Friday, 2 November 2012

Widgets

STML disease...

assalamualaikum...

Kisah 1

Selepas menghantar kertas kerja untuk membuat kuiz bahasa arab kat pengetua, aku mintak naib pengerusi kelab untuk mengikuti perkembangan (omputeh kata: follow-up) kertas kerja tersebut. sementelah, aku dah hantar, naib pengerusi lah kene jumpa pengetua pulak kan...

(aku - biru; naib pengerusi - merah)

Jep, pengetua kata, takde pun kertas kerja tu...

aik, takde? camana plak bleh takde? saya dah hantar kat dia minggu lepas...

tah... dia siap marah2 lagi, nak buat program tak hantar kertas keje kat dia...

pulak dah... saya dah hantar... camana dia kata takde... tah2, dia yang hilangkan, pastu dia kata takde pulak...

so, camana ni? nak teruskan atau tidak kuiz bahasa arab antara kelas tu?

pengetua cakap apa?

(alamak... lupa plak apa yang naib pengerusi aku cakap... biasalah, dah 15 tahun... mana nak ingat butir2nya).....

kita nak teruskan atau tak? hadiah camana?

(tah apa naib aku cakap... lupa jugak...)

tapi kuiz tersebut berjalan jugak. sama ada pengetua bagi bajet atau aku keluar bajet sendiri... tapi rasanya, time tu, mana ada duit... dapat duit mara pun, tak banyak mana... cuma masih musykil, mana perginya kertas kerja yang aku hantar tu? masa tu, mulalah aku syak macam2... pengetua nak sabotaj lah, saja hilangkan kertas keje tu lah... macam2 dipikiran aku...

------------------------------------------------------
Kisah 2 (Darjah 4, SRK Damansara Utama)

Selepas sejam menjawab soalan peperiksaan Alam dan Manusia,

OK, stop writing. Masa dah tamat murid2. Pass kan kertas jawapan tu kedepan.

aku pun pass kanlah jawapan aku ke depan... selepas Cikgu Devi mengira jumlah kertas jawapan tersebut;

Sapa yang tak hantar lagi, cepat hantar. kurang satu lagi ni...

semua sepi... termasuk aku...

Cikgu Devi  mengulang kiraan.

Mana lagi satu? Ada yang tak hantar lagi ni... cepat hantar... (mula naik suara)...

senyap lagi....

Cikgu ulang sekali lagi. sapa yang tak hantar lagi? cepat hantar... kalau cikgu keluar dari bilik ni, siapa hantar, cikgu akan bagi kosong... cepat cek kat meja kamu semua...

orang lain sebuk cek meja masing-masing, aku buat dunno jek... ate, memang aku dah hantar dah tadi. takkan nak lupa plak kan...

tiba-tiba orang belakang aku menegur aku...

Jafri, bawah meja awak tu ada satu kertas... cuba tengok...

aik, camana leh boleh ada lagi? saya dah hantar tadi...

maka dengan muka seposen, aku pun ke depan dan terus menghantar kertas jawapan tersebut kepada cikgu Devi. Hasilnya, dapat 'hadiah' telinga yang di'pusing' sebanyak 180 darjah. tak cukup dengan tu, kene bebel lagi...

dah, duduk. lain kali, bila saya cakap dengar.. empat kali saya panggil suruh cek. awak tak dengar ke??. gdvgfdchwe$%^&*&**Jxgshcs bla... bla... bla...

sambil berjalan kembali ke tempat aku, terpikir...

macam mana boleh ada kat aku balik???? padahal aku dah hantar pun kertas jawapan aku tu... misteri sungguh ni... kot2lah hantu susu nyorokkkan (masa tu gelemer ngan cerita ni)... atau dia amik balik... erm...

----------------------------------------------------
Terbongkar akhirnya

Tengah mendengar lagu2 lama zaman 80an dan 90an di laptop, mulalah kenangan lama menjengah kembali... kalau dalam cerita drama2 swasta dan juga drama2 gomen, citrawara, cerekarama, cereka pilihan (zaman dulu mana ada slot2 zehra la, telenovela lah), maka keluarlah balik peristiwa lama seperti tape kene rewind. maka terakam segala peristiwa lama yang lalu... termasuklah peristiwa misteri dua cerita di atas.

Kisah 1

(pengetua - oren, aku - biru)

Ada bajet yang tak kene. saya dah conteng, awak betulkan balik, lepas tu hantar kat saya...

Owh, ok... nanti saya hantar balik... terima kasih Cikgu.

Sudahnya, sampai ke sudah aku tak hantar... memang lupa terus... sabit pun paperwork tu takde kat dia... sebab memang aku tak hantar... kepada naib pengerusi kelab bahasa arab KMKN (Cikgu M....H), aku mintak maaf bebanyak... sebab aku, tak pasal2 ko kene marah....

Kisah 2

Jafri (sambil mencuit aku dari belakang).

Apa (sambil pandang belakang)?

Awak simpan dulu kertas saya ni. saya nak pergi tandas. nanti kalau cikgu suruh hantar, awak hantarkan ye...

OK...

paper tu aku masukkan dalam meja aku...

so, memang paper aku dah hantar. yang aku belum hantar, ialah paper budak belakang kerusi aku.. si Irwin Teh. tak pasal2 aku kene piat telinga 180 darjah... sakit giler...

--------------------------------------------------

ingatkan semenjak dua menjak jek aku terkena STML (short term memory lost - yang aku namakan sendiri walau takde kajian saintipik) disease ni. rupa2nya, bila kenang2 balik, rupanya, dari kecik2 lagi dah terkena. yang peliknya, BERTAHUN selepas itu baru teringat balik... macam gambar flash back plak... terakam segala aktiviti...

tulah, orang selalu pesan, jangan sangka sembarangan ngan orang lain... cuba ingat balik, sebelum nak tuduh apa2...

tuanpunyablog: lama tak mengajar maths pengurusan ni... macam risau pulak nak ngajar...

No comments: