Assalamualaikum,
Kehadapan Pembuat Polisi Malaysia Airlines System (MAS),
Saya telah membuat penempahan tiket penerbangan daripada Alor Setar ke Kuala Lumpur pada 1 Februari 2014 untuk penerbangan pergi balik. Tarikh pergi (outbound) ialah pada Khamis, 6 Februari, dan balik (inbound) pada 8 Februari 2014.
Pada 4 Februari 2014, saya telah menelefon pighak MAS untuk menukar tiket saya ke 5 Februari 2014 kerana urusan keluarga yang perlu saya selesaikan. Pegawai khidmat pelanggan yang menjawab telefon sata menyatakan, untuk menukar tarikh tiket tersebut, saya perlu membayar:
1. Change Fees : RM100.00
2. Beza harga tiket beli dan harga semasa : RM 89.00
3. Cukai : RM 26.00.
Jumlah bayaran : RM 215.00.
Oleh kerana sebelum saya menelefon khidmat pelanggan MAS tersebut, saya telah melihat terlebih dahulu harga tiket pada 5 Februari lebih murah daripada tiket yang ingin saya tukar tarikhnya (walaupun hari dan waktu yang sama, pelik juga,bagaimana beza harga tersebut terlalu mahal sedangkan tiket yang saya beli pada 1 Februari adalah sama dengan harga tiket yang semasa di online MAS - takpelah, tak menjadi soal sangat, maybe pegawai tersebut mencari harga yang paling mahal untuk saya tukar), saya telah membatalkan pertukaran tiket tersebut, dan kekal kepada tarikh yang sama semasa saya beli pada 1 Feb 2014. Saya mengambil keputusan untuk membeli tiket online yang lain untuk penerbangan AOR - KUL (5 Feb) kerana harga yang saya perolehi jauh lebih murah daripada harga penukaran tiket, iaitu RM135.00.
Maka saya telah menaiki outboud dari Alor Setar ke KLIA pada 5 Feb dan tidak menaiki penerbangan pada 6 Feb.
Pada hari ini (8 Feb 2014), saya telah cuba untuk mendaftarkan diri bagi menaiki penerbangan inbound menggunakan tiket yang telah saya beli pada 1 Februari 2014. Setelah gagal, saya telah dibantu oleh salah seorang pegawai MAS dan barulah saya tahu yang tiket yang telah saya beli pada 1 Feb 2014, telah dibatalkan oleh pihak MAS tanpa memberitahu kepada saya. Sebab yang diberikan kepada saya ialah;
"Encik beli tiket inbound sekali ngan outbound sector (return ticket). so, kalau inbound sector encik tak check in, MAS akan batalkan outbound encik. Tu memang polisi MAS."
Yang menjadi persoalan saya ialah,
Polisi yang pihak MAS buat bagi saya telah MENGANIAYA pelanggan dan hanya MENYUSAHKAN pelanggan yang akhirnya, MAS juga akan kerugian disebabkan oleh pelanggan lari ke syarikat lain. kenapa mesti dibatalkan tiket tersebut tanpa memberitahu dengan pelanggan? Adalah SANGAT TIDAK ADIL bagi pelanggan tiket yang TELAH DIBELI DAN DIBAYAR HABIS TANPA SEBARANG HUTANG, tiba-tiba sahaja dibatalkan macam tu sahaja, tanpa merujuk kepada pihak pelanggan. Saya faham sekiranya tiket tersebut saya masih tidak bayar (booking sahaja, macam booking hotel), takpelah. Tapi ini SUDAH DIBAYAR. Kenapa mesti memandai2 membatalkan tiket tersebut. Kalau batalkan tiket, dibayar balik kepada pelanggan, takpelah jugak. Atau pelanggan sendiri yang membatalkan tiket tersebut, takpelah jugak.
Saya amat berharap agar polisi ini dikaji semula agar tidak menganiaya pelanggan. Saya akui, yang saya tidak mengambil tahu tentang polisi yang dibuat oleh pihak MAS, ya, itu memang salah saya. Tapi bagi saya, polisi ini berat sebelah. Saya faham logik yang diikut oleh pihak MAS ialah, kalau penumpang tidak naik pada outbound, macam mana nak naik ke inbound...
tapi, ikut logik saya, kemungkinan pelanggan menaiki jenis transport lain ke, tumpang kawan ke, atau apa sahaja lah... sepatutnya pihak MAS TAK BOLEH MEMBATALKAN TIKET YANG TELAH DIBELI DAN DIBAYAR OLEH PELANGGAN SESUKA SESUKI HATI SAHAJA. SANGAT TIDAK ADIL OK??????
Kalau chef wan boleh komen pasal nasi lemak yang tak cukup perisa (which is bagi saya, tidaklah memberi kesan sangat), maka, saya juga berhak kerana saya juga merupakan pelanggan tetap MAS yang hampir setiap bulan akan menaiki MAS (bukan sebab kaya, tapi sebab nak elak kebarangkalian saman kalau naik kereta alor setar ke KL), harus saya menegur polisi yang bagi saya sangat sangat sangat tidak adil kepada pelanggan...
Walau bagaimanapun, ingin saya lahirkan ucapan terima kasih kepada kakitangan MAS yang membantu saya menaiki kapal dengan memasukkan saya ke senarai menunggu disebabkan tempahan penuh dan terima kasih juga kepada pelanggan yang tidak jadi menaiki flight tersebut (kalau tak, saya tak boleh naik). By right, saya diberitahu saya perlu membayar tiket tersebut, tapi, sehingga saya turun kapal terbang, tiada siapa yang menahan saya untuk meminta saya membayar tambang tiket yang telah dibatalkan oleh sistem MAS. untuk itu, saya ucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga.
sekian, terima kasih kerana sudi membaca surat terbuka saya. akhir kata,
MALAYSIA AIRLINES, SYSTEMS, PLEASE REVISE YOUR POLICY (NO MAN SHOW). IT'S REALLY UNFAIR TO YOUR CUSTOMER.
----------------------------
tuanpunyablog: teringat kisah masa p Paris dengan geng. selamba rock jek hotel yang dah kami tempah dan bayar, bagi kat orang lain. mana tak angin!!!!!
1 comment:
Post a Comment