Friday, 19 October 2012

Widgets

demi menjaga maruah sendiri, salah sendiri sorok ditepi

assalamualaikum,

baru-baru ini pagar utama disebuah institusi telah ditutup untuk memberi laluan kepada raptai satu majlis yang berkaitan dengan urusan penting. walau bagaimanapun, pagar dibahagian lain telah dibuka bagi memudahkan urusan keluar masuk pekerja di institusi terbabit. pintu masuk ini jarang dibuka disebabkan jalannya yang kurang elok, serta terlalu jauh untuk masuk ke institusi ini. sejam selepas pekerja mula bekerja maka terkeluarlah satu email yang di boost kan ke seluruh institusi... ayatnya lebih kurang begini;

"kereta yang mulanya cantik berkilat, mula terjebak dengan najis2 bewarna hijau serta lumpur yang membasahi kereta ketika mana terpaksa melalui laluan yang tak sepatutnya... tunjukkan dimana email, pemberitahuan atau apa sahaja yang menunjukkan pihak yang bertanggungjawab telah mengeluarkan pemberitahuan penutupan pintu masuk utama. jangan ada yang menjadi tukang kipas yang akan menjawab email ini.... "

kemudian keluar satu email balasan...

"email dah keluar. tapi berapa ramai yang kalangan kita yang mempunyai urusan diluar pejabat boleh mengakses internet atau email. sepatutnya, kene bagi pemberitahuan secara bertulis ditampal di mana2... "

kemudian keluar lagi satu balasan email...

"alhamdulillah, saya mengetahui tentang tarikh penutupan pintu pagar itu melalui flyer yang disebarkan ketika saya melalui pintu pagar masuk sebelum tarikh berlakunya penutupan pintu pagar tersebut... saya juga baca email tersebut..."

keluar pula satu balasan email;

"kalau boleh, tajuk kat situ tulis PENTING. supaya orang taklah delete terus sebelum membukanya. sebab tak semua email yang di hantar akan dibuka untuk dibaca..."

keluar pula satu balasan email;

"kengkadang kalau tulis PENTING pun, bila buka, tak penting mana pun. bagi saya, tajuk email tersebut biarlah terus straight to the point. ni tajuk raptai, tapi sebenarnya nak bagi tau pintu pagar utama ditutup..."

dan macam macam lagi respon yang diterima...

------------------------------------------------------------

manusia ni (termasuk aku) kengkadang amat susah nak salahkan diri sendiri. nampak salah orang lain sahaja. kesian jugak orang yang terkena tempias tu...

hantar email peringatan banyak2 kali dikata menyemak inbox. disuruh bagi flyers...

bagi flyers atau notis kat disetiap jabatan, dikatakan membazir sumber. pulak tu, tak semua masuk ofis.... disuruh bagi kat depan pintu masuk supaya semua dapat...

dibagi kat pintu masuk, dikatakan menyesakkan keadaaan sebab semuanya akan jadi punch kad merah... disuruh buat selepas pukul 8 pagi...

dibuat selepas pukul 8 pagi, dikatakan semua orang dah masuk opis... baik sebarkan thru email sahaja...

disebarkan ke email, dikatakan tak semua yang bekerja diluar kawasan membuka email hari2. disebabkan itu, ramai yang akan delete email tersebut tanpa membukanya... disalahkan tiada PENTING dihadapan tajuk...

diletak penting dihadapan tajuk, dikatakan isi tajuk pulak berbeza dengan isi email. dikatakan tajuk kene spesifik terus tanpa ada pusing...

......................

dan macam2 lagi yang disalahkan semata-mata tidak mahu mengaku silap sendiri....

dibuat itu salah, dibuat ini salah, dibetulkan itu, salah, dibetulkan ini, salah, dibuat begitu salah, dibuat begini salah... arghh... sebijik macam cerita Lukmanul Hakim, anaknya serta keldai yang ditungganginya...

tuanpunyablog: ate, dah namanya manusia... toksah dok peliklah... silap2, perangai aku pun orang pelik.... kan???????

No comments: