Friday 15 May 2009

Widgets

Di Jumaat yang berkat ini...

Ya Allah, dengan keberkatan hari Jumaat ini, aku bermohon kepadaMu,

ya Allah,
Kau mudahkanlah pengajian ku serta rakan-rakan ku yang lain, serta dapatlah kami menghabiskan pengajian kami dengan jayanya, dalam tempoh yang telah ditetapkan,

Ya Allah,
Kau peliharalah seluruh kaum keluargaku dan seluruh kaum keluarga rakan-rakanku dimana sahaja mereka berada, daripada segala mara bahaya, dunia dan akhirat,

Ya Allah,
Kau panjangkanlah umur kaum keluargaku serta rakan-rakanku dan keluarga mereka, dengan umur yang penuh keberkatan daripadaMu,

Ya Allah,
Kau murahkanlah rezeki ku dan keluargaku, serta rezeki rakan-rakanku dengan rezeki yang melimpah ruah serta mendapat rahmat dan berkat daripadaMu,

Ya Allah,
Kau ampunkanlah dosa2ku, dosa kedua2 ibubapaku, dosa kaum keluargaku, dosa rakan2ku, dosa guru2ku, serta dosa2 umat2 yang terdahulu sebelum kami, serta dosa2 seluruh umat islam yang lain,

Ya Allah,
Kabulkanlah segala doa2ku, doa2 keluargaku, doa2 rakan-rakanku, doa2 guru2ku, serta doa2 orang2 muslim sekeliannya,

Hanya kepadamu aku bermohon Ya Allah, kabulkan doa hambamu ini, ya Allah...

amin amin ya rabbal alamiinnn....

bukantuanpunyablog: amiiiiiiiiiiiiiiinnnnnnnnnnnnnnn.....

3 comments:

neda said...

aaaminnnnnnnnnnnnnnnnnnn..:) rakan2tu termasuk aku jugak kan..hehe

che kam said...

amin..amin ya rabul alamin....

tuanpunyablog said...

neda, termasuk sekali laaaaa... hehehe....