Thursday 18 October 2012

Widgets

perlukah berkira2 dalam setiap perkara?

assalamualaikum,

sedang mengisi borang untuk permohonan cuti gantian, seorang rakan mengetuk pintu bilik aku...

bunyi ketukan dipintu (camana nak ejak ketukan dipintu???) (merah - aku; ungu - kawan aku)

Masuk...

Woit... bz ke? saja nak kacau hang... (senyum)

taklah... masuklah... takde kelas?

sat g... hang dok wat pa?

dok isi borang cuti gantian...

cuti gantian? bila hang kerja time cuti? masa konvo ritu?

takdelah... kan aritu aku observe bebudak praktikum... aku start rabu sampai jumaat. so, jumaat tu kira aku nak apply tuk cuti gantian lah...

owh... camtu... (terdiam sekejap)... aku cakap sikit boleh?

la, sejak bila plak hang pandai mintak kebenaran aku bila nak cakap ngan aku?? (sambil senyum)

takdelah... erm... aku harap ko tak kecik ati or marah ngan aku tau...

takdelah... cakap jelah... kenapa?

ko kan kadang2 balik awal... lepas tu, biasalah kita kan... bukan selamanya duduk dalam opis buat keje kita. sat sat bukak FB. sat2 kita kuar makan... sat2 kita rehat. tak sepanjang 8 jam bekerja tu kita buat betul2 tugas hakiki kita kan? so, aku rasa lah...

aku takyah apply cuti gantian ni?

erm... lebih kuranglah... aku bukan apa... ada member aku jugak yang bagitau aku... pasal bawak cuti ke tahun hadapan yang selalu orang buat. biasanya, dia akan kurangkan 3 4 hari... sebab nak compensate balik apa yang kita buat time keje tu... sekurang2nya, adalah sedikit keberkatan pada rezeki tu... aku tak katalah dengan tak amik cuti gantian tu akan compensate balik, sebab kita tak tau......

takpe... takpe... aku paham... thanks for reminding me... really appreciated... aku pun kengkadang tamak sangat... nak sangat isi cuti gantian, sebab bleh amik cuti... pastu lebihan cuti tu, simpan wat golden hand shake... tak sedo, rezeki jadi tak berkat sebab terlalu berkira2...

--------------------------------------------------------------

sebut pasal tak berkat ni... aku teringat pada seorang teman aku ni... mengambil pelajar-pelajar yang ingin berpraktikum semata2 untuk mengurangkan kos buruh. pelajar tidak diberikan gaji, tetapi digunakan semaksimum mungkin tenaga pelajar tersebut untuk membuat kerja2 syarikat. syarikat pulak jenis yang mmg tak de masa untuk berehat (kerja sepanjang masa).. katanya, dia bijak untuk mengendalikan perniagaan nya untuk menjimatkan kos... tapi bagi aku,

"bijak didunia, tidak semestinya bijak diakhirat... semoga beliau sedar akan kesilapan beliau... "

tuanpunyablog: hak kita tak cukup, kita berkira-kira, hak orang lain yang kita tak cukupkan, ....... ???

3 comments:

Anonymous said...

bos aku, suka jugak amek bdk praktikal. akhirnye pekerja sndiri yang jadi susah. sbb kalo salah kerja bkn boleh salahkan bdk praktikal kan?

tuanpunyablog said...

Cik Cikilolo: nama pun praktikal. kenelah ngajo dia kalau salah ye dok... even pekerja baru pun, kalau salah nak kene tunjuk. baru depa belajar. hat sahabat saya ni, amik pelajar praktikum hanya untuk jimatkan kos buruh. keje mudah yang semua oarng boleh buat, bukan keje2 opis... :)

Mira said...

suka baca post awk ni, sbb memang berlaku dalam kehidupan seharian. dan ada bila ditegur terima dengan positif dan ada yang melenting.