salam...
suatu ketika status facebook aku tertulis begini:
Jafri Zulkepli Hew "sedang menangis..... dalam hati..."
maka rakan2 yang sangat prihatin mulalah bertanyakan khabar kenapa status aku begitu terharu rasanya bila ramai yang bertanya... erm... biarlah aku bercerita kenapa aku berstatus sebegitu...
aku telah memulakan penghidupan baruku tanpa kehadiran komen2 daripada minah ronggeng yang berada dibawah telapak kakiku (suka btol dia bila dengar aku nak pindah) selasa lepas... masa tu, sebab keteku masih tak berpongsi lagi, maka aku terpaksa memindahkan barang2 aku menggunakan luggage ngan troli makcik yang digunakan tuk beli barang2 kat pasar... masa tu, macam yang aku pikir sebab rasa macam tertekan sangat... maklum sajalah, kete aku pulak buat masalah, takleh nak start... tersadai pulak kat umah abang ithnin... masa tu, hanya Allah yang tau kenapa aku sedih sangat... bukan sebab kete aku rosak (sebab aku dah macam takde hati dah pada kete tu)... tapi sedih sebab kete aku rosak TIME AKU NAK PINDAH...
hari isnin yang lepas, aku terus kan jugak pindah barang sikit2... mujurlah tak jauh sangat, dalam 300m sahaja... penat tu, jangan kiralah... terpaksa gak gagahkan hati ngan kaki tuk pindah sikit demi sikit... hari selasa pulak, pas bawak iman p jumpa dr, aku teruskan lagi misi aku pindahkan barang2 daripada umah lama ke rumah baru... kali ni, tekad, akan pindah terus, n memulakan tidur malam tu kat umah baru... alhamdulillah, berjaya jugak misi aku tuk tdo umah baru malam selasa tu...
apa yang menjadi kenangan aku ialah, masa last trip aku nak pindah tu, sekali ngan iman ngan zah, hujan mula turun... aku ngan 3 beg, zah 3 beg dan iman satu beg... masa keluar daripada pintu flat tu, tgk2 ujan, rasa macam nak nangis pun ada... sebabnya, sedih sangat... taktaulah kenapa aku sedih... mungkin salah satu sebab ialah, bila tengok iman terhoyang hayang bawak beg dia... sian jugak, tapi aku nak dukung dia pun, aku dah tak cukup tangan... mujurlah iman takwat hal masa tu... erm... pengalaman yang payah aku nak lupakan sepanjang hayat aku ketika berada kat negara org yang penuh pancaroba dan pancasitara...
bukannya takde orang yang nak offer aku tuk tolong angkut barang... tapi, maybe sipat dan sikap aku yang EGO ni payah benar nak mintak tolong ngan orang, unless kalau aku betol2 perlukan pertolongan tersebut... selagi aku mampu, selagi itulah aku cuba buat sendiri... rasa macam buat bersalah yang amat sangat jek bila aku mintak tolong ngan orang, rasa macam menyusahkan orang jek...
maybe sebab aku fobia, sebabnya suatu ketika dulu, bila salah sorg daripada kawan aku yang menempelak aku bila aku selalu sangat mintak tolong daripada dia dengan berkata pada aku;
"hang ni... tak abis2 nak nyusahkan hidup orang!!!!!"
sejak daripada tulah, seboleh mungkin, aku cuba untuk tidak meminta tolong selagi aku berdaya... fobia rasanya nak mintak tolong daripada orang banyak2 kali... cukuplah sekali sahaja aku ditempelak sebegitu... aku kalau boleh, suka nyusahkan diri sebab org lain, tapi bukan aku untuk susahkan org lain... harap2 aku tak jadilah macam kawan aku yang tempelak aku tu... na'uzubillah...
benar janji Allah, bahawa setiap perkara tu, ada hikmahnya...
banyak hikmahnya yang aku dapat daripada kejadian2 sedih yang menimpa aku... kete aku dah on balik radionya (masa tu takleh nak dengar radio sebab code radio tu takdek sejak kene godek ngan pomen kete), aku tau mana nak p kalau kete tu buat masalah lagi, dan yang lebih penting, aku makin tabah dengan segala ujian yang Allah beri ni...
bila sahaja kawan2 aku datang kerumah baru ni, bila saja mereka menyatakan rumah ni baguslah, berbaloilah, hanya satu jawapan aku;
"alhamdulillah, rejeki kete rosak..."
tapi bila orang tanya ngan aku rumah baru ni camana, aku cuma menjawab;
"erm... OK lah..."
typical answer kan... bukan tak bersyukur dengan apa yang dah ada, tapi aku takut untuk bermegah2 dengan rumah tu, sebab takut jadi macam kete aku tu... bermegah2, puji bangat ngan kete tu, alih2, bawak masalah...
benarlah kata mak aku;
"kalau suka satu benda tu, jangan sayang sangat... takut nanti kecewa..."
aku tambah perisa kata2 mak aku tu;
"jangan terlalu suka, kelak membawa duka..."
tuanpunyablog: monolog dalam hati....
No comments:
Post a Comment