assalamualaikum....
aku sambung cerita aku ni pada entri sebelumnya ni...
lepas jek aku posted cerita ni (siap ada tak paham, n pening memahamkan cerita aku... sorilah naaaa), member aku yang hampir tertipu tu pun (kalau ada yang ingat dia ada masukkan duit, dia tak masukkan sebenarnya bila lepas tau tu SCAM), kol aku... ingatkan dia nak marah... tapi sebelum aku nulis cerita ni, aku dah mintak kebenaran dia... just nak bagi pengajaran dan peringatan kat orang lain. memula dia kol aku tak angkat. pastu kali kedua dia kol, aku terus angkat. dok pk, kalau dia marah, takpelah, aku kuarkan balik dari blog. kenelah tahan kalau dia marah, sapa suh tulis kan??? setiap penulis kenelah bertanggungjawab atas apa yang ditulisnya, kan???? so, aku pun angkat... dia pun sambung cerita pasal 25k pounds sterling ni...
'saja aku kol member aku yang keje kat bank yang sama ngan akaun aku n org penipu ni. kira dia ni bahagian lain, bukan teller... so dia mintak org bawahan dia kol.. aku mintak dia cekkan... dia pun cek... dapatlah segala maklumat yang penting2, termasuk no passport... dia bagitau, ni muda lagi ni... umur pun tak sampai 24 tahun (takleh reveal bebetul)... dia ni asal daripada tuttttttttt (pun takleh gtau, cukup aku cakap sekadar mamat kulit hitam, pernah dengar kisah black money???)... transaction dia, setiap saat (ni member aku cakap) n minit, ada jek... masuk, keluar... masuk keluar... average sehari, dalam 10K keluar masuk... dia ni keluar duit, unlimited... masuk dari pelbagai sumber, tapi keluar dari satu sumber atm... maksudnya, bila masuk jek, terus dia keluarkan (maybe tau dari notofication yang dihantar kat sms kan??)... 50 hengget pun ada org masukkan jugak...'
dia menyambung kisahnya lagi;
'aku tanya ngan member aku lagi... bank takleh suspect apa2 ke? dia kata, takleh... ko kene buat keslah... masukkan 50 ke, pastu ko buat kes kat polis. baru polis boleh siasat. ni masalahnya, takde org nak buat report. kalau ko buat report, baru ada kes... cukup sekadar ko masukkan 50 hengget... ada kes... pastu buatlah report. lagi ramai org buat kes, lagi kene dia...'
terkejut aku dengar sehari mamat perampok tu dapat lebih daripada 10k sehari... hebat sungguh penipuan dia... geram lak aku... sebagai rakyat malaysia yang bertanggungjawab, meh kita tangkap dia (macamlah aku kenal dia kan????)...
as promised, aku ceritakan pasal aku kene tipu lak... tapi janganlah cakap aku ni bangang, bodoh, bengong etc... etc... etc... aku pun bukan sekadar nak malukan or aibkan diri... just nak jadikan sebagai pengajaran pada aku dan korg.
masa tu aku baru jek abis study... dok tunggu tawaran tutor UUM. secara tak rasmi, katanya aku dapat. so dia suh tunggu jek surat. aku pun dok belek2 surat khabaq... mencari keje2 yang mudah2... tapi aku suka sangat data entri... sebab aku suka menaip... tengok2, ada satu kampeni yang nakkan data entri clerk. aku pun kol... la tu jugak dia suh aku p intebiu. bila dah intebiu tu, aku tanya pasal gaji... dia cakap, dia bagi dalam 600 sebulan. aku saja jek mintak lebih... kot2 leh dapat... dia tanya ngan aku,
'berapa u nak?'
'saya nak dalam seribu sebulan.'
'ok boleh... takde masalah...esok boleh mula keje... training dulu...'
terpk jugak aku, senang nye demand gaji... kemudian, dalam tu, mmg penuh dengan orang. ramainya pekerja... tak nampak pulak banyak komputer pun... aku bajet, dia letak kat tempat lain kot... aku kol member aku sekali yang masih mengangur jugak cam aku. terus aku ajak dia join aku sekali. yelah, rezeki mana leh makan sorg2 kan... dia pun datang esoknya untuk intebiu... sebab dia dok jauh sikit... dok kat meru... opis tu kat ampang...
esoknya aku terus p kerja... dipendekkan cerita, keje aku bukan data entry clerk, tapi, jadi agen tuk tarik org main saham komoditi... masa training tu, mulalah dia cakap, org ni dah kaya, artis tu, artis ni, semuanya berada bawah dia... kira dia ni ketua aku lah.. semua pekerja kat situ diletakkan dibwah beberapa kumpulan. dengan ada sorg ketua. saham komoditi ni, start dibuka pada pukul 5 petang, tutup pukul 3 pagi. tapi aku kene masuk pukul 930 pagi. masa tu, dikhususkan untuk training... sebab katanya, saham tu kat ober c.
disebabkan tertarik dengan offer keuntungan bila selalu tengok depa main saham, maka aku pun terus berusaha dapatkan 10k tuk sama2 melabur... bila dah melabur, memula tu nampak naik... kejap turun... naik... naik... naik.... turun.... aku pun sukalah... stail sana, bila dah dapat org tuk melabur termasuk diri sendiri, dia akan dinaikkan pangkat... kunun2nya, nak galakkan org lebih ramai lagilah tuk melabur... masa tu aku dioffer tuk naik jadi manager, aku tolak. sebab aku tak suka cari org. cukuplah aku sorg jek...
kat opis tu jugak, aku boleh tengok trend market tu, sebab kat depan kami tu mmg ada monitor tuk tengok... adalah boss aku ajar camana aku nak tgk benda tu...
dipendekkan cerita jugak, bila dah hampir sebulan kat situ dan hampir seminggu melabur duit 10k tu, ada banyak yang memusykil kan aku... bila memember aku menasihatkan aku keluar daripada pelaburan tu... aku pun keluar. elok jek aku cakap ngan pengurus aku tu, dia pujuk2 aku... suh main tuk malam ni jek... aku pun setuju... tup2... asyik turun jek... lama2, aku mmg suspect something wrong, sebab sebelum ni takdelah asyik turun camni... aku suh dia stop. aku taknak dia main kan bagi pihak aku lagi... aku cakap ngan dia, saya nak duit saya balik. keluarkan semua... dia cuba pujuk lagi... aku cakap...
'taknak... en tuttttt kuarkan saya... saya nak baki duit saya balik....'
'kita cuba lagi. boleh naik ni balik... sebab market trend mmg camtu...'
'takpe.,.. saya stop jek kat sini. walaupun saya rugi dekat 6k, tapi at least dapat balik 4k pun dah memadai... daripada dapat telur ayam...'
'oklah kalau camtu... esok, mai pagi, saya bagi cek...'
aku terus balik lepas tu. pagi aku datang kerja macam biasa, dengan membawa cita2 tuk benti terus bila dah dapat duit tu... dapat jek cek tu, aku jumpa boss (kira ketua kumpulan) aku...
'en tuttttt.... saya berenti daripada keje ni... dapat offer keje lain... '
'eh, benti? sayangnya... nanti bila dah dapat gaji, mai cni balik... labur lagi... trend market nampak makin naik. semalam awak balik dia naik balik. saya nak kol awak, tapi takdan. bz..'
'owh ye ke? erm... ok ok... nanti dapat gaji, saya buat loan, saya melabur lagi k... saya balik dulu... esok nak kene start keje baru..'
dalam hati,
'lagi mau nipu aku... aku sumpah jadi tenuk karang baru tau. erm.,.. salah sendiri jugak. cepat sangat terpengaruh. takleh nak salahkan boss aku jugak. maybe dia pun tak tau tu kampeni penipu... '
lepas salam dia, aku terus balik... mujurlah dapat balik duit aku tu... tak semua, dapat sikit pun jadilah. ada member aku yang aku kenal kat tempat tu, siap gadai tanah bapak lagi... semata2 nak melabur. ada pulak akak sorg ni, dia cerita ngan aku, dia siap gaduh lagi ngan tunang dia, sebab dia guna duit tunang dia tuk melabur. yang tunang dia ni pulak, amik duit simpanan yang mmg dikhususkan tuk majlis kwin termasuklah duit hantaran. kakak tu cerita, manalah dia tak bengang... asal kita kata nak balik duit, mulalah kampeni tu 'merugikan' kita... dengan kata, saham jatuh... sian aku dengar kisah dia, hampir putus tunang jugaklah...
dipendekkan cerita lagi...
lepas hampir 2 tahun beroperasi, aku dgr cerita, kampeni tu kene sita. duit semuanya dibekukan... lepas tu taktau apa jadi. aku pun malas nak amik tahu... sebab kampeni tu lah (termasuk sebab aku bod OH sangat pecaya bulat2 n senang terpengaruh) aku terpaksa berhutang dengan seseorang (takyah taulah ek).... mujur bukan bank or lebih malang lagi, ceti haram...
tu blom aku cerita pasal kad gores dan menang... hat tu, kalau tgk pelakon2nya, bila dah sedar kene tipu, lagilah sakit hati... bila cerita ngan salah sorg member aku, dia kata, ada ahli keluarga dia sampai tobat takmo terima apa2 hadiah. phobia sampai ada satu ketika kat pasaraya dia dapat cabutan bertuah, sebab resit dia pemenang. bila diumumkan nama pemenang, dia takmo naik pentas. sebab takut kene tipu lagi... erm... macam2 dunia ni kan...
yang pastinya, dalam dunia ni, mmg takde yang senang tuk dapat duit. so, mmg kene hati2...
tuanpunyablog: semangat nak bercerita bila ada orang demand... takde ke org nak demand aku tuk membaca thesis aku? baru ada semangat nak menulis.... haaaattttttttuuuuuiiiiihhhhhh!!!
1 comment:
There's a saying I live by:
"If its too good to be true, it probably is"
Alhamdulillah, sbb sikap aku yg sceptical gila ni belum dapat lagi le kene kelentong, hopefully dapat kekal insyaAllah
But that's life, You live and you learn
Post a Comment