Friday, 15 June 2012

Widgets

M (dot/titik) Kala

assalamualaikum,


dua minggu lepas (nak cerita lama dah, pastu, bz dengan macam2 kerja, terpaksa ditangguh sekejap), aku dengar sinar (biasalah, jiwa lama kan) masa on the way p keje. kisah yang dibincangkan pada pagi tu ialah pasal nama samaran. paling best aku dengar nama samaran, dobot. hasil daripada peninggalan seekor kucing. atuk dia yang panggil. nama bukan main sedap, pastu satu kampung kenal dia ngan nama dobot. tapikan sedap jugak nama tu... unik...

aku ni banyak jugak nama samaran... arwah atuk penah bagi... tapi tak melekat. bagsu jugak tak melekat, sebabnya, kalau orang cina dengar atuk aku panggil aku, kompom korang tergelak besar. sebab maksudnya jadi lain... tapi dalam banjar, maksudnya lain... lupa pulak apa maksudnya. apa atuk aku panggil? hanya aku dan adik beradik aku jek yang tau... nway, nama yang samaran yang melekat sampai sekarang, awi. aku taktau camana dapat nama tu... maybe atuk atau nenek aku bagi jugak kot. lupa dah mana dapat nama tu. kelakar jugak, sebabnya, aku teringat pasal nama awi nilah, ramai kawan2 aku yang masa datang umah aku untuk kenduri kawin, cerita...

"ingatkan dah salah rumah... sebab bapak ko kata, makan dulu ye, awi tak sampai lagi..."

aku sebenarnya nak cerita perihal seorang kawan aku ni... pasal nama samaran jugaklah. tah, bila dengar jek pasal nama samaran ni, terus ingatan aku pada kisah ni...

masa kami ditingkatan tiga (ada beberapa orang yang aku rapat sampailah la ni - dah hampir 20 tahun kami bersahabat baik), kami selalu jugak diundang oleh seorang abg ni untuk tidur dirumahnya. selalunya, masa bulan puasa lah... masa bulan puasa, kat SAMTTAJ mmg dibenarkan untuk balik setiap minggu. maka, hari jumaat tu pun, kami ke rumah abg tu... kami panggil abg tu, dengan panggilan kanda rofol. sebabnya, rambutnya yang ikal. biasalah, aku sendiri depa panggil burung, sebab kurus sangat... senang terbang katanya...

biasalah, bila nak kerumah orang tu, kenelah beli apa2 buah tangan tuk diberi kepada tuan rumah. jadinya, sampai ke kelang, kami pun singgah kat kedai buah untuk beli buah...

"kita beli buah epal ok tak?" tanya aku.

"kita kene beli buah yang kita nak makan..." jawab seorang sahabat aku.

"apsal pulak?" tanya aku balik...

"yelah, nanti buah tu dia akan hidangkan tuk kita jugak. kita jugak yang makan. jadinya, kene amik buah yang kita nak makan lah..."

Chettttt!!!!!! punyalah tak ikhlas nak bagi buah... biasalah, budak2 tak matured lagi... lelaki kan lambat matured...

selepas berbuka puasa, kami pun ikut kanda rofol ke surau belakang rumahnya... indahnya suasana kampung... suka sangat. lepas lapan rakaat (surau tu buat 20 rakaat) kami pun pulang ke rumah kanda rofol. sebelum tdo, kami dok sembang2 dengan kanda rofol. sahabat kami yang sorang ni, sedang membelek sekotak kaler kat atas meja tulis...

"M. (dibaca m dot) Kala (sebut kaler)??? eh, abg ............, adik abg yang mana nama MOHAMAD KALER?"

"mohamad kaler? eh, mana ada?" jawab kanda rofol.

"ni, kat sini tulis, M.Kala.."

"meh sini, aku tengok... " aku pun cuba amik kotak pensil kaler tu kat daripada sahabat aku ni...

"M.Kala... erm.... Magic Kala la... bukan MOHAMAD KALA. ni kan kaler magic.." kata aku spontan...

maka, terhamburlah gelak kami sampai berair mata... sampai sekarang, adakalanya, kami panggil sahabat tu dengan panggilan mohamad kala...

tuanpunyablog: sedih bila terdengar berita salah sorang sahabat kami kehilangan ayahnya pula... yatim piatu sudah sahabat aku sorang tu...

No comments: