Friday 12 October 2012

Widgets

andai syaitan jadi penasihat kita...

assalamualaikum....

pihak pengantin lelaki pulang ke rumah selepas selesai menikmati hidangan jamuan kecil selepas majlis pernikahan yang dijalankan di masjid. pengantin perempuan kembali ke bilik bersama ibunya sambil membelek hantaran awal oleh pihak lelaki.

album yang mengandungi wang hantaran dibuka disaksikan oleh ibunya... kemudian, di keluarkan satu demi satu wang kertas bewarna ungu (RM 100), biru (RM50) dan merah (RM 10). selesai dikeluarkan semuanya, maka dikira-kira bagi memastikan jumlahnya cukup... setelah dikira;

"Mak, kurang 600 lah mak..."

" Haaaa.... biar betul. semua dah keluarkan ke?"

"Dah... cuba mak kira pulak. kak ja cek balik dalam ni.."

selepas ibunya berkira-berkira;

"takde dah mak dalam album ni... dah 3 kali kakja cek... mak kira btul tak jumlahnya?"

"ha, btullah... kurang 600... camana ni? Nak kol pihak lelaki?"

"erm... takpelah mak... kalau inilah rezeki kakja, kakja redho jelah. takut nanti kalau kita tanya, jadi lain plak... dahlah majlis hari sabtu ni... tinggal beberapa hari je lagi. mak simpanlah duit ni dulu... "

keesokkan harinya...

"Mak!!!!"

"Ha, kenapa ja? mak ngah sibuk kat bawah tu.."

"Ni, mak cuba tengok.... kak ja saja jek belek2 balik album ni... tengok2, ada dua muka surat lagi kita tak keluarkan. semalam dah cek berkali-kali... mak pun cek jugak kan? takde... tup tup, muncul dua muka surat lagi kita tak keluarkan... bila kak ja kira2, mmg cukup 600 ringgit yang tak cukup tu..."

"Ya Allah, alhamdulillah... camanalah kalau kita kol pihak lelaki semalam... mesti diorang akan sangka yang lain pulak... "

"Tu lah mak... mujur kita sabar... subhanAllah..."

ha, sapa kata aku makin berisi sekarang ni, cuba compare ngan gambar ni. kompom akan kata, eh, jep, makin slim lah (perasan sekejap)

----------------------------------------------------

peristiwa tersebut terjadi selepas kami selesai akad nikah di masjid sg lang, 6 tahun yang lalu...
alhamdulillah, disebabkan isteriku sabar dalam menerima dugaan serta tidak mudah melatah dan berjaya menghalang syaitan daripada berbisik kepadanya, supaya bertanyakan hal ini (kurang duit hantaran)...

sebut pasal hasutan ni, ada seorang sahabat pernah bercerita kepada aku;

---------------------------------------------

suatu ketika ada seorang bekas pelajarnya datang kepadanya meminta nasihat pasal rumahtangganya yang sentiasa bergoncang....

ditanya kepada sahabat aku ini,

"kenapa ye, masa kami couple dulu, kami terlalu mudah untuk meminta maaf dan memaafkan antara satu sama lain. tapi, bila dah kawin ni, kami macam dah tak serasi, sebab bila bergaduh jek, susah sangat kami nak mintak maaf..."

lalu dijawab sahabat aku ini,

"sebab masa korang couple, syaitan amat suka korang berjumpa berdua2an... sebab itu, bilamana ko bergaduh, syaitan akan membisikkan supaya ko dan pasangan ko meminta maaf dengan segera, supaya engkau kembali berjumpa... ingat, bila engkau berdua, maksiat pasti akan berlaku... bila mana kau sudah berkahwin, maka, syaitan akan cuba mempengaruhi kau supaya jaga ego mu, jangan sampai dipijak oleh pasanganmu... sebab syaitan amat tidak suka dan akan menangis apabila suami isteri kembali berbaik2 dan bersalaman serta memaafkan antara satu sama lain... sebab tu lah jadi seperti apa yang kau telah ceritakan kepadaku..."

---------------------------

bayangkan, kalaulah zah telefon ketika itu bertanyakan wang hantaran yang tidak cukup.... mulalah aku membuat model sistem dinamik (pemodelan sebab dan akibat)...

- aku akan bertanyakan dengan kakak aku, kemungkinan akan menyebabkan huru hara...

- kakak aku pulak, mungkin akan syak dengan birasnya, sebab birasnya yang tukarkan duit tersebut..

- aku pun mungkin akan syak duit hilang disebabkan dicuri orang lain...

- zah pulak syak aku main-mainkan dia...

- mak zah maybe ingat aku tipu keluarga dia...

- aku akan bergaduh dengan kakak aku sebab tak cek betol2 duit tu...

- dan macam2 lagi kemungkinan termasuklah majlis tersebut akan jadi huru hara....na'uzubillah...

dan alhamdulillah, ianya tidak berlaku... terima kasih isteriku kerana sentiasa sabar dalam apa jua dugaan yang mendatang...

tuanpunyablog: yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri saya yang terlalu menurut hawa nafsu syaithonnirrajiimmmm....

2 comments:

Anonymous said...

subhanallah...

risaunye nak menghadapi masa depan.

thanks share cerita

tuanpunyablog said...

cik Rapunzel cikilolo: jangan risau untuk melihat kehadapan, cuma jangan lupa untuk kengkadang melihat kiri kanan dan belakang bila ke depan... :)