assalamualaikum,
musim euro ni, aku teringat satu kisah yang membuatkan aku rasa bersalah dengan salah seorang sahabat aku ni...
masa musim piala dunia dulu (tak ingat pulak tahun bila), sahabat aku ni sebuk menampal kat dinding rumahnya dengan jadual perlawanan piala dunia tersebut... maka aku dengan selamba rocknya, menegur beliau dengan berkata:
"Fuiyoooo... siap tampal lagi jadual perlawanan... semua siarannya pukul 3 4 pagi camtu..."
"saja jek tampal..."
"patutnya jadual ni kene tukar... tulis solat tahajjud kol 3 pagi, hajat, kol 3.30 pagi, baca quran kol 4.00 pagi...." kata aku sambil ada unsur2 memerli...
"amboi... hang, perli aku nampak... mentang2lah hang tak minat... aku rasa kalau hang minat, sama jugak macam aku... "
aku tergelak...
tak lama lepas tu, aku cerita kisah ni dengan salah seorang sahabat aku yang lain... sambil gelak2...
"ko ni.... tak elok ko cakap macam tu... ko tau ke apa yang dia buat sebelum atau selepas match tu? manalah tau dia buat solat malam ke, zikir ke... kan??? ko nampak benda yang buruk jek... benda baik takde pulak ko nampak. siap perli2 dia lagi???"
"dia tak tunjuk atau cakap... camana aku nak tau?" kata aku membela diri... sebenarnya dah rasa bersalah sangat tu...
"logiklah sikit ko ni... takkanlah nak bagitau satu dunia dia bangun malam nak tgk bola... sebelum tgk bola tu, dia solat malam n buat amal dulu... sekurang2nya, dia bangun malam tgk bola, mana tau dia buat solat malam... daripada ko, tak bangun langsung... walaupun ko tak tgk bola, tak bangun malam, manalah tau dia buat qiyam dulu kan... ko ni pun... lenkali, nak cakap, tgk2 dulu..."
betol jugak apa yang member aku cakap... aku pun silap jugak... dok tengok keburukan jek... sekurang2nya, dengan adanya bola tu, ada jugak orang buat tahajjud, hajat etc... dalam setahun ada jugak buat... hat aku??? NAN ADOOOO...
teringat kisah seorang sahabat yang sanggup berhabis duit sebab nak beli no plat... di letakkan dalam status FBnya... maka, ada seorang kalangan kawan2nya mengomen...
"daripada beli benda2 yang tak berfaedah, baik bagi duit tu kat golongan miskin, yatim piatu etc, dapat jugak pahala..."
kemudian komen berikutnya yang dipos kan oleh seorang sahabatnya yang lain (lebih kurang);
"biarlah dia nak buat apa pun dengan duit dia tu. kita bukan tau tah2 dah berjuta2 RM dia sedekah... cuma dia tak nak bagitau... karang bagitau, ada pulak yang mengata, menunjuk2, riyak etc... bagi kita, mungkin tak berfaedah... tapi bagi dia, puas hati bila dah dapat benda tu... samalah macam kita, beli kereta macam sebesar bas, handbag prada, gucci, etc, rumah sebesar alam, moto besar, ubah sana, ubah sini, sampai sanggup habis beribu berjuta ringgit... janji puas hati kita dapat benda tu... ikutkan rumah sekecil lubang kubur, kereta sekecil keranda, handbag plastik, moto kapcai pun dah cukup kan? tapi sebab kita nak hidup dalam kepuashatian, kita beli semuanya besar2 belaka... kenapa tak kita TAK SEDEKAHKAN jek duit yang kita gunakan tu, kan?
sangka baik bro... jangan cepat menilai orang..."
terkesima membaca pos komen sahabat kepada sahabat aku tu... sebabnya, pada mulanya aku pun sama seperti komen yang mula2 tadi...
komen orang macam2, tapi sebenarnya,
meludah ke langit, terkena muka sendiri...
tuanpunyablog: nak senang, tak nak kaya... kaya tak semestinya senang, tapi kalau senang, mesti kaya kan??????
2 comments:
manusia memang suka fikir negatif dulu. suke sangat buat hipotesis yang tak tentu hala semakin itu
Org kita byknya mcm tu la Jep, cpt menilai, cpt jatuh hukum, tu yg hub jd mudah rapuh.. Tipon x angkat d kata sombong, x visit ke rmh d kata anti social, hakikatnya kita tau ka situasi sbnr dia, bukan semua benda boleh drungkai dgn kata2 bleh d selesai dgn alasan dan sebab.. Tp sbnrnya apa yg kita rasa & pandang adalah hakikatnya diri kita sendiri, itulah diri kita.. Bg KFa sifir hidup mudah saja, asal dia x kacau hidup kita x kacau famili kita biaq p la, kitapun sama, nak ambik kira mulut hati jiwa otak manusia memang kata org Swak 'tak terkabe'.. So asal kita x usik org x susah org, jln lah dgn langkahan kita seterusnya, selebihnya serahkan pd Dia yg Maha Tahu setiap lintasan hati manusia.. Sesungguhnya yg tergambar d zahir bukanlah menceritakan hal sebenar segala cerita, so ambillah seadanya shj.. - KFa
Post a Comment