Wednesday 23 May 2012

Widgets

luahan hati seorang pengajar...

assalamualaikum,

seorang pegawai audit sedang meneliti fail seorang pensyarah dan bertanyakan pelbagai soalan, lagaknya seperti seorang pegawai penyiasat... alhamdulillah, pensyarah tersebut berjaya menjawab semua soalan dengan kompiden... kemudia satu soalan yang membuatkan pensyarah tersebut tersentap;

'kalau saya kira kedatangan pelajar ni kurang daripada 80%. kenapa Tuan/Puan X (terpaksa dirahsiakan nama dan jantina atas faktor2 keselamatan dan kesejahteraan umum) tak halang pelajar ni daripada amik final exam?'

'eh, ye ke? saya ni sebenarnya jarang nak suka-suka halang student dari amik final exam. lagipun, student ni bila saya tanya ngan dia, dia cakap sakit. saya tanya jugak ngan dia, ada surat Dr tak? pastu dia cakap, saya ni sakit perempuan... camana nak ada surat Dr. so, saya pun taknaklah bar dia, sebabnya dia ada alasan yang saya kira, kukuh jugaklah...'

'tak bolehlah macam tu. Tuan/Puan X kenelah ikut peraturan. Dah cek ke btol atau tidak dia sakit? kengkadang ni, depa jadikan alasan jek tak datang... Tuan/Puan X cuba cek kelas2 dia yang lain... tgk macam mana. macam puasa jugaklah, alasan paling glamer tak posa, sebab uzur... bla... bla.... bla...' (kene brainwash)

bila sahabat aku ni menceritakan kisah dia kene intebiu ngan pegawai audit, teringat sorg kawan aku suatu ketika dahulu. nama, uni tempat dia mengajar serta subjek yang dia ajar, biarlah menjadi rahsia.

disebabkan pelajar dia ni selalu sangat tak datang kelas tanpa memberikan sebarang surat atau alasan yang munasabah dan juga munasarawak, maka dia amik keputusan untuk halang pelajar tersebut.

bila pelajar ni dapat jek slip exam, maka dia terus ke pejabat hal ehwal akademik (HEA) mengadu tentang nasibnya... sahabat aku ni kata, taktau apa alasan yang diberikan oleh pelajar yang kene halang ni kepada pegawai yang menguruskan HEA ni. tak lama kemudian, sahabat aku ni mendapat panggilan daripada pegawai tersebut. pegawai tersebut menyarankan agar menarik balik pelajar halangan menduduki peperiksaan akhir pelajar tersebut. kemudian, sahabat aku ini pun menulis surat tarik balik halangan pelajar tersebut.

seminggu selepas itu, sahabat aku ini pun mendapat surat daripada pihak pentadbiran uni. antara isi kandungan surat tersebut mengatakan bahawa sahabat aku ini cuai dalam menjalankan tugas sebagai sorang akademik, kerana telah tersilap menghalang pelajar yang tak sepatutnya. surat tersebut, telah dimasukkan dalam fail peribadi.

tengok? baiknya hati sahabat aku ni, sampai terpaksa mengotorkan nama sendiri atas sebab kasihan kan student tersebut? tapi, student tu, takde pulak nak ucapkan terima kasih ke, apa ke... tau2, mengutuk pensyarah.

benar, aku tak nafikan ada segelintir pensyarah yang terlalu skima. tapi depa jugak manusia. kebanyakkan sahabat2 aku yang menjadi pensyarah, semuanya bagi peluang kat students. takdelah yang sesuka sesuki hati nak buat 'onar' kat student. janganlah salahkan pensyarah jek kalau kita sendiri yang taknak bagitau apa masalah kita sebab apa tak datang. pensyarah jugak berusaha jugak nak tau apa masalah students, macam sorg sahabat aku ni, siap tepon, tak angkat, msg, tanya kat kengkwn dia... pastu baru amik keputusan halang dari exam... aku pun habaq ngan dia, at least hang dah usaha mencari dia... tapi, dia kesian jugak kat student ni... kang, kalau tak halang, sat g, pegawai audit datang, nak jawab apa, ye dok????

terbaca satu post student kat FB. marah betul dia kat pensyarah sebab pensyarah dok perli2 dia depan students yang lain... btol... aku tak nafikan bahawa pensyarah tersebut telah memalukan student tu. cuma aku tak berapa berkenan bila dia kata, dia ada haluan n cita2 dia sendiri, jadinya, paper tu dia rasakan dia tak perlu nak amik dan tak perlu nak datang kelas semata2 nak grad.... erm... no komen... cuma bagi pendapat aku, jangan terlalu sombong sangat... sebab kita taktau apa akan jadi masa depan kita.

teringat seorang bekas pelajar aku, amat2 tak suka amik stats. katanya, dia bukan nak guna pun bila keje nanti. bila dia cakap camtu, aku cuma leh bagitau dia,

'saya nak buat macam mana... bukan saya yang tetapkan apa yang awak kene amik... apa yang perlu... so, nak tak nak, awak kene habiskan jugaklah... dah itu peraturannya... saya bukan taknak tolong, tapi kalau awak sendiri yang takmo datang kelas, tak buat segala assignment yang disuruh, saya nak bagi markah macam mana. tak fairlah kepada student2 yang lain.... '

mujurlah dia buat apa yang aku suruh buat. dan akhirnya, lulus jugak setelah tiga kali amik... bila try kontek dia balik tanya keje kat mana... ni jawapan dia...

'KAT JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA..'

'eh, bukan tak suka stat ke???????' tanya aku gelak2....

tuanpunyablog: hampir ke penghujung semester... lepas ni, lehlah aku (BERANGAN) mengarang paper2 tuk submit kat jurnal kan????

3 comments:

Cetul^ La La said...

hehe,,, tak pasal kena telan balik ludah sendiri,,, perangkaan tuuuuu ;p

mizz jujet said...

betullah... susah jadi pendidik ni..ade banyak dugaannya semoga kita dapat melaksanakan tugas dengan cekap dan amanah... mcm student sy jugakla.. die xlulus.. sy bg peluang repeat tp xlulus jugak.. die merayu-rayu dgn saya... tapi memandangkan sy xnmpk usaha die.. kalau dalam kelas pun xpay attention.. assignment xbuat sungguh...apatah lg nk jumpa sy tanya soalan..susah jugak nak bantu.. huhu

Zawani Amirah said...

moral of the story.. jgn ckp x suke sgt dgn sesuatu subjek..nnt x pasal2 dpt bali ap y kite x suke tu..hehe