Sunday 30 January 2011

kermbali ke bumi asing ini...

assalamualaikum... (jangan lupa jawab ek)....

I'm back!!!! bunyi macam gembira jek ek, tapi hanya Allah sahaja yang tau apa yang tersirat kat hati aku ni... kembali buijang meninggalkan anak2 serta isteri yang jauh sebanyak 10ribu batu... apa nak buat, kenelah berkorban kan... masing2 ada pengorbanan semata2 nak menuntut ilmu ni... ada yang tinggalkan anak (macam aku...), ada yang tinggalkan isteri (macam aku jugak...), ada jugak yang pulun sampai takde rehat langsung (hat ni bukan macam aku), dan macam2 lagi jenis pengorbanan. cuma bagi aku, janganlah kita mempersoalkan tindakan kawan2 kita yang kita rasa tak leh terima, sebab hanya mereka yang dan keluarga mereka sahaja yung tahu kenapa mereka berbuat sebegitu rupa (skima lak ayat ni...)...

saja jek nak hapdet blog ni... lama dah tak update... tetiba rasa rindu lak nak bercakap2... takkan nak cakap ngan dinding plak kan, sementelah aku dok sorg la ni... cakap ngan korg pun ada gak pekdahnya kan...

oklah tu sahaja tuk kali ni... semoga kalian dan keluarga kalian dalam limpah rahmat Ilahi, selalu dan selamanya.... aaaaaaaaaaaaamiiiiiiiiiiiiiiiiiiinnnnnnnnnnnnnnnnnnn.....

Ilal liqaq...

tuanpunyablog: kene kumandangkan lagi lagu 'cintaku tertinggal di Malaysia'... huhuhuhu