Tuesday 26 February 2013

kerana yang kecil, yang besar akan terbatal

assalamualaikum

dua tiga hari lepas, aku menelefon ibuku yang berada nun di Kuala Lumpur... dalam perbualan tersebut, sempat ibuku bertanya pendapatku...

Wie, mami nak tanya pendapat ko ni. mami nak jual rumah ni...

la, kenapa pulak nak jual? rumah tu lama dah kita duduk. 17 tahun dah... sayang btol kalau jual...

sayang tu memang sayang. tapi sebab susah betol F***** nak turun tuk tukar nama...

kalau nak jual, mami nak jual berapa? pastu nak duduk mana?

dalam 200 ke 250 ribu, dapatlah... nanti, mami belilah rumah kat kedah ke, perak ke... murah sikit...

mami tau kan harga tanah dengan rumah tu berapa? kalau ikutkan, dekat setengah juta dah... tu pun, kawasan rumah kita jek. belom masuk tanah satu lot...

tau... tapi nak buat camana... daripada tak dapat apa... aku takut nanti kalau aku mati, F***** amik balik tanah ni, aku pulak dah takde... anak2 semuanya tak dapat apa2... putih mata... 

erm... ni pendapat abg lah ye mak... abg rasa, mami tak yahlah jual rumah tu. sayang mak. rumah lama tu. lagipun, mami dah duduk kat situ lama dah. semua orang dah kenal. kalau mami pindah kedah, takut mami takleh nak duduk kat tempat baru. terasa asing nanti. sekurang2nya, kalau duduk kat sana, semua orang dah kenal. takdelah mami terasa asing. abg rasa pun, kalau mami jual dengan hanya dapat 200 ribu, apalah yang mami dapat. duit tu, sekejap jek boleh habis. lagipun, kalau abg, ita ngan kakak balik, adalah tempat nak menyinggah... kalau mami dah jual rumah tu, takdelah tempat nak menyinggah...

itulah... aku pun sayang nak jual rumah ni... kalau tiba2 F**** menipu, dia amik balik tanah ni, ko tak rasa rugi ek?

mak, harta dunia jek tu. mami nak kisah apa pasal anak2... anak2 semuanya dah ada harta sendiri. kalau btol F**** tu jujur, dari dulu lagi dia dah tukar nama, bila semua dah habis bayar. lagipun kan mak, abg takdelah nak kisah sangat. kalau dia amik balik tanah tu pun, bukan kita sorang yang kene. ada ramai lagi yang kene. Ustaz tutttt kene, Dr tutttt kene, ramai lagilah... bagi abg, tak kemanalah dia kalau dia nak menipu. akhirnya masuk kubur jugak. sebab ramai tak redho dengan dia, abg rasa, silap2 tanah pun tak terima dia sebab menipu orang dengan tanah. mak takyah risau lah... bukannya kita tak penah buat macam2 supaya dia tukar nama geran... macam2 dah kita buat, pakat dengan orang2 yang duduk satu lot dengan dia. tapi, bila panggil jek untuk turun tuk tukar nama, ada jek masalahnya. sampaikan, peguam dia sendiri pun takmo dah uruskan penukaran nama tu... kalau btol dia jujur, macam abg cakaplah... jangan kata sekarang, 10 tahun yang lepas dah dia dah tukar nama... ni, 17 tahun... tak setel2 lagi...

ko tak stujulah mami jual rumah ni?

erm... terpulanglah... kalau mami jual, jual lah... kalau taknak, abg ikut jek. tapi tulah pendapat abg... mami takyahlah pasal anak2... anak2 semuanya dah ada kehidupan masing2... kalau mami tinggalkan harta banyak pun, takut nanti bila mami didi dah takde, benda lain yang jadi...

erm... yelah... nanti aku pikirkan balik...

-------------------------------------------------------------

sebenarnya, bukan pasal tanah yang aku nak cerita... bukan pasal jual rumah atau aku menghalang mak aku menjual tanahnya... tapi pasal seorang yang bernama F****.... aku sendiri taktau apa niatnya... segala cukai2 termasuk tanah, kami dah langsaikan setiap tahun. kami (orang2 yang duduk ditanah lot tersebut) yang membeli tanah lot F**** yang dipecahkan kepada beberapa bahagian ni, semuanya dah dilangsaikan lama dahulu. tapi, setiap kali cubaan untuk menukar nama, si F**** pasti tiada untuk di kesan. si F**** merupakan rakan lama ayah aku...

yang menjadi pelik kepada aku dan keseluruhan ahli keluargaku, F**** menyertai satu jemaah Islam yang sentiasa mengembara untuk menyebarkan Islam... maafkan aku, aku bukan mengata KESELURUHAN jemaah, TIDAK!!!! yang aku maksudkan, hanya dia sahaja... HANYA DIA SAHAJA, dan bukan keseluruhan jemaah.

adakah beliau tidak nampak bahawa kerana yang kecil itu boleh membatalkan yang besar? tidakkah beliau merasa bersalah dengan memberi ceramah bahawa kita perlu berlaku jujur tapi beliau sendiri menipu (setakat ini dengan tidak mahu turun untuk menukar nama)? kenapa beliau hanya memandang kepada jihad besar tanpa melihat sesuatu yang lebih kecil? hanya Allah yang tahu niat sebenar beliau...

Allahuakbar... maafkan aku, aku bukan orang alim ulamak mahupun yang berpendidikan agama... tapi, sekadar mengingatkan... mungkin antara kita yang sama seperti F****... ingin memperjuangkan sesuatu yang besar, tapi kita lupa kepada yang kecil2... perlu diingat, yang kecil2 itulah yang akan membentuk sesuatu yang besar... lupakah kita pada seorang ahli ibadah yang diseksa di dalam kubur hanya kerana beliau sering mengambil sedikit ranting kayu (untuk mengcungkil giginya) dari sebuah pohon didalam sebuah kebun milik seseorang???

janganlah kita jadi seperti golongan yang disebutkan oleh Allah dalam Surah As-Saf ayat 2 - 3 yang bermaksud;

"Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa Yang kamu tidak melakukannya! amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu Yang kamu tidak melakukannya."

semoga beliau diberikan hidayah dan petunjuk agar segera menyelesaikan masalah kami yang 'menumpang' di tanah beliau...

tuanpunyablog: melihat SMTTAJ di rancangan da'i minggu lepas di TV3, terimbau kenangan lalu....

Friday 1 February 2013

sembilan minggu yang menggembirakan

assalamualaikum...

baca post sebelum ni, rupa2nya, aku dan zah akan mengalami perkara yang sama kebanyakkan pasangan melaluinya. tapi, bak kata aku kat post bawah ni, kita tetap berbeza walau pengalaman kita hampir sama...


alhamdulillah, walaupun hanya sembilan minggu, tapi tetap bersyukur dengan kurniaanNya... nak cerita sedikit tentang kronologi...

pertengahan bulan 12:
balik daripada Berlin, aku terus membawa zah dan anak2 kembali ke Jitra. walaupun hanya untuk seminggu, tapi bagi aku, seminggu itulah masa2 yang amat berharga untuk aku bersama keluarga... since zah dah terlewat period lebih seminggu, maka, sehari selepas menjejak bumi jitra, aku membeli PT. alhamdulillah, positive. senyum tak hengat... esoknya, terus buat press conference dengan adik beradik...

awal bulan 1:
zah dah terkena dengan simptom2 pembawakan budak. dengan aku2 sekali. cuma kali ni, aku tak demam. kalau dulu, masa ilham dan kembo, aku mesti demam. kali ni pulak, aku cuma rasa loya memanjang. tapi tak penah muntah. isk... rasa nak jolok2 jek tekak ni... selain simptom2 pembawakan budak, zah jugak agak tidak sehat, dengan batuknya,... dengan semputnya... ada sehari tu, dek kerana tak tahan, terpaksa ke wad kecemasan akibat lelah dan badan yang terlalu lemah... aku hanya mampu berdoa dari jauh...

pertengahan bulan 1:
aku bercuti selama seminggu. sementelah hari ahad dan khamis cuti umum, maka amiklah 3 hari terus. nikmatnya bercuti selama seminggu... bersama anak2 dan isteri...

Jumaat pertama dalam tempoh bercuti:
malamnya, kami ke klinik untuk scan. kalau ikut tarikh hari pertama kali terakhir period, usia kandungan adalah 9++ minggu. bajet dalam hati, akan dapat kembar lagi, almaklumlah, kemabukan zah akibat pembawakan budak, hampir sama dengan si kembo... tapi, kalau single pun, aku masih bersyukur, sebabnya, takut jugak kembo ni,... sian dekat zah sebab penat... bila scan, doktor confirm, yang ni mmg single. cumanya, yang tak sedap hati aku, bila Dr estimate based on size masa scan tu, baru 6++ minggu. terkesima sekejap. sebabnya, terlalu jauh beza antara kiraan kami dengan size kandungan tersebut (seperti gambar di atas). kemudian, terdetik dalam hati aku, adakah baby ini tidak membesar dengan sempurna? kalau ikut pembacaan aku (bab2 ni aku mmg suka), dalam minggu ni, kaki tangan akan nampak sedikit. tapi bila dalam scan, hanya nampak seketul. teringat kisah seorang sahabat, yang kandungannya tidak membesar dan akhirnya gugur dengan sendirinya... dan itulah terdetik di fikiran aku sewaktu keluar dari klinik tersebut.

petang selasa:
usai solat asar, zah menunjukkan tompokan darah. aku terkedu... hati dah mula rasa kurang sedap. tapi aku cuba tenangkan zah... insyaAllah, takde apa2... kalau apa2pun berlaku, semuanya yang terbaik yang Allah tentukan. hatiku masih tidak sedap, lalu ku capai Al-Quran, bukak surah alwaqiah dan terus membacanya... alhamdulillah, 2 3 minit usai membacanya, hati terus menjadi tenang... zah juga aku sarankan untuk membaca surah tersebut... malamnya, kami ke klinik untuk scan sekali lagi. Dr di klinik tersebut juga tidak berani mengatakan apa2. apa yang dilihatnya, 'karung' masih kuat. 'isi' karung tersebut aku lihat kosong. erm... dah takde kot. zah siberi cuti sehari untuk berehat.

rabu:
masih lagi bleeding dan adakalanya keluar seperti ketul2 darah. malamnya, aku mengajak zah ke hospital banting. bila di cek, dalam keadaan wajah kesedihan (aku agaklah), Dr menyatakan bahawa zah telah keguguran. bila di scan sekali lagi, masih ada sedikit baki dan zah diminta untuk warded bagi melihat perkembangannya. malamnya, aku pulang ke rumah... dan aku masih tersenyum... senyum... dan tersenyum... sehinggalah sampai ke rumah... sampai ke rumah, baru tersedar... kenapa aku tersenyum jek ni?????

khamis:
zah dihantar ke HBTAR untuk dnc. masih ada sisa yang tidak keluar secara natural. di banting pula kebetulan hari cuti, dan pakar bius sedang bercuti, maka, di hantar ke hospital kelang. sekali lagi naik ambulan, dan sekali lagi aku membawa kereta dari hospital banting ke hospital kelang. mengimbau kenangan dua setahun yang lalu ketika zah dikejarkan ke hospital kelang dan dimasukkan ke ICU disebabkan tidak sedarkan diri kerana athma... dan sepanjang jalan aku masih tersenyum. mungkin sebab kali ni, tidaklah kritikal seperti yang pernah dilalui dulu... selepas dicek, zah dibenarkan keluar tanpa perlu dnc. katanya, sedikit sahaja dan membiarkan ianya keluar secara natural. alhamdulillah...

di FB, terlalu ramai yang concern dengan kami yang mendapat dugaan kecil dari Allah ini. selepas sahaja meng'update' (biasalah, orang perasan retis mmg macam ni, sikit2 update, sikit update, kalau press conference), ramai yang memberikan kata2 semangat dan nasihat agar terus bersabar. sementelah, ramai yang mempuyai pengalaman yang hampir sama. sungguh2 terharu dengan ucapan yang diberikan. sampai di pejabat pun, masih ada orang yang mengucapkan takziah secara bersemuka. aku sangat2 terharu dengan ucapan yang diberikan. sampaikan satu tahap, aku rasakan, bahawa aku tersilap menulis ke... ramai btol yang concern... lebih2 lagi bila terdengar seorang senior dikalangan staf PPSK mengatakan;

"I ingat anak you yang meninggal. rupanya keguguran. 9 BULAN kan???"

AllahuAkbar.... 9 MINGGU jek... mana plak 9 bulan. berkali2 aku cek status aku kat FB, samada aku tulis 9 BULAN atau 9 Minggu, atau 9 TAHUN... risau takut orang salah paham... apapun, aku bersyukur dikurniakan Allah akan sahabat2 yang baik dan perihatin seperti kalian... terharu sungguh...

ada juga yang bertanya,

zah masuk ICU, ko boleh senyum lagi...
zah tak dapat tukar kedah, ko boleh senyum lagi....
kene saman sampai 4kali dalam masa setahun, ko boleh senyum lagi...
zah keguguran, ko boleh senyum lagi...

Jawapan aku;

aku senyum sebab aku yakin, semuanya ada hikmah yang kadang2 Allah tunjuk terus depan aku sebaik sahaja peristiwa itu berlaku...

tuanpunyablog: sekurang2nya, aku dah ada anak 3, bukannya takde anak... bayangkan orang yang nak anak bertahun2, mengandung, tetiba gugur, kembar pulak tu, lagi besar dugaannya... apalah sangat dengan kami... jadi, atas alasan apa untuk kami bersedih... kan?????? takpe, leh cuba lagi...