Wednesday, 8 July 2009

Widgets

tak abis lagi tragedi aku ni rupanya...

salam...

suatu pagi di hari isnin dalam pukul 11 pagi, aku menerima sms daripada zah. ketika tu, aku berada di skul, konon2nya sedang menyiapkan keje2 terbengkalai, almaklum sahajalah, esok aku perlu mengadap bos besar aka pakwe aka supervisor aka bapak segala ilmu... zah menyuruh aku menelefon nya, katanya kdtnya wes entek (habis, ngomong jowo). zah kata, aku kene telefon national recovery manager tuk setelkan kete lama aku yang bernama megane scenic bin renault tu. zah pesan jugak suh aku tepon secepat yang mungkin, sebab takut nanti makin banyak pulak kos kene tanggung sementelah kete aku disimpan di garaj dia. sat g kene bayar kos tuk stor pulak.. aku mmg menunggu saat ni, sebab sebelum ni, katanya akan kol aku untuk setelkan kete tu, tapi seminggu aku tunggu, tak kol langsung. yang aku dapat cuma sms, suh aku kol dia. mangkuk ayun betul, camanalah aku nak kol dorg, no phone pun tak bagi langsung kat aku, pastu suh aku kol... so, aku ignore jelah... lagipun, mmg aku nak dorg lupuskan jek kete aku. harapan aku, dorg tak kol sebab dorg akan dapat cover kos tu dengan jual bahagian2 kete aku tu. rupanya, lain jadinya... so, bila dah sampai notis suh dia kol, baru aku kol dorg... sib baik, dalam notis tu bagi no phone tuk aku kol... kalau tak, mmg BOD Oh sungguhlah depa ni (geram sebenarnya ni!!!!!)...

"Hi there, my name is Jafri. On 29th July, my car was broke down. and your staff have taken my car to the save place, as he said. he said also, that somebody will call me the next day. but, no one was called me, as i waiting almost every day, to hear what happen to my car. i did ask your staff to dispose the car, so, since no one called me, i assume that there is no need for me to pay your service. and one day, if i not mistaken, on thursday, i received the text, asking me to call your company, but, they did not include the phone in that text. so, how am i going to call you????? and today, i just received your notice asked me to call you, luckily the put the phone number. so, i'm afraid that i've to pay for the storage, since that is not my fault," terang aku panjang leybo... tetiba boleh lancar pulak cakap...

orang yang jawab panggilan aku tu pun, tanyalah memacam termasuk no kete aku... tapi sebab bahasa dan bunyi yang berlainan dengan aku, maka no kete yang aku bagi dia tak dapat detect. maka, dia suh aku bagi reference number dia punya. since aku kat opis, maka aku takleh nak gtau dia. maka, terpaksalah aku balik, tgk notis tu, senang... kot2 dia nak tau apa2 lagi daripada notis tu... dia suh aku kol balik, n mintak pas kat dia, senang sikit, sebab dia dah tau kes aku... otw nak balik, baru aku dapat sms, kata suh kol dia sebab service yang bawak kete aku ke tempat yang selamat, aku kene bayar. kali ni baru dia serta kan phone number sekali. BENGONG!!!!!

sampai umah, aku kol dia balik... operator lain yang jawab, aku mintak dia pas kat orang yang entertain aku tadi, namanya bobby (taktau pulak pompuan ada nama bobby ek...)... so, bila aku tepon balik, n dia pun cek kesahihan cerita aku termasuk sms yang pernah dia hantar suh tepon tapi takde no phone, dia kata, dia akan kol aku balik... sebab nak bincang kes aku ngan team leader dia, n manager dia... samada boleh dikecualikan bayaran stor tu atau tak. dalam pada tu, since aku nak lupuskan kete tu, dia suh aku buat surat n hantar ari ni jugak. termasuklah geran kete sekali, kene hantar kat dorg. aku pun, cakap terus terang...

"you know what, actually i am not good in english, so i need to ask my friend to check my grammer. so i think it will be take some time," kata aku gagap...

"well, it's ok then. do you need a translator because i can get one. so easy for you to understand," dia reply. "Which language do you speak?"

"Oooo...ok, that will be very helpful. My home country is Malaysia. So, the language is Malay."

"Hold on a second. i search for you. Is it Thai?"

"No, not thai. its Malay." tah mana tah dia dapat malaysia cakapnya thai.

"oooo OK then. i will call you again."

tak lama lepas tu, dalam 5 menet, dia kol balik... syoknya, ada interpreter, senang sikit aku nak terangkan masalah aku.... nak cakap tak adil kalau aku dikenakan caj tuk storage sebab semuanya bukan salah aku...

"Mr Jafri, we have interpreter here," dia cakap... tetiba aku dengar sore pompuan lain jugak bersuara...

"dfgjyscbfusfkncjdsfhucsfkrfchruefheufhjafgcebyruecfw."

"erm... bobby, i think you get the wrong language. i speak malay, i from malaysia," jawab aku bila terdengar pompuan sorg tu cakap TAMIL daaaa. dia pun mintak maaf. so, dia kata akan kontek aku sekali lagi, asking for interpreter. actually, aku tak kisah sgt, boleh jek cakap ngan dia, coz dia ni, cakap sebijik2, so senang aku nak tangkap... bukan macam typical englishman.... cakap macam ketapi lajunya... sepatah haram aku tak paham... lima minit lepas tu, dia kol sekali lagi... dia kata takleh nak cari interpreter. aku pun jawab, aku sebenarnya tak kisah, aku leh paham dia cakap, cumanya, takut dia yang tak paham aku cakap... maklumlah, aku punya malaylish, dia pulak englandish... kan.... kan... kan... so, since dia kata dia paham maka aku pun teruskan 'doing business' dengan dia... aku tanya, berapa yang aku kene bayar... aku tau, tang service dia bawak kete aku ke tempat selamat tu, opkos aku kene bayar, 135.70pounds. takpe, aku paham. tapi bila dia kata, dia dah bincang ngan bos dia, so, bos dia glad to reduce hari storage, daripada 7 hari, kepada 3 hari.... dia pun kata, sib baik bos dia reduce kan... kalau tak, lagi kene bayar seminggu. so, aku reply balik ngan dia dengan budi bahasa yang sungguh tinggi (geram jugak sebab kenapa aku yang kene bayar???? salah dorg kan!!!! ke mmg nak makan duit org buta2 camtu???? PERAMPOK!!!!)

"Bobby, i just wondering. and need clarification, why i should pay for the storage cost, obviously, that was not my fault, it's yours right, since you don't give a me a call. almost every minute i am waiting for your call," kata aku kat dia, dalam nada yang sederhana.

pastu dia pun kata, bukan decision dia, ketua dia, kalau ikutkan dia, mmg dia kata takyah bayar storage tu. tapi, nak wat camana, katanya... pastu, dia kata, kalau aku nak bawak court pun, boleh, takde masalah, tapi akan jadi panjang lagilah kes ni, sebab makan masa yang lama. takut kalau kalah, aku jugak kene bayar kos storage tu lagi lama... erm... bila dengar jek dia cakap camtu, maka terpaksalah jugak aku mengalah... malas nak bercakap banyak ngan dia... agaknya, dah mmg dasar PERAMPOK, mmg makan duit org... nak taknak, terpaksalah aku bayar jugak sebanyak 214.19pounds, termasuk duit service bawak kete aku ke tempat selamat (storage depa), duit storage per day selama 3 hari, dan caj kad kedit (nak bayar pakai debit kad, balance insufficient... huhuhu). setel dah bayaran tu... tapi,hati aku tetap tak puas hati... kenapa aku kene bayar???? sedangkan aku tak salah... bayangkan, org yang noticenya kononnya telah dihantar, tapi salah address (notis orang lain suh amik kete kat storage, tapi suratnya dimasukkan sekali dalam sampul yang dihantar ke rumah aku)???? camana pulak jadinya... sahih, lagi banyak yang dia kene...

aku ingatkan hari ni aku nak antar email ngan bobby tu balik... cakap ada notis yang disalah hantar. tapi bila terpikir, kalau jenis makhluk yang mmg suka makan reta orang lain dan jenis makhluk yang mendakwa umatnya dan rakyatnyalah yang paling bertamadun tapi perampok dan penipu besar, aku pk balik. dah taip email ngan bobby, dah siap scan notis amik kete org lain punya tu, tapi... bila terpikir, sat g, nanti tak pasal2 salahkan aku pulak, sebab aku lambat bagitau ngan dorg, tak pasal2 aku kene bayar jugak, atau memacamlah dorang akan buat… semata2 nak makan duit aku yang sikit ni… kan???? Manalah tau… so, aku pk2 balik, lantaklah… takyah hantar… biarlah org tu setelkan sendiri ngan recovery manager tu… aku tak nak campur… kesian, mmg kesian, tapi, ada ke org nak kesian ngan aku… sebab tu ada setengah orang akan cakap, kengkadang, kita perlu jugak pentingkan diri sendiri…

kesimpulannya:

1. Bulan ni mmg aku pakai banyak sgt duit. Bayangkan untuk kete jek, aku dah abiskan dekat 1.7k, termasuk rugi beli kete serena tu, caj bayar kat perampok, dan caj2 yang aku tak nampak… penat lelah aku serta susah payah orang tolong aku… sudahlah bulan ni aku akan keluar daripada rumah aku ni… erm… dugaan btol… duit melayang camtu jek…
2. Lenkali, kalau kene tarik kete,amik tepon dorg cecepat. Jangan tunggu dorg kol… mmg jenis perampok betol. Geram btol aku….
3. Kengkadang nak niat nak jadi org paling jujur, akan bertukar menjadi orang yang paling tidak beruntung… niat nak tolong orang, rupanya, diri sendiri jugak yang akan merana… banyak kali dah jadi kat aku ni… erm… nashibbbb….
4. Banyak sangat kesimpulan, sampai aku sendiri tersimpul kepala otak aku ni… uhuhuhu… banyak sangat pk…

tuanpunyablog: harap2 habisah cerita tentang kereta ni... tak larat nak memikio dah.. la ni, nak pkio pasal umah pulak...

No comments: