assalamualaikum,
sempena menunggu orang memanggil untuk COPPA dan ISO ni, aku melapangkan diri sebentar untuk menulis.... tengah banyak idea eloklah kita menulis kan....
janji aku pada SV nak setelkan dua paper, tak tersetel2 lagi... teringat pada cerita seorang member, kawan kepada member ni bila dah habis phd, sv dia suruh dia buat paper tuk submit kat jurnal... then, bila dah submit, ada part yang kene betulkan. disebabkan dia dah setel semua, n keje2 melambak lebih2 lagi bila dia dah balik mengajar, maka, selamba rockiah jek dia suh sv dia buat sendiri.. maybe dia ada sebab sendiri kenapa dia taknak buat. mana tau kene tekan n kene perah betul2 dengan sv... n sv yang banyak dapat nama....
macam sorg kawan aku kat brunel, asal present jek, dapat anugerah... asal present jek, dapat anugerah... tapi sv yang dapat berebut nak dapat nama.... bukan lupa diri, tapi aku sebagai pemerhati selama 3 tahun setengah aku tgk dia suffer camana, sebab tu aku berani cakap sv yang banyak 'menumpang' dengan dia...
ha, kalau aku buat macam tu, mau kene sumpah jadi batu oleh sv aku... dahlah banyak benda dah dia tolong... asal ada masalah, aku ngadu, dia tolong... dari mula masuk, sampailah dah hantar correction... sebab tu, aku 'sedaya upaya', diulang, 'sedaya upaya' setelkan dua paper tuk dia... kalaulah ada gajet yang boleh baca pikiran aku ni, kemudian terus tulis, kan bagus... sebab dalam pikiran ni, banyak sungguh idea nak buat... tapi, bila on laptop jek, dok atas meja jek, aku terus jadi hilang pokus... erm... banyak idea tuk menulis blog...
nway, dua tiga hari lepas ada seseorang jumpa ngan aku... daripada borak-borak biasa, sehinggalah masalah2 yang kecik2... aku tertarik nak cerita pasal masalah dia dengan salah seorang kawan yang pernah dia kenal suatu masa dulu... tapi dihubungkan melalui FB. dia cakap;
'pelik jugak dia ni bang... bila saya tanya soklan, trylah post soklan tu kat dia... tak reply pun...'
'dia tak aktif kot...'
'tak aktif menda... selalu jek tgk status dia timbui... kengkadang saya komen jugak kat status dia tu... dengan harapan dia akan balas... tapi, takdak pun....'
'ke mmg sifat dia mmg tak reply komen orang. yelah, ada jugak orang camtu kan... macam wife abg, kengkadang status dia, abg yang tulis... pastu, bila kwn2 dia reply, opkos takkan berjawab... kengkadang tu, kalau pun wife abg yang tulis, dia cuma bukak sat2 jek.,.. pastu, sebuk anak yang sulung tu tgk utube lah, ottromen lah, thomas lah... takdan nak reply... bukan sebab sombong ke apa...'
'erm... tahlah... tapi bila tgk status dia, ada jugak dia reply kwn2 dia... kengkadang tu, terasa macam saya ni, teruk sangat. dia tu bolehlah dikatakan alim jugak... maybe saya ni, tak seperti dia. sebab tu dia taknak layan sangat saya. maklumlah, saya ni, bukan 'minyak wangi'... sebab tu, dia taknak kawan, takut bau yang mungkin 'busuk' akan melekat pada dia... tertanya2 jugak saya, ada hutang ke saya ngan dia, maybe saya lupa ke, apa ke...'
'tak tanya ngan dia?'
'erm... banyak kali saya post, tak pernah dia nak endahkan... entah, naik malas dah nak tanya... rasa macam nak remove jek dia dari frenlist... '
'erm... isk, takyahlah buat camtu... buat apa kita pendek pikiran... camnilah... abg rasa, better (nama budak tu) terus jek komen, post, doa, atau apa2 sahaja yang boleh membuka hati dia balik... kalau dia tak appreciate, biarkan jek... janji kita dah tunaikan tanggungjwab kita sebagai seorang muslim... tipulah abg kata kalau abg jadi (nama budak tu), abg tak amik ati... kita ni manusia... abg pun, dok wish besday orang panjang berjela, tapi orang kata ucapan samalah, copy n paste lah, sama jek macam tahun lepas lah, tak ikhlas lah... kengkadang terasa jugak, apa bezanya dengan orang yang wish happy birthday setiap tahun... cpy n paste jugak kan??? tapi tu dulu lah... la ni, lantak p lah depa nak kata apa... janji kita ingat kat depa... so, samalah macam (nama budak itu)... biarlah dia abaikan kita, janji kita tak pernah lupa akan dia... manusia, biasalah... nak buat camana kan...'
tuanpunyablog: hajat di hati nak bergurau, tapi tak sangka pulak orang tersentap dengan gurauan kita... itulah tajamnya lidah itu daripada mata pedang...
No comments:
Post a Comment