sekolah baru balik... lagipun, aku bukan duduk macam London-KL, still driving distance... dan Alhamdulillah, Allah mudahkan aku cara lain... sepanjang aku berulang alik ke Kedah KL (dalam sebulan 2 - 3 kali), sepanjang kami duduk PJJ sejak pertengahan tahun 2011, tak pernah aku merasa jammed yang teruk... kalau ada pun, jem biasa ditempat yang mmg expect akan jammed...

tengok... cantik kan Allah atur kehidupan kita ni???

"carilah kebaikkan dalam setiap perkara yang berlaku, supaya dirimu sentiasa berbaik sangka dengan Allah"...

tuanpunyablog: jangan jadikan posting aku ni modal untuk hentam sesiapa. aku tak pernah nak salahkan sapa2 dalam hal ni...

Wednesday 31 July 2013

hutangku pada sahabatku... (argh... aku mmg tak reti letak tajuk)

assalamualaikum...

saja nak bercerita kisah zaman lalu....

tahun 86 - 91 aku bersekolah di sekolah rendah kebangsaan (SRK) damansara utama... zaman tersebut, kehidupan kami sekeluarga tidaklah terlalu senang, sementelah duduk dirumah setinggan di kampung sungai kayu ara, sebelum berpindah ke rumah lain semasa darjah 4.  hari-hari bersekolah dengan berjalan kaki, dari kg sg kayu ara, jalan sehingga 500 meter. sampai dipersimpangan sungai, bukak kasut, menyeberang sungai yang merintangi jalan (jalan pintas nak ke sekolah)... kemudian, meneruskan perjalanan yang lebih kurang 3 - 4 kilometer setiap hari. keluar rumah seawal selepas subuh (sekolah pagi) atau pukul 12 tengahhari (sekolah petang. kadang-kadang sahaja mak aku hantar aku sekolah menaiki motorsikal. start darjah 4, aku berpindah ke rumah yang agak selesa. dan mula menggunakan basikal untuk kesekolah.

wang belanja yang mak aku bekalkan adalah sebanyak 30sen. duit inilah belanja makan aku disekolah kebangsaan dan juga sekolah agama (KAFA). duit 30sen ini, kebiasaannya aku gunakan untuk sekolah agama. sekolah kebangsaan aku biasanya kurang membawa duit.

namun, ada seorang kawan aku ni, baik sangat. selalu sangat belanja kawan2... sementelah kehidupan dia agak senang sedikit. ada ketikanya, aku terpaksa meminjam duit kawan aku ni sebab aku kelaparan. tengok orang makan macam2, tetiba terasa nak makan jugak. yelah, bebudak kan... hampir SETIAP HARI, SEPANJANG TAHUN PERSEKOLAHAN SELAMA 5 TAHUN (kenal dan jadi rapat semenjak darjah 2). cuma kadang2 dia belanja aku dah kawan2 yang lain... yang baiknya ialah, dia tak pernah mintak walau sesen pun bayaran kembali walaupun aku sentiasa berkata;

"M****, pinjam duit. esok saya bayar"...

aku banyak terhutang budi dengan dia dan tak pernah lupa akan jasa2nya sehinggalah saat ini...

mengenangkan aku banyak berhutang dengan dia, dan banyak kali mendengar ceramah dan tazkirah tentang cerita roh yang akan tergantung antara langit dan bumi disebabkan hutang yang ada, aku selalu mencari dia... kami terpisah sejak darjah 6, apabila aku bersekolah menengah di Shah Alam, dan dia, aku taktau bersekolah di mana. entah kenapa, semakin lama aku simpan, semakin sesak dada aku dengan hutang yang belum aku langsaikan... selalu berharap agar aku berjumpa dengan dia... sampai satu ketika, aku ingin mengiklankannya disurat khabar (pernah terfikir)...

bayangkan, berapa banyak aku hutang dengan dia...

katakan jumlah persekolahan setahun ialah sebanyak 200 hari x 5 tahun x 50sen (estimate, sebab aku jarang cakap berapa aku nak pinjam, dia main bagi je berapa yang ada dalam poket dia... minimum 50posen, maksimum singgit)

maka jumlah aku hutang dengan ialah RM 500.00. itu belum termasuk dengan dividen kalau duit ini aku simpan dalam islamic bank dan tak sentuh langsung selama 20 tahun... mau jadi beribu kan???

selagi tak bayar selagi itulah hati aku tak tenteram...

Alhamdulillah, Allah kurniakan ilham untuk aku mencari dia di FB.

dan Alhamdulillah, dia tak menggunakan nama samaran macam aku di FB...

dan Alhamdulillah, dia tak buat private profile dan gambar dia aku boleh tengok...

dan Alhamdulillah, rupa dirinya semasa sekolah rendah dan sekarang tidak jauh bezanya...

dan Alhamdulillah, ada seorang mutual friend dia yang aku kenal. sebelum aku pm dia, aku cuba tanya mutual friend tersebut untuk lebih mengesahkannya...

dan Alhamdulillah, aku tak salah orang...

dan Alhamdulillah, dia juga masih mengingati aku serta cuba juga mencari aku...

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah... syukur sangat Allah mudahkan aku untuk membayar hutang...

cuma yang jadi masalah aku, dia tak ingat bila aku hutang dia (atau dia buat2 lupa) dan terus sahaja menghalalkan hutang tersebut (ini bermakna dia tak lupa lah kan????)

dah berkali2 aku mintak akaun number dia, nak transfer duitnya... msg dibaca, tapi senyap seribu bahasa... nak kacau banyak2 kali, tapi dia jadi fedap medap plak... camana ye?

to be honest, walaupun dia kata halal, tapi aku tetap nak bagi jugak... kalaupun dia nak halalkan pun, halal kanlah "anak2" duit pokok tersebut, ya'ani, dividen kalau disimpan duit tersebut...

nak tau sebab apa aku nak bayar sangat;

sebab kerana duit dia itulah aku jadi semangat nak belajar... sungguh, aku banyak terhutang budi dengannya... 

sahabatku yang bernama AMO, seandainya kau membaca ini, mudahkanlah aku diwaktu hari kematianku nanti... supaya rohku tidak tergantung antara langit dan bumi... huhuhuhu

tuanpunyablog: resah selagi tak langsai segala hutang piutang...

Saturday 20 July 2013

roti telur itu

assalamualaikum...

selamat berpuasa semua...

gambar hiasan: credit to pakcik gugul yang tolong carikan gambar ni...


ini kisah isteriku, roti telur dan juga bekas pakwenya (yang telah dialih tuliskan; cerita asal adalah dalam bentuk penceritaan mulut).

-----------------------------------------------------
kisah yang berlaku 13 tahun yang lalu....

sampai sahaja di stesen bas shahab perdana lebih kurang pukul tujuh pagi, aku terus menuju ke tandas kerana 'panggilan alam' telah bergema...

usai melunaskan segala hajat, aku keluar. agak tergamam, apabila keluar sahaja daripada toilet, mataku tertancap pada dua susuk tubuh yang amat ku kenali. pakweku dan juga kakak angkatnya... dia senyum kepadaku...

(aku: merah; pakweku: biru)

takdan nak kejo ko tadi... tau2, kak G bagitau, ko dah naik bas...

sori, sebab bus sampai awal pulak tadi. nak tunggu, takut tak dapat bas lain tadi...takut pulak terlepas bas balik kelang nanti...

owh, takpe... nah... roti telur... aku masakkan... tadi msg ko sebab nak bagi roti telur ni lah... tau ko takleh posa rini kan? nanti boleh makan kot2 lapar...

(senyum) nak makan kat mana? sat g orang pandang serong plak...

ala, dok tepi ngadap bas, orang lain tdo, makanlah.... (gelak)... takpun, p makan kat surau... bas ko pukul berapa?

8.30... erm... segan plak...

ha, p stay kat surau ke dulu... la ni dah tak ramai orang kan... semua dah habis solat... makanlah kat situ...  jangan tak makan pulak... karang gastrik plak... penat wooo masak pakai periuk nasi lepas subuh tadi... mujur pau (rumetnya) tido... eh, oklah... aku takleh lama... dahlah pinjam kete orang ni... karang dia cari plak... jom kak G. kita balik...

ok, terima kasih banyak2 sebab bagi aku roti telur ni. susah2 jek.. tau aje kalau aku cuti ek... (senyum)

ok... hati2 balik... (terus berlalu)...

aku masuk kembali ke toilet kerana mataku berair... terharu... sedih... suka... berkecamuk... taktau apa perasaan aku kini... usai di toilet, dek kerana kelaparan, aku ke surau, seperti cadangan pakweku tadi... boleh juga makan sedikit. perut kosong nanti, jangan kata gastrik... migraine pun boleh serang aku...

Alhamdulillah, surau kosong... aku mengambil sudut yang agak terlindung, dan duduk ditepi sambil mengadap dinding... baru sekeping habis disuap, tiba2 seseorang merenung ku...

aku memandangnya dan terus berkata secara spontan;

saya tak boleh puasa hari ni...

dengan tegasnya wanita itu menjawab pertanyaan ku lebih kurang begini ayatnya;

alah, kalau boleh puasa pun, akan cakap macam tu jugak kan... isk, pompuan zaman la ni... dahlah TAKNAK puasa, makan dikhalayak ramai pulak...

aku terus berhenti menyuap kerana 'kenyang' dengan sindiran dan kejiannya...

berkata hati kecilku,

rasanya aku dah cukup berselindung, tapi dikata aku makan menunjuk2. takpelah, biarlah dia dengan sangkaan nya...

aku mengangkat beg galasku, terus keluar dari surau tersebut...

---------------------------------------

banyak kali isteriku menceritakan kisah ni... kesian isteriku...

tak jeles ke bila isteriku mengungkit kisah lama bersama pakwenya????

isk, kenapa pulak aku nak jeles, cerita ni boleh menginsafkan aku... sebab aku pun kadang2 tergolong dalam orang suka berprasangka... so, ini kira macam peringatanlah kepada aku yang selalu lupa diri ni...

lagi satu... pasai apa plak nak jeles lelebih???

lagi2 bila BEKAS PAKWE di atas tu adalah penaip cerita ni... ate giler apa nak jeles dengan diri sendiri????

kan?????

tuanpunyablog: manusia penuh dengan sangkaan... jangan mudah menuduh nya....