Saturday 5 August 2017

Sistem Pemilihan Pelajar ke Universiti diperingkat UPU


Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Tetiba terasa nak share macam mana sistem pengambilan Pelajar ke UA berlaku. Kadang2 kesian jugak aku tengok UPU kene bash setiap kali keluar keputusan, dan tak memihak kepada orang tersebut. Alasan2 seperti pointer tinggi tak dapat, pointer rendah dapat… selalu sangat dimainkan… takpelah, meh aku bagitau apa yang aku tau pasal pemilihan UPU. Sapa aku? Adalah dulu member terangkan pasal sistem pemilihan UPU tu. So, aku taulah sikit2…

Untuk pengetahuan semua, pemilihan Pelajar ke UA adalah menggunakan SISTEM KOMPUTER, yang mana, dua benda yang sistem akan cek, kelayakan (cukup syarat) dan ada kekosongan.

Peringkat awal

Sebaik sahaja pelajar dah register n isi maklumat di sistem UPU, pelajar akan diasingkan ikut 5 kumpulan atau pool, iaitu, pool 

1. STPM/setaraf sastera,
2. STPM/setaraf sains,
3. STAM,
4. Diploma sains dan
5. Diploma sastera.

Kemudian, pelajar akan disusun mengikut merit. Merit dikira dengan 90% akademik, dan 10% adalah kegiatan kokurikulum.

So, kalau pun mendapat PNGK 4.00 tanpa aktikviti kokurikulum (kurang aktif dapatlah 2 markah koko), so, maksimum markah korang boleh dapat ialah 92 (90 akademik, 2 koko). Compare dengan calon mendapat PNGK 3.79, tapi aktif koko sampai dapat 8 markah. So, merit untuk calon kedua ni ialah 

(3.79/4)*90 = 85.275+8 = 93.275. 

So, sistem akan susun calon ni yang akan duduk di atas calon 4.00 tadi, sebab merit lebih tinggi (boleh menjawab persoalan kenapa kawan saya pointer rendah dapat program dia mintak, saya pointer lagi tinggi dari dia tak dapat padahal kami mintak program yang sama). Cuba tengok markah merit dalam gambar berikutnya. 



Dalam masa yang sama, pihak Uni akan hantar kouta2 yang telah ditetapkan untuk setiap pool tadi. Contohnya, untuk program UG22 Sains Pemutusan, STPM/setaraf (Sains) kouta ialah 30 orang, STPM/ setaraf (sastera) 20 orang, STAM 10 orang, diploma sastera 20 orang, diploma sains 30 orang. Kouta2 ini akan dimasukkan dalam sistem UPU tadi.

Kemudian sistem akan di”run”. 



Masa nilah sistem akan baca ikut merit dan pilihan yang 12 tu disetiap pool. Sistem akan semak dua benda, iaitu kelayakan (cukup syarat atau tak) kemudian akan semak kouta. Sistem akan baca pilihan pertama Pelajar, (contohnya, Pelajar pilih sains pemutusan, UG22 dan Pelajar dari aliran Sains), sistem akan semak, kouta ada, syarat lepas, maka, dapatlah dia pilihan pertama. Kalau sistem semak salah satu antara dua elemen tu tak cukup, maka akan baca pilihan kedua dan seterusnya sampailah pilihan ke 12. Sistem akan stop pencarian program untuk Pelajar tersebut,

1. kalau dah dapat tempat, atau
2, semua pilihan dah dibaca, tapi tak menepati dua syarat tadi (kouta penuh atau/dan syarat tak cukup). Maka tak dpt lah dia mana2 walaupun pointer tinggi, tapi merit rendah.

Yang buat keputusan ialah sistem, bukannya Manusia.

Cuma untuk diploma sahaja yang UA akan perakukan, UPU hanya run sistem, n sistem akan select based on pilihan calon.

So, kalau ada soalan2 seperti, Pointer tinggi, tapi tak dapat mana-mana, kawan saya pointer rendah, dapat je uni, ada banyak soalan aku nak tanya. Aktif ke tak dulu, pilih program apa, uni mana, p intebiu ke tak etc...

Pointer tinggi 3.97 adalah sangat tidak OK (lagi2 kalau jenis ulat buku takde aktiviti koko) untuk mohon Medic, Farmasi, Veterinar dan program2 yang popular. 

Pointer 3.5 sastera adalah tidak OK untuk memohon accounting UUM, tetapi pointer 3.5 Sains, maybe boleh dapat Accounting UUM (sebab dari sains maybe tak ramai nak tukar bidang sedangkan ada kouta yang dibuka, sama macam law). 

Pointer 2.00 bagi STAM adalah layak untuk memohon sains pemutusan (dengan syarat ada Add Maths masa SPM), tapi tak layak untuk 2.5 ke bawah untuk STPM/setaraf (sebab STAM hanya ada 3 pointer sahaja, 4.00 – Mumtaz, 3.00 – Jayid Jiddan, 2.00 – Jayyid

dan begitulah seterusnya... 

layak kita tak semestinya layak sama dengan orang lain yang berlainan ciri2nya. Lepas syarat, tak semestinya akan dapat lagi2 kalau program tu banyak permintaan kurang kouta yang dibuka... lainlah kalau tetiba medic, farmasi dan lain2 dah kurang permintaan, maka, 3.97 layaklah memohon.

Logiknya mudah... bila ramai memohon, maka tinggilah cut of point untuk merit. Tapi bila sikit je yang mohon, maka, 2.5 pun boleh masuk uni. Macam UG22, selalu sangat kekurangan permintaan. So, yang dapat 2.5 pun boleh dapat masuk Uni. Lain kali, kalau nak compare, cuba tanya pointer rendah tu mintak apa sampai dia dapat apa yang dia mintak, dan ko yang pointer tinggi tu, apa yang ko mintak sampai ko tak dapat masuk uni???

Tahun ni, aku rasa pihak UPU dan buat yang terbaik sebab hanya offer program yang dipilih sahaja. Which is, bagi aku, sangat2 lega walaupun program sains pemutusan kurang students. Sebab, aku tak perlu sakit hati bila students mai datang jumpa aku, saya tak pilih pun program ni, seperti yg berlaku tahun2 lepas.

So, tips aku mudah je kalau nak masuk Uni.

Ukur baju dibadan sendiri. Kalau boleh, biarlah baju tu sesuai dengan keadaan semasa. Maksud aku, kalau aliran sains pointer 3.00 boleh dikira tinggi, tapi kalau dari aliran sastera, 3.5 pun belum tentu tinggi. Pointer 3.97 memang tinggi, tapi kalau mohon program2 yang glamer seperti medic, farmasi etc, pointer tu, mungkin sama macam pointer 2.50 pool sastera (which is, sangat2 tak layak lbh2 lagi kalau tak aktif, sorry to say).

Kalau pointer 4.00 dengan takde aktiviti koko, jangan rasa merit tu tinggi mengalahkan pointer yang bawah 4.00.

Tips paling mudah... kalau pointer 4.00 dan aktif sampai wakil planet BUMI dalam bola sepak melawan planet2 BIMASAKTI, pilihlah mana2, insyaAllah akan dapat (provided yang pointer 4.00 lain hanya takat wakil kelas sahaja dalam pertandingan choral speaking). 

Kalau pointer rendah, janganlah pilih program2 yang glamer. carilah program2 yang unik dan jarang didengar, seperti Sains Pemutusan (awal2 je taktau apa tu sains pemutusan, dan masuk mesti rasa best nanti... tak caya tanya dengan senior2 yang dah belajar). 

Nak tau apa itu sains pemutusan, tengok kat bawah ni.

 


Kalau tak paham English, baca kat sini

Sapa kata program sains pemutusan, masa depan gelap? Cuba tgk gambar tu. Ok je depa kerja. Tu sebab poster tak muat, kalau boleh, ramai lagi aku nak masukkan.

Ada yang tanya ngan aku… boleh tak dah dapat program kat Uni tu, kemudian kita TOLAK sebab tak minat (alasan sebab kene isi 12 pilihan uni, yang mana, minat 5 je, lain semua main isi (ko memang tak bersyukur dik, sorry to say!!!), kemudian kita apply lagi tahun depan… boleh ke???

Jawapan aku, BOLEH jek. 

Tapi ingat, sijil STPM/setaraf, hanya boleh diguna pada tahun SEMASA sahaja. Tahun depan, kalau ko apply, biarpun tinggi mana pointer ko, 5.00 pun, ko memang payah dapat balik. Sebabnya, nama ko akan masuk ke pool diploma, which is, tak ramai UA akan tengok kecuali untuk calon2 lepasan diploma. Kalau dorang tengok pun, kebarangkalian depa nak amik, ialah sangat2 tipis. Sebab tu, yang mohon banyak kali dari lepasan STPM setaraf, payah nak dapat bila buat permohonan kali kedua.

Pernah jugak aku tanya… kenapa tak nak amik calon ni, walaupun 4.00?

Member dari Jabatan Hal Ehwal Akademik kata, kalau samada budak ni failed n kene tendang dari UNi tempat dia belajar tahun lepas, atau tolak penempatan yang lepas.

Nasihat aku, kalau dapat mana2 program yang dah memang dalam pilihan (even terpaksa buh sebab 12 pilihan atau sebab musabab yang memang tak boleh sebab ayah/mak sakit takleh p jauh2), PERGI JELAH.JANGAN TOLAK. Kalau betul ada masalah, call uni berkenaan, bincang. Dorang pun Manusia jugak, ada tolak ansur. Pasti depa ada penyelesaian.

Oh lupa… Tukar Universiti adalah tidak dibenarkan… sebab dikira seperti mencuri calon Universiti lain… Takmolah dituduh mencuri calon Universiti lain. sebab tu tak diterima kalau mintak tukar Universiti...

tuanpunyablog: lega sikit bila UPU buat camni, walaupun sikit ada rasa sedih... tapi sekurang2nya, orang mula kenal apa itu sains pemutusan, sebab dalam rayuan, program ni sahaja ditawarkan untuk rayuan. :)