Thursday, 30 October 2008

Widgets

Antara prinsip dan tekanan hidup

salam...

aku kembali lagi dengan tajuk utama blog aku... cerita tentang kehidupan manusia. kali ni, kisah seorang yang cekal, dan juga kisah tentang manusia yang ..... yang.... erm.... taktau nak describe camana.... harap2 aku bila dah jawatan nanti, tak jadilah macam org tu.... amiiinnnn....

hari sabtu yang telah berlalu lepas, maka berlakulah dialog ini antara aku dan reza, seorang pelajar PhD yang hampir menamatkan PhD nya dalam engineering (terpaksa alih suara, walaupun bahasa konversasi sebenar dalam english... dan ada juga yang terpaksa aku olah, sebab kalau nak dapatkan exact perkataan yang dituturkannya, aku payah nak paham. selalu aku amik isi penting jek apa yang diborakkan... sebab aku tak berapa paham apa yang dia cakap... sila baca seperti dalam drama Oshin, suara keluar dari dalam perut dengan suara yang besar...)

aku : tak p opis ke rini?
reza : tak... hari sabtu dan ahad adalah hari untuk berehat.
aku : ooo... samalah kita....
reza : sebenarnya, sv aku suh mai jugak hari sabtu... suh buat keje... sedangkan dia yang ada keluarga pun leh p opis 7 hari seminggu, 18 jam sehari dok wat research... so, dia suh aku wat camtu jugak. (alamak, macam lawak plak alih bahasa ni... tapi takpelah, janji aku senang nak tulis)...
aku : isk... wokeholik (ejaan betol dalam english tak reti... alah, nama pun alih bahasa kan...huhuhu) btol.
reza : yessss.... sampaikan sv aku cerita keluarga dia pun kompelin sebab dia terlalu tumpukan keje dia.
aku : sv orang apa? putih?
reza : cina...
aku : oooo... meybe stail keje dia dah mmg camtu kot... semua macam tu. kat malaysia pun, org2 cina ni kuat bekerja. rajin... tapi tak sepatutnyalah dia suh ko buat camtu jugak kan...
reza : tulah pasal...
aku : tension tak bila jumpa ngan sv ko? (lawak plak aku baca dialog alih bahasa ni...)
reza : mau nya tak...

dialog berakhir sementara di sini. aku meneruskan basuh pinggan mangkuk, manakala dia meneruskan keje yang sama ngan aku... basuh pingan mangkuk lah....

reza : ko tau tak sebab aku kata aku tensen bila ko tanya tensen tak bila jumpa sv aku? kalau ko nak tau, aku sebenarnya dah nak abis dah thesis aku. lagi 3 bulan jek. tapi dia tak nak approve aku punya viva. dia cakap depan2 aku, dia kata, I won't give you phd and you won't get it....
aku : uiks... pasal pe plak dia cakap camtu? (sila baca dengan muka terkejut dan berkerut seribu)
reza : aku buat ujikaji guna mesin yang dia cipta. mesin dia ni, dah banyak di jual kat negara2 luar (aku tak tanya plak mesin sv dia untuk ujikaji apa. lagipun, kalau dia citer, ada aku paham?????). bila dah wat ujikaji tu, aku dapat result yang mmg menunjukkan mesin dia ada error, problem n memacam lagi... macam tak betul lah mesin dia tu... pastu, bila aku tunjuk result aku, dia marah2 kat aku, kata, memacam termasuklah kata aku sengaja nak jatuhkan reputasi dia.... bukan nya takde bukti, banyak dah kampeni2 pulangkan balik mesin dia tu... menunjukkan yang mesin dia tak betul. tapi, masalahnya, dia takleh terima. dia kata, aku menjatuhkan reputasi dialah, mencemarkan nama baik dialah... masalahnya, dah banyak kampeni antar balik mesin dia, kompelin jugak kata mesin dia tak betul. tapi bila aku produce report kata yang mesin dia tak betul, terus dia kata aku student yang ngenang budilah, ilmu aku sikitlah, ilmu dia banyaklah, aku tak tau apa apalah, memacam. sampaikan banyak kali dia kata, I hate you!!!!
aku : dia takde student lain ke? yang lelain guna jugak mesin dia tu?
reza : sebelum ni ada sorg student jugak. dapat result yang sama jugak, kata mesin dia tu mmg problematic. pastu, dia tak approve jugak untuk viva. so, student ni bengang, dia uruskan viva dia sendiri... lepas jugaklah...
aku : kalau camtu, apa kata ko buat sendiri?
reza : student dia dulu tu, dah ada paper publish kat jurnal. semua budak tu uruskan sendiri. termasuklah external examiner. dia oklah, sebab org sini. so senang sikit nak berurusan... tau nak cari external ngan internal examiner kat sini... aku ni, camana nak cari. aku cari kang, takut kene ngan klik dia... kira pemers jugaklah dia kat cni... org kenal... aku pun bukan takde paper, tapi, bila nak submit jek, dia kata, dia tak terima. maybe sebab dia dah tau, akan jadi kes macam ni, so, dia takkan sign apa2 kalau aku antar paper kat dia.
aku : ko tak try ke jumpa dia, bincang elok... kot2lah boleh...
reza : aku nak jumpa dia taknak... kalau jumpa tengah jalan pun, dia tak layan aku. buat dunno jek. aku antar email dia tak reply. kalau jumpa dia pun, dia akan kata, I dun wan to c u. get lost from my office. i hate u...
aku : sian nya... tak jumpa ngan sesapa org2 besar, macam student center ke, VC ke...
reza : jumpa dah... student centre kata, dorg takleh wat pepe... sebab dorg bukan academicians, VC plak kata, takde proof yang kata dia benci kat aku lah, dia taknak bagi phd, dan memacam lagi kutukan yang dia cakap kat aku... aku takde proof semua tu. nak wat camana... masa sv aku cakap tu, aku mana bawak tape recorder. kalau ikutkan, salah tau, kita rekod perbualan kita ngan sv. mana boleh... lepas tu, last cadangan, dorg kata suh aku cari sv lain, tukar... bayangkanlah, aku dah tinggal 3 bulan jek, kenapa plak nak kene tukar sv... even aku dah siap writing pun. tinggal nak viva jek. aku dah cakap kat VC tu, banyak dah report tentang mesin dia... bukan aku yang produce pun, tapi daripada kampeni2 yang guna mesin dia tu. Uni pun, bukan tak tau... dah berapa banyak mesin dia dipulangkan sebab error... so, kenapa nak tutup mata jek... dorg sanggup simpan lecturer macam tu kat uni ni... tak takut ke reputasi depa tu akan tercalar kan... ko banyangkan ek, kat sini, ada dekat 100 lebih org student dari Iran. kalaulah aku report tentang kes aku ni kat gomen sana, suh blacklist brunel ni, maunya dorg ilang banyak student. ayah aku sebenarnya lecturer jugak, dia pun tak sangka benda ni boleh jadi. kata, teruk betol org2 dalam uni ni. pejam mata jek bila kes ni berlaku... last decision, tukar sv...
aku : student2 yang bawah dia yang lain camana?
reza : la ni, semua belajar dari kesilapan aku. semuanya ubah figure supaya dapat keputusan yang seperti dijangka. macam mesin tu takde masalah lah...
aku : ko taknak buat macam tu ke? mungkin cara tu jek yang boleh buat dia terima ko tuk viva. kalau, tak, sesia jek ko bertungkus lumus 3 tahun, tapi habuk pun tarak (harap maklum, dialog ni pendek jek sebenarnya, tapi sebab dah alih suara kan, so jadi panjang lah... aku sendiri tak tau nak cakap bertungkus lumus dalam english apa... so, jgn plak kata aku ni dah terer english... haraaaammmmmm)...
reza : ni prinsip. takkan nak menipu kalau dah ternyata benda tu takleh guna sebab masalah banyak sgt. kalau pun aku p ubah figure2 tu, macam mana plak kalau misalnya, bila dah terbukti mesin tu masalah, org akan pertikaikan kredibiliti aku. camana leh dapat result yang tak betul ni. sedangkan dalam masa yang sama aku buat phd ni banyak report n kompelin yang kampeni anta kat dia. kang tak pasal2, phd aku kene tarik.... ko tau, banyak dah report. tapi, dia kata aku p produce report tu kat kampeni2 lain. kata nak jatuhkan reputasi dia... ok, kalaulah dia kata aku produce report tu kat kampeni, abis tu, yang dari kampeni obe c, camana aku nak kontek dorg. bukan aku kenal pun. tapi, still antar balik mesin dia tu sebab takleh guna. banyak error.
aku : so, apa keputusan ko?
reza : aku dah bertungkus lumus 3 tahun semata2 nak dapatkan phd ni, aku teruskan jugaklah. terpaksa cari sv dalam masa 3 bulan ni. tgklah camana nanti...
aku : semoga ko berjaya lah ye... sian tgk ko....

sebenarnya, panjang jugak dialog aku ngan dia... tapi, tak sanggup plak nak reveal benda2 yang sensitip. kang tak pasal2 aku pun terlibat sama... bukannya takde orang yang paham BM kat cni, takut nanti ada yang translate tulisan aku ke BI, pastu p sebarkan seluruh dunia... sapa yang malu???? aku jugak... huhuhu....

tujuan nak cerita, nak bagitau... dugaan nak buat phd ni, memacam... ada yang ok, ada yang tak ok.. ada yang terpaksa korbankan prinsip idup semata2 nak dapatkan phd tu. sebut pasal prinsip idop ni, tetiba teringat kisah seorang rakan yang mencerita perihal seorang student phd yang bertudung labuh (kalau dia tipu, maka aku pun tipu lah jugak kan... tapi, benda ni tak mustahil boleh berlaku)... dek kerana masalah nak dapatkan data sebab guna data UK, maka satu hari tu, dia mengorbankan (taktau ayat terbaik nak guna) larangan dalam Islam semata2 nak dapatkan data tersebut. dia pakai skirt, rambut diwarnakan, sebijik cam omputih. kejap jek leh dapat data tersebut.. double standard kan omputih ni???? pasal student tu, aku tak beranilah nak komen. sebab, itu hal dia ngan Allah. kengkadang kita komen kata dia tak patut buat begitu begini cenggitu cenggini, adakah kita merasa keperitan yang dia rasa? bayangkanlah kalau kita berada didalam situasi dia kan... mungkin jugak kita akan buat keputusan cam dia jugak... bukan apa, sebab kengkadang aku bengang jugak bila ada orang yang seakan2 dirinya semuanya betul suka sgt mengomen org kata org tu tak betul lah, org tu banyak dosalah, itu lah, inilah (kengkadang aku pun terkomen jugak, so ni kira muhasabah diri lah jugak)... seolah2 dialah yang paling betul dan dialah yang paling baik kat dunia ni.. kengkadang kita lupa, bahawa sifat dan sikap manusia tu, sekelip mata boleh berubah, macam pasir dipantai... sekali laut menghempas pantai, sekali pasir akan berubah (wah!!! cam tajuk lagu plak)... lagipun, sapalah kita nak jatuhkan hukum kan... so, kesimpulannya, pasal student yang mengorbankan auratnya tu, biarlah Allah sahaja yang menentukan... sapalah aku nak komen pasal diakan.... erm... tetiba teringat kata2 seorang teman kepada teman nya yang lain ketika temannya yang lain itu, mengomen muda mudi yang naik moto bersama sambil berpelukkan erat (nak buh nama tak tau plak nama depa, sebab aku dgr2 jek masa dolu2 makan kat restoran sgsorg)...

teman1 : isk... teruk btol anak2 muda jaman sekarang... selamba rock jek peluk2...
teman2 : sangka baik lah... dah kawin tu...
teman1 : dah kawin menda... org muda lagi tu... isk, kompom neraka dorg ni.. menghampiri zina... tah tah... dah abis dara ngan teruna...
teman 2 : amboi... sedapnya mulut... ko tu kompem ke masuk syurga??????
teman1 : *&^&%^%^ (terus senyap dan terkedu serta berubah muka)

betullah org kata, 3 faktor nak dapat phd ni. kita sendiri, sv ngan data... mujurlah aku masih berada di tahap yang ok. aku ni masalah ngan diri sendri... malas sokmo.... taktaulah bila nak abis sipat malas aku ni... memanjang jek takdek mood... huhuhu.... tak masalah diri sendiri, masalah ngan data. tak masalah ngan data, masalah ngan sv... org kata, better amik sv yang seagama ngan kita, itu lebih baik.. sekurangnya, ia akan menolong kita kalau kita susah... tapi taktaulah nak cakap jugak kan... sebab bagi aku... kalau dah org tu jenis yang baik, suka menolong, lembut hati, agama apa pun tak jadi penghalang... pokok pangkal (yang dah takde daun sebab autumn)nya, hati mau baik... kan???

tuanpunyablog: Ya Allah, permudahkanlah urusanku dan sahabat2ku dalam menghadapi pengajian kami ini dan dapatlah kami menghabiskannya dalam masa yang telah ditetapkan... amiiiinnnnn....

2 comments:

Anonymous said...

kesiannya si reza tu.kenapa dia g guna mesin tu....mujo lah research sy xde mesin2. yg xde mesin ni pon malas yg teramat....
leh guna cerita si reza tu sbg motivation utk diri sendiri.
TQ FOR SHARING.

Anonymous said...

areej, nasib kan... nak buat camana... untung sabut, timbul, untung batu tenggelam... harap2, geng2 kita takdelah kene cam tu kan... amiiinnn...

samalah kita, tak guna mesin pun still malas gak... heheheh