assalamualaikum...
kenapa ek aku takleh nak menyelang2 kan aku punya tulisan ni? padahal, masa menulis, aku selang2kan... takdelah pening org nak baca... nway, takpelah... hampa kan ghajin baca... ni salah satu cara nak menggalakkan mata makin bulat... baca tulisan yang takde selang... seperti bercakap tanpa henti... bak kata org lama... pungqok ayam...
saja nak menyelitkan dua buah kata2 semangat yang kengkadang membuatkan aku terpikir akan kebenarannya... orang kata kegagalan itulah sebenarnya kejayaan yang sebenar... sebabnya, lihat sahaja lumrah kehidupan serta hukum alam manusia....
yang pertama;
'apabila memanah, kita akan menarik kebelakang dahulu, kemudian baru anak panah tersebut meluncur laju kedepan, apabila menembak, kita akan menarik kebelakang picu pistol tersebut kemudian barulah peluru tersebut meluncur laju, oleh itu, jangan takut kita kebelakang (gagal dalam segala hal), kerana insyaAllah suatu hari nanti kita akan meluncur laju kedepan'...
yang kedua;
'ada seorang yang berdiri di atas pentas, menghiburkan penontonnya dengan lawaknya... semua orang bertepuk, kemudian, lawak yang sama juga diberikan, hanya separuh penonton sahaja yang bertepuk, kemudian lawak yang sama juga diberikan, sepertiga penonton yang bertepuk, sehinggalah kali keempat, beliau memberikan lawak yang sama, tiada org yang bertepuk. dan ketika itulah ia berkata 'kalau anda boleh tidak tergelak dengan lawak yang sama, kenapa anda tidak boleh menahan daripada menangis apabila kegagalan yang sama menimpa anda???'
terharu sungguh membaca kata2 tersebut bila aku membaca daripada status beberapa orang sahabatku... dan mulalah aku berfikir sejenak... aku kene mula menanam keyakinan dalam diri bahawa apa yang terjadi itulah yang terbaik untuk kita...
bila baca blog pasal pengalaman org2 yang viva, aku jadi kecut perut... walhal sebelum tu, aku begitu yakin aku akan melepasinya (walaupun masih gigih menulis lagi)... bermula dari tulah, aku kene tanamkan dalam diri bahawa... 'gagal dalam PhD bukanlah gagal dalam hidup, tapi itulah yang terbaik yang Allah suratkan untuk kita, sebab kita minta apa yang kita nak, Allah bagi apa yang kita perlu (kata2 seorang ustaz dalam blognya)....
teringat masa ceramah sebelum aku melangkah ke UK, ada sorang sahabat daripada penceramah tersebut menceritakan bahawa sahabatnya selepas sahaja viva, terus sahaja menuju ke kubur....
tuanpunyablog: redhokanlah aku atas segala ketentuanMU ya Allah....
No comments:
Post a Comment