Saturday 11 October 2008

Widgets

ucapan buat rerakanku...

Terasa rajin yang melampaui batas pulak arini untuk aku menulis... pagi tadi dapat sms daripada Megat Hafiy, salah sorg peserta tuk program motivasi yang fakulti anjurkan dulu... best plak sms nya bila berulang kali baca... hobi aku suka menforwardkan msg2 yang best2 kat kengkawan... so, bila dah sampai sni, still buat benda yang sama... hobi kan, dah takleh kikis dah... huhuhu...

Nway, buat rerakanku semua, samada yang ku kenali atau tidak kukenali, melalui mana2 saluran samada online atau offline, aku tujukan kata ini untuk rakan2 semua... ikhlas dari lubuk hati bukan jantung pisang ku...

"Kalau satu hari awak nak menangis, bagitau saya,
saya tak janji nak buat awak tersenyum,
tapi saya boleh menangis bersama awak..
Kalau satu hari awak ada masalah, bagitau saya,
saya tak janji nak bagi awak penyelesaiannya,
tapi awak boleh kongsi dengan saya...
Kalau satu hari awak ingin pergi, bagitau saya,
saya tak janji untuk halang awak,
tapi saya boleh berjalan bersama awak...
Kalau satu hari awak perlukan seseorang untuk dengar cerita awak,
bagitau saya,
saya janji akan ada untuk awak,
TAPI,
kalau satu hari awak perlukan saya dan saya tiada,
carilah saya,
kerana mungkin saya LEBIH memerlukan awak..."

semoga ukhwah yang terjalin ini akan lebih bermakna... insyaAllah...

No comments: