salam....
masih dalam keadaan tak sihat. taktaulah nak kata camana... semalam, langsung takleh berbaring... sebabnya, idung aku tersumbat.... huhuhu... sian kat aku... eh, aku kat opis ni (saja nak gtau, sat g org kata aku ni tak p opis plak... ala2, macam riyaklah jugak... huhuhu)... tetiba jek teringin nak menaip sesuatu untuk tatapan sendiri dan anak cucu nanti... semalam, merupakan hari yang paling best sepanjang aku menjadi student kat cni. nak tau sebab apa (kalau taknak tau, anggapkan nak tau la jugak ek), semalam aku mai opis kol 830. waktu paling awal. tapi tu biasalah, sebab aku mmg selalu gak mai opis awal... cumanya, yang menggembirakan hati aku, sebabnya, idea nak nulis tu, penuh diotak. laju betol aku nulis, sehinggakan aku dapat 3 perenggan yang dalam 1 perenggan tu, dapatlah dalam 200 patah perkataan (kira pecah rekodlah, sebab selalunya, kalau dapat banyak perenggan pun, tak sampai 100 patah aku leh buat... sian kat aku yang pemalas ni... huh!!! sapa suh malas... padan muka aku. ...)... boleh dikira satu kemajuan lah jugak... ahaks!!!! erm... aku harap, untuk hari2 seterusnya aku akan dapat jugak idea mengalir begitu laju untuk aku tulis LR ni. at least, aku harap, boleh siapkan sebelum aku coti ni...
tapikan, semalam jugak (pagi buta hari ini ekceli), aku kecewa ya amat. sekali lagi terjadi pada aku, kenapalah aku tak pernah nak amik pengajaran daripada peristiwa yang lepas. apa yang paling mengecewakan bagi aku? bagi aku, perkara yang paling mengecewakan, bila aku dah dapat tau benda tu boleh dapat, saat akhir, tetiba plak tak boleh dapat. amik contoh masa sebelum aku datang ke sini. to be frank, aku sebenranya takde hati pun nak jejak ke UK ni. sampaikan, masa isi borang Brunel ni pun, aku acuh tak acuh. sijil pun, antar tak abis. sebabnya, aku harap sgt zah dapat KPLI, dan aku mengharapkan agar aku dapat Australia, kalau nak balik pun, dekatlah jugak. kemudian, bila Australia aku tak lepas sebab speaking dapat 5.5, maka aku terpaksa gak antar borang Brunel ni kat KPT. aku bajet, takkan lulus. kalau tak lulus pun, bagi aku, itu lah yang terbaik bagi aku. sebab aku mmg tak bajet n takde minat langsung nak p jejauh ni... lagi2 kalau zah dapat KPLI. kemudian, tak disangka2, application aku diluluskan. tak sangka plak aku bleh lulus. sebab masa tu, kouta dah penuh. bila dah dapat tau application aku diluluskan oleh KPT (aku telepon dulu sebab nak dapatkan jawapan), maka aku pun rasa, maybe inilah yang terbaik untuk aku. aku pun, mula gembira dengan tawaran ini. seluruh keluarga aku bagitau. mak aku pun gembira... bila dah jadi camtu, aku pun mulalah gembira... sebab nilah peluang aku nak blajar jejauh. biarpun dulu aku langsung takde niat nak blajar jejauh lagi2 negara omputih ni... bila dah sampai surat tawarn biasiswa KPT tu, tetiba dekan panggil aku, dengan dua org lagi,. couple. ingatkan apa, tapi satu bila dia terangkan, yang dia takleh benarkan kami bertiga tuk p UK ni, aku rasa, macam satu kehilangan yang paling besar. kecewa tu jgn cakaplah, walaupun, sebelum ni aku takde niat nak p, tapi bila dah dibenarkan pegi, dah suka, dah gembira, dah pasang angan2, dan senyum sampai telinga sebab berjaya gak sambung walaupun dulu taknak sambung, tetiba kegembiraan ku di rentap bila dekan tak bagi kami p. alasannya, sebab surat tawarn kami tu, bermula januari 2008, meaning, kami mengambil kouta org lain. masa tu kan, rasanya, macam terbang segala usaha aku. walaupun aku cuba pujuk hati aku, bagus gak tak p uk ni, tapi rasanya, usaha aku yang sedikit ni, macam tak berbaloi. kalau dulu tak bagi, kenapalah aku dihidangkan dengan berita gembira ni. mujurlah, aku cuba jugak jumpa dekan, tahan airmata jugaklah, sebab dah usaha, dah dapat, gembira, batal plak... maybe dugaan Allah sahaja kan,. nak uji hati hambanya, maka TNC pun benarkan kami p... alhamdulillah... kalau tak, rasanya tak wujudlah blog aku yang suka cerita ala2 drama swasta ni... huhuhu...
kejadian yang sama jugak berlaku baru2 ni...
dua minggu lepas, aku mintak zah p KPM tuk uruskan penagguhan posting tu. aku pun siapkan draf surat tu. masa tu, kami berdua hanya tawakkal jek, kalau itu yang terbaik, mudahkanlah jalan tuk tangguh posting tu... sama seperti doa aku ketika nak sambung phd dulu, agar Allah mudahkan jalan aku ke UK kalau itu yang terbaik, tapi tutuplah jalan tu, kalau itu bukan yang terbaik untuk ku... masa zah p tu, aku mmg dah set dalam minda aku, yang aku perlu bersedia dengan segala jawapan yang diberikan. lulus ke, tak lulus ke, aku tak kisah. sebab aku yakin, itulah yang terbaik untuk kami sekeluarga. lagipun, aku yakin semua ni ada hikmahnya di sebalik segala perancangan Allah. kemudian, lepas je dia p KPM tu, nampak jalan dah yang zah boleh tangguh posting tu. lagi2 bila orang yang tolong uruskan tu kata, basically, mmg takde masalah, sebab banyak dah yang buat camtu. dia pun dah telepon bahagian sumber manusia, bahagian latihan guru, dan kebanyakkan nya semua kata takde masalah. tuk lebih kepastian, aku jugak try kol en bilezan tu, tanya camana... masa tu, aku taklah mengharap sgt pun.. sebab bagi aku, dalam hidup ni, banyak yang perlu kita korbankan untuk kesenangan org yang tersayang. kemudian, bila aku kol n dapat jawapan yang psitif daripada en bilezan tu, aku mula memasang angan2... nak kene cari rumah sekarang, nak belikan iman baju sejuk, almaklumlah, kat malaysia mahal, nak belikan zah baju sejuk, pk bila nak amik dorg, pk nak kene extend ke coti aku bulan 12 ni, siap sebey lagi kete 8seater sebab boleh ngankut reramai kalau g jenjalan memana dan memacam lagi... in fact, aku dah mula bayangkan yang hidup aku akan mula ceria kembali bersama keluarga aku, aku dah gtau certain2 org kat brunel ni yang aku kene cari umah, dan memacam lagilah... banyak gaklah yang aku bayangkan..boleh tangguh posting ni, dikuatkan lagi dengan kak ina, kata ada jugak kawan dia buat camtu.. JQAF lagi.. tangguh sebab ikut wife p sambung blajar kat Jepun. senyum lebarlah aku bila macam dah nampak mmg leh buat... tapi...
pagi2 buta (dalam kol 2 pagi) aku terbangun n terus tgk msg yang zah hantar:
"abg, zah dah kol pn hjh kamsiah tu, dia kata.... tak diluluskan dan tak dilayan permohonan untuk tangguh posting tu. huhu... dia kata, pepehal posting dulu, pas2 sahkan jawatan pastu baru leh cuti tanpa gaji ke, apa2lah... zah tanya, lama ke nak sah, dia kata cepat2 mintak intebiu spp, sah kan jawatan, pastu baru leh p. sebab dia pun dah tanya ngan sumber manusia, bsm pun kata camtu. zah dah kol en bilezan tu, katanya dia pun takleh tolong pepe lagi, dah prosedur camtu. kene ikutlah. nak taknak, kene posting gak..."
lepas je baca sms zah ni, keciwa tu jgn cakaplah... taktau nak kata camana... kalaulah aku dulu tak dihidangkan dengan berita gembira terlebih dahulu, takdelah aku kecewa sgt camni.. sebab sebelum ni aku pun dah set dalam mind aku, kata, kalau takde rejeki aku nak bawak zah ke sini, aku pasrah jelah... hdup perlukan pengorbanan kan... lain org, lain pandangan... tapi, bila dah gtau, boleh tangguh, takde masalah besar, senang jek nak urus, bsm, bpg n KPM pun takde masalah, so kenapa tetiba plak tak boleh pulak... huh!!! hanya Allah sahaja yang tau betapa kecewanya aku ketika ini.... sama ketika aku keciwa bila dekan tak bagi aku p uk... setelah perlbagai usaha aku lakukan... aku harap jugak agar zah boleh tangguh posting tu... aku suruh zah cuba gak jumpa face to face... sebab aku rasa, kalau telepon, jawapan yang diberi mungkin jawapan standard, tapi kalau p face to face, maybe boleh... doa jelah yang mampu kami lakukan sekarang ni... zah pun dah abis exam dia... nak suh zah p sekarang kat KPM tu pun, takleh jugak.. sebab dia ada kursus btn... sian iman tinggal ngan atuk n mak wan nya bersama paman2 dan wak-wak nya... aku harap iman akan kuat semangat cam ummi nya... amiiiinnnn.... balik dari btn ni, aku cuba mintak zah p jugak KPM tu, jumpa sendiri... sesambil tu, mintak jugak lah ngan en bilezan tu, at least, kalau mmg kene posting gak, mintaklah dapat kat area2 yang dekat ngan damansara atau banting...
apa yang boleh aku katakan sekrang ni... aku serah jek pada Allah, ada hikmah segala yang berlaku. la ni, aku cuba setkan balik mind aku yang aku tetap akan bersendirian di brunel ni instad of, kembali bersatu dengan harta dunia akhirat aku... arghhhhh!!!!!! sesuatu yang susah bila mind dah set, nak kene tukar balik... dah sesuatu yang susah untuk kita buang perasaan kecewa yang melanda... really hope that, ada jalan keluar untuk kami sekeluarga nanti... dan aku doa, agar segala yang terjadi ini, kuatkanlah semangat kami sekeluarga... amiiiinnnn...
tuanpunyablog: kengkawan yang baca luahan hati aku ni, mekaseh bebanyak. bukan harapkan simpati, tapi sekadar membuang sedikit rasa kecewaku ketika ini... maafkan aku seadanya...
2 comments:
hi jep...lama aku tak jenguk blog ko nie...lhorrrr, ciannya uolls... sabar la nyah yeeee...
dalam hidup kita ni.. mmg sentiasa menuntut pengorbanan... sabar laa jep... hopefully segala urusan akan dipermudahkan Allah.. keep praying.. Allah sentiasa bersama dgn hambaNya yg bersabar.
Post a Comment