Saturday 21 April 2012

kisah sehelai serban

assalamualaikum...

ada orang kata macam al arqam, ada yang kata macam almaunah... tak kisah pun...

semalam dok mimpi apa tah aku ni... tetiba p jumaat berserban, bercelak... kemudian, lepas solat tahyatul masjid, salamlah orang2 sebelah menyebelah... lepas salam, aku senyum... lepas tu, tak semena2, dua tiga kali depa pandang aku... pelik sangat ke muka aku?

teringat masa zaman sekolah dulu... telah diajar sejak masuk sekolah, akan sunnah Rasulullah... antara yang paling banyak kami lakukan, ialah pakai serban dan pakai celak... maybe sebab masa kat sekolah aku dulu, adalah jugak sedikit pengaruh Al-Arqam... jangan salah paham, maksud aku pengaruh yang baik... iaitu menggalakkan sunnah rasul...

sebut pasal serban ni kan... teringat suatu waktu dulu, masa tu aku berada ditingkatan satu...

kami diwajibkan untuk hadir ke musolla setiap waktu untuk berjamaah bersama. selalunya, kalau waktu magrib, lepas jek habis makan (dewan makan bukak kol 6, dan aku antara orang pertama yang tunggu kat depan pintu dewan makan sampai dia bukak. bukan sebab lapar sangat, tapi sebab takde aktiviti lain... orang lain semuanya bersokan, aku malas....) terus mandi tuk p ke musolla...

nak dijadikan cerita... suatu hari tu, macam biasa. lepas jek mandi, aku terus jek ke musolla kat tingkat atas dengan berkasut sekolah (tak larat nak beli selipar, pakai sehari, mesti hilang esoknya... walaupun dah buh memacam tanda termasuk memotong selipar tinggal sekerat, tu pun boleh hilang jugak!!!!). bila dah sampai kat musolla tu, aku masih sorang lagi...

kemudian datang dua orang sahabat aku, A dan F. kami mmg antara yang terawal mandi (malas nak berebut bilik air dengan meletakkan baldi, sabun, gayung... elok jek benda2 tu beratur... orang2nya, dok menebeng/menembok tgk orang lalu lalang) dan antara yang terwal adatang musolla. masa tu, takde orang lagi... yelah, kol 630 petang... magrib kol 730... biasalah budak2 kan... datang bukan sebab nak bertafakur ke, baca ma'thurat ke, tapi nak berborak...

since takde orang masa tu, kami bertiga pun terus sama2 melihat cermin untuk memakai serban... lipat2, tak jadi, tebal sangat... lipat2 lagi, tak jadi, nipis sangat... pastu, main2 berebut cermin... kemudia, aku secara main, buat2 lah macam men'cekik' F ni dengan mlilit tengkuk F menggunakan serban yang telah dilipat... saja main2, aku pun tariklah sikit... takdelah sampai dia tercekik... aku tarik hujung yang satu, si A tarik satu lagi yang hujung...

si F pulak makin seronok...

'tariklah kuat lagi...' kata si F.

kami pulak makin  seronok bermain... kami 'bawak' si F ni ketengah, lalu aku ngan A lilit kemas2 kat tengkuk dia... aku tarik sebelah, si A tarik sebelah...

'kuat lagi... kuat lagi'...

aku ngan A makin kuatlah tariknya... macam mendengar pulak arahan si F. sambil kami gelak2 dan berpusing...

'kuat lagi... kuat lagi... ' aku dan A makin kuat menarik serban tersebut...

tak lama kemudian...

mata si F makin lama, makin kuyu, bola mata hitam naik ke atas... buih mula keluar dari mulut dan F terduduk dan terus terbaring... cemas sedikit (budak2 kan, tak ngerti apa2 lagi) aku ngan A. lalu kami leraikan ikatan serban tersebut kat leher.,.. kemudian memanggil F perlahan2...

dalam dua tiga minit lepas kami panggil, barulah mata A terbuka semula... alhamdulillah... lega sikit... lalu kami tanyakan camana pengalaman dia... ni cerita dia...

'masa tu aku kat bawah. tetiba macam ada suara panggil aku... aku pun naiklah atas... tetiba aku nampak aku terbaring kat situ... aku pun masuk lah dalam badan aku balik tu...'

seram sejuk aku dengar... kalaulah ditakdirkan si F ni pendek umur, aku rasa, aku tak berada dalam keadaan sekarang ni... silap2, aku masih dalam penjara... alhamdulillah... sahabat aku si F tu masih hidup sampai sekarang...

tuanpunyablog: tetiba kenangan di SAMTTAJ datang menjelma... kene abadikan dalam blog ni... tapi tah bila tah nak buat...bz n buat2 bz...  

Tuesday 17 April 2012

jangan pandang DEPAN

assalamualaikum....

jangan baca sekiranya anda mempunyai sakit jantung, serta ada 'phobimisterinusantara' disease...

-------------------------------------
perbualan melalui telefon antara seorang abang (hijau) dan adiknya (merah) tentang perancangan nak balik ke KL...

Ta, ko nak balik bila ni? kenduri dahlah jumaat malam tu, lepas tu, takkan kita nak balik jumaat pagi...

masalahnya firdaus... takut dia mengantuk jek... lagipun, ada budak kecik ni bang,... takut haziq meragam jek...

ala, abg bukan suh dia drive pun... abg yang drive... haziq ok kot... lagipun sian kat mami, kalau kita balik lambat, kakak jek boleh tolong dia... kakzah pulak, ngan anak2... kalau kita ada, leh jugak tolong sikit2...

orang bukan apa... sebenarnya...

ha, sebenarnya apa? firdaus mmg nak balik lambat2?

bukaaaan.... firdaus macam phobia... sebab ritu, masa yang dia balik lepas hantar ita... kan dia tumpang kawan dia balik alor setar. balik malam..

ha... napa? kete rosak???

bukan... masa tu dalam kol berapa tah, tapi mmg tengah2 malam lah... sampai kat ............. (tempat terpaksa dirahsiakan)... dia nampak ada makhluk dok kat depan kereta dia....

orang melintas jalan????

tak.... dia duduk atas engin tu... atas bonet depan tu... tengah bawak kete tu...

dia jek yang nampak ke?

tak... ngan kawan dia sekali lah... sebab tu dia phobia balik malam...

erm... yelah.... kita balik pagi2 lah... dalam kol 4 pagi ke... so, bila sampai tempat tu, dah subuh...

nantilah, orang bincang ngan firdaus...

--------------------------------------

merencatkan rencana aku jek bila nak balik KL. dahlah selalu sangat balik KL malam2 buta... terus tak berani jadinya...

orang kata;

BAWAK KETE MALAM MALAM JANGAN PANDANG BELAKANG...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
LANI DEPAN ADA JUGAK, SO, NAK PANDANG MANA PULAK LEPAS NI??????

----------------------------------------------

tuanpunyablog: ada sesapa nak buat cerita jangan pandang depan pulak tak???? jangan lupa bagi aku royalti... eh, silap... adik ipar aku royalti... tak baik wooooooo makan duit tak berkat... sebab idea orang lain kan... aku cuma nulis jek....

Monday 16 April 2012

lembu punya susu, kambing dapat nama....

assalamualaikum....

post ni adalah berkaitan dengan post yang sebelumnya...

------------------------------------

Di sebuah institusi pendidikan, telah diadakan satu mesyuarat untuk berbincang mengenai pembangunan aplikasi jadual waktu peperiksaan. oleh kerana student yang makin bertambah, pembinaan aplikasi jadual waktu peperiksaan secara manual amat2 meletihkan...

TP (Tuan Pengerusi): OK, saya mencangkan agar kita outsource jek aplikasi tersebut. sekarang ni, dah banyak sangat org bangunkan aplikasi tersebut. cuma agak mahal lah sikit...

SA (Sahabat aku): TP, saya rasa, apa gunanya kita di jabatan ini yang mahir dalam pembangunan aplikasi... saya rasa, daripada kita membazir, lebih baik kita bangunkan sendiri. kita dah ada banyak jugak open source yang boleh kita gunakan. jadinya, boleh juga kita menjimatkan duit kita. dan boleh juga apply sebagai research...

TP: bagus juga tu. apa kata, saya tugaskan awak dan beberapa orang yang boleh membantu awak untuk bangunkan aplikasi tersebut...

SA: OK... insyaAllah saya akan laksanakan....

setelah ditugaskan, maka bermulalah pembangunan aplikasi tersebut dengan SA ini sebagai salah seorang ahli kumpulan. fasa pertama berjaya dibangunakan, dan gunakan di salah satu fakulti sebagai prototype.

tidak lama kemudian, SA terus menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi DALAM NEGARA. kerana sudah dapat SV yang mengoffer diri untuk menjadi SV nya, maka pelawaan SV tersebut tidak di tolaknya...

pada suatu hari, SA menerima satu sms daripada salah seorang rakannya yang bekerja difakulti yang sama dengan SA tersebut. Sms tersebut berbunyi seperti berikut:

'TAHNIAH ENCIK SA. SISTEM YANG SA BANGUNKAN TU, DAH DIGUNAKAN DISATU UNIVERSITI...'

maka, SA pun terkejut. macam mana pula dia tidak diberitahu tentang perkara tersebut sedangkan sebelum ini, dia terlibat secara langsung dalam pembangunan aplikasi tersebut, daripada pencarian, pembangunan sehinggalah pemasangan. risik punya risik, rupa2nya;


- SISTEM TERSEBUT TELAH MEMENANGI (EMAS) ANUGERAH INOVASI PERINGKAT NEGERI
- AHLI TELAH BERTAMBAH DARIPADA 4 ORANG MENJADI 8 ORANG, TIDAK TERMASUK SA INI...
- SEMUA YANG TERLIBAT (TIDAK TERMASUK SA) TELAH MENDAPAT PELBAGAI INSENTIF, TERMASUK KENAIKAN GAJI, PANGKAT, SURAT PENGHARGAAN DSB...


SA cuba mencari sebab kenapa namanya digugurkan daripada senarai tersebut... maka jawapan yang diperolehi ialah....

'....... kerana tidak MENYUMBANG DAN TERLIBAT DALAM PRESENTATION semasa pertandingan inovasi tersebut....'


persoalan yang bermain diminda SA;

1. bukan sambung mengaji kat luar pun... dalam jek, cuma berbeza negeri...
2. kenapa tidak dipanggil padahal tau dimana SA berada... bukannya zaman dulu, nak kol pun payah sebab ada fixline jek... la ni, HP dah macam kepeluan, bukan simbol kemewahan...
3. kalau dipanggil, confirm dia akan pergi turut serta...

-------------------------------------------------

buat SA, aku doakan kau agar sentiasa dalam rahmat Allah dan menjadi yang cemerlang... semoga dengan dugaan ini, akan memudahkan jalan untuk kau berjaya dalam pengajian ko.... sungguh, aku sangat2 simpati terhadap ko... apa yang aku boleh katakan, sabarlah... biarlah mereka dengan rezeki mereka yang 'melimpah ruah' itu... kerana, aku yakin, rezeki yang diperolehinya itu, akan habis dalam sesaat.... bak kata seorang sahabat, sahabat kepadanya, bergaji lebih daripada 10ribu sebulan, tapi masih merasa tidak cukup...

risau juga sekiranya aku terlibat dalam perkara2 sebegini... lebih2 lagi apabila kita berada di 'atas'... tak berani nak cakap aku akan bersih untuk selamanya (tapi sentiasa berharap), sebab bagi aku, bila duit dah ada depan mata, hati akan lebih banyak pengaruhnya daripada iman kita yang senipis kulit bawang ini...

teringat kisah seorang teman suatu ketika dulu... masukkan duit RM 100 melalui kaunter (dulu kan takde CDM), tapi bila cek balik buku akaun, jumlah yang dimasukkan adalah RM1000. dan ketika itulah suara iman makin perlahan. mujurlah kaki digerakkan kembali ke kaunter, menyatakan bahawa tersalah masuk... dia sendiri menyatakan, sib baiklah 1000 tu tak rasa banyak sangat, kalau masuk seribu, ditulis 10 ribu... dia sendiri tak tau boleh lakukan (jujur) atau tidak...

buat orang2 yang suka makan hasil atas usaha orang lain tu, nak tanya sikit boleh?

'TAK RASA BERSALAH KE BAGI MAKAN ANAK BINI DENGAN DUIT TU????'

tuanpunyablog: gambaran mereka yang lupa diri.... masa memula hidup susah, apa kita nak makan harini. bila diberikan sedikit rezeki, bila kita nak makan hari ni? dikurniakan lagi rezeki, kita nak makan kat mana hari ni? dikurniakan lagi rezeki, dengan siapa kita nak makan hari ni? dan apabila rezeki yang diberikan melimpah ruah... SIAPA KITA NAK MAKAN HARI NI... ~(with some modification) credit to Ustaz Ghazali Ibrahim, Dikir Zikir~

Saturday 7 April 2012

EGO VS KEBENARAN

assalamualaikum....

seorang pensyarah sedang berjalan-jalan melihat pelajar-pelajarnya khusyuk membuat latihan lab menggunakan software. oleh sebab pensyarah tersebut masih kurang arif tentang penggunaan software tersebut, pensyarah tersebut telah mengfotokopi (photostate dalam BM apa ek?) bahan pengajaran lab tersebut melalui sebuah buku yang telah dibelinya semasa berada di sebuah negara.

kemudian, seorang demi seorang pelajarnya bertanya... dan satu demi satu pensyarah tersebut menunjukkan apa yang pelajar2nya musykil.

kemudian, seorang pelajar telah bertanya soalan tentang output yang diperolehi;

'Encik, camana saya nak tengok graf macam ni?' tanyanya tentang graf yang diletakkan dalam satu figure.

'erm... saya rasa dia guna version lama ni. kalau version baru ni, maybe takleh nak tengok graf sekali, dalam satu figure. so, apa yang awak boleh buat, awak cuba tekan ikon ni...' terang pensyarah tersebut satu persatu, apa yang perlu dilakukan...

begitulah keadaan nya... hampir lima enam orang yang bertanya soalan yang sama (kelas ada dalam 42 orang, siap ada yang share kerusi sebab tak cukup kerusi... sapa tah curi). kemudian, jawapan yang sama juga pensyarah tersebut berikan.

kemudian, seorang pelajar mengangkat tangan ingin bertanyakan soalan...

'encik, kenapa graf saya tak sama dengan yang ni?'

mata pensyarah tersebut terus tertumpu kepada graf tersebut. dalam hatinya berkata;

'eh, camana dia boleh buat ni????'

tapi pensyarah tersebut tetap memberikan jawapannya,

'oh, mungkin ada benda yang awak masukkan, kengkadang output yang keluar, adalah berdasarkan input. so, maybe input awak yang masukkan tersalah sikit kot. takpelah, janji awak boleh buat n paham apa yang awak buat... dan boleh gunakan vensim ni... OK? cuba buat model ketiga pulak...'

pensyarah tersebut terus beredar selepas pelajar tersebut mengangguk paham. dalam hatinya terus tertanya2... camana dia boleh buat...

kemudian, seorang pelajar tersebut bertanyakan soalan yang sama, camana nak satukan graf yang banyak2 dalam satu figure... rasa tidak mahu terbeban dengan ilmu 'sesat', maka pensyarah tersebut dengan ada sedikit perasaan segan, terus bertanya dengan pelajar yang 'berjaya' membuat graf2 yang banyak dalam satu figure.

'macam mana awak buat graf ni boleh jadi macam dalam handout yang saya bagi?'

'owh, macam ni... amik satu variable, pastu, tekan shift, pastu tekan variable yang lain, pastu amik ikon graf ni...'

'owh, ok... thanks...' terus aku berlalu dan menunjukkan cara bagaimana untuk menggabungkan graf tersebut.

kemudian, pelajar yang lain pula bertanyakan soalan yang sama. maka, pensyarah tersebut terus berdiri dihadapan sambil berkata;

'ramai yang tanya camana nak gabungkan graf macam dalam handout ni. saya belajar sesuatu daripada kawan jugak rini. tu, yang dok kat sana... sapa nama???'

'...................' terlupa pula siapa nama pelajar ini....

'ha, dia yang ajar saya camana nak gabungkan graf jadi macam ni...' pensyarah tersebut pun menunjukkan caranya.... maka serentak dengan itu, pelajar-pelajar dikelas pensyarah tersebut pun, mulalah menunjukkan kefahaman mereka dengan menggangguk dan tidak kurang juga yang berkata....

' owhhhhhhhhhhhh.... camtu rupenye....'

----------------------------------------------------

pensyarah tersebut ialah aku sebenarnya. pada mulanya, dalam pikiran aku, aku takmo dedahkan dengan sapa aku belajar cara nak gabungkan graf tersebut. sebabnya, aku akan rasa malu dan EGO aku juga mengatakan;

'eh, takkan nak cakap kot... buat malu jek... kalau student tanya, jawab jelah cara student tu ajar. depa bukan tau pun dengan sapa ko blajar...'

tapi, mengenangkan satu kisah yang aku selalu baca dulu, masa sekolah rendah agama kg sg kayu ara, akibat tidak mengenang jasa guru. ceritanya lebih kurang begini;

'ada seorang yang sangat pandai menangkap pisau melalui mulutnya (apabila pisau tersebut dibalingkan kearahnya). lalu mereka yang terlalu kagum bertanya, dimanakah kamu belajar tentang ini?' jawabnya, 'aku tidak belajar dengan sesiapa pun. aku belajar dengan sendiri...' kemudian, orang tersebut terus menjemput orang yang lain pula untuk membaling pisau ke arahnya. maka, tanpa disangka2, pisau tersebut terus tertusuk kemulutnya, melalui pipinya.... kemudian, barulah dia teringat, bahawa, sebenarnya, dia belajar menangkap pisau tersebut adalah daripada burung helang yang sedang terbang dan dalam masa yang sama terus menjunam dengan lajunya lalu menangkap ikan dengan paruhnya... '

mengenangkan cerita tersebut itulah, aku merasakan, bahawa aku bertanggungjawab untuk memberitahu siapa yang mengajar aku tentang perkara tersebut (gabung graf). biarlah pelajar2 aku memandang rendah kepadaku hanya dengan sebab aku belajar dengan pelajar aku sendiri. bagi aku, kengkadang, tak semua kita tahu dalam dunia ni... Imam Hassan Al-Banna sendiri belajar sesuatu dengan budak yang berusia 9 tahun (betulkan aku kalau aku tersilap).

kengkadang rasa EGO tu lebih tinggi daripada RASA BERSALAH sebab tak nyatakan kebenaran yang sepatutnya orang tau. biarlah sekecik hal mana pun (seperti kisah diatas pasal burung tu), tak salah kan kalau kita letakkan ego kita dikaki sebentar, kan?????

tuanpunyablog: berkobar2 nak siapkan jurnal (kununnya)... tapi, habuk pun tarak... chet!!!!

Friday 6 April 2012

kisah seorang cikgu

assalamualaikum,

suatu pagi yang hening, seorang guru sedang menerangkan pembelajaran pada hari tersebut kepada muridnya... sedang asyik menulis dipapan putih, tetiba;

'assalamualaikum... cikgu X?'

'ye saya... ada apa ye puan?'

'boleh saya jumpa sekejap?'

'ok murid2, salin soalan ni ye...'

cikgu X pun keluar menemui tetamunya....

'ni cikgu, anak saya mengadu semalam cikgu denda dia berdiri kat luar sebab tak buat kerja sekolah. cikgu tau tak anak saya tu penat. lepas tu, cikgu bagi anak saya kerja sekolah yang melambak. camana anak saya nak siapkan? pagi sekolah, petang sekolah agama... malam p tuisyen... bila masa pulak anak saya nak siapkan kerja sekolah dia?'

'puan, saya bagi kerja sekolah sebab saya nak dia pandai. kalau setakat belajar kat sekolah jek, tak cukup puan. pelajaran makin bertambah, masa tu belajar tu kurang. bagi saya, mungkin masa dia buat kerja sekolah, puan boleh bantu dia mana2 yang patut. sekurang2nya bolehlah mengeratkan hubungan kekeluargaan puan...'

'aik, nak mengajar saya pulak????' nada yang agak tinggi sehingga boleh didengari dari kelas sebelah menyebelah....

'maafkan saya puan... tak... bukan macam tu puan... saya cuma menjalankan tugas saya sebagai seorang guru atau cikgu, bukan sekadar mengajar saja cikgu. saya cuba jugak untuk mendidik...'

'kalau macam tu, cikgu ajar jelah... pasal nak mendidik, biar saya jek yang mendidik. saya pun bukan takat degree jek macam cikgu... lebih dari degree saya ada. anak saya tu pun, bukan tak pandai... pagi petang siang malam dia blajaq... lagipun, cukai yang saya bayar lagi banyak daripada cikgu, semestinya, ada bahagian cukai tersebut adalah untuk membayar gaji cikgu sekarang ni...'

'erm.... takpelah puan, kalau itu yang puan minta... saya akan tunaikan. harapan saya, anak puan akan menjadi seorang yang baik suatu hari nanti, dah cemerlang macam puan, lebih daripada degree ada. saya mintak maaf banyak2 kalau saya ada melakukan kesilapan pada anak puan...'

'bagusla macam tu.... lain kali, jangan sesekali mendenda anak orang. cikgu pun ada anak... apa perasaan cikgu kalau org lain mendenda anak cikgu? saya kat umah, jangan kata pukul, jentik pun tak... ingat ye cikgu...'

'insyaAllah puan, saya akan sentiasa ingat pesan puan tu...'

------------------------------------------------

di hari yang lain....

'ok, murid-murid, cikgu nak tengok kerja sekolah yang cikgu bagi semalam...'

sedang berjalan sambil membelek buku anak2 muridnya,

'kosong je ni... tak buat?' tanya cikgu X lembut pada seorang anak muridnya.

'tak cikgu,... saya penat.... lagipun, mama dah kata, cikgu tak marah kalau tak buat keje sekolah. sebab ritu, mama dah jumpa cikgu...'

'erm... betullah apa mama kata tu.... takpelah...'

barulah cikgu tersebut mengetahui anak wanita yang datang beberapa hari yang lepas. semenjak hari tu, dia tidak pernah menegur lagi apa2 kesalahan yang dilakukan oleh anak wanita berkenaan. kerja rumah tetap diberi, tapi apabila anak kepada wanita tersebut tidak menyelesaikannya, dia tidak ambil peduli. kalau murid lain yang tak siapkan, maka akan didenda murid tersebut.

bertanya aku kepada cikgu tersebut kenapa dia melakukan tersebut... sedangkan itu mmg tugas dia sebagai cikgu... lalu ini jawapannya;

'selagi mak bapak tak kompelin apa yang aku lakukan pada anak2 dorang, selagi itulah aku akan buat apa yang aku rasakan yang terbaik untuk anak2 dorang. tapi, bila mak bapak dah datang, dia cakap, biar dia sendiri yang mendidik anak2 dia, aku tak perlu campur, maka ketika itulah aku rasa itu dah bukan tanggungjawab aku... '

-----------------------------------------------------

any comment guys???

buat kawan aku ni.... aku doakan ko menjadi seorang guru yang cemerlang... biasalah, manusia kan... bila dah berada di atas, akan mudah lupa diri. bila dah mula marah, mulalah macam2 keluar dari mulut... kalau aku nak memberi komen, mengatakan kawan aku ni tak patut buat camni, camtu, begitu, begini, aku tak layak sebenarnya... sebabnya, hanya dia yang tahu keadaan sebenar. dia yang lalui, dia yang rasa... bak kata orang2 lama, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul... walaupun, kita pernah berhadapan dengan situasi yang sama, kita tetap tidak sama.... kita tetap berbeza. lagipun, sapalah aku untuk menasihatinya.... kan???

susah kan kerja cikgu ni... bila murid2 pandai, mak bapak yang dapat nama... tapi bila murid2 tak pandai, cikgu2 yang disalahkan... samalah macam kes seseorang.... marah btol dengan polis sebab menyaman dia... siap kutuk2 macam2.... tapi.... bila rumahnya dimasuki pencuri, tak malu pulak p cari polis suh siasat.... erm.... manusia... manusia...

masih teringat kata2 seorang cikgu aku yang mengajar subjek Biologi masa tingkatan 4 dulu, arwah cikgu Barizah,

'saya akan marah kamu, saya akan rotan kamu, saya akan cubit kamu, saya akan ajar kamu, sehinggalah kamu berkata pada saya, cikgu, jangan ambil tahu urusan saya... masa tu, jangan kata marah, tegur pun cikgu takkan buat...'

percayalah kata aku, apabila seseorang yang terlalu mengambil berat tentang diri korang, kemudian korang mengatakan, jangan campur urusan korang, maka tunggulah saat dimana korang akan merasa satu kehilangan yang amat berharga... believe me, because I have that experience...

tuanpunyablog: bebudak cuti, maka sempatlah aku membebel sekejap...