Saturday, 19 May 2012

Widgets

bersabarlah sayang...



assalamualaikum kekasih hatiku,

semoga berada dalam keadaan sehat walafiat selalu bersama iman3 kita...

baru sahaja selepas melihat maklumat egtukar... kalau nak tau, sejak semalam abg dok cek... sejak pukul 5 petang semalam. manalah tau, kot2 depa bukak sistem tu cepat kan... yelah, teringat masa tahun 2007, masa zah apply KPLI... patutnya sistem tuk cek kemasukan KPLI tu dibuka esoknya, tapi alhamdulillah... petang tu abg dah boleh cek...

erm... malam tadi, pukul 12.30, tahan mata, semata2 nak cek permohonan zah tuk tukar dapat ke tak. tapi, tak dibuka lagi... takpelah kata abg, maybe esok pukul 8 pagi baru dia bukak kot. kemudian, terbangun pukul 3:30 pagi... mujurlah masa tu, laptop berada atas kerusi, sebelah katil... try jugak cek dengan mata separuh terbuka... masih tak bukak lagi sistem tu...

pagi ni, selepas solat subuh... try cek sekali lagi... tapi, bila keputusan memihak kepada TIDAK DILULUSKAN, hampir hancur dan kecewa jugak hati ini... masa tu, terus terdiam.. tak terkata apa2... abg terus msg zah... maapkan abg ganggu zah pepagi buta...

tapi, kesedihan tu, takdelah macam orang putus cinta, frust menonggeng sampai nak bunuh diri... masih rasional lagi... abg selalu memikirkan, kita merancang, Allah juga merancang... sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik... takpe, kita kene yakin bahawa ini perancangan Allah yang terbaik buat kita. mungkin kita tak nampak baik sekarang, pasti suatu hari nanti akan nampak akan kebaikan nya nanti...

Zah,

ingat tak dulu masa zah apply KPLI yang mode latihan dalam kelas tu? mmg kita berdua yakin yang zah akan dapat p temuduga tu... sebab zah ada pengalaman jadi cikgu selama 2 tahun... dan kebetulan, dengar cerita, KPM mmg nak sangat guru pemulihan... tunggu punya tunggu, tak sampai2 suratnya... suatu ketika, hati abg terdetik nak tgk surat kat pigeonhole students kat Kolej EON. alangkah sedinya, bila terlihat surat panggilan temuduga zah ada dalam tu. sepatutnya, dipejabat, sebab surat felo2 semuanya masuk pejabat. maybe masa tu, depa tak tgk masa nak agih2kan surat... bila tengok tarikh temuduga tu, dah terlewat hampir dua minggu. kebetulan tarikh temuduga tu sama tarikh dengan jangkaan kelahiran anak sulung kita.

Gugur air mata zah kesedihan. abg cadangkan kat zah suh kol JPN, tanya kot2 ada tarikh lain yang boleh zah p. malangnya, pegawai tu cakap, semua temuduga dah dibuat. maknanya, zah takde peluang lagi tuk ditemuduga. kene apply untuk tahun depan lah pulak...

kesian dekat zah. tapi, kesedihan tu, takdelah lama sangat... sebab, tak lama lepas tu ilham lahir. zah pun dah lupa pasal intebiu cikgu tu... tapi dalam tengah pantang tu, abg isi jugak untuk apply KPLI zah dengan tidak menaruh harapan yang terlalu tinggi. alhamdulillah, daripada amik MTEST, intebiu... semuanya zah lepas.

ingat lagi masa abg tgk keputusan temuduga untuk KPLI tu, abg takdelah mengharap sangat. tapi, alhamdulillah... dapat jugak... tulah, hikmahnya zah terlepas intebiu untuk KPLI Mode dalam kelas (apatah nama singkatnya, lupa dah)... kalaulah ditakdirkan zah dapat intebiu tu, n dapat KPLI mode dalam kelas tu,

- zah mungkin akan duduk diceruk2 kedah... yang mana, susah kita nak berhubung. tambah pulak ilham dah lahir masa tu... jenuh jugak kan... dengan famili kita berdua jauh berada di selangor... yelah, dalam borg permohonan tu, mmg dah diberitahu yang cikgu yang dapat mode tu akan dihantar ke sekolah2 dipedalaman...

- lepas tu, abg pulak dapat offer p UK. lagilah jenuh zah nak jaga bebudak. nak apply cuti pun takleh, sebab zah mmg terikat selama tiga tahun... tak boleh mintak keluar...

- lepas tu, zah takleh ikut p london ngan abg...

- bila zah tak p london, tak mungkin kita leh dapat kembar izzah ngan iffah

- dan abg pun tak mungkin leh habiskan study abg... sv abg pun mungkin akan melenting asik2 balik.. asik2 balik... teringat masa dia warning abg 6 bulan pertama dah nak balik malaysia... padahal, takde progress lagi....

zah,

bila pk2 balik... abg yakin... Allah merencanakan yang lebih baik untuk kita sekeluarga... cuma kita tak dapat lihat sekarang... bila kita pandang belakang pada kehidupan2 kita yang lalu, setiap kesedihan yang kita lalu, pasti kita akan mengucapkan syukur pada Allah kerana telah mengurniakan kesedihan pada kita suatu masa dulu...

InsyaAllah, bila Allah merasakan itulah waktu terbaik untuk kita kembali bersama, DIA akan aturkan untuk kita... jangan sedih2 k... salam peluk cium untuk iman3 kita... tetiba jadi sebak...

yang sentiasa menyayangi dan mendoakan iman3 dan dirimu,

-abang-

No comments: