Wednesday 30 September 2009

Widgets

cerita akhir bulan september

salam...

lama kan tak keudara. bukan pe, kalau dulu, kalau aku tak hapdet blog, mesti ada yang tanya, bila nak hapdet blog??? pastu, bila dah ada yang tanya camtu, barulah ada semangat sikit nak buat cerita... tapi, since takde yang tanya, maka terbengkalai lah blog aku ni... yelah macam artis jugak kan, bila dah agak2 season, takde orang nak amiuk dia blakon lagilah kan... camtulah aku... macam ayam pencen (ceh!!!! tak kene langsung perumpamaan)... layan pesbuk jek lani... taktaulah macam dah ketagih pulak... pagi petang, siang malam, asik2 pesbuk... lagipun, sejak akhir2 ni, lagi2 pas bulan posa ni, aku dah macam malas dah nak tengok telebesen... taktaulah kenapa... mungkin, la ni, iman dah jarang nak nyibuk kalau aku ngan zah bukak laptop... lagilah aku melayan pesbuk tu... tapi ni kira insap sikit, sebab dah jarang bukak, jarang bagi komen, dan jarang upload gambar... biasalah aku, sipat cepat bohsan dengan sesuatu... selalu marahkan iman, sebab bila beli mainan dia, selalu aku komplen, alah, beli pun kejap jek main nya... pastu, tak main dah... nampak cam aku cakap depan cermin jek... huh!!!!

cerita pasal aku punya ngaji pulak (teringat plak bila aku tanya kat bebudak baru sampai ni, dulu ngaji kat mana, pastu dijwabnya... eh, dulu ngaji ayah yang ajar... aiyak, terpaksa tukar soklan lain... taknak dia rasa malu plak...)... la ni, dah nak masuk tahun 3 dah... tapi macam takde pepe pun lagi... pulak tu, dah pandai demand ngan Dr Tillal tu... mentang2 lah dia baik... pospon meeting jangan cakaplah, dulu seboleh mungkin aku cuba p jugak jumpa dia, walaupun aku takde menda nak cerita, tapi la ni, berapa kali dah aku pospon meeting ngan dia... alasan aku bagi, otak aku tak jalanlah, takde menda nak ceritalah, takde progress lah... tapi yang bagusnya, dia agree jek... bagi tarikh lain tuk jumpa... teruk btol aku ni... terbaru, semalam aku jumpa dia, aku mintak jumpa dia kalau boleh waktu pagi, aku taknak petang2.. dia tanya jugak, kenapa aku nak mintak pagi plak, keje ke??? aku jawab, dak aiiiihhhhh... kalau jumpa waktu petang, aku takleh nak pk... kalau pagi banyak sikit aku leh pk... yang iyenye, kalau petang, aku nak balik tdo senang... teruk betol request memacam... progressnya hampeh... huhuhu.... ada jugak dia kata, kalau rasa takleh nak pk, cecepat datang jumpa dia, coz at least dia bleh bagi idea tuk buat apa... aku cakap balik ngan dia, bulan posa yang lepas, aku mmg takleh pk langsung. so, insyaAllah, lepas ni, aku bleh pk dah apa yang aku nak buat... alhamdulillah....

bulan posa ni, aku penuhkan aktiviti aku dengan amek org2 baru kat airport... alhamdulillah, ada kete besar sikit, lehlah tolong amik org... dan pengalaman mencari umah dulu, dapatlah aku tolong 2 3 keluarga kat cni cari umah... alhamdulillah, rejeki dorg, dapat umah dengan cepat. aku pun tak risau ngan pening nak bantu dorg dapatkan umah, lebih2 lagi, time2 bulan posa kan... penat btol ulang alik kesana kemari... banyak gak kontek agen2 umah aku dapat... so, nanti kalau ada org lain mai, lehlah aku tolong rekemenkan agen2 ni... takdelah satu ajen jek, macam dulu...

ada jugak yang cakap sebab aku sebuk nak amik org2 baru kat airport... sebab tu keje phd ni tak jalan... bagi aku, kalau aku tak amik dorg pun, kalau dah mmg takleh nak pk, tak jalan jugak. baik aku amik org2 baru kat airport, leh jugak kenal2... pastu leh gak jadikan wasilah aku pada Allah. bukan sebab aku sebuk amik org kat airport keje aku tak jalan... samalah macam dulu, masa kat uum... aku rajin menyibuk keje2 TDA, macam key nama pensyarah, susun jadual tuk pensyarah, gelek soklan exam... pastu ada org cakap, aku takleh nak concentrate tuk prepare phd, sebab aku banyak buat keje2 org lain yang tak sepatutnya... senyap jelah bila dah dikatakan begitu... bagi aku, bukan sebab aku nyibuk keje2 admin tu aku takde masa tu prepare phd, tapi sebab aku suka dengan keje2 admin. bagi aku, kalau idea tu tak datang, aku buat keje2 admin ke, tak buat keje2 admin ke, tetap tak datang jugak. erm... bak kata sorg member, telanlah cakap2 org tu, org tu tak paham kita camana... biarlah dia dengan cara dia... karang penat, bentilah dia... aku iyakan ajek... cuma tulah, kengkadang tu terasa hati jugak dengan apa yang org cakap... aku ni manusia jugak, bukan nya ultramen ke, gaban ke, dinosour ke...

tahun raya rasa bermakna sikit... mujurlah raya ahad, kalau hari lain, maunya rasa macam tak raya... tambah best lagi, bila aku beraya ngan adik2 yang baru sampai cni... teringat kembali zaman2 aku jadi felo kat kolej EON dulu... the best moment ever... sebab aku suka rapat ngan student2 ni, tak kiralah, lelaki ke pompuan ke... taktaulah kenapa aku ni mesra alam sangat... tapi dalam pada tu, ada jugak tak suka sebab aku rapat ngan bebudak ni... erm... manusia kan... hati lelain... macam biasa, aku cuba telan jek... taknak pk banyak2... cuma nyelah, kengkadang tu terasa jugak dengan apa yang org cakap... rapat salah, tak rapat salah, tolong salah, tak tolong salah... manusia...

dua tiga menjak ni, aku paling suka dengar lagu brothers, epilog seorang hamba... dah jadi lagu buaian aku ketika tidur.. nak tdo msti suruh zah pasang lagu ni. rasa sedih pulak bila dengar lagu ni... maybe sebab melodinya yang sedih... atau liriknya yang sedih... tahlah... la ni pun tengah dengar...

"terimalah, oh taubatku, penghapus segala dosaku........" syahdu syahdan jadinya...

apa lagi aku nak story??? erm... nak cerita pasal adik2 aku, zah dah story. nak cerita iman yang makin panjang akalnya, zah dah cerita... nak cerita pasal aku ngan iman dah kurang 'panas'nya, tak menarik pulak... nak cerita pasal aku tengah mengarang cerita, nanti menipu pulak jadinya... nak cerita tentang org pulak, sat g kata aku ni macam nates, mengumpat org je kejenya... nak cerita pasal aku, takde cerita yang menarik... erm... apa lagik nak story?????

tuanpunyablog: pinjam duit iman dulu sebab dia paling kaya bulan ni, dapat £110 duit raya... duit aku kat dalam bank pun tak sampai banyak tu... huhuhu

No comments: