Saturday, 5 August 2017

Widgets

Sistem Pemilihan Pelajar ke Universiti diperingkat UPU


Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Tetiba terasa nak share macam mana sistem pengambilan Pelajar ke UA berlaku. Kadang2 kesian jugak aku tengok UPU kene bash setiap kali keluar keputusan, dan tak memihak kepada orang tersebut. Alasan2 seperti pointer tinggi tak dapat, pointer rendah dapat… selalu sangat dimainkan… takpelah, meh aku bagitau apa yang aku tau pasal pemilihan UPU. Sapa aku? Adalah dulu member terangkan pasal sistem pemilihan UPU tu. So, aku taulah sikit2…

Untuk pengetahuan semua, pemilihan Pelajar ke UA adalah menggunakan SISTEM KOMPUTER, yang mana, dua benda yang sistem akan cek, kelayakan (cukup syarat) dan ada kekosongan.

Peringkat awal

Sebaik sahaja pelajar dah register n isi maklumat di sistem UPU, pelajar akan diasingkan ikut 5 kumpulan atau pool, iaitu, pool 

1. STPM/setaraf sastera,
2. STPM/setaraf sains,
3. STAM,
4. Diploma sains dan
5. Diploma sastera.

Kemudian, pelajar akan disusun mengikut merit. Merit dikira dengan 90% akademik, dan 10% adalah kegiatan kokurikulum.

So, kalau pun mendapat PNGK 4.00 tanpa aktikviti kokurikulum (kurang aktif dapatlah 2 markah koko), so, maksimum markah korang boleh dapat ialah 92 (90 akademik, 2 koko). Compare dengan calon mendapat PNGK 3.79, tapi aktif koko sampai dapat 8 markah. So, merit untuk calon kedua ni ialah 

(3.79/4)*90 = 85.275+8 = 93.275. 

So, sistem akan susun calon ni yang akan duduk di atas calon 4.00 tadi, sebab merit lebih tinggi (boleh menjawab persoalan kenapa kawan saya pointer rendah dapat program dia mintak, saya pointer lagi tinggi dari dia tak dapat padahal kami mintak program yang sama). Cuba tengok markah merit dalam gambar berikutnya. 



Dalam masa yang sama, pihak Uni akan hantar kouta2 yang telah ditetapkan untuk setiap pool tadi. Contohnya, untuk program UG22 Sains Pemutusan, STPM/setaraf (Sains) kouta ialah 30 orang, STPM/ setaraf (sastera) 20 orang, STAM 10 orang, diploma sastera 20 orang, diploma sains 30 orang. Kouta2 ini akan dimasukkan dalam sistem UPU tadi.

Kemudian sistem akan di”run”. 



Masa nilah sistem akan baca ikut merit dan pilihan yang 12 tu disetiap pool. Sistem akan semak dua benda, iaitu kelayakan (cukup syarat atau tak) kemudian akan semak kouta. Sistem akan baca pilihan pertama Pelajar, (contohnya, Pelajar pilih sains pemutusan, UG22 dan Pelajar dari aliran Sains), sistem akan semak, kouta ada, syarat lepas, maka, dapatlah dia pilihan pertama. Kalau sistem semak salah satu antara dua elemen tu tak cukup, maka akan baca pilihan kedua dan seterusnya sampailah pilihan ke 12. Sistem akan stop pencarian program untuk Pelajar tersebut,

1. kalau dah dapat tempat, atau
2, semua pilihan dah dibaca, tapi tak menepati dua syarat tadi (kouta penuh atau/dan syarat tak cukup). Maka tak dpt lah dia mana2 walaupun pointer tinggi, tapi merit rendah.

Yang buat keputusan ialah sistem, bukannya Manusia.

Cuma untuk diploma sahaja yang UA akan perakukan, UPU hanya run sistem, n sistem akan select based on pilihan calon.

So, kalau ada soalan2 seperti, Pointer tinggi, tapi tak dapat mana-mana, kawan saya pointer rendah, dapat je uni, ada banyak soalan aku nak tanya. Aktif ke tak dulu, pilih program apa, uni mana, p intebiu ke tak etc...

Pointer tinggi 3.97 adalah sangat tidak OK (lagi2 kalau jenis ulat buku takde aktiviti koko) untuk mohon Medic, Farmasi, Veterinar dan program2 yang popular. 

Pointer 3.5 sastera adalah tidak OK untuk memohon accounting UUM, tetapi pointer 3.5 Sains, maybe boleh dapat Accounting UUM (sebab dari sains maybe tak ramai nak tukar bidang sedangkan ada kouta yang dibuka, sama macam law). 

Pointer 2.00 bagi STAM adalah layak untuk memohon sains pemutusan (dengan syarat ada Add Maths masa SPM), tapi tak layak untuk 2.5 ke bawah untuk STPM/setaraf (sebab STAM hanya ada 3 pointer sahaja, 4.00 – Mumtaz, 3.00 – Jayid Jiddan, 2.00 – Jayyid

dan begitulah seterusnya... 

layak kita tak semestinya layak sama dengan orang lain yang berlainan ciri2nya. Lepas syarat, tak semestinya akan dapat lagi2 kalau program tu banyak permintaan kurang kouta yang dibuka... lainlah kalau tetiba medic, farmasi dan lain2 dah kurang permintaan, maka, 3.97 layaklah memohon.

Logiknya mudah... bila ramai memohon, maka tinggilah cut of point untuk merit. Tapi bila sikit je yang mohon, maka, 2.5 pun boleh masuk uni. Macam UG22, selalu sangat kekurangan permintaan. So, yang dapat 2.5 pun boleh dapat masuk Uni. Lain kali, kalau nak compare, cuba tanya pointer rendah tu mintak apa sampai dia dapat apa yang dia mintak, dan ko yang pointer tinggi tu, apa yang ko mintak sampai ko tak dapat masuk uni???

Tahun ni, aku rasa pihak UPU dan buat yang terbaik sebab hanya offer program yang dipilih sahaja. Which is, bagi aku, sangat2 lega walaupun program sains pemutusan kurang students. Sebab, aku tak perlu sakit hati bila students mai datang jumpa aku, saya tak pilih pun program ni, seperti yg berlaku tahun2 lepas.

So, tips aku mudah je kalau nak masuk Uni.

Ukur baju dibadan sendiri. Kalau boleh, biarlah baju tu sesuai dengan keadaan semasa. Maksud aku, kalau aliran sains pointer 3.00 boleh dikira tinggi, tapi kalau dari aliran sastera, 3.5 pun belum tentu tinggi. Pointer 3.97 memang tinggi, tapi kalau mohon program2 yang glamer seperti medic, farmasi etc, pointer tu, mungkin sama macam pointer 2.50 pool sastera (which is, sangat2 tak layak lbh2 lagi kalau tak aktif, sorry to say).

Kalau pointer 4.00 dengan takde aktiviti koko, jangan rasa merit tu tinggi mengalahkan pointer yang bawah 4.00.

Tips paling mudah... kalau pointer 4.00 dan aktif sampai wakil planet BUMI dalam bola sepak melawan planet2 BIMASAKTI, pilihlah mana2, insyaAllah akan dapat (provided yang pointer 4.00 lain hanya takat wakil kelas sahaja dalam pertandingan choral speaking). 

Kalau pointer rendah, janganlah pilih program2 yang glamer. carilah program2 yang unik dan jarang didengar, seperti Sains Pemutusan (awal2 je taktau apa tu sains pemutusan, dan masuk mesti rasa best nanti... tak caya tanya dengan senior2 yang dah belajar). 

Nak tau apa itu sains pemutusan, tengok kat bawah ni.

 


Kalau tak paham English, baca kat sini

Sapa kata program sains pemutusan, masa depan gelap? Cuba tgk gambar tu. Ok je depa kerja. Tu sebab poster tak muat, kalau boleh, ramai lagi aku nak masukkan.

Ada yang tanya ngan aku… boleh tak dah dapat program kat Uni tu, kemudian kita TOLAK sebab tak minat (alasan sebab kene isi 12 pilihan uni, yang mana, minat 5 je, lain semua main isi (ko memang tak bersyukur dik, sorry to say!!!), kemudian kita apply lagi tahun depan… boleh ke???

Jawapan aku, BOLEH jek. 

Tapi ingat, sijil STPM/setaraf, hanya boleh diguna pada tahun SEMASA sahaja. Tahun depan, kalau ko apply, biarpun tinggi mana pointer ko, 5.00 pun, ko memang payah dapat balik. Sebabnya, nama ko akan masuk ke pool diploma, which is, tak ramai UA akan tengok kecuali untuk calon2 lepasan diploma. Kalau dorang tengok pun, kebarangkalian depa nak amik, ialah sangat2 tipis. Sebab tu, yang mohon banyak kali dari lepasan STPM setaraf, payah nak dapat bila buat permohonan kali kedua.

Pernah jugak aku tanya… kenapa tak nak amik calon ni, walaupun 4.00?

Member dari Jabatan Hal Ehwal Akademik kata, kalau samada budak ni failed n kene tendang dari UNi tempat dia belajar tahun lepas, atau tolak penempatan yang lepas.

Nasihat aku, kalau dapat mana2 program yang dah memang dalam pilihan (even terpaksa buh sebab 12 pilihan atau sebab musabab yang memang tak boleh sebab ayah/mak sakit takleh p jauh2), PERGI JELAH.JANGAN TOLAK. Kalau betul ada masalah, call uni berkenaan, bincang. Dorang pun Manusia jugak, ada tolak ansur. Pasti depa ada penyelesaian.

Oh lupa… Tukar Universiti adalah tidak dibenarkan… sebab dikira seperti mencuri calon Universiti lain… Takmolah dituduh mencuri calon Universiti lain. sebab tu tak diterima kalau mintak tukar Universiti...

tuanpunyablog: lega sikit bila UPU buat camni, walaupun sikit ada rasa sedih... tapi sekurang2nya, orang mula kenal apa itu sains pemutusan, sebab dalam rayuan, program ni sahaja ditawarkan untuk rayuan. :)

47 comments:

Anonymous said...

Sehebat mne pun system komputer ad jgk yg silap.. Smua ni ad hikmah.. Aq pun x dpat.. Still rasa perit gak.. Wlaupun pointer ok, koko aktif then apply kos yg x la high demand sngat still x dpat.. So skang sabar je.. Allah nk uji tahap kesabaran kita sbagai umat dia.. Pape pun nk tnggu rayuan je.. Kos yg bagi pun mcm x nk bgi.. Thanks upu.. Kipidap

Anonymous said...

Btui tu. Harap la kali kedua ni tak silap terlepas pandang. Sedih juga

Jepri Zulkepli said...

Anon 1: btul tu. Tapi kesilapan yang berlaku, mungkin agak tipis dibanding dengan manusia yang memilih. Kadang2, kita je rasa bahawa course yang kita mohon tu, kurang demand... hakikatnya?

semoga berjaya dimasa hadapan...

Anonymous said...

Hebat abg jep karang.hihi

Unknown said...

Kalau Dapat 3 principal dalam STPM tapi pngk tak sampai dua rasenye boleh buat rayuan ke UA tak. . .Contohnya. ..result die 3 lulus satu gagal.. Boleh tak buat rayuan?

Aishah said...

Assalamualaikum saya nak tanya, bolehkah lepasan matrikulasi sains memohon untuk ijazah ekonomi/ akaun? Walaupun takada basic akaun/ekonomi?

Linnnn said...

Assalamualaikm.. Saya nk tnya.. Saya ni lpasan stpm dari aliran sastera.. Pointer saya 3.83 tapi muet saya hnya band 2.. Jdi ada harapan tak saya nk dpat ukm ???

Anonymous said...

Boleh tak kak terang lebih tentang pemilihan pelajar ke upu bagi pelajar lepas diploma dari politeknik? Chances diplih tu tinggi ke tak klu pointer baik ..compare to stpm

Anonymous said...

Boleh je

Stam said...

Assalamualaikum nak tanye klau stam dapat maqbul je boleh sambung degree kat mne ?

aqilah nordin said...

salam nk tya ,mcm saya lepasan stam kan.. dpt pointer 2 je... tpi kena bt rayuan... mcm mna kita lbih brhti hati mmbuat pilihan

aqilah nordin said...

okey saya yg jwb... dlm syarat upu stiap ua.. hya ada jayyid pling kurang.. pling ats jj dan mumtaz

Unknown said...

Assalam...klu pointer 1.92 tp aktif dlm koko layak ke mohon 2

Anonymous said...

nak tanya, my cgpa setakat ni ok je (currently still studying diploma) but i takut tk dapat mana mana university awam because of my mathematics grade for spm. banyak university awam atleast kena dapat C dan ke atas for syarat kelayakan dia. im feeling kind of hopeless jugak lah at this moment, but still ada harapan ke nak masuk university awam for sambung degree?

Anonymous said...

hi,nak tanyak. kalau cgpa cuma below 2.30 dapat apply uni mana? risau pulak

Ainaaa said...

Hm.. saya sarankan awak amik spm math paper julai and make sure awk dpt c ke atas. Insha Allah mgkin awk lepas.
Saya plak bru hbis dip, cgpa 3.18, muet band 3, tapi math spm fail. Nk amik paper julai pon nk kena tggu tahun dpan. Tpi saya bru lepas apply uitm 2nd intake kot dpt rezeki. Doakan saya ye.

miiid said...

Nak tanye, ape maksud ayat atas tu yg "kalau aliran sains, pointer 3.00 pon dah tinggi tp kalau airan sastera pointer 3.5.............(sampai abes perenggan) "?

Anonymous said...

Assalamualaikum nak Tanya betul ke kalau pointer kurang dari 2.0 Tak boleh mohon upu

natrah said...

Terima Kasih Encik. Sangat berguna info ini.

Yee said...

Kalau dari sastera pngk2.75, ambil maths (m), sains pemutusan ug22 letak pilihan satu senang untuk dapat tak?

XIAOW3I said...

Salam, nak tanya tentang kalau tak dapat first choice sebab gagal temuduga ,akan masuk pilihan kedua.Kalau pilihan kedua tempat sudah penuh ,walaupun saya merit tinggi ,adakah saya masih boleh dapat tempat?

Unknown said...

Nak tya klu dpt pngk 2.0 dlm jurusan sains sosial... Pilihan uni n kos apa yg better utk buat permohonan

Anonymous said...

Tumpang tanya, Saya STPM aliran Sains pointer 3.09, MUET Band 5 kalau saya apply TESOL (Pendidikan Bahasa Inggeris) di USM/UPM ad peluang kah?

Anonymous said...

*RALAT
Tumpang tanya, Saya STPM aliran Sains pointer 3.09, MUET Band 5, koko 9.3 kalau saya apply TESOL (Pendidikan Bahasa Inggeris) di USM/UPM ad peluang kah?

Anonymous said...

Hi boleh tak bagi tentang minimum markah merit untk semua IPTA terutama yang famous mcm UiTM, Politeknik dan etc..

Unknown said...

hai..akakshare ya..jika ada adik2 nak tau psl program diploma pendidikan awal kanak-kanak under upsi-bole hubungi 011-16930576 akak bantu

Unknown said...

Awak dapat apa skrg

Unknown said...

Cuma nak tahu kalau bagi kursus yang ads temuduga,temuduga ads Mariah ke? ,Stay setakat pass stay fail sahaja ?Terimakasih.

Unknown said...

hai..bagus sharing dik..tk kisah mana kite bljr janji kite kene usaha kuat kuat kan..tkde kejayaan dtg bergolek semua kene usaha kan..hehe..btw ..sis nak share ni..jika ade adik2 minat nk mengikuti diploma pendidikan awal kanak kanak-program ni kerjasam UPSI jgn segan wsp akak 011-16930576..sis juga bole bg advice utk course lain..jus wsp jer la yer ..

sopo said...

Mengunakan sistem komputer untuk pemilihan pemohon upu kurang adil,ramai diluar sana sepatutnya terpilih.

sopo said...

sistem yg digunakan oleh pihak universiti ini kurang tepat lah untuk memilih pemohon universiti

Rolo said...

Permohonan online: https://apps.ucbestari.edu.my/prasiswazah/

Syarat kemasukan:
stpm 2 matapelajaran lulus penuh

Stam maqbul (fakulti pengajian islam)

Untuk pertanyaan wasap 0194101400

TQ

Rolo said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

assalamualaikum sis. senang cerita lah kan sis, merit ni, dia nak at least berapa peratus untuk kita lepas?

Unknown said...

saya baru dapat result stpm 2.08 je bidang apa saya boleh mohon

HSC candidate.. said...

Ini semua untuk support ipts yg berlambak diluar sana..ipts berkembang cukai pon lebat..hehe

Anonymous said...

Kalau STPM pointer 2.67, ada harapan diterima ku iniversiti ke?

Anonymous said...

Kalau STPM pointer 2.67 aliran sains, ada harapan diterima ke universiti ke?

Anonymous said...

Assalamualaikum. Stpm bawah 2 0 memang tak akan masuk University kan?

Rolo said...

University College Bestari

Cuma perlu 2matapelajaran prinsipal

Wasap 0194101400

Unknown said...

Nk tny..merit saya kan 84.45 dan saya mohon kos eko nga akaun di upm...agak2 lulus tak

Anonymous said...

Hello pointer 1.17 mmang takde peluang masuk sangat ke?

Anonymous said...

Hurm

Elsha said...

trims

Anonymous said...

Sy pon dpt 1.83 je..hmm blh ke mohon u

Anonymous said...

kak saya stpm aliran sains , kalau saya mohon tesl dia mainly tengok muet ke? sbb saya dpt muet band 4.5

Anonymous said...

nak tanya , awak sekarang macamana ? dapat sambung belajar mana mana tak ?