salam...
erm... apa nak cerita... oh ya... nak cerita pasal masalah kawan aku yang mempunyai kawan yang kurang malunya... begini ceritanya (malas nak buat mukaddimah panjang2)...
ada seorang member dia ni, eloklah aku namakan sebagai O (payah nak cari nama yang bermula ngan O, sebab tu guna nama sebagai O), selalu datang kerumah yang member aku ni, elok aku namakan sebagai X (rasanya payah jugak nak cari nama yang mula ngan X kan???). dorang ni takdelah kenal sangat, tapi disebabkan dah idop berjiran, terpaksalah si X melayan karenah si O ni. mula2nya, nampak ok, apa sahaja yang dicakapkan O ni, X terima jek. biasalah, manusia. si X ni pun ngaku, dia pun bukanlah manusia maksum, takde dosa, tak pernah buat silap, mesti ada. so, selama itulah di X ni bertahan. tapi bagi aku, kalau perangai O ni dah teruk, bagi aku, bukan leh tahan selamanya... makan hati jugak. takat manalah nak tahan kan, kalau aku pun, tak tahan ngan perangai si O ni... kalau lah ini yang terjadi pada kita, apa kita nak buat ek...
begini ceritanya... tadaaaaa....
si O selalu menyinggah kat rumah si X ni. takpelah, apa salahnya menyinggah... takde masalah pun... cuma apa yang menyebabkan si X ni bengang ialah, si O kaki komplen, kaki kondem, kaki ngutuk, kaki perli, kaki meja, kaki ayam dan kaki semuanyalah... kalau masuk umah si X ni, tak sah kalau tak dikutuk, diperli, di kondem apa2 sajalah... ada jek idea nak memngutuk dan memerli si X ni. aku dengar pun, aku jadi geram plak ngan O, walaupun aku tak kenal dia sapa, sebab si X ni mana nak reveal nama... antara yang dikatanya:
1. wah, baiknya, anak ko... suka menyepahkan benda ek... (jwp si X dalam hati: rumah aku, biarlah anak aku nak buat apa pun....)
2. tak kenelah ko letak perabot ko kat cni... menyemakkan pandangan... (jwp X dalam hati: rumah aku, suka hati akulah nak buat camana pun...)
3. isk... mahal perabot ni... buang duit jek beli... jgnlah membazir... tak elok... (jwp X dalam hati: duit aku, bukan duit ko... suka hati akulah nak beli ke, taknak ke...)
4. isk... buruknya perabot ko ni... buang ajelah... (jwp X dalam hati: apahal lak dia sebuk2 kat umah aku ni, suka hati akulah nak letak apa pun... buruk ke, kecik ke, besar ke, apa ke...)
tu antara yang aku ingat... banyak lagi sebenarnya... biasalah manusia kan... ada sesetengah akan cakap, ala... benda tu pun nak kisah. macam selalu yang aku cakap bila dengar masalah org lain... tapi, bila dah kene batang hidung sendiri baru terasa keperitan... yelah, bagi aku, selagi tak kene kat batang hidung sendiri, selagi tu taktau betapa peritnya rasa sakit hati tu... senanglah cakap itu dan ini... kita ni manusia, bukannya robot... bleh tahan sepanjang masa...
tanya jugak kat X ni... kenapa dia tak fire jek si O tu... jawapannya, senang ajek...
"tahan jelah selagi boleh. apa org nak kata, katalah... lantak p. sebab aku pernah buat satu kesilapan, dan kalau boleh aku tak nak buat satu lagi kesilapan. pernah jugak marah orang yang perli aku, tapi, org lain nampak macam aku jek yang salah... so, kali ni, biarlah orang nak kata apa pun, aku akan cuba tenang... segala kata2 negatif, perli ke, kutuk ke, aku tetap akan cuba untuk cakap terima kasih, bukan tuk fire dia balik... sebab bagi aku, org2 macam ni, kalau lawan, kita akan kalah jugak. sebab dia ada hujah dia sendiri, maklumlah, org2 educated dan terpelajar, bijak, cerdik, dan org lain semua salah, bodoh, tak pandai.... dan selalunya, dia akan gembira kalau kita iyakan jek cakapnya... tu jek cara nak bentikan dia daripada bercakap... so, iyekan jelah... "
~~~~terkedu~~~~
tuanpunyablog: masih boleh bertahan lagi, alhamdulillah...
2 comments:
Aik org educated pun ada mcm 'ahli mesyuarat tingkap jugak ke'?Ingat kan cik kiah2 je mcm ni.Mengalahkan mak mertua pulak nak check2..
selagi bergelar manusia... nak wat camana...
Post a Comment