Tuesday 17 May 2011

aku seorang ce'egu...

assalamualaikum warahmatullah....





pa habaq? lama tak berceloteh... balik jek dari jaga exam, kisahlah satu slot ke, dua slot ke, terus flat M (mengantok) major... padahal, tdo semuanya cukup. walaupun aku tdo pas subuh (tak larat nak tunggu subuh, tdo pas isyak kol 11, pastu bangun kol 4 subuh, pastu tdo balik). maybe aku pun jadi tensen bila tengok student jwab ekjem. teringat dulu masa undergrad, kepala tu rasa berasap jek masa nak jwab ekjem. tapi alhamdulillah, setakat yang aku ingat, aku takdelah tensen sangat bila habis satu2 paper (bukan nak habaq aku terer)... sebab bila dah abis, aku terus malas nak pikio. sebab, kalau pkio, macamlah leh amik balik kertas tu jwab balik kan... so, tunggu jelah result...





16 may semalam, sambutan hari guru. mak ayah aku cekgu memandu, zah cekgu sekolah rendah tuk murud2 yang ada masalah 3M, ita adik aku, cekgu sekolah menengah. genetik cekghu kot naaa... nway, tetiba macam nak cerita sikit pengalaman menjadi cekgu sementara cuti matrik, cuti undergrad ngan cuti master. aku mmg minat jadi cekgu ni. rasanya, aku jadi cekgu secara tak rasmi masa aku kat samttaj dulu. ajo maths budak dorm mate aku. maths merupakan subjek kegemaran aku sejak aku form three, sebelum2 tu, maths mrupakan subjek phobia aku... lagi2lah masa form 2. taktaulah, rasanya, masa form 2 tu, subjeknya lagi susah (ker aku yang tak reti???)... dahlah cekgunya garang...





nway, long story cut short (biasa org sebut yang ni, kira betullah ek), budak yang aku ajo maths tu, dapat A. masa dia cakap dia dapat A dalam pmr, rasanya, macam melayang2 jek diri aku ni..,. org kata, melebihi bulan.... btullah orang kata, hadiah paling bermakna untuk guru, ialah kejayaan.





tu secara tak rasmi. yang rasmi, masa memula aku habis cuti matrik. taktau nk buat apa. so, member aku offer aku tuk ngajo kat sekolah rendah. cekgu dia amik cuti tanpa gaji, jaga suami sakit. masa masuk tu, ingatkan dapat pagi, tapi dapat petanglah pulak. jenuh jugak nak menjaga bebudak darjah tiga yang berada di kelas hujung... aku cakap kat depan, depa boleh main kejar2 kat belakang. mujurlah suara aku kuat, menjerit tu jangan kiralah... hehari aku menjerit.


stail aku ngjar, aku student based, bukan class based. maksud aku, kalau student tu tak paham, aku akan panggil sorg2 kat meja guru, ajo n tunjuk satu persatu. sebab aku rasa (walaupun takde kajian yg valid), cara tulah yang paling berkesan tuk sesetengah student. benda yang sama jugak aku praktikkan masa aku start ngajar student uni, terutamanya subjek maths ngan stat. senang sikit nak tengok muka paham ke dak, n senang depa nak tanya soklan lain. sebab dalam kelas kn depa segan... nak dijadikan cerita, masa aku sebuk dok ngajar, adalah sorg budak ni, dok main pisau kat belkang.. tah camana, terpotong tangan sendiri... masa tu, aku dok tunjukkan camana nak buat maths kat meja guru tu. satu kelas menjerit. aku pun terpinga2... taktau nak buat apa. so, aku bawak p pejabat, masa tu dah pukul 4. kerani tu kata, dia suh amik sendiri. sebab dia nak balik dah, takut tertinggal bas. aku pun taktau kat mana (baru sebulan ngajo).


mujur ada sorg ustaz, tolong aku n balutkan jari budak tu. petang tu, aku teruskan keje aku. dalam pada tu, sebenarnya tak sedap hati... rasa bersalah pulak. esoknya, aku dipanggil PK HEM. dia tanya ngan aku, camana leh jadi camtu... aku pun terangkan aku tak nampak apa depa buat, sebab aku dok ngajar kat meja guru... dia pun kata, u tak boleh buat camtu. u kene jaga anak2 murid u, kalau mak bapak datang, dia akan saman bla... bla... bla... aku malas nak bela diri. telan jelah... esoknya, cekgu yang cuti tanpa gaji tu dah mula masuk keje (husband dia dah meninggal). terus PK HEM panggil aku... katanya...



'en jafri, esok tak perlu datang kerja ya. cekgu yang u ganti tu, dah masuk balik..'



erm... sedih jugak. takde rejeki kan... takpelah, aku pun bukan nak keje lama pun... nak kene sedia jugak nak masuk UUM nanti... bila aku masuk dalam bilik guru, ada cekgu tu tanya... kenapa kemas semua barang... aku cakaplah, cekgu yang aku ganti tu da balik. pastu dia cakap, kita ni jenuhlah dok relief kelas jek manjang... dah ada cekgu ganti, p buang... mmg tak cukup cekgu ni... aku senyum jelah... aku tau sebab apa pun dia buang aku... sebab kes budak terpotong jari tu lah... kes 1...



cuti tahun 1, aku try mintak ngajar sekolah rendah agama pulak. dapat kelas hujung jugak. ngajar darjah tiga. tapi alhamdulillah, seronok mengajar dorg ni walaupun semuanya nakal2... ada sekali tu, aku suh semua berdiri atas kerusi. sapa dapat jawab soklan, baru leh duduk. buat macam aku sekolah agama dulu... kebetulan lah pulak GB lalu... dia pun panggil aku, tanya kenapa. so, aku bagilah reason, sebab depa bising, pastu nak suh jawab soklan. pastu dia kata, kalau boleh, jangan buat camtu... kita ni.... bla... bla... bla... (tak ingat exactly apa dia cakap, tapi yang pasti, dia tak suka)...






bila dah terbiasa dengan kelas hujung ni, karekter aku pun terbawak2 ke kelas lain. kelas yang terer lah... tak dapat jawab satu soklan, cubit... sampaikan, ada kakak kerani tu cakap kat aku... mak bapak komplein, katanya, anak dia taknak p sekolah sebab ustaz garang sangat... lupa pulak aku, yang aku ngajar tu sekolah swasta, agaknya, sebab tu, nak kene jaga jugak depa2 ni... dapat gaji, terus terkejut... banyak btol bagi (takyah taulah ek berapa)... sebab katanya, dia kira aku ni lepasan degree... tahan jugaklah sampai sebulan. sebabnya, aku kene balik UUM tuk kursus jawatankuasa suaikenal.... rasanya, kalau aku tak kene balik UUM, mau aku terus keje kat sini... kes 2.




last sekali, aku bosan takde buat apa2 masa cuti pertengahan semester masa aku buat master dulu. so, saja2 apply tuk jadi cekgu. cari tepon2 sekolah, terus telepon. punyalah semangat nak mengajar kan... saja je pun nak cari pengalaman. kali ni, dapat pulak sekolah menengah. masuk je sekolah tu, aku terus di bagi kelas... agaknya, aku ni mmg muka kelas hujung kot... dapatlah kelas tingkatan satu, bekas budak2 peralihan... jenuh jugak aku nak ngajo... ada yang tak boleh nak baca... jenuh pikio camana nak buat latihan tuk depa... buatlah macam kelas darjah empat... isi tempat kosong. pun takleh jugak.




cabaran jugaklah ngajar depa ni. aku ajo kat depan, depa leh lari2 depan aku... pastu bising pulak. adalah dua tiga orang nak blajar. so, aku macam malas dah nak amik port nak suh depa duduk. penat cakap jek. sampai satu tahap tu... aku mmg tak tahan dah... aku nak bagi balik buku latihan depa... ada dua orang dok main kejar2... last, aku amik satu buku latihan tu, dia tengah lari depan aku, aku lipat, aku 'pukul (taktau nak guna istilah apa yang sesuai)' dia ngan buku latihan tu... berani tu jeling kat aku sambil marah2 kat aku...

'apa jeling2?' sambil aku jegilkan mata kat dia. takleh kalah lawan mata, sat g depa ingat kita takut...



'apa pasal cikgu hantam saya?'



'apasal awak lari2 saya tengah cakap? duduk tempat awak.' aku jerit balik.




mujurlah dia nak dengar cakap. tapi jeling tu jangan cakaplah. sampai dia penatlah kot. tak lama lepas tu, dia sambung main kejar2 ngan kwan dia masa aku dok ngajar dua tiga org kat meja guru...




malam tu aku dok pk... aku takleh lama2 kat sekolah ni. lagipun, aku cuma nak cari pengalaman. so, aku amik keputusan, esok bagitau ngan PK HEM, cakap aku nak berenti. dapat offer ngajar kolej swasta. terpaksa, sebab aku taktau nak bagi reason apa. dulu beriya2 nak mintak... dah dapat, cabut pulak. aku benti pun sebab dok pk... aku bawak kete mak aku, kang tak pasal2 tayar pancit ke, kene garit ke... risau jugak... last2 benti.




cikgu tu tanya, abis gaji u camana? aku cakap... takpelah cikgu... takyah bagi takpe... tau sebab apa aku kata takyah bagi gaji tu???




sebabnya, aku cuma tahan kat sekolah tu TIGA hari jek... worst experience ever!!!!! bila adik aku start mengajar sekolah menengah (lepasan UPSI), aku risau sangat... yelah, takut dia kene camtu... alhamdulillah... dia kata, student2 dia semuanya kata dia garang... tgk perwatakan dia, cam tak caya jek student kata dia garang...




teringat dulu, masa darjah dua, cekgu tanya, cita2 nak jadi apa? aku pun cakap, nak jadi cekgu. pastu dia tanya, kenapa taknak jadi pensyarah? aku pun tanya balik... pensyarah tu apa???? terus cikgu terdiam... kampung sungguh aku ni!!!!!




nway, aku salute mereka2 yang menjadi cekgu... aku takleh nak kata mana yang senang tuk ngajar. sebab aku ada pengalaman mengajar dua2 jenis sekolah. rendah ngan menengah. sekolah rendah ada cabarannya, sekolah menengah ada cabarannya... bagi aku, mengajar 'budak2' yang besar takdelah susah sangat compare mengajar sekolah (by budak2 besar, i mean, student uni)... sebabnya, depa semua dah paham kenapa kene hormat ngan guru... compare ngan sekolah... semuanya masih berada di 'umur tahap bahaya'... sebab zaman sekolahlah peribadi manusia itu terbentuk...




biarpun tak kaya harta dengan menjadi guru, sekurang2nya, dapat dua2 sekali... harta dunia dan harta akhirat. jangan salah faham pulak ye, aku tak kata org yang keje selain guru tu tak dapat saham akhirat... jangan kita lupa, ibu bapa juga merupakan guru pertama kita... so, walaupun kita bukan guru, tapi sebagai ibu bapa, kita tetap menjadi guru kepada anak2 kita... hebat kan kita?????


selamat hari guru buat semua yang membaca nukilan saya (tetiba leh jadi skimarimarasyidi) ini...




tuanpunyablog: sila abaikan perbezaan kembang dan kuncup antara dua gambar tersebut ye. maklumlah, terlebih makan nasi ayam nasi lebih masa kat JB dulu...

Friday 13 May 2011

alahai anak bujangku....

assalamualaikum wbt;

petang tadi (waktu malaysia) parcel yang aku antar, mostly banyak baju kembo ngan seluar track aku, dah sampai. alhamdulillah... takde benda yang hilang. antara barang yang aku antar, termasuklah winter jacket si ilham ni...

sms daripada zah menceritakan perihal gambar di atas...

"Ilham masa bukak2 sebuk nak cari thomas. tengok takde, terjumpa jaket dia ni. terus dia pakai sekali ngan glove masa nak p kedai kopi sebelah umah. katanya,

'e'am nak pakai, kejap lagi snow nak turun.'

kebetulan pulak langit tengah gelap masa tu..."

terus tergelak besar aku, mujurlah dalam opis takde orang (kalau ada orang pun, maybe aku tak pasan)....

ilham... ilham... banyak sungguh akalmu....


tuanpunyablog: kita makan ikan bilis ngan timun jelah ye ptg ni.... sapa suh malas masak???

Thursday 12 May 2011

about the twins...

assalamualaikum,

lama tak cerita pasal kembo... dulu, sebelum lahir, tak abis2 cerita pasal depa bedua ni... pastu dah lahir, taknak story mori the morning glory plak kan... apa punya walid daaa... untung hidup dijaman teknologi ni... walaupun dok jauh dimata, tapi tetap dapat melihat wajah2 yang kurindu... walaupun tak dapat pegang, tapi, bak kata pepatah melayu lama, tak dapat gading, tanduk pun berguna juga (ke aku silap??? alah, takpelah, janji maksudnya sama)...

owh, ni gambar depa sedang tdoq berselimutkan kain pelikat aku. sebelum balik hari tu, rasanya abis 2 3 kain pelekat aku pakai. takmo jadi macam ilham dulu, masa tahun 2008, elok jek aku balik cni, terus dia demam... seminggu jugaklah... masa tu risau jangan cakaplah...

ni gambar aku amik sebelum aku balik cni.... dua tiga hari jugaklah... beru lepas mandi... dimandikan oleh bapak nya... sejak beranak tiga ni (betullah kan? sebab orang akan cakap laki org beranak tiga kan???), rutin tugas aku, mandikan depa ni... macam seronok plak, lepas sorg, sorg plak.... erm... ni kira ganti baliklah untuk ilham dulu... sebab, masa ilham dulu, tak pernah aku mandikan dia... semuanya umminya yang mandikan... aku tak berani... teruk sungguh aku ni... lepas ni, kalau depa berdua dapat adik lagi, insyaAllah, bolehlah jadi tugas harian aku (berangan sekejap!!!)...

mengikut laporan yang sentiasa dihapdet oleh zah, depa dorg ni la ni suka sangat dok macam borak2... cuma zah kata, depa ni takleh dekat2... karang ada yang dok pegang2 n ramas2 pipi masing2... macam gaduh plak... kengadang, tertanya2 jugak, apalah depa borakkan... agaknya, borak pasal nak merancang masa depan.... tak pun, nak jadi apa bila besar? takpun, tanya, kenapa walid tak mandikan depa lagi??? takpun, bila depa boleh jalan? ataupun dok planning nak ngacau abg ilham dia yang 'pemurah' tu???? macam gambar kat bwah ni...





gambar ni zah amik sambil gelak tgk gelagat tiga beradik ni... kembo buat komplot ngacau abg ilhamnya, sampailah si ilham menangis geram... erm... tulah, sapa suh 'pemurah' sangat... kan dah kene kacau ngan izzah iffah...






ni si iffah... zah kata, iffah ni suka mengacau abg ilham dia... abg ilham nya pun satu.... 'pemurah' ya amat... adik2 nak main pun tak dikasinya... siap marah2 lagi, sampailah iffah menangis... laptop pun macam tu jugak, iffah nak pegang sikit jek, pastu abis dimarah2nya.... erm... yang peliknya, bila zah marahkan kembo ni, elok pulak si ilham 'nasihat'kan umminya... "jangan marah adik... nanti adik nangis..."

ni depa buat komplot lagi sebenarnya... mengacau abg ilhamnya...





ni gambar terbaru depa... masa sabtu lepas, baru jek buat cukur jambul... alang2 dah buat kenduri arwah ayah zah, sekalilah buat cukur jambul... udah jadi macam upin ipin lak... ramai kata yang kembo ni banyak ikut aku.... erm.... tahlah, taktau ikut tang mana... mata kot naaa... sepet macam jipun... can you spot the difference?




tuanpunyablog: susah btol nak hilangkan marah aku kat minah saleh tadi... geram btol rasanya... eiiiii....

Wednesday 11 May 2011

eksyen punya budak

assalamualaikum...

rasa berkobar2 nak menulis... maklum sajalah, bila ada cerita terbaru... tengah panas, so better menulis mengikut rasa hati... tapi kene kontrol jugak kengkadang kan...

nway, kalau dulu aku cerita pasal jaga exam dapat admin skul yang kerek dan juga lead invigilator yang rasa kosa dia besar sangat... tapi, macam aku cakap... aku ni kan suka menambah perisa, maklumlah, sensitip... so, mulalah terasa bila kene tegur... padahal, dia takdelah marah pun (aku rasalah, sebab bila jumpa, dia leh senyum kat aku)... kali ni aku nak cerita pasal student yang kerek... biar aku buat kronologi ceriat yek... baru macam CSI (cerita sensasi ini)...

malam tadi: aku bukak email, tengok2 aku disuruh untuk jaga exam kat lab. seronok jugak, tapi dalam masa yang sama, aku risau, sebabnya, invigilator, 3 orang jek. so, aku kene jaga sorg dalam satu bilik. wat hapen if the computer isnt working? kan???? dahlah aku jenis payah nak bercakap... tapi kene kuatkan semangat jugak kan... cuba jugaklah buat mana yang terbaik...

pagi tadi sampai awal... ingatkan nak menulis sikit2, tapi macam takde idea lak. so, aku p lecture center tuk lapor diri, pastu terus ke bangunan john crank. ingatkan invigilator 3 orang jek, rupanya, ada 13 orang dalam tu... alhamdulillah... sib baik... bila bahagi2 bilik, aku dikira reserve... ala2 macam runner lah... kalau ikutkan, aku kene tunggu kat luar tuk bawak student nak p toilet, tapi disebabkan examnya sejam, maka, depa taklehlah kuar mana2... ada dua cohort yang akan exam tempat yang sama... so, kira dua jam lebih jugaklah kene jaga...

since aku ditugaskan jadi runner, like i said before (tetiba omputeh!!!), aku kan tak suka dok tercangok jek. so, aku pun tolong2lah mana yang patut. kebetulan bila p bilik kedua, aku tengok student depa ramai, hampir lebih kurang 48 orang. so, aku pun stay terus kat situ. sebab bilik lain ada dua invigilator dengan student yang kurang daripada 30 org, should be ok lah kan??? mujurlah dapat invigilator yang ok2... leh senyum n leh borak sekali... jaga student yang first cohort ni, alhamdulillah... takde banyak songeh... maklumlah, budak2 sehat2 belaka... exam pulak kene pakai SPSS (senang tak payah susah susah) software. sebab apa aku cakap budak2nya sehat2 belaka? sebabnya, semuanya budak sport science. which is aku bajet mesti depa atlit2 yang berkaliber dan banyak mencipta rekod2 dalam sukan... tapi tulah, bila aku tengok soklan, sian, ada yang nak key in data pun tak reti. belum lagi nak run kan software tu... tulah hampa ni, banyak sangat p luar, bersokan, sampai SPSS pun tak reti nak buat. kesian jugak bila ada yang terkebil2... hati meronta2 nak tolong... tapi, fizikal menghalang... jangan sebuk2 boleh tak jep??????

setel grup yang pertama... masuk pulak grup yang kedua. macam masa cohort pertama tadi, aku amik sudut paling hujung. invigilator lain, row sebelah aku, n sorg lagi kat depan. belum pun suh mula, depa dah baca. aku malas nak tegur.

pastu depa tanya, 'we can start, arent we?'

aku cakap, no, wait for the announcement. mula tarik muka. owh, depa tu sapa? depa tu adalah 2 org students wanita bermain dalam football (lengan depa lagi besar dari tangan aku(tersurat), nak bagitau, aku ni makin mengurus (tersirat)).

bila dah start, aku stay tempat yang sama. n then, dalam 5 minit lepas dah mula, sorg daripada depa ni mintak tukar kertas soalan (jawapan kene tulis dalam kertas soalan). katanya tersilap tulis jawapan (sikit je pun, bleh padam/cross jek). so, aku pun tukarkan lah soklan tu. aku terpaksa jalan slow2 sebab taknak terlanggar kerusi student lain. paham2 lah lab camana... depan belakang, kiri kanan ada org... sat g, kalau langgar, mulalah nak komplein lah, itulah, inilah....

dah aku sampai kat depan, bawak kertsa soklan lain, aku nampak kwn sebelah dia ngan dia sekali (yang nak mintak tukar soklan) angkat tangan sambil buat macam miming. aku tak paham dia nak apa. so aku terus lah berjalan sampai ke tempat student yang nak mintak tukar tu. sampai jek kat kat budak tu, kwn dia kat sebelah yang angkat tangan tadi, terus cakap kat aku (dalam nada marah n geleng2 kepala)...

'where's mine? I ask you to take two, now you have to take another, and YOU WASTING MY TIME'.

masa tu jangan cakaplah, muka aku, hati aku, tangan aku, semuanya menahan marah. ikutkan, mana leh tukar kertas soklan/jawapan. salah pun sikit jek, boleh jek potong. tapi, sebab aku taknak panjang kes, so, aku pun amik lagi sekali. pastu bila aku dah bagi kertas soklan/jwapan lain, terus geleng2 kepala. wah!!!! besar sangat salah aku ek, sampai ko leh kata aku buang masa ko. aku nak tengok ko bleh jawab ke dak...

aku teruskan dok kat situ. sebab nampak depa dua org ni mengendap antara satu sama lain... lepas 15 minit depa start, minah omputeh yang kata aku buang masa dia sebab TOLONG dia amik soklan lain, terus takleh jwab. maka, main2lah dia depan komputer tu. tekan sana, tekan sini, tapi tak nulis pun jawapan. aku pandang jek. dalam hati aku, terus menyumpah balik. aku buang masa ko? ni, ada 45 minit lagi, apsal tak jawab soklan tu???? banyak masa lagi ni... ha, jwab!!! jawab!!!! tadi aku buang masa ko seminit jek, sebab nak TOLONG ko tukar kertas soklan lain, ni ada 45 minit lagi... jawab!!! jawab!!! kata aku dalam hati sambil senyum.

n then, bila dah abis, semua invigilator (3 org) kumpul kat depan meja tu. kira dekat ngan pintu keluar. pastu, ada sorg invigilator dengar, depa dua orang ni kata kat kami, 'asshole'. tak pasal2 kene sumpah... aku memula tak paham apa yang invigilator tu sampaikan, pastu bila dia ulang balik cakap 'they swear in at us' baru aku paham... huh!!!! tak leh jwb exam, nak salahkan orang lain. ingat ko bagus sangat ke nak menyumpah2, menyalah2 kan orang. BUDUS!!!!!!!

nway, nak cerita best sikit. bagi sejuk hati yang tengah marah ni... ada sorg student ni, tanya ngan aku, bila dia enter huruf (sebab ada female and male) dalam SPSS tu, takleh... katanya something wrong. kesian aku tengok, aku pun cakap...

'you have to change this into numerical, 1 for male, 2 for female.'

baru dia paham. tak lama lepas tu, dia tanya sekali lagi, aku malas dah nak p sebab aku tau dia akan tanya soklan exam punya. manalah reti aku nak jwb. tapi since takde sesapa nak p, aku pulak jaga row tu, so, aku p jugaklah... agak dah, dia tanya pasal soklan exam tu.

tak paham apa soklan nak. soklan satu besar, dia bagi jenis2 data. kemudian soklan keciknya, isi tempat2 kosong berdasarkan kepada jenis2 data yang diberi. dia tak paham, tanya ngan aku soklan satu besar, dia apa soklannya? mana nak letak jawapannya?

maka, aku terpaksalah bagitau camana nak jwab soklan tu... kesian, maybe sebab tensen sangat, sampaikan soklan yang mudah camtu takleh jwb. bila abis jek exam tu, terus dia cakap kat aku, thank you so much on your help. memula aku pelik jugak, apsal dia cakap terima kasih plak kat aku, bila pk2 balik... owh... baru paham...

kebanyakkan soklan aku leh jwb (berlagak kejap). sebab SPSS kan... bagusnya depa, pakai jek software, takyah sesusah pk camana depa kira mean, median, mod, correlation, etc... semua software buat. agaknya, kalau fakulti aku yang dok ajar pengantar stat ngan stat gunaan tu, ubah cara pengajaran, tak yah ajar kira, pakai jek software, ok tak? maklumlah, semua dah senang kan sekarang ni...

macam aku, guna jek software tuk bangunkan model simulation... tapi, masa simposium phd ritu, depa tanya aku. guna study case yang lepas, guna software tuk kira semua tu, so apa contribution phd u? huh!!!! masa ni terus aku terdiam. terkedu... lepas tu, dalam seminit, depa jwab sendiri... i think your contribution is the theoritical framework. aiyaaaa..... korang telah membuatkan napas aku berenti sekejap... aku dah masuk tahun empat ni wei... janganlah menakutkan aku... huhuhuhu

tuanpunyablog: rasa terharu bila org ucap terima kasih, bukan mengharap, tapi tetap terasa terharu. marahnya, bila dah tolong, pastu marah2... erm... telan je lah kan...

Monday 9 May 2011

surat untuk penyeliaku

assalamualaikum,

kehadapan tuan penyelia saya yang sangat baik hati,

terlebih dahulu saya memohon jutaan ampun dah maaf seandainya tuan tidak memahami apa yang saya ingin sampaikan. saya ingin menulis surat ini dalam bahasa interaksi seharian kita, tapi disebabkan tatabahasa Inggeris saya masih berada ditahap tadika, ditakuti saya akan menambah kekeliruan tuan, maka saya memutuskan untuk menulis dalam bahasa ibunda saya sendiri... ada baiknya tuan tidak memahami apa yang ingin saya katakan disini, walaupun saya tiada niat untuk mengata apatah lagi untuk mengutuk tuan...

empat hari yang lepas, saya telah datang ke bilik tuan untuk berbincang sesuatu tentang penyelidikan phd saya. alhamdulillah, perbincangan dengan tuan, berjalan dengan lancar dengan saya berjaya menjawab segala kemusykilan tuan. dan buat pertama kalinya, sepanjang kita mengadakan perbincangan setiap minggu selama 3 tahun lebih yang lepas, itulah pertama sekali perbincangan kita melebihi sejam. sebelum ni, semuanya tidak sampai 10 minit. paling lama, 20 minit, itupun disebabkan saya secara tiba2 menjadi seorang yang gagap. kira yang ini tidak termasuk dalam kiraanlah kan, tuan?

saya amat gembira selepas berjumpa dengan tuan, biar pun model system dynamic saya tidak menjadi. kerana apa? kerana, tuan menyatakan kepada saya, sekiranya saya berjaya menyelesaikan masalah model system dynamic tersebut dengan mendapat output yang reasonable (maaf tuan, lupa pulak dalam bahasa ibunda saya apa sebutan nya, tetiba sahaja saya boleh menjadi cekap berbahasa), maka saya diangkat daripada gantungan (terjemahan terus daripada perkataan 'off the hook', berdasarkan sumber rujukan daripada google translate). apabila mendengar perkataan itu, untuk pengetahuan tuan, gembiranya hati saya tidak terkira, kerana saya telah hampir untuk menghabiskan pengajian saya. keluar daripada pejabat tuan juga, saya senyum seperti baru mendapat hadiah (nak kata loteri tak leh pulak, sebab haram) jutaan ringgit. bak kata orang2 inggeris yang telah saya terjemahkan, 'melebih bulan' (over the moon). seronoknya ketika itu.

malamnya, saya berterusan cuba untuk membetulkan model system dynamic tersebut. syukur alhamdulillah, saya berjaya mendapat output yang sepatutnya. sekali lagi saya berada 'melebihi bulan'. esoknya, saya terus menghantar email kepada tuan untuk berjumpa dan menunjukkan output yang telah saya perolehi. apabila saya menunjukkan output tersebut, tuan terus menanyakan beberapa soalan lain sehingga saya tidak mampu untuk menjawabnya. tuan telah membuat saya semakin kompius. lalu tuan meminta saya untuk mencari jawapan sehinggalah saya memperolehinya.

oh tuan, ketika itu, saya seperti jatuh menjunam ke bumi daripada bulan bila tuan seperti menggantung kembali saya (stay on the hook)... baru sahaja saya hendak bergumbira kerana telah diangkat daripada gantungan, sudah membawa duka. benarlah pesan seorang sahabat saya, katanya, jangan terlalu suka, kelak membawa duka...

saya masih mencari jawapan atas soalan tuan itu. nampaknya, saya masih belum ketemu jawapannya. bolehkah tuan membenarkan saya menghabiskan pengajian saya dahulu (setakat penyelesaian yang telah saya kemukakan), kemudian baru saya mencari jawapannya (boleh buat untuk 2nd phd ni) selepas habis pengajian ini (walaupun tuan tahu saya takkan mungkin mencari jwapannya sebab tujuan saya hanya nak dapatkan sjil sekeping itu sahaja)? atau mungkin saya akan memasukkan ke bahagian limitasi pengajian saya dan orang lain pula yang akan mencari jawapannya kerena kalau saya buat semua, nanti orang lain tiada pulak topik hendak mereka cadangkan untuk pengajian mereka, tidak begitu tuan (alasan paling konkrit ni)?

harap dapat pertimbangan yang sewajarnya dari tuan.

sekian, terima kasih.

daripada studentmu yang sudah telah tepu, buntu, tersekat serta terlekat pikirannya;
Jafri Zulkepli

jaga exam

assalamualaikum

sori, lama tak hapdet blog... bz sikit la ni. mencari sesuap nasik dengan menjaga exam tuk bebudak (n bapak bebudak) undergrad ngan master. lain sikit ngan malaysia, sebabnya, kat brunel ni dalam setahun, sekali ni jek exam. kesian bila tengok muka sorg2, ada yang tensen, ada yang termenung, dan ada juga yang matanya melilau kiri kanan. sebelum ni laju jek menulis, tapi bila aku sampai, terus takleh buat apa2 (nampak jek student camni, terus aku tertenggek dekat dia... jahat sungguh aku ni)...

biarpun aku tau keje ni membosankan, tapi aku tetap amik jugak. at least leh jugak aku bayar tuk proof reader thesis aku nanti... takpun, borong baju kemeja ngan baju bebudak kat primark... tahan jugak tuk 3 tahun takyah beli baju kemeja... kedekut punya pasal... cumanya, dulu masa memula jaga exam tuk skul, mahal btol depa bayar, 11 pounds tuk sejam. kira jawatan akademik, sama ngan research assistant. tapi, la ni, since depa dah combine semua bawah pendaftar, n jobshop yang bayar, maka, separuh jek dapat daripada yang dulu. takpelah kan, bak kata member aku, jadilah... janji masyuk...

dah seminggu jugaklah aku jaga, tapi aku masih musykil banyak perkara. antara.... setiap student diberi satu attendance slip. sama macam UUM jugaklah. cumanya, yang aku musykil, kenapa dorg (especially lead invigilator) suka buat keje dua kali. mula2 kutip attendance slip dari satu meja ke meja. pastu, dah kutip, p sekali lagi, cek student dari meja ke meja. kompius aku, kenapa buat keje 2x? guna jelah attendance slip tu, tuk tick student hadir ke tak kan? bukan apa, ada sehari tu, aku tolonglah sorg lead ni kutip attendance slip, since aku pun takde keje. boring lak dok dediam. pastu, bila dia nampak aku, terus dia panggil aku ke belakang. dia tanya, kenapa kutip attendace slip tu, sebab dia nak tgk student sapa yang datang sapa yang tak. nak tanda kat senarai student yang dia ada... what ever you doing, just stop it... erm... dah dia kata camtu, aku mintak maaf jelah. sebelum ni, aku dengan lead lain, ok jek, aku kutip, dia tanda attendance based on attendance slip tu. agaknya, dia mmg nak buat lambat2 kot, sebab kalau cepat dia, chances dia nak kene bawak student p toilet kecik... kene kita jugaklah... aku paham yang dalam student list tu ada dua ruang tuk depa tick. satu tuk attendance slip, pastu satu lagi, attendance. kompius aku, kenapa buat keje dua kali, tick jelah sekali dua since dah ada slip attendance tu. takkanlah attendace slip ada, studentnya takde. lainlah kalau attendance slip tu kita tak kutip dari meja ke meja kan? adalah kemungkinan student isi dua attendance slip... erm... taktau nak cakap... nway, mujurlah lead tu masih senyum ngan aku, kalau tak, mau marah aku menggunung... tapi salah aku jugak. aku ni kira mengacau territory dia, sebab dia ada invigilator dia, aku dengan sorg lagi lead... erm... kunun2 nak tolong, rupanya, nampak aku ni menyusahkan org plak... sejak tu, selagi depa tak suruh aku buat apa2, aku buat melangut jelah... tapi tulah masalah aku, aku takleh... sebab aku tau apa nak kene buat sebelum semasa n selepas exam... susah btol nak kontrol diri bila dah selalu tamakkan keje... ni lah jadinya... padan ngan muka aku....

esok aku invigilate lagi... harap2 oklah kali ni... sib baik dapat lecture center, biliknya pun kecik2... kalau dapat sport center, jenuh aku nak menjaga ramai orang. nak tolong, takut salah tolong. tak tolong, kata tak reti buat keje... erm... taktau nak cakap... nak tunggu org arah, takdelah pulak yang mengarah... tgk macam kemarin, takde sorg pun suh aku letak attendance slip ka, soklan ka, kertas jawapan ka, pensil (dibekalkan tuk soklan objektif, bagus kan???) ka? takde... padahal, depa tu kelam kabut dok letak semua tu untuk 300 meja. bila aku tanya, nak aku tolong? depa kata dah setel... padahal, ada lagi yang setel...

taklehlah, aku kene buat jugak sesuatu. klau tak aku jadi blur dok nengok dorg buat keje. last2, bila tgk attendance slip takdak lagi atas meja, aku p tanya ngan lead, barulah dia mintak aku letakkan atas meja... aiyaaa.... kalau aku tak tanya, mau sampai kesudah takde attendance slip. pastu nanti buat kompelin kata invigilator upahan makan gaji buta, sebab taknak tolong (sangka buruk sekejap ngan depa)... hampa yang takmo suh kami tolong or tak kasi kami gheja, hampa nak kata kami pemalaih... chet!!!!

terasa jugak aku, bila kene tegur ngan school admin bila letak kertas soalan terbalik2 kat atas meja... kira upside down... sebab tu pun kene tegur???? erm... takpelah (pujuk hati sendiri), since kita ni student, ikut jelah apa depa suh...

4 slots aku jaga exam minggu lepas, minggu ni ngan minggu depan 5slots... harap2 kali ni lebih baiklah... dapat lead yang tolong jugak bwak student p toilet (ada jugak yang malas nak p, depa dok suh invigilator jek yang bwak, takdan nak masuk dewan exam, dah nak kene bawak lagi sorg), dapat skul admin yang tak berapa kerek.... padahal lead invigilator tu, phd student jugak, n skul admin tu, buat, macamlah jawatan tu besar sangat.... huhuhuh




'apalah ko ni jep!!!! emo btol... tu pun nak amik ati.... buang karan jek amik ati ngan org2 sebegitu... abaikan jek....'

tuanpunyablog: masih gigih menulis biarpun taktau hala tujuan dah... huhuhu