kali nak cerita pasal Brunel University, UK plak. sebab ramai jugak yang tanya lebih2 lagi sekarang ni. nak jawab satu2 pertanyaan senang... tapi bila dah ditanya soklan yang sama oleh orang berbeza, payah jugak nak tulis kan... yang ni based pada aku punya pengalaman dan beberapa kawan2 aku yang pernah menghuni sekitar uxbridge tu... la ni, hanya tinggal kenangan jelah... chewaaaahhhh!!!!
aku start masuk brunel dibawah tajaan KPT dan UUM pada tahun 2008. datang kesana tanpa isteri dan anak aku sorang (masa tu lah). sesampai sana, ada yang tolong amik aku, kak aida. satu skul ngan aku kat UUM. mujurlah dia datang amik, kalau tak, terkontang kanting aku kat epot terminal 3 tu... dengan seshak2 lagi... tahun 2009, baru bawak isteri ngan ilham, anak sulung.... masa tu, abg beib yang tolong amik, abg khir tolong carikan rumah... serba sedikit lah tentang aku kat brunel (macam orang nak amik tau kan????)
masa first time sampai... dok kat accomodation Brunel. nak dok lama2 umah abg beib ngan kak ina, segan plak....
aku teruskan dengan info pasal brunel ni... tapi just nak ingatkan, keadaan mungkin berubah... sebab last aku menjejakkan kaki kesana, bulan Mac 2012. so, lepas2 ni, maybe akan berubah...
1. kat mana area brunel ni ek?
brunel ni terletak dalam zon 6, dalam lingkungan london. sebab tu rate untuk elaun dia rate A. kawasan yang berdekatan dengan ni ialah cowley, hayes (selalu beli pizza ngan chiken cottage kat sini), southall (tempat macam masjid india), uxbridge (bolehlah dikatakan sebagai bandar dia), hillingdon (hospital paling dekat), west drayton (kawasan ramai muslim). heathrow epot pun kira dekat jugak... kalau naik bus U3, amik masa dalam 45minit, bergantung kepada traffic. kalau naik A10, cepat sikit, sebab laluan dia tak jauh mana... kalau naik train, lajulah jugak... cumanya, kene p west drayton. tapi, kalau naik kete, 15 minit boleh sampai (dengan standard kelajuan, kalau bawak ala2 sepoi bahasa, sejam pun boleh cecah)... dekat kan?????
2. sewa rumah camana? berapa rate dia? utiliti bills?
kalau ikut pengalaman aku semasa bujang, aku lebih prefer duduk kat hostel. sebab semuanya inclusive termasuk internet and utiliti lain. kalaulah brunel ada sediakan accomodation untuk famili, harus aku amik. tapi sebab dia sediakan hanya untuk yang couple sahaja, maka takleh nak amik... duduk hostel pun, bukan macam malaysia. dalam satu flat, akan ada dalam 7 - 10 buah bilik. setiap flat disediakan sebuah dapur yang akan share semua ahli flat tersebut. kalau ensuite, toilet kat dalam bilik masing2. kalau biasa, toilet kene sharing. tapi bak kata member2 yang penah dok bilik biasa ni (murah sikit), depa ok jek mandi semua... semua, orang2 sana, jarang mandi... so, bilik tu depa yang punya (cam ahmad albab lak)....
kalau nak sewa umah, kebanyakkannya kene deal ngan agent, and kene ikat kontrak. paling cepat boleh breach contract biasanya, 6 bulan. kalau jumpa tuantanah terus, oklah gak... tak perlu nak bayar management fees dan segala fees yang agent makan... bajet sewa masa zaman aku dulu, dua bilik dalam 850 - 900 pounds... tapi aku dapat terus ngan tuan tanah... hikmah kete rosak... so, mintaklah ngan dia, alhamdulillah, dapat 800pound sebulan... tapi sekarang ni, nak cari umah yang 2 bilik, bawah 1k, amat2lah payah.... apalagi yang 3bilik, nak dapatkan bawah 1k... semuanya atas 1k. tapi rezeki semua tu... kalau dapat alhamdulillah... dari segi utiliti, gas ngan letrik (kengkadang disekalikan) akan makan dalam 60 - 120 pounds sebulan, bergantung kepada penggunaan heater (musim sejuk). aku dulu, musim sejuk, penah cecah dekat 150pounds sebulan.... tapi masuk summer jek, dalam 40 - 60 pounds jek... air pulak, bil dihantar 3 bulan sekali... aku penah kene air sampai dekat 270pound untuk 3 bulan tu (catatannya disini).... depa bajet aku buat kolam ikan kot... tapi basically, dalam 50 - 80 pounds lah, kalau tak silap aku (lupa plak, sebab dah lama).... internet plak... kene pasang phone sekali... alah, macam malaysia... aku dulu, phone ngan internet dalam 25pounds... so, maybe dah naik sikit kot.... owh, lesen tv jangan lupa bayar... kene bayarlah wei... ingat free ke semua? banyak cantik...
so, kalau orang tanya aku, dok hostel ke sewa luar, aku lebih prefer dok hostel... bayar sekali, takyah pk nak bayar benda lain...
3. kete kat sana murah ek?
ha, murahlah kalau nak dibandingkan dengan malaysia. aku beli ford galaxy seven seaters yang dah 9 tahun, reganya dalam 800pounds... cuba darab ngan 5. ada ke kete kat malaysia ni, MPV reganya dalam RM4000? kalau ada pun, kancil atau kelisa. hat lain, mimpi jelah... tapi tu zaman aku beli, 2009. lepas tu, macam2lah rosak... tulah berlagak sangat. ada member beli rega tak sampai 1k pounds, sampai 4 tahun, elok jek kalan ketenya... takpelah rezeki masing2kan... kat sana, nak beli kete, view, test drive (kalau nak), bayar duit, beli insuran (online), jalan.... bak kata member aku, macam beli sayuq kat tepi jalan... senang....
kete mmg murah... tapi nak bayar insuran tu, sakitlah sikit.... setahun almost 1k lebih (depends pada jenis kereta)... so, bulanan dalam seratus pound lebih lah... dah naik dah sekarang ni... masa aku pakai galaxy tu, dalam 80pounds... lepas tu, aku tak pakai dah... tapi, yang bestnya, kalau eksiden, takyahlah nak susahkan diri kerut2 dahi, pikiaq nak bayaq lagu mana... semuanya insuran cover... macam aku... dok p langgaq kete merc jiran aku, sampai 'telinga' patah, pintu kemek masuk kedalam (catatannya disini).... bak kata nize, 'oklah tu, kat sana jek leh langgaq merc...' tuan punya merc siap melawat aku sebab aku menggigil ketakutan... berbaloilah dengan apa yang dibayar, ye dok...
kawasan umah.... ni umah kedua... umah pertama tak tahan dengan jiran kerek yang berada dibawah telapak kakiku (dok umah tingkat satu, dia tingkat bawah). tulah ford galaxy ku.... biarpun selalu rosak, tapi banyak jasa ooooo.... termasuklah jadi prebet sapu amik orang kat epot...
kalau yang bujang, aku suggestkan naik jek public transport. PT kat sana, sangat2 reliable. cuma mahal sikitlah. bus, sekali naik 1.35pound, kalau tak silap. kalau tube, depends pada zone mana nak p. kalau pakai kete ni, nak kene pk macam2, insuranlah, minyaklah (harga seliter based pada rega minyak dunia), parking lah (kene bayar), service lah... tu blom kete rosak lagi, macam aku.... rosak kat highway lah, rosak kat umah lah, rosak kat umah orang lah...
4. perubatan camana?
kita akan di assign dengan sorang doktor kat certain2 tempat kat situ, based pada alamat kita. kalau kita sakit ke, demam ke, so, kene ke doktor inilah... kat sana semuanya kene buat appoinment kalau nak buat melawat doktor. tak boleh nak terjah2 jek ek... nak p klinik swasta, takde lah plak. pastu Dr sana, jarang sangatlah nak bagi ubat demam ke, batuk ke... semuanya dia kata akan baik natural. ada member aku, sampai tak larat nak bangun, tak jugak di bagi ubat. hat sorang lagi, lagi best... siap balik malaysia lagi sebab demamnya tak baik2 dekat seminggu, walaupun dah jumpa Dr... terkejut aku dia kata dia balik... kayanyeeeeeeeeeeee dia kan????
ubat2an kat sini semuanya free kalau bawah 16 tahun... tu pun kene ada prescription lah.. jenuh jugak nak dapatkan prescription tu... nak kene buat appoinment, nak jumpa DR, pastu kalau takde apa2, baik sendiri... baik p beli kat pharmacy terus... senang....
kalau ada yang nak merasa free dok hospital lama2, bolehlah planning ada anak made in UK. ramai jugak yang tanya, bila aku cakap, zah ceaser masa melahirkan anak2 kami kat sini... kemudia semuanya terkejut bila aku kata FREE, siap duduk dalam first class (maybe masa tu tak ramai), toilet share ngan bilik sebelah... duduk kat sana dalam 6 hari... sebab zah yang suspected kene joundice, bukan babies... pelik kan?
syok jugak dok spital lama2... maklumlah, dok bilik sorang jek... cuma tak tahan, bila ilham macam2 nak....
5. sekolah plak camana?
kene daftar dulu kat council. pastu, kalau ada kekosong, baru bleh masuk sekolah tu... depa start
6. barang2 keperluan - apa nak dibawak?
kalau ikutkan aku.... bawak ikan bilis banyak2... sebab kat sana, ada ikan bilis... cuma kurang sedap... masa angkut pemili tahun 2009 tu, siap berkilo2 aku bawak ikan bilis ngan udang kering.... sudahnya, sampai nak balik ikan bilisnya tak habis... p sedekah kat orang lain... tamak sangat... yang lain2, maybe cili kering... kalau tumbuh2an tu, macam serai, bunga kantan, daun kari, daun sup, petai, kalau nasib baik, mmg leh jumpa... tapi kene pandai carilah... biasanya aku cari kat chinatown, siap jadi dealer petai lagi dekat member2... pastu, jangan convertlah reganya dengan malaysia.... kalau convert, serai sebatang pun bleh jadi dekat 10hengget.
pasal kene rampas kat kastam tu, aku tak berani nak cakap... ikut nasib jugak. ada jugak yang kene rampas masa bawak serunding, ada jugak yang lepas. ada yang sangkut masa bawak kuih raya, ada jugak yang lepas jek... so, taktau nak cakap... aku ni kira bernasib baik jugaklah... masa datang tahun 2009 tu, penuh ngan barang2 makanan ngan masakan.... alhamdulillah, lepas... sebab masa tu, kastam2 yang ada, tengah sebuk cek beg2 orang lain. aku dengan kompiden nya, jalan jek macam tak bersalah... walaupun masa tu, ada sorg kastam tu, dok pandang jek... maybe dia takleh panggil sebab dia pun ada sorg nak kene check... nasib lah kan????
kalau takut kene rampas, post je pakai jalan laut. masa bawak zah ngan ilham tahun 2009, pinjam address umah abg khir tu pos segala mak nenek barang termasuklah susu ilham. sebab kat sana, payah nak cari jenama yang sama. ada tu ada,
7. solat jumaat camana?
brunel ni terkenal dengan multiracial punya university. kalau nak cari yang omputeh totok (tulen) punya, mmg payah... macam2 kaler ade... ramai jugak muslim kat sini... so, takde masalah nak solat jumaat dalam brunel ni... ada jugaklah tempat2 lain yang buat jumaat jugak... tapi kebanyakkan semuanya pakistan dan bangladesh... so, depa ikut mazhab depalah...
8. bajet nak bawak berapa juta pounds cash kat sana?
bajet untuk sebulan setengah sewa rumah + 200pounds deposit untuk letrik, gas ngan air + lebih kurang 50pounds untuk satu kepala penyewa untuk admin fees kat agent rumah (kalau guna agent) + makan untuk sebulan. so, pukul rata kalau sewa rumah dalam 1000pounds sebulan, jumlah penyewa 2 orang (ada sesetengah agent kenekan jugak bayaran untuk anak2), makan untuk sebulan bajet dalam 400pounds (kalau zaman aku dululah, 200pounds cukup dah, la ni taktaulah 400 cukup ke dak)... so, berapa jumlahnya???? alah, hangpa kiralah sendiri...
FYI, masa zaman aku kat sana, nak bukak akaun bank, kene ada alamat tetap. jadinya, kita kene ada tenancy aggreement. sampai kat sana, tak semestinya kita akan dapat umah terus. lagi2 yang datang time peak season, iaitu bulan 9 - 12. masa tu mmg payah sikit nak dapat umah. ada kalangan rakan2 kami, terpaksa dok travelodge sampai tiga minggu, baru dapat rumah. kebanyakkan sampai sana, baru cari umah. tak main book2... ada satu kes, dah booking, dah bayar deposit. bila dah sampai, nak amik kunci umah, landlord tak suka plak dengan kawan kami ni. agent pulak pandai. dia kata, kalau nak cari thru agent lain boleh, tapi deposit termasuk admin fees tak dipulangkan. agent pulak buat selamba taknak tolong carikan... bila tanya, kata takde umah lagi... taktaulah btol atau tak, atau sengaja nak kenekan kawan kami ni...
nak taknak, sebab lama sangat dok kat hostel brunel tu, terpaksalah burn... cari ngan agent lain. tak pasti plak dia dapat balik atau tak deposit dia lepas dia marah2 kat agent tu... so, lebih baik dah sampai sana, baru cari umah berkenan. payah kalau nak cop2 ni... unless, kalau deal terus ngan tuan tanah.
ada jugak yang takut nak bawak duit banyak2... banyak cara boleh kita buat sebenarnya. kalau ada kawan2 yang boleh dipercayai, bank in kan duit tu kat akaun kawan kita, thru maybank2u ke, guna TT transfer. pastu, bila sampai sana, mintaklah balik... penah jugak orang masukkan duit kat aku. risau jugak, sebab takut hilang... doa2lah tak jadi apa2... alhamdulillah, tak jadi apa2... tapi, sebab masa tu aku tersesak sikit, terpaksa pinjam sikit duit dia. segan pun ye... tapi masa tu mmg nag guna sangat duit... sampai sekarang mengenang jasa2nya... mekaseh na kak min... :)
satu lagi cara... penah jugak aku buat. aku amik tenancy aggreement aku, aku ubah nama kepada nama orang lain, guna alamat rumah aku. yang bestnya, sebab tenancy aggrement aku thru landlord terus... takde agent2... so, dapatlah softcopy. aku cakap ngan raihan ni, nanti bila dah bukak akaun, tukar balik alamat kat website dia... sana semuanya online, senang... dan hari pertama dia sampai, terus leh bukak akaun, walaupun rumah seminggu or dua minggu lepas tu baru dapat... setakat yang aku tau, dia takdelah nak check nama ngan tempat tinggal sama atau tak ngan orang lain... tapi taktaulah sekarang ni kan...
another cara, pastikan kad sini (malaysia) boleh keluarkan duit kat sana. tapi, FYI, sehari cuma boleh keluarkan maksimum 250 - 300 pounds sahaja... so, payah sikit kalau kita nak bayar deposit rumah... boleh, tapi kene meminjam lah... macam aku masa bawak zah ngan anak (masa tu sorg jek anak) tahun 2009. siap meminjam ngan kawan2 lagi, sebab takleh keluarkan duit lebih dari 300pounds. sebenarnya boleh, tapi kene p kaunter lah... masa tu aku tak tau...
ada jugak yang bawak travellers check... kalau tukar sana, orang2 bank sini kata takyah bayar apa2 kan??? ha, jangan percaya sama itu 'fakta'... kita kene bayar jugak komisen dia. tak ingat aku berapa kene bayar. tapi dalam 100pounds tu, adalah certain percent dia amik. masa aku memula sampai, sebab nak tukar duit cash, terpaksalah burn beberapa pounds tuk tukar dari travellers check ke GBP. la ni taktaulah kene atau tak... rasanya, macam still kene lagi...
9. cukup ke dengan elaun yang gomen bagi (sponsorship student)
kalau bujang insyaAllah akan cukup. sebabnya, banyak manalah yang akan guna duit. aku dulu, masa p bujang, leh simpan separuh daripada duit yang dapat tu,leasp tolak hostel. gaji mmg zah ngan anak pakai. so, takleh nak tarik. tapi yang berkeluarga, bagi aku, insyaAllah akan cukup. cuma kene pandai manage lah. sebabnya, bukan saja keperluan kita... tapi keperluan anak2... mujurlah zah dulu jadi baby sitter. dan jugak jual karipap (atas suggestion orang lain). nak kata laku sangat, takdelah. orang2 malaysia jugak yang beli. masa tu, kalangan kami takdelah ramai sangat... dalam 40 - 50 orang termasuk bujang dan berkeluarga...
karipap yang zah buat dan jual... sekali tempahan, 100++ lebih biji... jenuh jugak... walaupun aku cuma menggoreng dan posmen, tapi tetap penat...
10. sampai sana nak buat apa dulu?
hat ni aku bagilah kat mereka kat sana lah ek... biar depa terangkan... sebab depa yang akan bawak korang... orang2 melayu sana pun sangat2 baik... ada sorang pensyarah dari UM pun kat sana, jadi lecturer kat Business School. takpelah, sampai sana, insyaAllah ramai yang akan tolong. tunjuk itu, tunjuk ini... duduk kat sana, dah jadi macam adik beradik. famili terdekat meninggal kat malaysia, buat yaasin ngan tahlil... ada masalah kewangan, pinjam kat orang lain... pendek kata, macam adik beradiklah. panjang kata, bila kita sedikit dan jadi bilangan minoriti, ukhwah kita pun seperti saudara paling dekat...
sejak hantar zah ngan anak2 balik, aku stay lagi umah lama.... landlord suh stay, sampai dia dapat jual rumah ni... sampai kesudah tak dapat nak jual... so, since umah takde perabot dah, apalagi... jadi markas umah ni.,... ajak kengkawan datang baca yaasin... aku pun dapat makan free... maklumlah, bujang...
mana2 yang p tahun ni, puasa masa summerlah ek... lebih kurang 18 - 19 jam. masa dok start posa kat sini, tertanya2 jugak... camanalah aku puasa kat sana ek sebab lama sangat... pelik, tahun2 sebelum ni, ok jek puasa kat sana... 17 - 18 jam... tetiba rasa macam takleh nak cope bila dah start posa kat sini... lupa daratan btol!!!
rasanya, tu jek soalan yang biasa ditanya... semoga korg semua boleh berjaya dunia dan akhirat dengan ilmu yang diperolehi... dugaan tu biasalah... duduk kat memana pun ada dugaan. lagi2 dugaan bila orang2 yang kat malaysia ni, dilanda musibah. macam kami, ayah zah meninggal dunia masa kami kat sana. ada jugak dugaan kat sana... anak meninggal ketika nak dilahirkan. ada jugak dugaan dengan pengajian. kesimpulannya, doklah memana pun... dugaan dan cobaan tu still ada...
apapun, bila penah keluar negara ni (pestaim kuar negara sepanjang hidup, sabah sarawak pun aku tak penah sampai lagi) ni, baru terasa, MALAYSIA STILL THE BEST HOME (ha, macam iklan petronas yang terbaru tak????)!!!!!
penafian: pengalaman masa aku dulu ek... masa tahun 2008 - June 2011. so, mana2 yang berubah, harap jangan saman aku....
tuanpunyablog: tetiba rindu kat supervisor... hakhakhakhakhak...
No comments:
Post a Comment