Wednesday, 29 August 2012

apalah ada pada sedikit ilmu daripada PhD itu...

assalamualaikum....

baru sahaja mendapat panggilan pagi tadi dari seorang pegawai BIMB (Merah - pegawai BIMB, biru aku).

assalamualaikum.

waalaikumussalam.

Doktor Jafri ke ni?

Aku mula teragak2 untuk menjawab. biasanya, kalau yang kol bermula dengan memanggil DR, kalangan kawan2 aku yang mmg nak mainkan aku. tapi, sebab aku expect panggilan tersebut dari BIMB yang mmg aku nantikan, maka aku pun menjawab ya...

Dr Jafri, saya ............. dari BIMB. hari ni boleh tak datang BIMB, sebab dokumen dah siap. tinggal nak tandatangan sahaja.

Err.... En ........., jangan panggil saya Dr lah. segan saya.

owh, tapi dalam sistem kami, nama dah memang diletakkan sebagai DR Jafri. So, saya gunalah.

hat tu saya tak tau pulak. seingat saya, tak pernah tukar pulak nama saya. tapi, jangan panggil Dr kat depan tu lah. panggil jafri pun takpe....

-----------------------------------------------

bila aku tengok bank islam, baru aku perasan...



eh, sejak bila depa tukar????

banyak sebab kenapa aku tak suka orang mentioned nama aku dengan diletakkan gelaran tu. kengkadang aku rasa malu jugak bila orang panggil camtu. pada aku, PhD AKU (aku punya je tau, tak applicable dengan orang2 lain yang buat PhD) tu, takdelah grand sangat sampai menyelesaikan masalah dunia. dapat tu, dengan doa keluarga dan kawan2, dan dengan pertolongan Allah yang disalurkan kepada manusia (supervisor). kalaulah gelaran Dr tu macam benda yang boleh dibahagi2kan, aku dah lama bahagi2kan kepada orang2 sekeliling yang banyak bantu aku masa aku buat PhD dulu. tak dapat kat aku pun takpa... lagipun, bagi AKU (pandangan peribadi ok, bukan merujuk kepada semua orang yang dah ada PhD), apalah sangat dengan adanya PhD ni... bukan bermakna kuasai keseluruhan ilmu dunia milik Allah ni. nak kata ibarat kuasai semua air disatu tasik yang berdiameter 2m (ada ke tasik sekecil ni???) pun, tak sampai setitik pun.

bagi aku, orang yang takat SPM jek, tapi penuh dengan pengalaman tentang kehidupan, itulah orang yang paling berilmu.

tapi, sebab utama aku tak suka orang panggil aku dengan panggilan tersebut, ialah.....

bila orang panggil jek, akan timbul sekelumit rasa bangga diri dalam diri ini...

inilah yang menyebabkan aku seboleh mungkin mematikannya dengan mengingatkan diri ini akan satu ayat (hadis atau alQuran tak pasti) yang lebih kurang begini maknanya....

"TIDAK AKAN MENCIUM BAU SYURGA ORANG YANG ADA SEKELUMIT RASA UJUB (BANGGA DIRI) DALAM DIRINYA"

wa na'uzubillah...

aku akan gunakan PhD tu, kalau sekiranya 'keadaan memaksa' aku untuk menggunakannya, tapi bukan untuk kawan2, atau students atau sesiapa sahaja yang aku kenal atau tidak.

stail tempat aku bekerja ni, bila dah setel PhD, maka, nama tersebut akan segera berubah, sebab dikawal oleh pusat komputer. so, bila hantar email kat ex-SV aku, segan jugak. dia tu, lama dah PhD, nama tetap menten, takde nak letak Dr Dr kat nama. tapi aku, bagi jek habis, dan-dan (masa tu jugak) tukar nama... aku nak cuba request kat pusat komputer buang balik dalam sistem tersebut, tapi asyik lupa jek.... erm....

dulu2, masa sebelum dapat, aku tak marah orang panggil aku camtu, bagi aku, sebagai doa. sebab tu aku suka panggil kengkawan aku yang lain macam tu bila aku tau depa ngah buat phd. tapi yang dah doctorate pun, aku panggil jugak camtu, yelah, depa belajar teruk2, takkan nak buang saja nama Dr kat depan tu kan (bukan perli nya)... unless kalau dia kata tak suka, maka aku akan stop.

tapi jangan samakan aku ngan kes2 depa... aku ni, phd taklah hebat mana.... aku rasa, phd aku ni, kalau bagi budak SPM pun, depa boleh selesaikan. cuma pertolongan dari Allah dengan mengurniakan sv yang sangat baik, doa daripada keluarga dan rakan2, serta kebaikan hati pihak penaja yang membuat PhD aku berjaya. kira, kalau kita bedaq2, aku boleh katakan, bahawa PhD tu sumbangan aku 5% jek (ke kurang lagi????), 95% tu daripada yang di atas.

dengan itu, rasanya, takyahlah buang ayaq liuq hangpa nak panggei aku Dr... Dr... geli telinga aku dengaq...

tuanpunyablog: teringat kisah seorang member yang akan membaling kasutnya sekiranya ada yang memanggil dia dengan gelaran 'Datin'. respek lah sama dia... belajar dari dialah ni....

Friday, 10 August 2012

BruneL Uni versus BruneI Uni, UK????

assalamualaikum warahmatulllah...

cerita suatu ketika dahulu;

aku sedang menguruskan borang permohonan untuk melanjutkan pengajian ku di pejabat fakulti. sedang berborak-borak dengan salam seorang staf fakulti, aku ditanya oleh staf tersebut (S=staf; A=aku);

S: jadi jep p sambung study?

A: jadilah kak S. dah nak kene buat jugak, nak wat camana...

S: p buat tang mana?

A: kat Brunel University. sekali ngan kak aida.

S: owh, dekat jek. taklah jauh mana... boleh selalu balik...

A: dekat????????????? (sambil mata terkelip2)

~dalam hati: eh, dia ni dengar BruneL ke BruneI?

salah satu surat yang aku dapat selepas tamat pengajian. kat UK ada ek BruneI uni?


banyak kali dah tersilap dengar sebenarnya. bila cakap jek BruneL, ramai yang dengar BruneI. zaman aku dulu, ramai tak tau ada brunel uni kat UK. even bila aku tanya orang2 yang lama dah dok sana, depa tanya balik, kat mana brunel tu? tak penah dengar pun... yang peliknya, apsal aku penah dengar brunel ni 4 5 tahun (sebelum 2008) yang dulu? aku penah mimpi masuk sini kot naaaa... nway, takpelah. maybe sebab takde pasukan bola yang pemers kat sini, maka depa kata, bruneI uni, UK, instead of bruneL uni. alah, lantak p lah... takde efect sikit pun kat aku... sebelum p bruneL ni pun, aku teringin sangat nak sambung kat BruneI. tapi takde sapa nak reply email aku... 2 3 email lah jugak antar... so, sambung lah kat BruneL, bukan BruneI.

nak sambung lagi pasal entri sebelum ni. ada benda yang orang penah tanya, aku lupa nak masukkan dalam entri sebelum ni...

1. boleh buat part time tak kat situ? ada peluang tak?
zaman aku dulu, tak ramai yang bekerja sambilan... tak kisahlah, yang isteri study suami buat part time ke, atau yang suami buat phd, sesambil tu keje. ada jugak yang kata, susah nak cari keje kat sana. tak banyak peluang. compare ngan kawan2 yang berada di utara, macam liverpool, manchester, etc... depa semuanya keje... siap buat dua tiga keje jugak dalam sehari... tapi phd tetap jalan n habis tepat pada masa. takpelah, rezeki masing2 kan... takdelah aku nak jeles2... jangan ikut aku ni... tak keje pun, pemalas...

banyak2 kami yang antara 40 - 50 orang tu, adalah yang bekerja sebagai floor manager (cleaner) kat spital hillingdon tu, 3 orang kalau tak silap., sv kat costcutter (ala2 kedai barang runcit setelah dinaikkan pangkat sebab rajin), dan jadi tranlater mahkamah (kene banyak travel).... ada sorang member mintak, sebagai floor manager, katanya kelulusan terlalu tinggi. depa tak amik degree. pastu nak ada pengalaman sebagai cleaner. alah, sebenarnya, mmg depa taknak amik... cuma nak bagi alasan jek supaya orang tak kecik ati... cakap jelah terus terang... maybe aku bias, sebab aku tak cari sangat keje, sebab aku ni dah lembab buat phd, sat g, keje, lagilah lembab... cuma aku adalah sekali dua apply tuk jadi pengantar surat khabo kat umah2, surat2 khabo yang free tu... antar email, tak jawab pun... so, paham2 jelah...

tapi ada yang gtau aku, nak cari keje sekitar brunel tu amatlah susah... lainlah kalau ada kabel kwan2 kat sana. bolehlah tolong rekemen. last2, keje sebagai pembantu peperiksaan jek... tu pun dapat last year kat sana, masa tahun 2011. sebelum ni, ada jugak yang keje sebagai pembantu peperiksaan, tapi masa tu, yang lantik skul depa. masa start 2011 tu, baru depa sekalikan... so, depa open offer tuk jadi pembantu peperiksaan tu. cumanya, applicable pada ex-brunel, dan juga yang sedang buat phd. ada juga yang jadi pembantu khutubkhannah (perpustakaan lahhhhh)... jaga waktu malam. pagi balik tdoq... kol 11 sambung wat keje phd... ada jugak... kesimpulannya, ada rezeki, adalah... kalau takde, takpelah... tunggulah rezeki sampai... :)

tu yang phd... yang master plak, seingat aku, zaman2 aku, masa semester berjalan, dari sept sampailah akhir bulan 5, takde yang bekerja. kalau ada pun, lepas depa habis exam (summer break). habis exam pertengahan bulan 5, lebih kuranglah... aku teringat sorg student ni... masa datang elok jek 'sehat' walafiat... lepas 4 bulan, baru terjumpa balik... kurusssssssssss terus... tanya dia, awat jadi lagu tu... dia habaq... bz giler... sampai makan tak betol, tdo tak btol... hari ni hantar 2 assemen, dapat lagi 3 assemen, hantar 1 assemen yang dapat minggu lepas, dapat 4 lagi assemen hantar 2 minggu lagi (macam exaggerate jek???)... lebih kurang camtulah kebiziannya... jadi, ada masa ke nak keje kan? master sana, bukan cam kat malaysia... leh enjoy2, sebab buat setahun setengah... kat sana, setahun jek, sekali ngan disso... terpk jugak aku, kalaulah aku buat master kat sana, mau jenuh aku nak cope... silap2, pengsan... tu kalau akulah... kalau korang, tak taulah... but I'm sure, you will be graduate on time... berapa banyak dah malaysian yang buat master kat sini, takde pulak aku dengar fail. siap dapat distinction lagi.

owh, lupa nak habaq. gaji yang korang dapat tu, dia akan tolak siap2 dengan tax k... every months, bukan yearly ye... orang dok kata, 40% daripada apa yang kita dapat, kasar. tapi percent potongan bergantung kepada jumlah yang kita dapatlah... tak pasti pulak berapa, sebab aku malas nak amik tahu... tapi dulu, aku dapat dalam 300pounds tuk jaga exam, depa tolak dalam 40pounds lebihlah jugak untuk tax. kat sini, apa jek yang tak kene cukai? rumah, kereta, jalan, hatta korang beli barang tu, dia dah siap2 letak cukai.. sebab itulah semuanya free kat sini (takde tol, hospital etc), termasuklah mereka yang tak bekerja depa dapat elaun sewa rumah ngan sara hidup... tapi, sebagai bukan warganegara, nanti kalau nak balik malaysia for good, mintaklah balik tax yang telah dikenakan kat korang tu... aku tak mintak, malas nak bersesak2 kat epot semata2 nak amik 40pounds tu... takpelah, kira bayar untuk hospital yang kami duduk sampai 6 hari tu...

2. kalau ada kes meninggal dunia camana pulak?
wana'uzubillah... tapi sapa tau kan... macam2 boleh jadi. aku amik contoh, sahabat kami yang kehilangan anaknya yang bakal dilahirkan... proses kat sana boleh aku katakan sebagai sangat rumit. mana taknya... banyak sangat prosedur yang perlu diikut...

hat ni, bagi kes yang meninggal kat hospital. aku amik contoh arwah anak sahabat kami tu. kita bukannya boleh bawak jenazah tu keluar daripada hospital. kita kene assign n cari care taker (no wonderlah banyak kampeni yang buat bisnes care taker, sebab semua orang perlu). kene p amik sijil kematian, pastu nak kene bagi sijil kematian... dari proses membawa keluar jenazah dari hospital ke penyediaan keranda sampailah membawa jenazah ke kubur, semuanya care taker akan uruskan. so, kita kene bayar jelah. agak mahal jugaklah, sebab arwah anak sahabat kami ni, kene kalau tak silap, dalam 700pounds lebih. tu, yang kurang prosesnya, sebab tak perlu proper mandi jenazah, sebab meninggal dalam perut. kalau yang proper, maksud aku, orang dewasa, maybe lagi tinggi. penah terdengar cerita, hampir mencecah 3k pounds (ke lebih??? tak ingat)... hat tu proses lagi rumit... nak kene buat report kat apatah namanya... lupa dah...

3. nak kene beli banyak ke baju2 sejuk?
kalau ikut aku, aku tak galakkan beli n bawak baju sejuk banyak2 kat sana. cukuplah beli selai dua untuk diri sendiri ngan anak2... sebab apa, beli kat sini, sangat2 mahal, compare kat sana. unless kalau kita beli kat kedai bundle. hat tu mmg murahlah. tapi kalau beli kat kedai2 yang branded, better beli untuk selai dua jek. sebabnya, kat sana lagi murah kalau kita covert ke RM (hat ni kenelah convert, sebab taknak rogi). lagi2 kalau depa buat sales... takpun, masa mai bulan 9 tu, sempat lagi p carboot. carilah baju2 kat sana... banyak jugak yang murah2 n lawa2... kene pandai carilah...

takpun, p jelah primark tu... murah2 dan banyak pilihan. cuma bukan berjenama lah... tapi tahan jugak sampai 2 3 tahun pakai... 7 pounds dah bleh dapat selai baju sejuk yang ada hood tu... dulu, baju2 izzah ngan iffah, aku beli kat sinilah... ate, nak beli semuanya 2 set, haruslah aku beli kat kedai yang murah. kurang mampu nak beli kat kedai2 branded, macam GAPS contohnya...


destinasi utama bila ke oxford street. PRIMARK. mujurlah aku bukan orang2 branded

rasanya cukuplah takat tu kot naaa... hope these infoS will give you a peace of mind (wah!!!! speaking london sekejap!!!)

best of luck untuk korang semua...

jumpa lagi...

tuanpunyablog: dah tiga minggu lauk sahur aku dan mungkin sampai ke minggu keempat ni lauk yang sama... ya'ani; SAMBAL PETAI.. ate, tu jek yang leh masuk tekak ni... mujurlah banyak orang jual... (ingat aku masak sendiri ke??? takde keje nak masak sendiri. beli 3hengget, tahan 2 hari).


Thursday, 9 August 2012

Brunel University... place where you belong... (poyo jek tajuk)

assalamualaikum...

kali nak cerita pasal Brunel University, UK plak. sebab ramai jugak yang tanya lebih2 lagi sekarang ni. nak jawab satu2 pertanyaan senang... tapi bila dah ditanya soklan yang sama oleh orang berbeza, payah jugak nak tulis kan... yang ni based pada aku punya pengalaman dan beberapa kawan2 aku yang pernah menghuni sekitar uxbridge tu... la ni, hanya tinggal kenangan jelah... chewaaaahhhh!!!!

aku start masuk brunel dibawah tajaan KPT dan UUM pada tahun 2008. datang kesana tanpa isteri dan anak aku sorang (masa tu lah). sesampai sana, ada yang tolong amik aku, kak aida. satu skul ngan aku kat UUM. mujurlah dia datang amik, kalau tak, terkontang kanting aku kat epot terminal 3 tu... dengan seshak2 lagi... tahun 2009, baru bawak isteri ngan ilham, anak sulung.... masa tu, abg beib yang tolong amik, abg khir tolong carikan rumah... serba sedikit lah tentang aku kat brunel (macam orang nak amik tau kan????)

masa first time sampai... dok kat accomodation Brunel. nak dok lama2 umah abg beib ngan kak ina, segan plak....

aku teruskan dengan info pasal brunel ni... tapi just nak ingatkan, keadaan mungkin berubah... sebab last aku menjejakkan kaki kesana, bulan Mac 2012. so, lepas2 ni, maybe akan berubah...

1. kat mana area brunel ni ek?
brunel ni terletak dalam zon 6, dalam lingkungan london. sebab tu rate untuk elaun dia rate A. kawasan yang berdekatan dengan ni ialah cowley, hayes (selalu beli pizza ngan chiken cottage kat sini), southall (tempat macam masjid india), uxbridge (bolehlah dikatakan sebagai bandar dia), hillingdon (hospital paling dekat), west drayton (kawasan ramai muslim). heathrow epot pun kira dekat jugak... kalau naik bus U3, amik masa dalam 45minit, bergantung kepada traffic. kalau naik A10, cepat sikit, sebab laluan dia tak jauh mana... kalau naik train, lajulah jugak... cumanya, kene p west drayton. tapi, kalau naik kete, 15 minit boleh sampai (dengan standard kelajuan, kalau bawak ala2 sepoi bahasa, sejam pun boleh cecah)... dekat kan?????

2. sewa rumah camana? berapa rate dia? utiliti bills?
kalau ikut pengalaman aku semasa bujang, aku lebih prefer duduk kat hostel. sebab semuanya inclusive termasuk internet and utiliti lain. kalaulah brunel ada sediakan accomodation untuk famili, harus aku amik. tapi sebab dia sediakan hanya untuk yang couple sahaja, maka takleh nak amik... duduk hostel pun, bukan macam malaysia. dalam satu flat, akan ada dalam 7 - 10 buah bilik. setiap flat disediakan sebuah dapur yang akan share semua ahli flat tersebut. kalau ensuite, toilet kat dalam bilik masing2. kalau biasa, toilet kene sharing. tapi bak kata member2 yang penah dok bilik biasa ni (murah sikit), depa ok jek mandi semua... semua, orang2 sana, jarang mandi... so, bilik tu depa yang punya (cam ahmad albab lak)....

kalau nak sewa umah, kebanyakkannya kene deal ngan agent, and kene ikat kontrak. paling cepat boleh breach contract biasanya, 6 bulan. kalau jumpa tuantanah terus, oklah gak... tak perlu nak bayar management fees dan segala fees yang agent makan... bajet sewa masa zaman aku dulu, dua bilik dalam 850 - 900 pounds... tapi aku dapat terus ngan tuan tanah... hikmah kete rosak... so, mintaklah ngan dia, alhamdulillah, dapat 800pound sebulan... tapi sekarang ni, nak cari umah yang 2 bilik, bawah 1k, amat2lah payah.... apalagi yang 3bilik, nak dapatkan bawah 1k... semuanya atas 1k. tapi rezeki semua tu... kalau dapat alhamdulillah... dari segi utiliti, gas ngan letrik (kengkadang disekalikan) akan makan dalam 60 - 120 pounds sebulan, bergantung kepada penggunaan heater (musim sejuk). aku dulu, musim sejuk, penah cecah dekat 150pounds sebulan.... tapi masuk summer jek, dalam 40 - 60 pounds jek... air pulak, bil dihantar 3 bulan sekali... aku penah kene air sampai dekat 270pound untuk 3 bulan tu (catatannya disini).... depa bajet aku buat kolam ikan kot... tapi basically, dalam 50 - 80 pounds lah, kalau tak silap aku (lupa plak, sebab dah lama).... internet plak... kene pasang phone sekali... alah, macam malaysia... aku dulu, phone ngan internet dalam 25pounds... so, maybe dah naik sikit kot.... owh, lesen tv jangan lupa bayar... kene bayarlah wei... ingat free ke semua? banyak cantik...

so, kalau orang tanya aku, dok hostel ke sewa luar, aku lebih prefer dok hostel... bayar sekali, takyah pk nak bayar benda lain...

3. kete kat sana murah ek?
ha, murahlah kalau nak dibandingkan dengan malaysia. aku beli ford galaxy seven seaters yang dah 9 tahun, reganya dalam 800pounds... cuba darab ngan 5. ada ke kete kat malaysia ni, MPV reganya dalam RM4000? kalau ada pun, kancil atau kelisa. hat lain, mimpi jelah... tapi tu zaman aku beli, 2009. lepas tu, macam2lah rosak... tulah berlagak sangat. ada member beli rega tak sampai 1k pounds, sampai 4 tahun, elok jek kalan ketenya... takpelah rezeki masing2kan... kat sana, nak beli kete, view, test drive (kalau nak), bayar duit, beli insuran (online), jalan.... bak kata member aku, macam beli sayuq kat tepi jalan... senang....

kete mmg murah... tapi nak bayar insuran tu, sakitlah sikit.... setahun almost 1k lebih (depends pada jenis kereta)... so, bulanan dalam seratus pound lebih lah... dah naik dah sekarang ni... masa aku pakai galaxy tu, dalam 80pounds... lepas tu, aku tak pakai dah... tapi, yang bestnya, kalau eksiden, takyahlah nak susahkan diri kerut2 dahi, pikiaq nak bayaq lagu mana... semuanya insuran cover... macam aku... dok p langgaq kete merc jiran aku, sampai 'telinga' patah, pintu kemek masuk kedalam (catatannya disini).... bak kata nize, 'oklah tu, kat sana jek leh langgaq merc...' tuan punya merc siap melawat aku sebab aku menggigil ketakutan... berbaloilah dengan apa yang dibayar, ye dok...

kawasan umah.... ni umah kedua... umah pertama tak tahan dengan jiran kerek yang berada dibawah telapak kakiku (dok umah tingkat satu, dia tingkat bawah). tulah ford galaxy ku.... biarpun selalu rosak, tapi banyak jasa ooooo.... termasuklah jadi prebet sapu amik orang kat epot...

pasal lesen plak... boleh jek pakai international license. tapi tahan setahun jelah. ada yang kata, lepas setahun, kita keluar balik, lepas tu hidupkan balik international license tu, ok lah. tapi, ada jugak yang kene kalangan kami, dah perbaharui lesen, tup2, kene tahan n dia tengok kepada kali pertama masuk UK, bukan kali terakhir masuk UK. so, aku tak berani nak kata apa2... best thing is, amik jelah lesen UK tu. tahan sampai umur 60 tahun (kira macam seumur hiduplah, dia bajet kita hidup sampai 60 tahun). sekurang2nya, kalau nak bawak balik kete, nak apply AP, takdelah masalah nanti. sebab antara syarat MITI, kalau nak untuk apply AP, kene ada lesen UK (start implement tahun lepas). bajet dalam 400pounds (masa zaman aku dululah). tapi ada jugak yang pakai lesen malaysia jek, selama 3 tahun dok sana. nasib dialah, sebab tak penah kene tahan. tapi sekali kene tahan, mmg masaklah. kete kene tarik, pastu mahkamah dan macam2 proses2 yang merumitkan. polis kat sana, takkan tahan sesuka hati. kalau kete dia tgk ada masalah, baru dia tahan... macam lampu brek tak hidup, pintu terbuka ke... sekali dia tahan, macam2 lah dia check... so, pandai2lah nak hidup....

kalau yang bujang, aku suggestkan naik jek public transport. PT kat sana, sangat2 reliable. cuma mahal sikitlah. bus, sekali naik 1.35pound, kalau tak silap. kalau tube, depends pada zone mana nak p. kalau pakai kete ni, nak kene pk macam2, insuranlah, minyaklah (harga seliter based pada rega minyak dunia), parking lah (kene bayar), service lah... tu blom kete rosak lagi, macam aku.... rosak kat highway lah, rosak kat umah lah, rosak kat umah orang lah...

4. perubatan camana?
kita akan di assign dengan sorang doktor kat certain2 tempat kat situ, based pada alamat kita. kalau kita sakit ke, demam ke, so, kene ke doktor inilah... kat sana semuanya kene buat appoinment kalau nak buat melawat doktor. tak boleh nak terjah2 jek ek... nak p klinik swasta, takde lah plak. pastu Dr sana, jarang sangatlah nak bagi ubat demam ke, batuk ke... semuanya dia kata akan baik natural. ada member aku, sampai tak larat nak bangun, tak jugak di bagi ubat. hat sorang lagi, lagi best... siap balik malaysia lagi sebab demamnya tak baik2 dekat seminggu, walaupun dah jumpa Dr... terkejut aku dia kata dia balik... kayanyeeeeeeeeeeee dia kan????

ubat2an kat sini semuanya free kalau bawah 16 tahun... tu pun kene ada prescription lah.. jenuh jugak nak dapatkan prescription tu... nak kene buat appoinment, nak jumpa DR, pastu kalau takde apa2, baik sendiri... baik p beli kat pharmacy terus... senang....

kalau ada yang nak merasa free dok hospital lama2, bolehlah planning ada anak made in UK. ramai jugak yang tanya, bila aku cakap, zah ceaser masa melahirkan anak2 kami kat sini... kemudia semuanya terkejut bila aku kata FREE, siap duduk dalam first class (maybe masa tu tak ramai), toilet share ngan bilik sebelah... duduk kat sana dalam 6 hari... sebab zah yang suspected kene joundice, bukan babies... pelik kan?

syok jugak dok spital lama2... maklumlah, dok bilik sorang jek... cuma tak tahan, bila ilham macam2 nak....

5. sekolah plak camana?
kene daftar dulu kat council. pastu, kalau ada kekosong, baru bleh masuk sekolah tu... depa start disember september, habis dalam bulan 7 kalau tak silap... so, kalau mana2 yang datang bulan sept tu, kalau tak dapat tempat lagi, mmg normal lah...

6. barang2 keperluan - apa nak dibawak?
kalau ikutkan aku.... bawak ikan bilis banyak2... sebab kat sana, ada ikan bilis... cuma kurang sedap... masa angkut pemili tahun 2009 tu, siap berkilo2 aku bawak ikan bilis ngan udang kering.... sudahnya, sampai nak balik ikan bilisnya tak habis... p sedekah kat orang lain... tamak sangat... yang lain2, maybe cili kering... kalau tumbuh2an tu, macam serai, bunga kantan, daun kari, daun sup, petai, kalau nasib baik, mmg leh jumpa... tapi kene pandai carilah... biasanya aku cari kat chinatown, siap jadi dealer petai lagi dekat member2... pastu, jangan convertlah reganya dengan malaysia.... kalau convert, serai sebatang pun bleh jadi dekat 10hengget.

pasal kene rampas kat kastam tu, aku tak berani nak cakap... ikut nasib jugak. ada jugak yang kene rampas masa bawak serunding, ada jugak yang lepas. ada yang sangkut masa bawak kuih raya, ada jugak yang lepas jek... so, taktau nak cakap... aku ni kira bernasib baik jugaklah... masa datang tahun 2009 tu, penuh ngan barang2 makanan ngan masakan.... alhamdulillah, lepas... sebab masa tu, kastam2 yang ada, tengah sebuk cek beg2 orang lain. aku dengan kompiden nya, jalan jek macam tak bersalah... walaupun masa tu, ada sorg kastam tu, dok pandang jek... maybe dia takleh panggil sebab dia pun ada sorg nak kene check... nasib lah kan????

kalau takut kene rampas, post je pakai jalan laut. masa bawak zah ngan ilham tahun 2009, pinjam address umah abg khir tu pos segala mak nenek barang termasuklah susu ilham. sebab kat sana, payah nak cari jenama yang sama. ada tu ada, tapi ada sorg akak tu, tak sama macam susu malaysia. so, bersungguh2 lah dok packing, hantar ke UK. tapi alhamdulillah, bila susu ilham habis masa sebulan lepas kali sampai tu (yang pos tak sampai lagi, estimate 2 setengah bulan), kami bagi ilham minum susu fresh tu. alhamdulillah, dia nak minum... oklah... ada anak akak sorang tu, sampai kurus takmo minum fresh milk... sebab tak biasa... so, tak berani nak cakap samada anak2 akan ok atau tak minum fresh milk UK tu. aku ni, sampai sekarang tak reti nak minum susu... orang kata, sedap mana pun fresh milk tu, tetap memuntahkannya kembali... otak aku tak train lagi kot...

7. solat jumaat camana?
brunel ni terkenal dengan multiracial punya university. kalau nak cari yang omputeh totok (tulen) punya, mmg payah... macam2 kaler ade... ramai jugak muslim kat sini... so, takde masalah nak solat jumaat dalam brunel ni... ada jugaklah tempat2 lain yang buat jumaat jugak... tapi kebanyakkan semuanya pakistan dan bangladesh... so, depa ikut mazhab depalah...

8. bajet nak bawak berapa juta pounds cash kat sana?
bajet untuk sebulan setengah sewa rumah + 200pounds deposit untuk letrik, gas ngan air + lebih kurang 50pounds untuk satu kepala penyewa untuk admin fees kat agent rumah (kalau guna agent) + makan untuk sebulan. so, pukul rata kalau sewa rumah dalam 1000pounds sebulan, jumlah penyewa 2 orang (ada sesetengah agent kenekan jugak bayaran untuk anak2), makan untuk sebulan bajet dalam 400pounds (kalau zaman aku dululah, 200pounds cukup dah, la ni taktaulah 400 cukup ke dak)... so, berapa jumlahnya???? alah, hangpa kiralah sendiri...

FYI, masa zaman aku kat sana, nak bukak akaun bank, kene ada alamat tetap. jadinya, kita kene ada tenancy aggreement. sampai kat sana, tak semestinya kita akan dapat umah terus. lagi2 yang datang time peak season, iaitu bulan 9 - 12. masa tu mmg payah sikit nak dapat umah. ada kalangan rakan2 kami, terpaksa dok travelodge sampai tiga minggu, baru dapat rumah. kebanyakkan sampai sana, baru cari umah. tak main book2... ada satu kes, dah booking, dah bayar deposit. bila dah sampai, nak amik kunci umah, landlord tak suka plak dengan kawan kami ni. agent pulak pandai. dia kata, kalau nak cari thru agent lain boleh, tapi deposit termasuk admin fees tak dipulangkan. agent pulak buat selamba taknak tolong carikan... bila tanya, kata takde umah lagi... taktaulah btol atau tak, atau sengaja nak kenekan kawan kami ni...

nak taknak, sebab lama sangat dok kat hostel brunel tu, terpaksalah burn... cari ngan agent lain. tak pasti plak dia dapat balik atau tak deposit dia lepas dia marah2 kat agent tu... so, lebih baik dah sampai sana, baru cari umah berkenan. payah kalau nak cop2 ni... unless, kalau deal terus ngan tuan tanah.

ada jugak yang takut nak bawak duit banyak2... banyak cara boleh kita buat sebenarnya. kalau ada kawan2 yang boleh dipercayai, bank in kan duit tu kat akaun kawan kita, thru maybank2u ke, guna TT transfer. pastu, bila sampai sana, mintaklah balik... penah jugak orang masukkan duit kat aku. risau jugak, sebab takut hilang... doa2lah tak jadi apa2... alhamdulillah, tak jadi apa2... tapi, sebab masa tu aku tersesak sikit, terpaksa pinjam sikit duit dia. segan pun ye... tapi masa tu mmg nag guna sangat duit... sampai sekarang mengenang jasa2nya... mekaseh na kak min... :)

satu lagi cara... penah jugak aku buat. aku amik tenancy aggreement aku, aku ubah nama kepada nama orang lain, guna alamat rumah aku. yang bestnya, sebab tenancy aggrement aku thru landlord terus... takde agent2... so, dapatlah softcopy. aku cakap ngan raihan ni, nanti bila dah bukak akaun, tukar balik alamat kat website dia... sana semuanya online, senang... dan hari pertama dia sampai, terus leh bukak akaun, walaupun rumah seminggu or dua minggu lepas tu baru dapat... setakat yang aku tau, dia takdelah nak check nama ngan tempat tinggal sama atau tak ngan orang lain... tapi taktaulah sekarang ni kan...

another cara, pastikan kad sini (malaysia) boleh keluarkan duit kat sana. tapi, FYI, sehari cuma boleh keluarkan maksimum 250 - 300 pounds sahaja... so, payah sikit kalau kita nak bayar deposit rumah... boleh, tapi kene meminjam lah... macam aku masa bawak zah ngan anak (masa tu sorg jek anak) tahun 2009. siap meminjam ngan kawan2 lagi, sebab takleh keluarkan duit lebih dari 300pounds. sebenarnya boleh, tapi kene p kaunter lah... masa tu aku tak tau...

ada jugak yang bawak travellers check... kalau tukar sana, orang2 bank sini kata takyah bayar apa2 kan??? ha, jangan percaya sama itu 'fakta'... kita kene bayar jugak komisen dia. tak ingat aku berapa kene bayar. tapi dalam 100pounds tu, adalah certain percent dia amik. masa aku memula sampai, sebab nak tukar duit cash, terpaksalah burn beberapa pounds tuk tukar dari travellers check ke GBP. la ni taktaulah kene atau tak... rasanya, macam still kene lagi...

9. cukup ke dengan elaun yang gomen bagi (sponsorship student)
kalau bujang insyaAllah akan cukup. sebabnya, banyak manalah yang akan guna duit. aku dulu, masa p bujang, leh simpan separuh daripada duit yang dapat tu,leasp tolak hostel. gaji mmg zah ngan anak pakai. so, takleh nak tarik. tapi yang berkeluarga, bagi aku, insyaAllah akan cukup. cuma kene pandai manage lah. sebabnya, bukan saja keperluan kita... tapi keperluan anak2... mujurlah zah dulu jadi baby sitter. dan jugak jual karipap (atas suggestion orang lain). nak kata laku sangat, takdelah. orang2 malaysia jugak yang beli. masa tu, kalangan kami takdelah ramai sangat... dalam 40 - 50 orang termasuk bujang dan berkeluarga...

karipap yang zah buat dan jual... sekali tempahan, 100++ lebih biji... jenuh jugak... walaupun aku cuma menggoreng dan posmen, tapi tetap penat...

yang akan makan banyak ialah sewa rumah ngan utiliti... sebab tulah aku cakap, memana yang bujang, eloklah dok hostel... unless kalau mmg takleh duduk hostel, sebab ruang yang terkurung... ada jugak kalangan kami macam tu... dia kata, dia takleh hidup dok dalam hall (hostel)... pindahlah dia sewa bilik kat rumah mana2....

10. sampai sana nak buat apa dulu?
hat ni aku bagilah kat mereka kat sana lah ek... biar depa terangkan... sebab depa yang akan bawak korang... orang2 melayu sana pun sangat2 baik... ada sorang pensyarah dari UM pun kat sana, jadi lecturer kat Business School. takpelah, sampai sana, insyaAllah ramai yang akan tolong. tunjuk itu, tunjuk ini... duduk kat sana, dah jadi macam adik beradik. famili terdekat meninggal kat malaysia, buat yaasin ngan tahlil... ada masalah kewangan, pinjam kat orang lain... pendek kata, macam adik beradiklah. panjang kata, bila kita sedikit dan jadi bilangan minoriti, ukhwah kita pun seperti saudara paling dekat...



sejak hantar zah ngan anak2 balik, aku stay lagi umah lama.... landlord suh stay, sampai dia dapat jual rumah ni... sampai kesudah tak dapat nak jual... so, since umah takde perabot dah, apalagi... jadi markas umah ni.,... ajak kengkawan datang baca yaasin... aku pun dapat makan free... maklumlah, bujang...

mana2 yang p tahun ni, puasa masa summerlah ek... lebih kurang 18 - 19 jam. masa dok start posa kat sini, tertanya2 jugak... camanalah aku puasa kat sana ek sebab lama sangat... pelik, tahun2 sebelum ni, ok jek puasa kat sana... 17 - 18 jam... tetiba rasa macam takleh nak cope bila dah start posa kat sini... lupa daratan btol!!!

rasanya, tu jek soalan yang biasa ditanya... semoga korg semua boleh berjaya dunia dan akhirat dengan ilmu yang diperolehi... dugaan tu biasalah... duduk kat memana pun ada dugaan. lagi2 dugaan bila orang2 yang kat malaysia ni, dilanda musibah. macam kami, ayah zah meninggal dunia masa kami kat sana. ada jugak dugaan kat sana... anak meninggal ketika nak dilahirkan. ada jugak dugaan dengan pengajian. kesimpulannya, doklah memana pun... dugaan dan cobaan tu still ada...

apapun, bila penah keluar negara ni (pestaim kuar negara sepanjang hidup, sabah sarawak pun aku tak penah sampai lagi) ni, baru terasa, MALAYSIA STILL THE BEST HOME (ha, macam iklan petronas yang terbaru tak????)!!!!!

penafian: pengalaman masa aku dulu ek... masa tahun 2008 - June 2011. so, mana2 yang berubah, harap jangan saman aku....

tuanpunyablog: tetiba rindu kat supervisor... hakhakhakhakhak...

Sunday, 22 July 2012

sains pemutusan??? apa tuh????

assalamualaikum warahmatullah...

selamat berpuasa semuanya... harap2, ibadah bulan ramadhan di tahun ini akan menjadi lebih baik dan hidup korang sentiasa dalam limpah rahmat Ilahi hendaknya... aamiiinnnnn....

semenjak keluarnya keputusan UPU dua minggu lepas, adalah seorang bapa kepada bakal pelajar yang telah terplih untuk mengikuti program pengajian kat skul aku ni... i.e. sains pemutusan, telah menelefon aku... aku dah agak dah, sebab sebelum aku p ngaji, tahun 2006 atau 2007 kalau tak silap, bila lepas jek keluar keputusan UPU, adalah dua tiga orang yang akan tepon opis SQS (School of Quantitative Sciences) untuk bertanyakan apakah itu sains pemutusan. kengkadang jenuh jugak nak jawab berkali2... sebabnya, soklan yang sama dikemukakan... yaa'ani, apa itu sains pemutusan dan apakah kerjaya yang boleh diceburi kalau dapat sains pemutusan ni... disebabkan ramai yang bertanya (walaupun yang tepon aku sorg, aku rasa, lebih ramai lagi yang tertanya2 apa itu sains pemutusan... tak mintak, camana leh dapat? even yang menulis dalam pilihan UPU, UG22, pun tak tau apa itu sains pemutusan... main masuk jek sebab nak completekan 8 pilihan uni), maka aku memblogkan apa itu sains pemutusan. sekurang2nya, ni bolehlah jadi promo kepada kami, sebab setiap tahun, student kami, kebanyakkannya dipilih oleh kami... bukan mereka yang pilih kami... huhuhu... kesian kan????

oklah... nak mukaddimah panjang, karang ada pulak yang boring membacanya... back to the main topic...

sains pemutusan ni sebenarnya adalah maksud BM daripada perkataan English, decision sciences. kalau kita tgk makna tersirat daripada perkataan english tu, dah boleh tangkap apa tumpuan kursus ni... apa dia murid????

ya.... betul... pandai korang (tetiba leh terjadi macam cikgu pulak... padahal taktau apa yang korang jawab)... iaitu, sains pembuatan keputusan. tapi, bila kita translate betul2, nampak tak catchy pulak... sebab tu, amik sains pemutusan, dasar perkataan putus... alah, kita kan selalu guna kata putus... yang membawa maksud keputusan... so, jadila pemutusan. sapa yang beri nama ni?

berdasarkan sejarah yang sedikit aku ketahui daripada senior2, kursus ini merupakan kursus yang pertama ditawarkan di IPTA malaysia. kalau kat US, kursus ini dikenali dengan industrial engineering, atau management sciences. sebab apa diberi nama unik camtu?

sebabnya, nak cepat dapat kelulusan daripada KPT untuk tawarkan kursus tersebut... sekali hantar dah lulus, sebab namanya unik n takde lagi IPTA yang tawar program ni (alamak, kalau salah, jangan saman aku)... dulu, masa aku majoring pengurusan maklumat masa aku amik program IT, aku belajar jugak sains pemutusan ni. tapi, satu subjek jelah... terus jadi minat... daripada satu subjek, terus ditawarkan menjadi satu program pengajian. kursus ni start ditawarkan di UUM masa tahun kemasukan Jun, 2000, kalau tak silap aku... dah lebih sedekad kursus ni ditawarkan... mana pulak kursus baru... la ni, dengar cerita, ada jugak IPTA lain yang tawarkan kursus ni... tapi maybe nama yang berlainan. dengar2 jelah... taktau betul ke idok...

sebenarnya, program sains pemutusan ni, adalah program yang mengajar bagaimana kita boleh menjadi penganalisa setiap alternatif keputusan yang ada, menggunakan logik sains, iaitu, matematik, statistik, operational research (bidang yang glamer kat UK), ICT dan juga logik2 lain. kalau dalam management biasa, untuk pembuatan keputusan, biasanya kita akan gunakan kualitatif, iaitu berdasarkan kepada akal dan logik semata2, serta intuitif... tapi, kursus ini menekankan teknik2 yang digunakan untuk membantu manager kita buat keputusan.

ada banyak alternatif, kita guna teknik2 pembuatan keputusan, kemudian, kita cuba buat model dengan situasi yang sama dengan masalah tadi, kaji dan nilai alternative, bagi tau buruk baiknya setiap alternatif kepada bos kita, seterusnya, biarkan dia yang buat keputusan nak amik alternatif mana... ok? bleh paham takat ni?

contoh masalah yang perlu decision analyst seperti korang2 yang telah terpilih untuk masuk ke program sains pemutusan ni;

1. di satu-satu universiti, ada lebih kurang 2000 subjek ditawarkan setiap semester untuk diambil oleh lebih kurang 20,000 orang pelajar. macam mana kita nak pastikan, bahawa setiap pelajar tidak akan clash jadual waktunya sebab setiap pelajar ada yang amik subjek wajib uni, wajib skul, serta elektif?

2. ada 10 orang pekerja yang mempunyai kebolehan yang pelbagai. macamana kita nak assign pekerja2 ini, berdasarkan kepada kebolehan mereka dengan tugasan yang ada? camana nak bagi adil pada setiap pekerja?

3. macam mana kita nak pastikan bahawa posmen yang menghantar surat mempunyai jarak yang sama (supaya adil), kos yang rendah, jalan tidak berulang dan sebagainya?

4. macam mana kita nak pastikan bahawa berdasarkan sumber2 yang ada, berapa banyak kos yang dapat kita jimatkan serta kadar keuntungan yang akan diperoleh, serta macamanan kita nak predict demand sesuatu barangan yang telah dikeluarkan?

5. macamana kita nak enhance operasi sesuatu syarikat pengeluaran sekiranya mereka mempunyai sumber2 yang terhad?

6. macam mana nak susun jadual kelas sekiranya saiz sesuatu kelas, bilangan kelas bagi setiap subjek, jumlah pensyarah yang ada bagi setiap pusat pengajian berbeza?

rasanya cukup jek kot aku bagi contoh2 masalah di atas. banyak lagi sebenarnya....

antara subjek2 yang akan korang belajar, maths diskrit, aljabar (bukan mesin aljabar yek), kalkulus (subjek paling aku tak suka, sebab tu dapat C jek), statistik, probability, research methodology (opkos, nak jadi decision analyst, kenelah banyak buat research), programming (nak bantu korang develop system yang boleh sokong pembuatan keputusan), data mining (ada banyak data, senang sikit nak predict apa akan jadi masa depan), teknik2 pembuatan keputusan (banyak sangat teknik2 yang digunakan, jenuh aku nak nulis) dan tidak ketinggalan subjek2 yang wajib amik seperti kenegaraan, tamadun islam, keusahawanan, etc (supaya korang btol2 jadi 'orang')....

ni nak cerita pasal kerjaya dalam bidang ni pulak... sebab ramai beno yang tanya, takut tak dapat kerja... jawapan aku senang jek...

secara dasarnya, asal ada syarikat yang deal dengan masalah dan beberapa alternatif keputusan, bolehlah kita kerja kat sana (ada ke kampeni yang tak pernah ada masalah dan tak pernah deal dengan pelbagai alternatif keputusan.... kan????)...

kat banking boleh (risk managment terhadap pelaburan yang dilakukan),

kat insurans (cara nak jaga pelanngan supaya tak lari ke kampeni lain, risk management) boleh,

kat production kilang boleh (predict berapa banyak keluaran, keuntungan , kos, sumber etc),

IT based boleh (buat sistem yang menyokong pembuatan keputusan),

audit firm (pembahagian tugasan dengan orang perseorangan supaya adil) boleh,

kat JAKIM boleh (predict camana nak majukan ekonomi islam),

kat jabatan kerajaan boleh (camana nak nilai sesuatu polisi itu berkesan atau tidak, contohnya, pencen 60tahun),

kat sekolah boleh (camana nak susun jadual kelas, atau jadi cikgu maths),

kat tesco (camana nak pastikan line kaunter pembayaran tidak terlalu panjang nak elakkan pelanggan lari),

kat ptptn boleh (camana nak buat unjuran pendapatan supaya lebih ramai org leh buat pinjaman),

kat pejabat pos boleh (macam masalah kat atas tu),

dan banyak lagi... jenuh aku nak pk n taip...


tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiii......

kenelah pandai bawak diri serta promot diri sendiri... cerita apa yang telah dipelajari n camana nak apply pada satu2 masalah dalam syarikat yang kita pilih.

ini, kalau dah belajar sampai sem 6, bila tanya apa yang dah belajar, apa yang boleh apply, teragak2 nak cakap, camanalah nak dapat keje. even kalau lulusan medical DR atau pharmacist pun, kalau tak reti atau tergagap2 nak bercakap apa kesan ubat terhadap pesakit, camanalah hospital nak amik keje... kan????

sebab tu, aku selalu cakap pada student2 final sem...

masa nak buat resume n nak apply keje, cuba senaraikan projek2 yang telah dibuat, dari sem satu sampai sem 6... pastu ceritakan teknik apa yang korang buat, masalah apa yang korang buat... biarpun projek setiap subjek taklah sebesar mana, tulis jek (mana depa nak tau kan, kalau korg tak cerita).... ceritalah yang menampakkan bahawa kita ni, boleh bantu dia untuk macam2 perkara... termasuklah dalam pemilihan kopi untuk diminum dan pemilihan kertas untuk dibuat conteng2 (jimat sumber).... tu kalau takde idealah nak cerita apa itu sains pemutusan.

what ever it is, pasal kerjaya ni, nasihat aku, toksahlah nak pikiaq dulu.... ada 4 tahun nak blajar apa tu sains pemutusan... apapun, semuanya bergantung kepada rezeki kita...

kengkadang, orang yang ada engineering degree pun jadi pelakon... orang yang ada ada degree master dalam law jadi tukang masak... orang yang ada phd dalam construction pun jadi counselor... ada sorang x-student sains pemutusan, jadi producer la ni... antara terbitan video clip dia, najwa latif (hat ni jek aku kenal, hat lain, tak kenal)... ditanya aku, apa yang dia boleh apply sains pemutusan dalam penerbitan video? jawapan aku, ketelitian untuk cut paste, edit tu boleh apply dalam sains pemutsuan. kan belajar untuk jadi minda analitikal... so, tulah boleh apply (berkerut dahi aku apa boleh diapply dalam production house ni)....

bagi aku, agak2 kalau boleh apply apa yang kita belajar, apply lah... apa yang takleh, takyah pening2 kepala nak apply... mau jadi gila isim nanti...

ok tak penerangan yang diberi ni? harap2 ianya membantulah serta dapat mempromotkan sains pemutusan. so, tahun2 kedepan, takdelah orang tanya lagi...

"SAINS PEMUTUSAN????? APA TUH??????"

12 Julai 2017

entry ni aku edit sikit masukkan senarai nama jawatan dan company yang alumni kami bekerja. yelah, kenalah bagi bukti apa yang aku cakap ni. nak tunjukkan, graduan sains pemutusan boleh masuk dimana2 bidang dengan syarat pandai "jual diri".

kalau amik accounting, jawatan dia accountant, kalau amik medic, nama jawatan doctor, kalau amik engineering, jadi engineer. tapi... bila amik sains pemutusan ni, aku macam payah nak bagi nama jawatan khusus. sebab ada banyak sangat nama jawatan dan depends kepada department mana depa duduk.. jaranglah ada company buh nama jawatan decision scientist... masa nak kene jumud program ni (sebab tak ramai students mintak dalam UPU, nama pelik sangat kot???), geng2 kami terpaksa trace balik alumni kami. hasilnya... erm... rupanya, banyak jugak yang hebat2 kerjanya ek... alhamdulillah... cer tengok gambar di bawah...

nama company dan nama jawatan alumni SQS

aku harap dengan penerangan ni, ramailah akan appreciate "sains pemutusan" tu... harap2 lepas ni, takdelah kata, 

"gelap masa depan dapat program sains pemutusan ni"...


tuanpunyablog: terputus-putus keputusan yang telah kuputuskan untuk diambil...

Saturday, 30 June 2012

tak salah berbaik sangka kan???

assalamualaikum,

musim euro ni, aku teringat satu kisah yang membuatkan aku rasa bersalah dengan salah seorang sahabat aku ni...

masa musim piala dunia dulu (tak ingat pulak tahun bila), sahabat aku ni sebuk menampal kat dinding rumahnya dengan jadual perlawanan piala dunia tersebut... maka aku dengan  selamba rocknya, menegur beliau dengan berkata:

"Fuiyoooo... siap tampal lagi jadual perlawanan... semua siarannya pukul 3 4 pagi camtu..."

"saja jek tampal..."

"patutnya jadual ni kene tukar... tulis solat tahajjud kol 3 pagi, hajat, kol 3.30 pagi, baca quran kol 4.00 pagi...." kata aku sambil ada unsur2 memerli...

"amboi... hang, perli aku nampak... mentang2lah hang tak minat... aku rasa kalau hang minat, sama jugak macam aku... "

aku tergelak...

tak lama lepas tu, aku cerita kisah ni dengan salah seorang sahabat aku yang lain... sambil gelak2...

"ko ni.... tak elok ko cakap macam tu... ko tau ke apa yang dia buat sebelum atau selepas match tu? manalah tau dia buat solat malam ke, zikir ke... kan??? ko nampak benda yang buruk jek... benda baik takde pulak ko nampak. siap perli2 dia lagi???"

"dia tak tunjuk atau cakap... camana aku nak tau?" kata aku membela diri... sebenarnya dah rasa bersalah sangat tu...

"logiklah sikit ko ni... takkanlah nak bagitau satu dunia dia bangun malam nak tgk bola... sebelum tgk bola tu, dia solat malam n buat amal dulu... sekurang2nya, dia bangun malam tgk bola, mana tau dia buat solat malam... daripada ko, tak bangun langsung... walaupun ko tak tgk bola, tak bangun malam, manalah tau dia buat qiyam dulu kan... ko ni pun... lenkali, nak cakap, tgk2 dulu..."

betol jugak apa yang member aku cakap... aku pun silap jugak... dok tengok keburukan jek... sekurang2nya, dengan adanya bola tu, ada jugak orang buat tahajjud, hajat etc... dalam setahun ada jugak buat... hat aku???  NAN ADOOOO...

teringat kisah seorang sahabat yang sanggup berhabis duit sebab nak beli no plat... di letakkan dalam status FBnya... maka, ada seorang kalangan kawan2nya mengomen...

"daripada beli benda2 yang tak berfaedah, baik bagi duit tu kat golongan miskin, yatim piatu etc, dapat jugak pahala..."

 kemudian komen berikutnya yang dipos kan oleh seorang sahabatnya yang lain (lebih kurang);


"biarlah dia nak buat apa pun dengan duit dia tu. kita bukan tau tah2 dah berjuta2 RM dia sedekah... cuma dia tak nak bagitau... karang bagitau, ada pulak yang mengata, menunjuk2, riyak etc... bagi kita, mungkin tak berfaedah... tapi bagi dia, puas hati bila dah dapat benda tu... samalah macam kita, beli kereta macam sebesar bas, handbag prada, gucci, etc, rumah sebesar alam, moto besar, ubah sana, ubah sini, sampai sanggup habis beribu berjuta ringgit... janji puas hati kita dapat benda tu... ikutkan rumah sekecil lubang kubur, kereta sekecil keranda, handbag plastik, moto kapcai pun dah cukup kan? tapi sebab kita nak hidup dalam kepuashatian, kita beli semuanya besar2 belaka... kenapa tak kita TAK SEDEKAHKAN jek duit yang kita gunakan tu, kan?

sangka baik bro... jangan cepat menilai orang..."


terkesima membaca pos komen sahabat kepada sahabat aku tu... sebabnya, pada mulanya aku pun sama seperti komen yang mula2 tadi...

komen orang macam2, tapi sebenarnya,

meludah ke langit, terkena muka sendiri...

tuanpunyablog: nak senang, tak nak kaya... kaya tak semestinya senang, tapi kalau senang, mesti kaya kan??????

Friday, 15 June 2012

M (dot/titik) Kala

assalamualaikum,


dua minggu lepas (nak cerita lama dah, pastu, bz dengan macam2 kerja, terpaksa ditangguh sekejap), aku dengar sinar (biasalah, jiwa lama kan) masa on the way p keje. kisah yang dibincangkan pada pagi tu ialah pasal nama samaran. paling best aku dengar nama samaran, dobot. hasil daripada peninggalan seekor kucing. atuk dia yang panggil. nama bukan main sedap, pastu satu kampung kenal dia ngan nama dobot. tapikan sedap jugak nama tu... unik...

aku ni banyak jugak nama samaran... arwah atuk penah bagi... tapi tak melekat. bagsu jugak tak melekat, sebabnya, kalau orang cina dengar atuk aku panggil aku, kompom korang tergelak besar. sebab maksudnya jadi lain... tapi dalam banjar, maksudnya lain... lupa pulak apa maksudnya. apa atuk aku panggil? hanya aku dan adik beradik aku jek yang tau... nway, nama yang samaran yang melekat sampai sekarang, awi. aku taktau camana dapat nama tu... maybe atuk atau nenek aku bagi jugak kot. lupa dah mana dapat nama tu. kelakar jugak, sebabnya, aku teringat pasal nama awi nilah, ramai kawan2 aku yang masa datang umah aku untuk kenduri kawin, cerita...

"ingatkan dah salah rumah... sebab bapak ko kata, makan dulu ye, awi tak sampai lagi..."

aku sebenarnya nak cerita perihal seorang kawan aku ni... pasal nama samaran jugaklah. tah, bila dengar jek pasal nama samaran ni, terus ingatan aku pada kisah ni...

masa kami ditingkatan tiga (ada beberapa orang yang aku rapat sampailah la ni - dah hampir 20 tahun kami bersahabat baik), kami selalu jugak diundang oleh seorang abg ni untuk tidur dirumahnya. selalunya, masa bulan puasa lah... masa bulan puasa, kat SAMTTAJ mmg dibenarkan untuk balik setiap minggu. maka, hari jumaat tu pun, kami ke rumah abg tu... kami panggil abg tu, dengan panggilan kanda rofol. sebabnya, rambutnya yang ikal. biasalah, aku sendiri depa panggil burung, sebab kurus sangat... senang terbang katanya...

biasalah, bila nak kerumah orang tu, kenelah beli apa2 buah tangan tuk diberi kepada tuan rumah. jadinya, sampai ke kelang, kami pun singgah kat kedai buah untuk beli buah...

"kita beli buah epal ok tak?" tanya aku.

"kita kene beli buah yang kita nak makan..." jawab seorang sahabat aku.

"apsal pulak?" tanya aku balik...

"yelah, nanti buah tu dia akan hidangkan tuk kita jugak. kita jugak yang makan. jadinya, kene amik buah yang kita nak makan lah..."

Chettttt!!!!!! punyalah tak ikhlas nak bagi buah... biasalah, budak2 tak matured lagi... lelaki kan lambat matured...

selepas berbuka puasa, kami pun ikut kanda rofol ke surau belakang rumahnya... indahnya suasana kampung... suka sangat. lepas lapan rakaat (surau tu buat 20 rakaat) kami pun pulang ke rumah kanda rofol. sebelum tdo, kami dok sembang2 dengan kanda rofol. sahabat kami yang sorang ni, sedang membelek sekotak kaler kat atas meja tulis...

"M. (dibaca m dot) Kala (sebut kaler)??? eh, abg ............, adik abg yang mana nama MOHAMAD KALER?"

"mohamad kaler? eh, mana ada?" jawab kanda rofol.

"ni, kat sini tulis, M.Kala.."

"meh sini, aku tengok... " aku pun cuba amik kotak pensil kaler tu kat daripada sahabat aku ni...

"M.Kala... erm.... Magic Kala la... bukan MOHAMAD KALA. ni kan kaler magic.." kata aku spontan...

maka, terhamburlah gelak kami sampai berair mata... sampai sekarang, adakalanya, kami panggil sahabat tu dengan panggilan mohamad kala...

tuanpunyablog: sedih bila terdengar berita salah sorang sahabat kami kehilangan ayahnya pula... yatim piatu sudah sahabat aku sorang tu...

Wednesday, 23 May 2012

luahan hati seorang pengajar...

assalamualaikum,

seorang pegawai audit sedang meneliti fail seorang pensyarah dan bertanyakan pelbagai soalan, lagaknya seperti seorang pegawai penyiasat... alhamdulillah, pensyarah tersebut berjaya menjawab semua soalan dengan kompiden... kemudia satu soalan yang membuatkan pensyarah tersebut tersentap;

'kalau saya kira kedatangan pelajar ni kurang daripada 80%. kenapa Tuan/Puan X (terpaksa dirahsiakan nama dan jantina atas faktor2 keselamatan dan kesejahteraan umum) tak halang pelajar ni daripada amik final exam?'

'eh, ye ke? saya ni sebenarnya jarang nak suka-suka halang student dari amik final exam. lagipun, student ni bila saya tanya ngan dia, dia cakap sakit. saya tanya jugak ngan dia, ada surat Dr tak? pastu dia cakap, saya ni sakit perempuan... camana nak ada surat Dr. so, saya pun taknaklah bar dia, sebabnya dia ada alasan yang saya kira, kukuh jugaklah...'

'tak bolehlah macam tu. Tuan/Puan X kenelah ikut peraturan. Dah cek ke btol atau tidak dia sakit? kengkadang ni, depa jadikan alasan jek tak datang... Tuan/Puan X cuba cek kelas2 dia yang lain... tgk macam mana. macam puasa jugaklah, alasan paling glamer tak posa, sebab uzur... bla... bla.... bla...' (kene brainwash)

bila sahabat aku ni menceritakan kisah dia kene intebiu ngan pegawai audit, teringat sorg kawan aku suatu ketika dahulu. nama, uni tempat dia mengajar serta subjek yang dia ajar, biarlah menjadi rahsia.

disebabkan pelajar dia ni selalu sangat tak datang kelas tanpa memberikan sebarang surat atau alasan yang munasabah dan juga munasarawak, maka dia amik keputusan untuk halang pelajar tersebut.

bila pelajar ni dapat jek slip exam, maka dia terus ke pejabat hal ehwal akademik (HEA) mengadu tentang nasibnya... sahabat aku ni kata, taktau apa alasan yang diberikan oleh pelajar yang kene halang ni kepada pegawai yang menguruskan HEA ni. tak lama kemudian, sahabat aku ni mendapat panggilan daripada pegawai tersebut. pegawai tersebut menyarankan agar menarik balik pelajar halangan menduduki peperiksaan akhir pelajar tersebut. kemudian, sahabat aku ini pun menulis surat tarik balik halangan pelajar tersebut.

seminggu selepas itu, sahabat aku ini pun mendapat surat daripada pihak pentadbiran uni. antara isi kandungan surat tersebut mengatakan bahawa sahabat aku ini cuai dalam menjalankan tugas sebagai sorang akademik, kerana telah tersilap menghalang pelajar yang tak sepatutnya. surat tersebut, telah dimasukkan dalam fail peribadi.

tengok? baiknya hati sahabat aku ni, sampai terpaksa mengotorkan nama sendiri atas sebab kasihan kan student tersebut? tapi, student tu, takde pulak nak ucapkan terima kasih ke, apa ke... tau2, mengutuk pensyarah.

benar, aku tak nafikan ada segelintir pensyarah yang terlalu skima. tapi depa jugak manusia. kebanyakkan sahabat2 aku yang menjadi pensyarah, semuanya bagi peluang kat students. takdelah yang sesuka sesuki hati nak buat 'onar' kat student. janganlah salahkan pensyarah jek kalau kita sendiri yang taknak bagitau apa masalah kita sebab apa tak datang. pensyarah jugak berusaha jugak nak tau apa masalah students, macam sorg sahabat aku ni, siap tepon, tak angkat, msg, tanya kat kengkwn dia... pastu baru amik keputusan halang dari exam... aku pun habaq ngan dia, at least hang dah usaha mencari dia... tapi, dia kesian jugak kat student ni... kang, kalau tak halang, sat g, pegawai audit datang, nak jawab apa, ye dok????

terbaca satu post student kat FB. marah betul dia kat pensyarah sebab pensyarah dok perli2 dia depan students yang lain... btol... aku tak nafikan bahawa pensyarah tersebut telah memalukan student tu. cuma aku tak berapa berkenan bila dia kata, dia ada haluan n cita2 dia sendiri, jadinya, paper tu dia rasakan dia tak perlu nak amik dan tak perlu nak datang kelas semata2 nak grad.... erm... no komen... cuma bagi pendapat aku, jangan terlalu sombong sangat... sebab kita taktau apa akan jadi masa depan kita.

teringat seorang bekas pelajar aku, amat2 tak suka amik stats. katanya, dia bukan nak guna pun bila keje nanti. bila dia cakap camtu, aku cuma leh bagitau dia,

'saya nak buat macam mana... bukan saya yang tetapkan apa yang awak kene amik... apa yang perlu... so, nak tak nak, awak kene habiskan jugaklah... dah itu peraturannya... saya bukan taknak tolong, tapi kalau awak sendiri yang takmo datang kelas, tak buat segala assignment yang disuruh, saya nak bagi markah macam mana. tak fairlah kepada student2 yang lain.... '

mujurlah dia buat apa yang aku suruh buat. dan akhirnya, lulus jugak setelah tiga kali amik... bila try kontek dia balik tanya keje kat mana... ni jawapan dia...

'KAT JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA..'

'eh, bukan tak suka stat ke???????' tanya aku gelak2....

tuanpunyablog: hampir ke penghujung semester... lepas ni, lehlah aku (BERANGAN) mengarang paper2 tuk submit kat jurnal kan????