Thursday, 16 October 2008

Widgets

KFC Southall halal....

wah.... bulan yang sungguh produktip dan inovatip serta tak lupa juga keytip dan incentip... sebab apa aku cakap camtu... sebabnya, bulan ni jek, dah masuk entri ke 9 aku tulis... sebelum ni, aku cuma boleh nulis hatta 7 entri jek (ala, baru 2 bulan jek aku start nulis ecara aktip pong... org leh tulis sehari 3 4 entri pun, dorg tak kata produktip, ko plak memandai ngangkat diri sendiri! huh!!! apa punya pesenlah ko ni jep oiii!!!)....

hari ni, kerana lama tak makan McD halal dan ciken kotej kat southall, aku pun bawaklah dila, sarah, kamal dan juga helmi ke southall... sian kat dorg sebab tak berapa tau sgt camana nak p southall tu. tau, tapi mereka menaiki bus 2 biji (skimanya bahasa aku????)... sebab amik kat pekan... dan daripada uni ke pekan, kene naik lagi bus... so, aku pun menunjukkan kepandaian aku (wah!!!! pandai sgt lah, bawak dorg p china town kat london pun leh sesat.... sib baik dorg taktau yang sebenarnya time aku bwak dorg tu, aku sesat... huh!!!!) menunjukkan jalan dengan menunggu bus di Amberleyway... satu bus jek... sep 90p. pastu, dengan gaya propesenel, aku pun gtau ngan dorg, bus mana yang banyak benti, bus mana yang ekspress dan semualah yang aku RASA aku tau....

sebelum benti kat stesen tu, aku tanya ngan dorg, nak makan McD tapau ciken kotej, atau nak makan ciken kotej n tapau McD. ini adalah disebabkan oleh faktor jarak dimana bus akan berenti. maka, mereka pun sebulat suara kerana pembentung (apa2lah aku merepek ni????), bersetuju supaya makan kan McD dan tapau ciken kotej. nilah yang aku suggest kat dorg, sebab ayam goreng nanti, leh makan ngan nasik malam karang. maka kami pun benti kat bus stop yang sepatutnya. menempahlah mereka dengan makanan kegemaran mereka masing... salah sorg kata, haaaaa.... best2.... takdelah rindu sgt nak makan McD, dah dekat dah nak carik ni... aku cuma senyum... sambil dalam hati aku berkata... kalaulah, KFC pun jadi halal kat cni, kan best... huhuhu

abis makan, kami solat kat kat masjid depan McD tu. sebab aku plan nak bawak dorg jenjalan kat kedai yang pernah abang mahadi, kak aida n fendi bawak aku masa pestaim aku sampai kat cni. blehlah beli brg2 n daging2 halal pakistan n india... dalam perjalanan kami ke kedai tu lepas kami solat, aku tinggalkan dila n sarah sebab katanya nak beli baby ciken... kami pun meneruskan perjalanan memburu ciken kotej, sebab nak tapau... aku pun lama dah tak makan ciken kotej tu... nak beli KFC, KFC halal paling dekat pun, setau aku, dekat paris... maka, ciken kotej pun, boleh lah. omputih kata, better than nothing kan????

dalam perjalanan sesambil menerangkan pelbagai perkara pada kamal n dila, tetiba kami sampai kat restoran KFC tu. mata aku mencari2 kot2lah dah jadi restoran KFC halal kat ctu. yelah, manalah tau kan, kalau subway pun leh jadi halal, McD pun leh jadi halal, tak mustahil pun KFC leh jadi halal kan... kalau gitu, alhamdulillah.... takdelah kebanyakan daripada org2 kat cni yang mengidam makan KFC.... tetiba mataku tertancap pada salah satu sign board yang mengatakan KFC in southall is now halal... something like that lah... aku tak ingat sgt exactly apa yang ditulis.... waaaaa..... doaku dimakbulkan.... aku pun, tanpa melihat kiri dan kanan, terus masuk ke dalam KFC tu, dan terus menempah ayam2 yang nampaknya lebih sedap daripada ayam goreng kat ciken kotej. sonot betul aku bila mengetahui KFC kat cni dah halal... rasa cam nak msg semua org2 kat brunel kata KFC dah serve halal la tu jugak... tapi, pk2 balik, nanti takdelah cerita kat blog aku kan... so, aku pun, hold dulu niat nak bagitau kat smua org2 kampung kat brunel termasuklah shah... sebab dulu aku penah cakap ngan shah, aku kata, kalaulah McD pun leh jadi halal, tak mustahil sotu hari nanti, KFC pun leh jadi halal... dia hanya gelakkan aku sambil kata... imposibel... beri2 imposibel... la yumkin... tak mungkin... aku cuma gelak jek bila dia cakap camtu....

lagipun, biarlah aku yang merasmikan dulu....so, kalau rasa2 tak macam KFC kat malaysia, leh gak aku gtau ngan dorg semua... lepas ni, mesti ramai yang ke sini. blehlah aku berbangga ngan shah especially, kata, tak heran dah KFC kat malaysia tu, sebab kat sini pun dah halal... tak heran pun kat paris tu, sebab kat cni pun dah halal... dekat jek, daripada nak ke paris tu, dengan flight yang selamba rock meninggalkan kami tanpa belas kasihan lah, hotel yang telah ditempah dan dibayar tapi bagi bilik kat org lain lah, org2 france yang mengagungkan bahasa dorg sampaikan bercakap ngan dorg macam ayam ngan itiklah, berjalan kaki jauh gile semata2 nak makan KFC lah.... hah!!! la ni, tak perlu dah itu semua. sebab kat cni dah ada pun... huhuhu.... best.... best.... best... best....maka, aku pun terus ke dalam dan terus beratur... banyak gak signboard n notice yang tulis halal kat ctu. wah.... bestnya... aku pun memikio kan apa aku nak order ni... tgh2 aku pk nak makan apa, handset aku pun bervibrate... terkejut dan mematikan terus lamunan dan anganku...

"abang jep kat mana ni?" tanya pemanggil di sebelah sana.
"kat depan KFC ni. korang jalan terus, pastu jumpa.... bla... bla... bla...." terang aku pada pemanggil diseberang sana arah jalan yang menuju ke KFC ni.

sampai jek dorang kat aku, terus dorg tanya....

"KFC ni halal tak abang jep?"
"erm... berangan jelah korang nak cari KFC halal kat sini. kalaulah halal, kompom seminggu sekali mai cni. KFC halal paling dekat pun kat Paris, yang abang taulah... so, kalau ngidam, p lah cari kat paris tu. takpun, doalah bebanyak, supaya dorg ni boleh serve makanan halal since kat southall ni kebanyakkan nya restorannya adalah halal, manalah tau doa korg tu makbul kan... " terang aku pada dorg...

kami pun meneruskan perjalanan kami ke ciken kotej untuk tapau ayam goreng... bolehlah dibuat untuk lauk makan malam... jadilah kan, sebagai pengganti pada KFC.... sambil berjalan tu aku ter pk, kalaulah KFC ni dah jadi restoran halal, rasanya dah laku kot kedai2 yang jual ayam2 goreng ni... no wonderlah sampai sekarang tak halal lagi KFC kat southall ni.... tapi, kalau halal ok gak kan... tulah namanya persaingan sehat... mintak2lah tak lama lagi KFC ni akan menjadi KFC halal kat cni, amiiinnnnn.... huhuhu

3 comments:

Anonymous said...

ahaa saya lah tu yg tulis sehai 4 entry wahhahaa.....eleh sekali tu je pon kan..

Anonymous said...

areej,oklah sekali pon, janji ada sekali.. abang ni mana penah ada sekali pon tulis sampai 4 5 entri sehari... heheheh

Anonymous said...

salam jep! lamer aku tak singgah blog ko kan...aku bizi sket (wah! bizi kataku!! hahaha)

4 entry sehari? mau aku kene buang keje dari unisel nie...hehe

-ayumie-