ada yang bertanya ngan aku...
"best tak raya kat obe c?"
apa yang boleh aku katakan...
"ada ke istilah hari raya kat obe c ni lagi2 kat negara omputih ni?"
maka tinggallah pertanyaan demi pertanyaan yang hanya ku jawab dengan senyuman... huhuhu... pagi raya yang lalu, sebak sikit terasa terutamanya bila aku tepon mak aku... cengeng btol aku ni waktu tu... lebih2 lagi bila menerima sms daripada zah dua tiga hari sebelum nak raya... aku sangkakan dia akan beraya di banting dengan famili dia, tapi...
"Zah dah ckp ngan mak, raya umah damansara dulu. sib bek mak pun suh zah raya sana dulu. tapi mak nak tunggu zah cakap sendiri. takut zah nangis plak. huhuhu..alhamdulillah, mak tak kesah. mak ckp, dahlah abang takde, takut mak abang sedih plak..."
besarnya pengorbanan seorang isteri... rasa nak gugur jek air mataku ini... huhuhu... mjurlah ketika menerima sms ni aku berada dihadapan org2 yang ramai, kalau tak, rasanya mau meruntun aku menangis berbakul2.... biarlah org nak kata aku ni cengeng atau apa ke, kerana bagi aku.... kenapa??? salahkan seorang lelaki mengalirkan air matanya kerana terharu dengan pengorbanan seorang isteri dan mertua yang memahami keadaan yang berlaku...
kemudian pada pagi raya di malaysia, aku sekali lagi menerima sms daripada zah bila aku bertanyakan kepadanya tentang duit raya untuk ibuku...
"tadi salam mami (panggilan untuk ibuku) dulu kat atas, bilik kakak. mami nangis. zah pun nangis. mami kata, abg takde, zah ganti abg. sekurg2nya mami tak sedih sgt, sebab zah ada ganti abg. tapi tetap nangis...."
meleleh lagi air mata ku ini.... huh!!! taktaulah kenapa aku kalau tersebut pasal ibu, aku mesti sebak dan hampir mengalirkan air mata.... dulu masa kat BTN pun, bilakala saja tersebut pasal ibuku, aku sebak dan hampir nak nangis... kenapa tah... mungkin aku selalu menerima suapan nasi daripada ibuku dulu kot, yang menyebabkan hati aku ni, takleh nak melupakan ibuku langsung... benar kata alim ulamak, kalau nak anak rapat dengan ibu bapa, maka biarlah anak itu memakan lebihan daripada ibu bapanya....
hanya mms pengubat rinduku di kala syawal mula menjelang (dah menjelang pun jep oiiiii.....)
*suka aku tengok zah pakai sedondon ngan iman... lawa plak bajunya. aku pun tak pernah belikan iman baju melayu, sebab dulu dia tak pandai jalan lagik. la ni, dah pandai jalan, seswailah pakaikan baju raya kat dia... tak sabar untuk aku melihat senyuman ini lagi secara live didepan mataku ini.... menghitung hari.. tapi, adakalanya aku takut untuk terus menghitung hari... huhuhu
*pesen rambut tetap sama.... tah bila nak lebat cam walid ngan umi nya... aku pun taktau... tapi, tak kisahlah, asal iman tetap sehat walafiat... demam kuat selama 3 hari dulu, mengajar aku dan zah, betapa besarnya kurniaan Allah kepada kita, syukurlah atas apa yang telah Allah berikan. mungkin mmg sipat manusia yang sentiasa hendak lebih daripada apa yang ada... aku tak terkecuali... zah kata, iman ni lasaknya bukan main lagi... penat gak melayan dia. tapi, bila dia sakit, barulah kita terasa betapa besarnya anugerah Allah yang diberikan... biarlah dia lasak, asalkan dia tak sakit kerana amat siksa untuk melihat dia sakit lagi... pengajaran yang paling berharga yang kami peroleh bersama... syukurlah dengan apa yang telah diberikan Allah kepada kita semua....*tertelentang setelah penat beraya sambil "mengutip cukai". taktaulah berapa jumlah kutipan cukai iman tahun ni... sian... penat berjalan... masuk kete, terus tdo tak sedo diri...
*buat isteriku Aziszah binti Selamat yang berada di Malaysia memikul tanggungjawab bersendirian... aku tujukan lagu ini khusus buatmu (nak nyanyi sendiri, alamatlah hujan 3 malam berturut... tu belom campur aku yang ujan... huhuhu.... so, bagi lirik pun oklah ye....)
PERMATA BUAT ISTERI
Lirik/Puisi: Abdul Aziz HM - Nyanyian kopratasa
Telah kusiapkan
Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi
Sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan
Seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang
Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Kerana engkau isteri...
Ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isterikU
------------------------------------------
dan juga lagu ini...
------------------------------------------
Sampai Syurga oleh Faizal Tahir
Kumembenarkan jiwaku
Tuk mencintaimu
Kupersembahkan hidupku
Tuk bersama kamu
Dan diriku untuk kamu
Belum pernah kumerasai begitu
Semua itu telah berlalu
Harapanku palsu
Dan mungkin hari yang satu
Terus ku tertunggu
Di hatiku masih kamu
Belum pernah ku ingin terus memburu
Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Tuk dirimu
Namun aku tetap aku
Yang terbaik tuk diriku
Hanya satu
Hanya kamu
Kumembiarkan hatiku
Tuk merinduimu
Kumenghamparkan sakitku
Tuk tatapan kamu
Bersamamu harapanku
Hilang dalam terang yang membutakanku
Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Tuk dirimu
Sampai syurga kumenunggu
Sampai syurga kucintamu
Hanya kamu
Dan segala yang ku ada
Kuberikan semua
Untuk dirimu saja
Ku mahu dirimu
Bahagia tuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu
Agar ku sempurna
Aku fahami aku bukan terbaik
Tuk dirimu
Namun aku tetap aku
Yang terbaik tuk diriku
Hanya satu
------------------------------------
doa aku untuk salah seorang sahabatku...
"Ya Allah, satukan lah kembali dua hati yang telah retak itu dan bukakanlah hati mereka itu untuk menerima kekurangan dalam hidup pasangan mereka.... amiiinnnnn"
No comments:
Post a Comment