Friday, 10 August 2012

Widgets

BruneL Uni versus BruneI Uni, UK????

assalamualaikum warahmatulllah...

cerita suatu ketika dahulu;

aku sedang menguruskan borang permohonan untuk melanjutkan pengajian ku di pejabat fakulti. sedang berborak-borak dengan salam seorang staf fakulti, aku ditanya oleh staf tersebut (S=staf; A=aku);

S: jadi jep p sambung study?

A: jadilah kak S. dah nak kene buat jugak, nak wat camana...

S: p buat tang mana?

A: kat Brunel University. sekali ngan kak aida.

S: owh, dekat jek. taklah jauh mana... boleh selalu balik...

A: dekat????????????? (sambil mata terkelip2)

~dalam hati: eh, dia ni dengar BruneL ke BruneI?

salah satu surat yang aku dapat selepas tamat pengajian. kat UK ada ek BruneI uni?


banyak kali dah tersilap dengar sebenarnya. bila cakap jek BruneL, ramai yang dengar BruneI. zaman aku dulu, ramai tak tau ada brunel uni kat UK. even bila aku tanya orang2 yang lama dah dok sana, depa tanya balik, kat mana brunel tu? tak penah dengar pun... yang peliknya, apsal aku penah dengar brunel ni 4 5 tahun (sebelum 2008) yang dulu? aku penah mimpi masuk sini kot naaaa... nway, takpelah. maybe sebab takde pasukan bola yang pemers kat sini, maka depa kata, bruneI uni, UK, instead of bruneL uni. alah, lantak p lah... takde efect sikit pun kat aku... sebelum p bruneL ni pun, aku teringin sangat nak sambung kat BruneI. tapi takde sapa nak reply email aku... 2 3 email lah jugak antar... so, sambung lah kat BruneL, bukan BruneI.

nak sambung lagi pasal entri sebelum ni. ada benda yang orang penah tanya, aku lupa nak masukkan dalam entri sebelum ni...

1. boleh buat part time tak kat situ? ada peluang tak?
zaman aku dulu, tak ramai yang bekerja sambilan... tak kisahlah, yang isteri study suami buat part time ke, atau yang suami buat phd, sesambil tu keje. ada jugak yang kata, susah nak cari keje kat sana. tak banyak peluang. compare ngan kawan2 yang berada di utara, macam liverpool, manchester, etc... depa semuanya keje... siap buat dua tiga keje jugak dalam sehari... tapi phd tetap jalan n habis tepat pada masa. takpelah, rezeki masing2 kan... takdelah aku nak jeles2... jangan ikut aku ni... tak keje pun, pemalas...

banyak2 kami yang antara 40 - 50 orang tu, adalah yang bekerja sebagai floor manager (cleaner) kat spital hillingdon tu, 3 orang kalau tak silap., sv kat costcutter (ala2 kedai barang runcit setelah dinaikkan pangkat sebab rajin), dan jadi tranlater mahkamah (kene banyak travel).... ada sorang member mintak, sebagai floor manager, katanya kelulusan terlalu tinggi. depa tak amik degree. pastu nak ada pengalaman sebagai cleaner. alah, sebenarnya, mmg depa taknak amik... cuma nak bagi alasan jek supaya orang tak kecik ati... cakap jelah terus terang... maybe aku bias, sebab aku tak cari sangat keje, sebab aku ni dah lembab buat phd, sat g, keje, lagilah lembab... cuma aku adalah sekali dua apply tuk jadi pengantar surat khabo kat umah2, surat2 khabo yang free tu... antar email, tak jawab pun... so, paham2 jelah...

tapi ada yang gtau aku, nak cari keje sekitar brunel tu amatlah susah... lainlah kalau ada kabel kwan2 kat sana. bolehlah tolong rekemen. last2, keje sebagai pembantu peperiksaan jek... tu pun dapat last year kat sana, masa tahun 2011. sebelum ni, ada jugak yang keje sebagai pembantu peperiksaan, tapi masa tu, yang lantik skul depa. masa start 2011 tu, baru depa sekalikan... so, depa open offer tuk jadi pembantu peperiksaan tu. cumanya, applicable pada ex-brunel, dan juga yang sedang buat phd. ada juga yang jadi pembantu khutubkhannah (perpustakaan lahhhhh)... jaga waktu malam. pagi balik tdoq... kol 11 sambung wat keje phd... ada jugak... kesimpulannya, ada rezeki, adalah... kalau takde, takpelah... tunggulah rezeki sampai... :)

tu yang phd... yang master plak, seingat aku, zaman2 aku, masa semester berjalan, dari sept sampailah akhir bulan 5, takde yang bekerja. kalau ada pun, lepas depa habis exam (summer break). habis exam pertengahan bulan 5, lebih kuranglah... aku teringat sorg student ni... masa datang elok jek 'sehat' walafiat... lepas 4 bulan, baru terjumpa balik... kurusssssssssss terus... tanya dia, awat jadi lagu tu... dia habaq... bz giler... sampai makan tak betol, tdo tak btol... hari ni hantar 2 assemen, dapat lagi 3 assemen, hantar 1 assemen yang dapat minggu lepas, dapat 4 lagi assemen hantar 2 minggu lagi (macam exaggerate jek???)... lebih kurang camtulah kebiziannya... jadi, ada masa ke nak keje kan? master sana, bukan cam kat malaysia... leh enjoy2, sebab buat setahun setengah... kat sana, setahun jek, sekali ngan disso... terpk jugak aku, kalaulah aku buat master kat sana, mau jenuh aku nak cope... silap2, pengsan... tu kalau akulah... kalau korang, tak taulah... but I'm sure, you will be graduate on time... berapa banyak dah malaysian yang buat master kat sini, takde pulak aku dengar fail. siap dapat distinction lagi.

owh, lupa nak habaq. gaji yang korang dapat tu, dia akan tolak siap2 dengan tax k... every months, bukan yearly ye... orang dok kata, 40% daripada apa yang kita dapat, kasar. tapi percent potongan bergantung kepada jumlah yang kita dapatlah... tak pasti pulak berapa, sebab aku malas nak amik tahu... tapi dulu, aku dapat dalam 300pounds tuk jaga exam, depa tolak dalam 40pounds lebihlah jugak untuk tax. kat sini, apa jek yang tak kene cukai? rumah, kereta, jalan, hatta korang beli barang tu, dia dah siap2 letak cukai.. sebab itulah semuanya free kat sini (takde tol, hospital etc), termasuklah mereka yang tak bekerja depa dapat elaun sewa rumah ngan sara hidup... tapi, sebagai bukan warganegara, nanti kalau nak balik malaysia for good, mintaklah balik tax yang telah dikenakan kat korang tu... aku tak mintak, malas nak bersesak2 kat epot semata2 nak amik 40pounds tu... takpelah, kira bayar untuk hospital yang kami duduk sampai 6 hari tu...

2. kalau ada kes meninggal dunia camana pulak?
wana'uzubillah... tapi sapa tau kan... macam2 boleh jadi. aku amik contoh, sahabat kami yang kehilangan anaknya yang bakal dilahirkan... proses kat sana boleh aku katakan sebagai sangat rumit. mana taknya... banyak sangat prosedur yang perlu diikut...

hat ni, bagi kes yang meninggal kat hospital. aku amik contoh arwah anak sahabat kami tu. kita bukannya boleh bawak jenazah tu keluar daripada hospital. kita kene assign n cari care taker (no wonderlah banyak kampeni yang buat bisnes care taker, sebab semua orang perlu). kene p amik sijil kematian, pastu nak kene bagi sijil kematian... dari proses membawa keluar jenazah dari hospital ke penyediaan keranda sampailah membawa jenazah ke kubur, semuanya care taker akan uruskan. so, kita kene bayar jelah. agak mahal jugaklah, sebab arwah anak sahabat kami ni, kene kalau tak silap, dalam 700pounds lebih. tu, yang kurang prosesnya, sebab tak perlu proper mandi jenazah, sebab meninggal dalam perut. kalau yang proper, maksud aku, orang dewasa, maybe lagi tinggi. penah terdengar cerita, hampir mencecah 3k pounds (ke lebih??? tak ingat)... hat tu proses lagi rumit... nak kene buat report kat apatah namanya... lupa dah...

3. nak kene beli banyak ke baju2 sejuk?
kalau ikut aku, aku tak galakkan beli n bawak baju sejuk banyak2 kat sana. cukuplah beli selai dua untuk diri sendiri ngan anak2... sebab apa, beli kat sini, sangat2 mahal, compare kat sana. unless kalau kita beli kat kedai bundle. hat tu mmg murahlah. tapi kalau beli kat kedai2 yang branded, better beli untuk selai dua jek. sebabnya, kat sana lagi murah kalau kita covert ke RM (hat ni kenelah convert, sebab taknak rogi). lagi2 kalau depa buat sales... takpun, masa mai bulan 9 tu, sempat lagi p carboot. carilah baju2 kat sana... banyak jugak yang murah2 n lawa2... kene pandai carilah...

takpun, p jelah primark tu... murah2 dan banyak pilihan. cuma bukan berjenama lah... tapi tahan jugak sampai 2 3 tahun pakai... 7 pounds dah bleh dapat selai baju sejuk yang ada hood tu... dulu, baju2 izzah ngan iffah, aku beli kat sinilah... ate, nak beli semuanya 2 set, haruslah aku beli kat kedai yang murah. kurang mampu nak beli kat kedai2 branded, macam GAPS contohnya...


destinasi utama bila ke oxford street. PRIMARK. mujurlah aku bukan orang2 branded

rasanya cukuplah takat tu kot naaa... hope these infoS will give you a peace of mind (wah!!!! speaking london sekejap!!!)

best of luck untuk korang semua...

jumpa lagi...

tuanpunyablog: dah tiga minggu lauk sahur aku dan mungkin sampai ke minggu keempat ni lauk yang sama... ya'ani; SAMBAL PETAI.. ate, tu jek yang leh masuk tekak ni... mujurlah banyak orang jual... (ingat aku masak sendiri ke??? takde keje nak masak sendiri. beli 3hengget, tahan 2 hari).


No comments: