Thursday, 28 May 2009

Widgets

alfatihah buat ayahanda mertuaku...

salam...

sebagai pembuka bicara, aku nak amik kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada isteriku kerana telah kehilangan ayah tercinta akibat kanser paru2 ptg semalam, kira2 pukul 1 petang... alhamdulillah, zah tenang jek bila menerima berita tersebut melalui sms yang dikirim adiknya... mungkin dah lebih bersedia bila menerima berita yang abah makin tidak sehat sejak kebelakangan ini... dan alhamdulillah jugalah, abah telah pergi dengan elok sekali... bagi aku, itu yang terbaik daripada abah sakit lama2....

satu ketika dulu, ketika aku mula belajar kat asrama, aku selalu terbayang andai aku tidak sempat untuk menatap wajah2 yang tersayang andai mereka pergi dahulu sebelum ku... risau sesangat... tu masih dalam malaysia lagi... tapi kini, jauh berada di Malaysia... apa yang aku takutkan kini, telah menjadi kenyataan. masa abah sakit, aku selalu berdoa, agar biarlah keluargaku semua dipanjangkan umurnya, sekurang2nya selepas aku balik malaysia nanti... tidaklah berasa ralat andai aku tindak sempat menatap wajh2 yang tersayang buat kali terakhir... tapi, siapalah aku untuk melawan takdir, qada' dan qadar yang Allah dah tetapkan sejak di luh Mahfuz lagi...

sejak lepas subuh pagi semalam (berjaga tunggu subuh sebab subuh ngan isyak beza 3 jam jek) aku rasa macam susah nak lelapkan mata... tetiba henset maxis zah berbunyi... msg yang dihantar oleh along, mengatakan abah tengah nazak... masa tu, tak tergamak aku nak kejutkan zah... sudahlah kurang sehat... kemudian takut dia terkejut pulak... dalam pikiranku ketika membaca msg tersebut, terus aku berhajat untuk buat bacaan yaasin sama ada hari ini atau esok. semoga abah cepat sembuh...

bangun pagi semalam lepas membaca mesej adik iparku, aku terus mengejutkan zah... sambil memberitahu dengan perlahan yang abahnya telah pergi untuk selama2nya... sedih jugalah masa tu, sebab zah seorang sahaja anak yang tiada disisi abah waktu abah nak pergi... pagi tu, macam takde mood nak buat kerja... terus aku hantar email kepada rakan2 brunel aku, menyampaikan berita sedih... sambil tu,menjemput dorg untuk hadir sama2 kerumah aku untuk bacaan yaasin dan tahlil... betullah kata orang, bila kita sikit, kita akan jadi rapat... begitulah keadaan kami kat sni, alhamdulillah, ramai yang hadir malam tadi untuk tahlil... dan tak kurang juga yang mengucapkan takziah atas pemergian abah... terharu sungguh aku dengan rakan2 aku kat sni...

ada juga yang bertanya kepada ku... tak balik ke? erm... satu persoalan yang sungguh sukar untuk aku menjawabnya... dan kalaupun alasan yang aku berikan, mana mungkin semua orang akan menerimanya... biasalah, manusia kan... lain padang, lain belalang... biarlah aku simpan sendiri kenapa aku tidak pulang ke Malaysia... ada banyak perkara yang aku kene pikirkan...

elok sahaja slepas abis majlis, dan tinggal famili abang beib dan kak hajjah, pintuku dketuk. rupanya orang bawah yang memberi syarahan kepada aku... spaya jangan mengajak kawan2 datang kerumah... bising katanya... ingat lagi apa yang dia kata... "this is flat, not a house..."

ada juga dia kata... aku ni bernasib baik sebab dok kat tengah2, so kalau dia buat bising pun aku tak dengar... sebab dia dok bawah... erm... nak jek aku kata, apakata kita tukar rumah??? takpun... nak jek kata, "u think i'm lucky? i dont think so, because i have an annoying neighbour"....

tapi alhamdulillah jugaklah aku tak terkata macam tu... coz kalaulah aku hilang akal, mau kene halau aku daripada umah aku ni... lagi2 aku jenis yang malas nak lawan balik...

daripada muka aku senyum dengan mengatakan sorry, terus jadi masam sebab kali ni hujahnya panjang lebar... sampai aku naik muak. nak membalas, aku kehilangan kata2 sebab geram sangat ngan dia... sib baik aku masih boleh bertahan, sebab aku pk jugak, yang sistem kat sini bukan macam kat malaysia, kang tak pasal2 aku kene halau kuar rumah pulak... kali pertama kene tegur, pasal iman hntak2 kaki, rasa bersalah yang amat sgt... kali kedua kene tegur pasal bising ketuk sambal guna lesung batu, rasa kesal jek sikit... kali ketiga.... huh!!! sapa tahan beb... kali ni, bukan rasa bersalah... rasa nak hentak jek kepala dia ngan lesung batu...

aku harap aku dapatlah rumah yang lain sebab aku dah tak tahan dengan minah ronggeng kepala dongga kat bawah umah aku ni...

tuanpunyablog: alfatihah buat allahyarham selamat saliman, ayahanda kepada isteriku, aziszah selamat...

1 comment:

Anonymous said...

ha3..saba jela ye ngn minah tu