Sunday 31 May 2009

seorang demi seorang ahli keluargaku melangkah kealam barzakh...

salam...



seorang demi seorang ahli keluarga terdekat aku pergi mengadap Ilahi... dugaan aku diperantauan ini...



kali ni, pak ngah abang kepada mak aku pula mengadap Ilahi... perginya selepas subuh pagi tadi (30 May 2009) waktu malaysia... subuh aku kali ni, dikejutkan dengan bunyi sms daripada kakak aku... erm... terkedu sebentar bila menerima berita tersebut... terbayang2 dibenak pikiranku, rupa pakngah... masih terdengar ditelinga aku akan suara pakngah yang selalu azan melalui corong2 pembesar suara dimasjid bersebelahan rumah aku... namun apakan daya, sudah takdir qada' dah qadarnya... umur pakngah setakat itu sahaja...apa yang mampu aku lakukan, hanya bacaan yaasin dan fatihah aku sedekahkan dari jauh...



aku teringat sangat akan pakngah... sebab dulu masa aku nak masuk kesekolah agama menengah tinggi tengku ampuan jemaah (SAMTTAJ) shah alam, aku dikehendaki untuk buat x-ray... biasalah nak masuk sekolah asrama kan... kalau ikutkan, amik masa yang lama untuk aku buat xray tersebut dihospital kerajaan, tapi disebab pakngah yang tolong bawak sebab ada kenal org dalam hospital tu, maka tak sampai 2 jam aku dah setel buat xray tu... kejap jek... rasanya, kalau pakngah tak tolong, tak mungkin aku boleh masuk samttaj, kemudian tak masuk matrik kuala nerang, kemudian tak masuk UUM, kemudian tak masuk ke UTM kemudian tak sampailah aku ke UK ni... yelah, masa tu mak ayah aku manalah tau pasal nak buat xray ni... erm... besarnya jasa pakngah kepada aku... sampaikan satu ketika dulu, ketika aku telah memasuki SAMTTAJ, aku pernah berjanji kepada diri aku yang aku akan membalas jasa pakngah.... tapi, nampaknya... tak sempat aku membalas jasa pakngah... hanya doa yang mampu aku panjatkan agar roh pakngah ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh... amiiinnnn...

dulu mak aku pernah berkata, keluarga mak aku semuanya umur setakat 60an, takde yang sampai 70 lebih... lihat sahaja arwah nenek, meninggal ketika umur 60 lebih (tak ingat sebab masa tu umur aku baru 7 tahun), arwah nenek jantan (atuk) meninggal pun sama jugak, lebih kurang umur nenek meninggal... kemudian adik bongsu mak aku (arwah busu) meninggal pada usia 35 tahun meninggalkan 3 orang anak yang menjadi mangsa dera mak tirinya (mujurlah bapanya banyak backing anak2nya) dan sekarang, pakngah pula pergi ketika umurnya menjengah ke 64 tahun (kalau tak silap aku).... rasa takut juga kengkadang tu... sebab aku masih belum bersedia untuk menerima kenyataan sepahit itu... bayangkan, arwah abah yang baru kukenali saat kali pertama aku berkunjung kerumah zah sehinggalah kali terakhir aku berjumpa pada awal tahun ini pun, aku masih terbayang2 akan rupanya, suaranya, dan semuanya, apalagi yang rapat seperti mak aku, ayah aku, adik beradik aku... takut sungguh aku melalui saat2 itu... apa yang mampu aku berdoa, andai ditakdirkan sekali lagi aku tidak sempat menatap wajah2 tersayangku buat kali terakhir, kuatkanlah hati hambamu ini ya Allah... amiiinnn....

agaknya, lepas ni sapa pula yang mengadap Ilahi... aku hanya berdoa agar, disaat aku berada disini, jangan dipendekkan nyawa orang2 yang terdekat dengan aku terutamanya keluarga aku... cukuplah dua orang yang telah pergi tanpa aku sempat menatap wajah mereka buat kali terakhir... Ya Allah, perkenankanlah doa hambamu ini.... amiiiinnnn....


*allahyarham osman bin ibrahim(berjubah putih)... AlFatihah...

tuanpunyablog: rakan-rakanku yang dihormati,bagi pihak isteriku, terima kasih atasucapan dan doa yang telah kalian berikan... jasa kalian, hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya... amiiinnn

Thursday 28 May 2009

alfatihah buat ayahanda mertuaku...

salam...

sebagai pembuka bicara, aku nak amik kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada isteriku kerana telah kehilangan ayah tercinta akibat kanser paru2 ptg semalam, kira2 pukul 1 petang... alhamdulillah, zah tenang jek bila menerima berita tersebut melalui sms yang dikirim adiknya... mungkin dah lebih bersedia bila menerima berita yang abah makin tidak sehat sejak kebelakangan ini... dan alhamdulillah jugalah, abah telah pergi dengan elok sekali... bagi aku, itu yang terbaik daripada abah sakit lama2....

satu ketika dulu, ketika aku mula belajar kat asrama, aku selalu terbayang andai aku tidak sempat untuk menatap wajah2 yang tersayang andai mereka pergi dahulu sebelum ku... risau sesangat... tu masih dalam malaysia lagi... tapi kini, jauh berada di Malaysia... apa yang aku takutkan kini, telah menjadi kenyataan. masa abah sakit, aku selalu berdoa, agar biarlah keluargaku semua dipanjangkan umurnya, sekurang2nya selepas aku balik malaysia nanti... tidaklah berasa ralat andai aku tindak sempat menatap wajh2 yang tersayang buat kali terakhir... tapi, siapalah aku untuk melawan takdir, qada' dan qadar yang Allah dah tetapkan sejak di luh Mahfuz lagi...

sejak lepas subuh pagi semalam (berjaga tunggu subuh sebab subuh ngan isyak beza 3 jam jek) aku rasa macam susah nak lelapkan mata... tetiba henset maxis zah berbunyi... msg yang dihantar oleh along, mengatakan abah tengah nazak... masa tu, tak tergamak aku nak kejutkan zah... sudahlah kurang sehat... kemudian takut dia terkejut pulak... dalam pikiranku ketika membaca msg tersebut, terus aku berhajat untuk buat bacaan yaasin sama ada hari ini atau esok. semoga abah cepat sembuh...

bangun pagi semalam lepas membaca mesej adik iparku, aku terus mengejutkan zah... sambil memberitahu dengan perlahan yang abahnya telah pergi untuk selama2nya... sedih jugalah masa tu, sebab zah seorang sahaja anak yang tiada disisi abah waktu abah nak pergi... pagi tu, macam takde mood nak buat kerja... terus aku hantar email kepada rakan2 brunel aku, menyampaikan berita sedih... sambil tu,menjemput dorg untuk hadir sama2 kerumah aku untuk bacaan yaasin dan tahlil... betullah kata orang, bila kita sikit, kita akan jadi rapat... begitulah keadaan kami kat sni, alhamdulillah, ramai yang hadir malam tadi untuk tahlil... dan tak kurang juga yang mengucapkan takziah atas pemergian abah... terharu sungguh aku dengan rakan2 aku kat sni...

ada juga yang bertanya kepada ku... tak balik ke? erm... satu persoalan yang sungguh sukar untuk aku menjawabnya... dan kalaupun alasan yang aku berikan, mana mungkin semua orang akan menerimanya... biasalah, manusia kan... lain padang, lain belalang... biarlah aku simpan sendiri kenapa aku tidak pulang ke Malaysia... ada banyak perkara yang aku kene pikirkan...

elok sahaja slepas abis majlis, dan tinggal famili abang beib dan kak hajjah, pintuku dketuk. rupanya orang bawah yang memberi syarahan kepada aku... spaya jangan mengajak kawan2 datang kerumah... bising katanya... ingat lagi apa yang dia kata... "this is flat, not a house..."

ada juga dia kata... aku ni bernasib baik sebab dok kat tengah2, so kalau dia buat bising pun aku tak dengar... sebab dia dok bawah... erm... nak jek aku kata, apakata kita tukar rumah??? takpun... nak jek kata, "u think i'm lucky? i dont think so, because i have an annoying neighbour"....

tapi alhamdulillah jugaklah aku tak terkata macam tu... coz kalaulah aku hilang akal, mau kene halau aku daripada umah aku ni... lagi2 aku jenis yang malas nak lawan balik...

daripada muka aku senyum dengan mengatakan sorry, terus jadi masam sebab kali ni hujahnya panjang lebar... sampai aku naik muak. nak membalas, aku kehilangan kata2 sebab geram sangat ngan dia... sib baik aku masih boleh bertahan, sebab aku pk jugak, yang sistem kat sini bukan macam kat malaysia, kang tak pasal2 aku kene halau kuar rumah pulak... kali pertama kene tegur, pasal iman hntak2 kaki, rasa bersalah yang amat sgt... kali kedua kene tegur pasal bising ketuk sambal guna lesung batu, rasa kesal jek sikit... kali ketiga.... huh!!! sapa tahan beb... kali ni, bukan rasa bersalah... rasa nak hentak jek kepala dia ngan lesung batu...

aku harap aku dapatlah rumah yang lain sebab aku dah tak tahan dengan minah ronggeng kepala dongga kat bawah umah aku ni...

tuanpunyablog: alfatihah buat allahyarham selamat saliman, ayahanda kepada isteriku, aziszah selamat...

Thursday 21 May 2009

jauh termenung... huhuhu

salam...

selalu gak terbayang apa yang akan terjadi pada aku pada:

esok hari;
macam biasa... aku g skul, baca sikit, tak paham, terus tutup buku... balik umah, enjoy macam biasa...

minggu depan;
buat persedian tuk jumpa pakwe. tgk soalan2 yang lepas2 aku tanya... sib baik SV aku ni jenis yang cepat hilang ingatan, so, senang lah aku nak kelentong... huh!!! teruk betol aku ni...

tahun depan;
aku masuk tahun 3... tapi rasanya, macam baru jek mula berjalan. tengok, begitu lembabnya aku buat benda alah ni... pk, apa nak jadi, jadilah.. balik tanpa yang sepatutnya pun takpe. janji takyah pk benda ni lagi... tensen ya amat...

hujung tahun depan;
aku balik malaysia tanpa apa2... semua org mengata aku... rugi jek kerajaan antar belajar... alah, pedulik hapa aku... lantaklah org nak kata apa... mulut orang kan.... sampai mana pun nak bercakap... abis2, nanti penat dorg senyap jelah...

dua tahun berikutnya (2012)
aku masih diPAKSE untuk buat phd. cuba jugak buat tapi kali ni aku buat yang separuh masa... guna duit sendiri... sesambil tu, aku mencari kawasan lapang tuk bela kambing... dapat, so, aku buat bisnes kambing sebagai part time dan sebagai back-up plan kalau aku kene tendang daripada tempat keje aku sekarang. sekurang2nya, aku ada jugak pendapatan kalau aku kene tendang daripada tempat keje lama aku.

empat tahun berikutnya (2014)
kambing aku kene virus yang aku sendiri taktau sebab apa... maka, lingkuplah bisnes aku... aku mulakan balik bisnes aku... cuma kali ni, aku buat bisnes kepek pulak... cita2 aku sejak masuk keje dulu... huhuhu

lima tahun berikutnya (2015)
aku masih tertekan.. tak boleh jugak p tuk phd... tak larat nak terima tekanan (hangat2 taik ayam jek sebenarnya aku ni)... bukak bisnes meniaga kerepek sesambil mintak tuk jadi cikgu atau lecturer kolej swasta... tapi sayang, tak berjaya jugak tuk mintak cekgu. aku pencen awal. duit pencen aku gunakan tuk bukak bisnes kepek aku yang makin maju... lagipun tak banyak org jual kepek kat kedah. n satu lagi faktor, zah banyak link ngan cekgu2 sekolah tempat dia ngajar... makin maju lah peniagaan aku...

sepuluh tahun berikutnya (2020)
aku berjaya mencapai wawasan aku... instead of buat memeningkan kepala buat benda yang aku tak suka, akhirnya, berjaya jugak aku menjadi usahawan yang terkenal... berjaya mengembangkan jenama 'JEP KEPEK'... wah... perniagaan aku berjaya sehingga menembusi pasaran eropah...

dua puluh tahun berikutnya (2040)
hidup lagi nampaknya aku... alhamdulillah... empayar perniagaan ku semakin berkembang... perniagaan ku serahkan kepada anak2 aku untuk diteruskan... ala, macam dalam pilem2 atau drama2 swasta tu... aku dirumah, berehat2 sambil menumpukan sepenuh perhatian kepada ibadat sehingga ajalku menjemput...innalillah hi wa innalillah hi rajiuuunnnn....

tuanpunyablog: angan2 mat jenin...

Tuesday 19 May 2009

kalau dulu aku takdelah macam ni...
kalau hilang semangat,
kejap jek rasanya...
bak kata madah pujangga yang sesuka hati aku cipta,
tenggelam dalam manapun, aku pasti akan timbul semula,

tapi kali ni,
rasa berlainan yang amat sangat,
aku tenggelam
tapi masih tak timbul2...
rasa takut sebab gelap jek dalam lautan yang dalam ini...

ya Allah, berikanlah aku sedikit cahaya,
agar aku nampak akan jalan keluarnya.... amiiinnnn....

tuanpunyablog: hilang pedoman...
YA ALLAH...
KENAPALAH AKU MEMILIH JALAN INI...
BANTULAH HAMBAMU INI YA ALLAH....
AKU HILANG PEDOMAN KINI...

YA ALLAH.....

luahan perasaan hati...

salam...
dah dua tiga hari....

... apa yang aku lakukan kini hanya sia....
.... apa yang aku baca kini hanya menambah tekanan didada...
... apa yang ku fikir kini hanya nak balik malaysia sahaja...
.... apa yang ku hadapi ini hanya membuat diriku terasa akan siksa...
... apa yang ku tulis ini, aku sendiri tidak memahaminya...
... apa yang ku lalui ini seperti mimpi ngeri yang berterusan sepanjang hari...

orang kata,
makin banyak baca makin menambah ilmu didada,

tapi bagi aku pula,

bila banyak baca
makin banyak pulak yang aku tau,

bila banyak yang aku tau,
makin banyak pulak yang aku kene tau,

bila banyak yang aku kene tau,
makin banyak pulak yang aku kene baca,

bila banyak yang aku kene baca,
makin tak paham pulak aku banyak benda,

bila banyak aku tak paham menda,
makin banyak masa aku terbuang begitu sahaja,

bila banyak masa kau terbuang begitu sahaja,
makin banyak aku dilanda bosan sahaja,

bila banyak aku dilanda bosan sahaja,
makin banyak rekaan yang mengarut aku cipta,

bila banyak rekaan mengarut aku cipta,
makin ramai orang nak membacanya,

bila ramai orang nak membacanya,
makin ramai orang menyebarkannya,

bila ramai orang menyebarkan nya
makin glamer aku jadinya,

bila glemer aku jadinya,
makin kaya aku jadinya,

bila kaya aku jadinya,
tak payah aku susah2 lagi membaca,

bila aku tak payah susah2 membaca,
makin bodoh aku jadinya,

bila aku bodoh jadinya,
makin banyak benda mengarut yang aku cipta,

bila banyak benda mengarut yang aku cipta,
makin ramai orang yang bosan membacanya,

bila ramai orang bosan membacanya,
makin tak glemer aku jadinya,

bila tak glemer aku jadinya,
masa tu baru nak sedar rupanya,
pada saat dan ketikan ini,
aku ni tak BETUL rasanya..... huhuhuhu

tuanpunyablog: monolog dalam hati...

Friday 15 May 2009

Di Jumaat yang berkat ini...

Ya Allah, dengan keberkatan hari Jumaat ini, aku bermohon kepadaMu,

ya Allah,
Kau mudahkanlah pengajian ku serta rakan-rakan ku yang lain, serta dapatlah kami menghabiskan pengajian kami dengan jayanya, dalam tempoh yang telah ditetapkan,

Ya Allah,
Kau peliharalah seluruh kaum keluargaku dan seluruh kaum keluarga rakan-rakanku dimana sahaja mereka berada, daripada segala mara bahaya, dunia dan akhirat,

Ya Allah,
Kau panjangkanlah umur kaum keluargaku serta rakan-rakanku dan keluarga mereka, dengan umur yang penuh keberkatan daripadaMu,

Ya Allah,
Kau murahkanlah rezeki ku dan keluargaku, serta rezeki rakan-rakanku dengan rezeki yang melimpah ruah serta mendapat rahmat dan berkat daripadaMu,

Ya Allah,
Kau ampunkanlah dosa2ku, dosa kedua2 ibubapaku, dosa kaum keluargaku, dosa rakan2ku, dosa guru2ku, serta dosa2 umat2 yang terdahulu sebelum kami, serta dosa2 seluruh umat islam yang lain,

Ya Allah,
Kabulkanlah segala doa2ku, doa2 keluargaku, doa2 rakan-rakanku, doa2 guru2ku, serta doa2 orang2 muslim sekeliannya,

Hanya kepadamu aku bermohon Ya Allah, kabulkan doa hambamu ini, ya Allah...

amin amin ya rabbal alamiinnn....

bukantuanpunyablog: amiiiiiiiiiiiiiiinnnnnnnnnnnnnnn.....

saat kebosanan melanda....

disaat kebosanan melanda,
taktau nak buat apa,
org kata,
buatlah apa2,
tapi masalahnya,
apa itu apa2,
kerana apa2 itu amat besar maknanya,
kecikkan sikit skop apa itu apa2,
kukata kepada kawanku yang berkata,
buatlah apa2,
untuk hilangkan kebosanan yang melanda...

saat kebosanan melanda,
nak menulis tiada idea,
nak membaca,
tiada paham akan ungkapan kata2,
nak buat bodoh juga,
lagilah seperti tidak kena....

saat kebosanan melanda,
saat itula juga,
hotfm tak dapat kudengar macam biasa,
arghhhh tensen tidak terkata,
kerana ku perlu halwa telinga,
buat penghilang duka nestapa,
buat penghibur hati yang lara,
biarpun buat seketika...

saat kebosanan melanda,
kucipta sajak boring untuk tatapan semua,
agar berkongsi kebosananku bersama,
bak kata pakar sakit jiwa,
kebosanan dihilangkan apabila dikongsi bersama,
dan dibahagi sama rata,
antara rakan2 yang membaca...

berkesan juga caranya,
hilang juga kebosanan yang melanda,
kembali kepada membuat kerja,
terima kasih kepada semua,
yang melayan karenahku yang tahapapapa...

tuanpunyablog: sambung buat keje...

Wednesday 13 May 2009

selamat ulang tahun awi....

salam...

lagu ini tuanpunyablog tujukan kepada awi...

HAPPY BIRTHDAY TO YOU...
HAPPY BIRTHDAY TO YOU...
HAPPY BIRTHDAY TO AWI...
HAPPY BIRTHDAY TO YOU....

hat tu versi sastera omputeh. la ni versi sastera melayu kuno pulak...

PANJANG UMURNYA
PANJANG UMURNYA
PANJANG UMURNYA SERTA MULIA
SERTA MULIA....
SERTA MULIA....

yeaaahhhh....

tuanpunyablog doakan agar awi dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan sehat walafiat, serta hidup berada dalam lindungan dan rahmat Allah selalu, amiiinnnn....

awi bagitau ngan tuanpunyablog, dia tak mau apa2 hadiah dalam hidup dia, even isteri awi nak belikan dia hadiah pun, dia takmo, membazir kata awi... hanya sekadar doa2 daripada rakan2 seperjuangan serta rakan2 bukan seperjuangan yang berada dekat dimata ataupun jauh dimata, agar hidup awi dan keluarga sentiasa dalam lindungan Allah... awi kata, doa tulah hadiah yang paling bernilai buat awi...

tuanpunyablog: alhamdulillah, sep sikit duit tuanpunyablog untuk beli hadiah tuk awi...

Tuesday 12 May 2009

hari2 terakhir seorang lelaki

salam...

hari ni merupakan hari terakhir aku berumur 29 tahun. kejap sahaja masa berlalu tanpa aku sedari... tau2, dah masuk 30 tahun esok hari. erm... alhamdulillah, sepanjang aku hidup ini, dikurniakan dengan segala rahmat dan limpah kurnia yang amat besar... alhamdulillah... cuma kengkadang aku terasa seperti diri ini masih lagi kekurangan. erm... itulah, lumrah manusia kan, sering kali merasa masih kekurangan...

dulu, masa kecik2 lagi, masih teringat lagi bagaimana aku tetap tidak puas dengan apa yang aku ada... pegi sekolah dengan duit poket yang hanya boleh membeli air sebungkus, melihatkan org2 yang berkemampuan yang lebiuh besar, mnjadikan aku nak sangat jadi macam dorg... nak sngat bapak aku jadi macam bapak dorg, banyak bagi duit masa sekolah, boleh beli apa2... sebelum masuk waktu sekolah waktu petang, waktu pagi tu ada kokurikulum, lepas abis kokurikulm tu, selalu jugak menjengah umah kengkawan yang besar2 belaka tu, dekat2 area taman tun, siap makan lagi kat sana... waktu, mulalah terasa, alangkah bagusnya kalau aku dok umah macam dorg.... teringin sangat nak jadi macam dorg...

hakikat manusiakan, tak pernah puas dengan apa yang telah dimiliki... bila dah makin besar, makin aku rasa, bahawa aku lebih suka dan syukur dengan apa yang dah ada sekarang ni... cuma tu, kengkadang, terasa kurang bersyukurlah... teruk betol aku ni... kengkadang tu in term of PHD, bila tengok org2 lain yang satu level ngan aku dapat awardlah, dah kutip data lah, laju jek buat keje, fluent cakap english, terdetik jugak kengkadang alangkah bagusnya kalau aku jadi macam dorg tu... sampaikan aku terlupa... rupanya, apa yang terjadi pada mereka semua, bukanlah semuanya indah2 belaka... adakalanya, ada jugak yang tak manis kan... hakikat kehidupan manusia, ada manis, ada pahit... bukan kita tau apa yang mereka tu rasa, ye tak????

masa tu baru tersedar, yang hidup yang aku perolehi kini, adalah yang terbaik untuk aku... tidak ada apa lagi yang aku inginkan melainkan kehidupan yang mendapat berkat dari Allah SWT. biarlah org abis phd dengan jayanya, biarlah org pandai cakap BI, biarlah aku kurang daripada org lain, sebab kita punyai rezeki yang berbeza... itu yang pasti...

tuanpunyablog: syahdu jek rasa hati ini... bila umur makin berkurangan... huhuhu

Friday 8 May 2009

gaya ezekutip termuda...

salam...

saja nak memenuhkan ruang blog aku ni... tu yang letak gambar iman dengan baju barunya... ni pun, jenuh nak suh berdiri amik gambar... layanlah ye... malas nak nulis pepanjang sesubuh buta ni... erm... napalah mata aku takleh nak lelap ni... memacam dipikiran... huhuh

layannnnnnn....

close-up... gambar yang diambil sendiri oleh iman... sebabnya, kamera tak di bagi kami pegang... semua nak pegang sendiri... tensen jugak kengkadang tu....

hat ni pun dia amik sendiri... apa yang kami leh ajo, suh dia petik memana butang sampai kuar cahaya lampu... huh!!! macam lah iman ni leh paham apa yang kami suh buat....huhuhu

pose yang dibuat sendiri olehnya... tak suruh pun... la ni baik sikit sebab nak p jejauh supaya umminya dapat amik gambar dia...
sebenarnya seluar yang dia pakai ni, londeh... tak paham jugak aku dengan orang2 kat sini... baju pendek, seluar panjang giler... tulis budak dari umur 2 -3 tahun, tapi seluarnya macam budak 10 tahun... erm... beli jelah... janji leh gaya... bak kata org yang eksen sikit, biar papa asal bergaya... eh, bukan mahal pun baju ni.... beskal iman lagi mahal... huhuhu

erm... caption apa nak tulis untuk gambar ni???? erm.... takde kot...
k, tu jek entri untuk kali ini...
sekian, assalamualaikum warahmatulah hiwabarakaatuh wamaghfiratuh waridhwaanuh (macam bagi ceramah daaaaa..... jangan lupa jawab ye.... renung2kan... selamat beramal....)
tuanpunyablog: ngantuk... tapi mata takleh nak lelap...huhuhu

Thursday 7 May 2009

poster presentation rini...

salam...

ingatkan senang untuk poster presentation ni... rupanya, bila berborak dengan salah sorg member kat cni, susah jugak... sebabnya, kene berdiri lama tepi poster, pastu kene jawab banyak soalan yang diajukan... berbanding dengan presentation yang biasa jek, abis 15 menet, abis dah darah gemuruhnya.... huh!!! jenuh jugak bila pk kan... tapi, takpelah, sekadar mencuba nasib ngan mencantikkan progress yang telah sedia tak cantik tu... huhuhuhu

hoppuli, aku berjaya menjawab segala persoalan yang diajukan, amiiiinnnnn....

tuanpunyablog: takutnyerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr kalau org tanya soalan... manalah tau tetiab ditakdirkan hari ni merupakan hari 'blank' sedunia macam minggu lepas masa bincang ngan bos besar...